You are on page 1of 8

KERTAS

KERJA
CADANGAN
PAMERAN KELAB ALAM SEKITAR
PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN
SEMESTER 6
AMBILAN JANUARI 2013
PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN
TARIKH :
12 OKTOBER 2015

TEMPAT :
IPG KAMPUS SULTAN MIZAN
NAMA PENSYARAH PENASIHAT :
TN. HJ. SYAKIRIN BIN ABD GHANI

1.0 Pengenalan

Aktiviti kokurikulum yang dilaksanakan di institut pendidikan guru adalah


sebahagian daripada aktiviti kurikulum. Oleh itu, perlaksanaan kokurikulum adalah wajib
dilaksanakan di institut pendidikan guru. Subjek Kokurikulum - Persatuan (WAJ3131) telah
diperkenalkan kepada semua guru pelatih semester 6 untuk mendedahkan kepada semua
guru mengetahui, memahami dan menguasai serta memperkenalkan ilmu dan kemahiran
dalam aktiviti kokurikulum- persatuan. Sempena Hari Kokurikulum IPG Kampus Sultan
Mizan, Jabatan Gerko telah mengadakan satu pameran mengenai kokurikulum persatuan
yang melibatkan semua guru pelatih semester 6. Kelab Alam Sekitar bagi IPG Kampus
Sultan Mizan telah melibatkan diri dalam pameran ini. Tema pameran Kelab Alam Sekitar
adalah untuk memberi kesedaran serta memupuk nilai memelihara dan memulihara alam
sekitar terutama dalam skop persekitaran kampus.
2.0 Tujuan
Pameran Kelab Alam Sekitar ini bertujuan :
2.1 Mendedahkan guru pelatih tentang isu-isu alam sekitar yang lebih bersifat global.
2.2 Melahirkan guru pelatih yang konservasi dan komited terhadap sumber alam serta
memastikan sumber alam sekitar digunakan secara lestari dan saksama.
2.3 Mempertahankan kekayaan warisan alam semula jadi yang diamanahkan untuk
generasi akan datang

3.0 Objektif
3.1 Membolehkan guru pelatih belajar menghargai hidupan dan alam semula jadi melalui
aktiviti yang diadakan.
3.2 Menyemai nilai cintai alam sekitar dalam kalangan guru pelatih IPG.
3.3 Menyebarkan maklumat mengenai kepentingan memelihara sumber alam bagi
mengelakkan kepupusan sumber alam.
3.4 Melahirkan generasi yang prihatin terhadap alam semula jadi
4.0 Tema
Bersama Bahiah dan Rakan-Rakan Menyelamatkan Dunia

5.0 Tarikh Dan Masa


Tarikh : 12 Oktober 2015
Masa : 8:00 pagi 5:00 petang
6.0 Tempat
IPG Kampus Sultan Mizan
7.0 Kumpulan Sasaran
Guru Pelatih 6 PISMP Pendidikan Jasmani 1
8.0 Peserta
15 orang guru pelatih dari Unit Pendidikan Jasmani 1 IPGKSM.
Guru pelatih lelaki

: 6 orang

Guru pelatih perempuan

: 9 orang

9.0 Jawatankuasa Kerja


Rujuk Lampiran 1
10.0 Perbelanjaan kos
ANGGARAN
Kertas A4

CATATAN

KUANTITI
1 set

KOS
RM 15.00

JUMLAH
RM 15.00

15 orang
15 orang

RM 3.00
RM 4.00

RM 45.00
RM 60.00

Makanan
-

Makan pagi
Makan petang

JUMLAH KESELURUHAN

RM 120.00

11.0 Tentatif Program


Masa
7.00 pagi 8.00 pagi
8.00 pagi 8:15 pagi
8:15 pagi 8:30 pagi

Aktiviti
Persediaan Tempat
Bacaan Doa
Perasmian Pameran Kokurikulum

8:30 pagi - 9:30 pagi


9:30 pagi 1:00 petang

Ucapan Pengarah IPG KSM


Ucapan Ketua Jabatan Gerko
Waktu pameran

1.00 petang 2.00 petang

Rehat / Solat

2.00 petang 4:00 petang


4:00 petang 5:00 petang

Waktu pameran (Pemberian Markah)


Penutupan Pameran Kokurikulum

5:00 petang

Bersurai / Pengemasan

12.0 Penutup
Pameran ini diharapkan dapat mengeratkan hubungan silaturahim antara para guru
pelatih serta komuniti yang terlibat. Diharapkan aktiviti ini juga dapat meningkatkan
kesedaran para guru pelatih terhadap memelihara dan memulihara alam sekitar. Para
pendidik adalah wahana yang boleh menentukan corak insan yang mampu menghadapi
cabaran dalam abad ke-21. Segala kerjasama yang diberikan kami dahului dengan
ucapan terima kasih.

Lampiran 1
Ahli Jawatankuasa Kerja Kelab Alam Sekitar IPG KSM
Pensyarah Penasihat
: Tn. Hj. Syakirin bin Abd Ghani
Pengerusi
Naib Pengerusi

: Muhamad Tajuddin Bin Abdul Manap


: Aida Sakira Binti Mamat

Setiausaha
Naib Setiausaha

: Lee Seo Lin


: Syahidah Binti Ali

Bendahari

: Amir Ikhmal bin Zuhaimi

AJK Tempat

: Muhammad Hidhir Bin Abd Ghani


Sunia Yapp Yiying

AJK Publisiti

: Nor Bahiah binti Samsudin


Ling Chin Chuan

AJK Keceriaan

: Mohd Idris Bin Jusoh


Siti Fatihah Binti Abdullah

AJK Makanan/ Kesegaran : Amir Nurakmal Bin Ajahar


Nurul Anis Syamimi Binti Mat Asri
AJK Dokumentasi

: Muhammad Ariffuddin bin Sukiat


Low Ying Yee

Disediakan oleh,

(LEE SEO LIN)


Setiausaha,
Kelab Alam Sekitar,
PISMP Pendidikan Jasmani, Semester 6,
Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan,
Besut, Terengganu Darul Iman.

Disemak oleh,

(MUHAMAD TAJUDDIN BIN ABDUL MANAP)


Pengerusi,

Kelab Alam Sekitar,


PISMP Pendidikan Jasmani, Semester 6,
Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan,
Besut, Terengganu Darul Iman.

Disahkan oleh,

..
(TN. HJ. SYAKIRIN BIN ABD GHANI)
Pensyarah Penasihat,
Kelab Alam Sekitar,
Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan,
Besut, Terengganu Darul Iman.

Disokong oleh,

.
(EN. MOHAMAD BIN AB. LATIFF)
Ketua Unit Kokurikulum,
Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan,
Besut, Terengganu Darul Iman.

Diluluskan / Tidak Diluluskan

.
(DR HAJI MOHD AZIZ BIN MOHD DIN)
Pengarah,
Institut Pendidikan Guru
Kampus Sultan Mizan,
Besut, Terengganu Darul Iman.

Ulasan:

You might also like