You are on page 1of 12

KERTAS KERJA KEM BESTARI SOLAT SK KAMPONG RAJA 2019

KERTAS KERJA DASAR

KEM BESTARI
SOLAT 2019
SK KAMPONG RAJA,

PAGOH, MUAR.

( JBA 5029 )

1
KERTAS KERJA KEM BESTARI SOLAT SK KAMPONG RAJA 2019

1.0 PENDAHULUAN

Solat merupakan satu tuntutan wajib yang penting bagi setiap individu yang bergelar Muslim.
Pelaksanaan solat yang baik dan tepat membolehkan pengamalnya menerima impak yang hebat di dalam
kehidupan seharian. Sehubungan itu, seminar Jawi, al-Quran, Bahasa Arab dan Fardhu Ain (j-QAF)
Peringkat Kebangsaan anjuran Kementerian Pendidikan Malaysia yang telah berlangsung pada 3 hingga 5
Mac 2004 telah memutuskan supaya Model Bestari Solat dilaksanakan secara rintis bersama model-model
projek j-QAF yang lain bagi menguji sejauhmana kelemahan dan kekuatannya. Program Kem Bestari
Solat perlu dilaksanakan oleh pihak sekolah bagi memastikan kejayaan program j-QAF. Kerjasama dan
hubungan yang erat antara sekolah dan ibu bapa amat penting bagi memastikan hasrat murni dapat
dijayakan.

2.0 NAMA PROJEK

KEM BESTARI SOLAT.

Kem Bestari Solat ialah aktiviti perkhemahan yang dilaksanakan untuk memastikan murid-murid
boleh menunaikan solat dengan sempurna dari segi bacaan dan perbuatan. Aktiviti ini dilaksanakan secara
intensif di suatu tempat khas mengikut kesesuaian sesebuah sekolah. KBS ini disarankan dibuat sebanyak
2 kali dalam tempoh setahun.

3.0 TARIKH/MASA
*1. 8 Mac 2019 ( Jumaat ) 8 pagi – 12.00 tengahari
*2. 9 Ogos 2019 ( Jumaat ) 8 pagi – 12.00 tengahari

*Tarikh di atas adalah tertakluk kepada pindaan

2
KERTAS KERJA KEM BESTARI SOLAT SK KAMPONG RAJA 2019

4.0 TEMPAT

Surau Sk Kampong Raja, Pagoh, Muar, Johor.

5.0 OBJEKTIF

Kem Bestari Solat ini diadakan bertujuan untuk memastikan murid dapat

1. Mengetahui kepentingan solat


2. Mengetahui cara berwudhuk dengan sempurna
3. Mengetahui bilangan rakaat solat-solat fardhu
4. Melaksanakan semua perbuatan di dalam solat dengan betul
5. Menguasai bacaan dan perbuatan dan mengaplikasikannya dengan baik dan lancar
6. Menunaikan solat secara individu dan berjemaah.

6.0 KUMPULAN SASARAN

Semua 164 orang murid beragama Islam Tahun 1 hingga 6 Sk Kampong Raja.

7.0 JAWATANKUASA PELAKSANA

Rujuk Lampiran 1

3
KERTAS KERJA KEM BESTARI SOLAT SK KAMPONG RAJA 2019

7.1 BIDANG TUGAS JAWATANKUASA PELAKSANA

1. Pengerusi:
 Membentuk jawatankuasa pelaksana
 Mempengerusikan dan mengendali mesyuarat pelaksanaan

2. Setiausaha:
 Menguruskan surat-menyurat
 Menyelaras dan menyelia persiapan jawatankuasa program
 Membentuk jawatankuasa kecil, mencatat dan menyedia minit/keputusan mesyuarat
 Mengeluarkan surat kebenaran ibu bapa
 Menyelaras dan menyelia pelaksanaan program

3. Bendahari:
 Menyedia anggaran perbelanjaan
 Mendapatkan anggaran perbelanjaan daripada jawatankuasa
 Mengurus/menyelia perolehan dan perbelanjaan
 Menyedia laporan kewangan

4. Pendaftaran/buku program:
 Menyediakan keperluan pendaftaran seperti meja, tempat, senarai nama peserta dan
fail
 Menyediakan buku program

4
KERTAS KERJA KEM BESTARI SOLAT SK KAMPONG RAJA 2019

5. Urusetia/Protokol/Persiapan tempat:
 Menentukan perkataan untuk ‘backdrop’
 Menentukan pengerusi majlis
 Menentukan fasilitator bertugas pada setiap aktiviti
 Mengagihkan kumpulan peserta
 Menyediakan borang-borang

6. Makanan minuman:
 Membentuk jawatankuasa kecil
 Menyediakan menu kepada peserta, fasilitator dan tetamu
 Menyediakan anggaran perbelanjaan makan dan minum
 Menentukan tempat, masa dan bentuk jamuan
 Memastikan bekalan makanan dan minuman mencukupi sepanjang program
 Mengurus bil pembayaran tempahan makan dan minum melalui bendahari.

7. Fasilitator/Pengisian:
 Menyediakan bahan dan tajuk ceramah yang sesuai
 Membimbing dan memudah cara peserta melaksana aktiviti dan LDK

8. Keselamatan/Kebajikan/Disiplin:
 Memberi taklimat kepada peserta sebelum program bermula
 Menyediakan peralatan dan bantuan kecemasan
 Menyedia senarai barangan keperluan peserta

5
KERTAS KERJA KEM BESTARI SOLAT SK KAMPONG RAJA 2019

9. Dokumentasi/Penilaian:
 Mengurus fotografi dan rakaman audio-video
 Menyelia dan menerbitkan laporan penuh aktiviti
 Menyelaras agenda post-mortem program

10. Multimedia/Publisiti:
 Menyediakan keperluan dan alatan siaraya untuk semua slot
 Menyediakan banner dan sepanduk publisiti

11. Teknikal dan peralatan


 Menguruskan hal berkaitan system PA seperti plag penyambung, mikrofon,
pembesar suara dan lain-lain.

8.0 TENTATIF PROGRAM

Rujuk Lampiran 2

9.0 KEWANGAN

Rujuk Lampiran 3

6
KERTAS KERJA KEM BESTARI SOLAT SK KAMPONG RAJA 2019

LAMPIRAN 1

JAWATANKUASA PELAKSANA

Penasihat: En Mohd Misman bin Ngadinon (Guru Besar)

Pengerusi: Pn Nor Ilyani bt Ahmad Mustafa (GPK Kokurikulum)

Naib Pengerusi: 1. En Abd Latif bin Salim ( GPK Pentadbiran )


2. Pn Hjh Azah bt Naman ( GPK Hem )

Penyelaras : Ustaz Mazham bin Abdullah (GPI)


Ustazah Noor Syahidah binti Shabuddin ( GPI )
Ustazah Busyra Hani’ bt Abd Ghani ( GBA )

Ahli Jawatankuasa:

1. En Norizam bin Mohamed


2. En Ikmal bin Abd Wahab
3. En Abdul Razak bin Ismail
4. Pn Nabihah Diyana bt Rosli
5. Pn Hjh Siti Rohani bt Talib
6. Pn Hjh Zalina bt Zakaria
7. Pn Shahrizan bt Wahab
8. Pn Norhayati bt Moen
9. Pn Siti Ruzita bt Sakif
10. Pn Siti Mahanum bt Hj Bebit

7
KERTAS KERJA KEM BESTARI SOLAT SK KAMPONG RAJA 2019

LAMPIRAN 2

TENTATIF PROGRAM

8.00 pagi - Sesi pendaftaran dan Taklimat Kem Bestari Solat

8.30 pagi - Latihan Dalam Kumpulan 1


(Pengenalan anggota wudhuk dan amali wuduk)

- Latihan Dalam Kumpulan 2


(Bacaan dalam solat)

10.00 pagi – Rehat dan kudapan

10.30 pagi - Latihan Dalam Kumpulan 3


( Sambungan Bacaan dalam solat )
(Perlakuan dalam solat dan amali solat)

11.00 pagi – Latihan Amali / Praktikal Solat

11.40 pagi – Kuiz Smart Solat


- Ulasan guru pembimbing

11.50 pagi - Persiapan pulang dan Bersurai

8
KERTAS KERJA KEM BESTARI SOLAT SK KAMPONG RAJA 2019

LAMPIRAN 3

1. Peruntukan j-QAF
Tahun 1 = 26 orang
Tahun 2 = 33 orang
Tahun 3 = 23 orang
Tahun 4 = 32 orang
Tahun 5 = 22 orang
Tahun 6 = 28 orang
Jumlah = 164 orang

PERBELANJAAN

KEM 1
( 08.03.2019 ) = 164 murid X RM 1.00 = RM 164

KEM 2
( 09.08.2019 ) = 164 murid X RM 1.00 = RM 164

JUMLAH: RM 328

SUMBER KEWANGAN

1. Peruntukan/Sumbangan Kem Bestari Solat = RM 328

9
KERTAS KERJA KEM BESTARI SOLAT SK KAMPONG RAJA 2019

10.0 PENUTUP

Model Bestari Solat merupakan sebahagian daripada pengajaran j-QAF yang wajib dilaksanakan
kepada semua murid tahun 1 hingga 6 yang beragama Islam. Pihak pentadbiran sekolah
bertanggungjawab dalam menggerakkan kem ini supaya impak akhirnya dapat dicapai bersama.
Sesungguhnya solat merupakan antara aspek terpenting di dalam pelaksanaan Fardhu Ain supaya murid-
murid dapat menerapkan amalan solat dengan berkesan dan berterusan, seterusnya mendidik diri menjadi
insan berdisiplin dan taat kepada Tuhan.

Diharap pelaksanaan kem ini akan memberi kesan kepada murid-murid dalam meningkatkan
kemahiran, kesungguhan dan rasa tanggungjawab untuk melaksanakan aspek Fardhu Ain yang
diperintahkan oleh Allah s.w.t.

Disediakan oleh: Disahkan oleh:

…………………………………… ………………………………
Noor Syahidah binti Shabuddin Mohd Misman bin Ngadinon
Guru Pendidikan Islam Guru Besar
SK Kampong Raja, Pagoh, Muar. SK Kampong Raja, Pagoh,
Muar

Disemak oleh:

………………………………….

10
KERTAS KERJA KEM BESTARI SOLAT SK KAMPONG RAJA 2019

PESERTA KEM BESTARI SOLAT


TAHUN 2019
NAMA SEKOLAH : SK KAMPONG RAJA, PAGOH

GURU PEMBIMBING: 1) USTAZAH NOOR SYAHIDAH BINTI SHABUDDIN

BIL PESERTA IHSAN TAHUN


1 SEMUA MURID LELAKI 1

GURU PEMBIMBING: 1) PUAN SITI RUZITA BT SAKIF

BIL PESERTA IHSAN TAHUN


1 SEMUA MURID PEREMPUAN 1

GURU PEMBIMBING: 1) USTAZ MAZHAM BIN ABDULLAH


2) PUAN HJH ZALINA BT ZAKARIA

BIL PESERTA IKRAM TAHUN


1 SEMUA MURID LELAKI 2

GURU PEMBIMBING: 1) USTAZAH BUSYRA HANI’ BT ABD GHANI

BIL PESERTA IKRAM TAHUN


1 SEMUA MURID PEREMPUAN 2

GURU PEMBIMBING: 1) EN ABDUL RAZAK BIN ISMAIL

BIL PESERTA IMAN TAHUN


1 SEMUA MURID LELAKI 3

11
KERTAS KERJA KEM BESTARI SOLAT SK KAMPONG RAJA 2019

GURU PEMBIMBING: 1) PUAN NABIHAH DIYANA BT ROSLI

BIL PESERTA IMAN TAHUN


1 SEMUA MURID PEREMPUAN 3

GURU PEMBIMBING: 1) PUAN HJH SITI ROHANI BT TALIB


2) EN NORIZAM BIN MOHAMED

BIL PESERTA IKHLAS TAHUN


1 SEMUA MURID LELAKI 4

GURU PEMBIMBING: 1) PUAN SITI MAHANUM BT HJ BEBIT

BIL PESERTA IKHLAS TAHUN


1 SEMUA MURID PEREMPUAN 4

GURU PEMBIMBING: 1) EN IKMAL FIRDAUS BIN ABD WAHAB

BIL PESERTA ITQAN TAHUN


1 SEMUA MURID LELAKI 5

GURU PEMBIMBING: 1) PUAN SHAHRIZAN BT WAHAB

BIL PESERTA ITQAN TAHUN


1 SEMUA MURID PEREMPUAN 5

12

You might also like