You are on page 1of 8

KERTAS KERJA

KELAB BANTU MULA H(A)

PROJEK ‘BOWLING MASTERS’ KELAB BANTU MULA H(A)


SEMESTER 2 SESI 2019/2020

TUJUAN
1. Tujuan kertas kerja ini diusulkan adalah untuk memohon
pertimbangan daripada pihak Kolej Matrikulasi Pulau Pinang
untuk mendapatkan kelulusan agar Program ‘Bowling Masters’
2020, ini dapat dijayakan dengan lancar.

LATAR BELAKANG
2. Sebagai sebuah negara yang terdiri daripada masyarakat yang
berbilang kaum, adalah amat mencabar bagi kerajaan untuk
memupuk semangat perpaduan antara kaum di negara ini.
Namun, sukan merupakan salah satu platform yang berkesan
bagi memperkukuhkan semangat perpaduan antara kaum di
Malaysia.

3. Kerajaan Malaysia menggalakkan masyarakat malaysia untuk


bersukan agar dapat melahirkan masyarakat yang sihat dan
cergas. Selain itu, ia juga dapat memajukan industri sukan
negara agar dapat bersaing sebaris dengan negara-negara lain
di samping dapat menaikkan imej negara.

4. Program Matrikulasi berhasrat untuk melahirkan pelajar yang


seimbang bukan sahaja dari segi akademik malah kokurikulum
selain dapat memupuk semangat perpaduan dalam diri pelajar-
pelajar yang terdiri daripada pelbagai jenis kaum.

5. Kami selaku ahli Kelab Bantu Mula H(A) akan menganjurkan


pertandingan ‘Bowling Masters’ agar dapat merealisasikan
hasrat-hasrat negara dan juga Bahagian Matrikulasi dalam
memupuk semangat bersukan dalam diri pelajar di negara ini.
OBJEKTIF
6. Objektif aktiviti adalah:

6.1. memberi peluang kepada pelajar untuk mendapat markah


penilaian berterusan;

6.2. memberi pendedahan kepada pelajar untuk mencuba


permainan baru;

6.3. meningkatkan semangat berpasukan dalam kalangan


pelajar; dan

6.4. mewujudkan persefahaman melalui aktiviti bersama dan


dipadankan kearah integrasi kaum yang lebih mantap.

ASAS PERTIMBANGAN
7. Justifikasi permohonan aktiviti ini adalah berdasarkan
pertimbangan berikut;

7.1. Memberi peluang kepada pelajar untuk mendapatkan


markah penilaian berterusan untuk kokurikulum;

7.2. Mengambil kira langkah-langkah keselamatan dalam


aktiviti ini dengan membawa peti pertolongan
kecemasan dan bilangan pensyarah yang mengikuti
mencukupi;

7.3. Tidak memerlukan sebarang peruntukan kewangan


daripada pihak kolej Matrikulasi Pulau Pinang; dan

7.4. Memberi peluang kepada pelajar untuk menghilangkan


tekanan dan merehatkan minda.
PERINCIAN CADANGAN
8. Tajuk :Pertandingan ‘Bowling Masters’

Tarikh : 17 Februari 2020

Masa : Pusat Bowling Ole-ole, Mydin Bukit Mertajam

Peserta : 25 orang pelajar (Seperti dalam Lampiran 1)

Jawatankuasa : Seperti dalam Lampiran 2

Tentatif :

MASA AKTIVITI
1:00 petang Berkumpul di dataran pelajar
1:15 petang Perjalanan ke Mydin Bukit Mertajam
menaiki bas
2:00 petang Aktiviti pengurusan diri (solat dan
makan)
2:45 petang Berkumpul di Pusat Bowling Ole Ole
untuk urusan pembayaran dan
pengurusan ‘lane’
3:00 petang Aktiviti memanaskan badan
3:05 petang Pengurusan lane
3:15 petang Pertandingan Bowling Masters
bermula
5:45 petang Pengiraan markah dan pemilihan
pemenang
6:00 petang Penyampaian hadiah, sesi
bergambar serta ulasan daripada
pengarah projek
6:30 petang Pengurusan diri (solat dan makan)
8:00 malam Pelajar berkumpul untuk menaiki bas
8:15 malam Perjalanan pulang ke KMPP

IMPLIKASI
9. Aktiviti ini akan memberi implikasi kepada perkara berikut

9.1. SUMBER MANUSIA


Seramai 25 orang pelajar terlibat (8 orang lelaki, 17 orang
perempuan) dan, dua orang pensyarah lelaki dan
seorang pensyarah perempuan akan mengikuti
pertandingan ‘Bowling Masters’ ini.

9.2. KEWANGAN
RM 450.00 (bayaran peserta RM 18 setiap pelajar)

Tiada implikasi kewangan dari kolej kecuali elaun


bekerja lebih masa pemandu bas.

Bajet untuk aktiviti ini adalah seperti yang dinyatakan


dalam lampiran.

PERALATAN ATAU LAIN-LAIN YANG BERKAITAN


10. Peti pertolongan cemas diperlukan jika terjadi sebarang
kecederaan pada para peserta

KESIMPULAN
11. Diharap kertas cadangan ini mendapat kelulusan dari pihak
pengurusan Kolej Matrikulasi Pulau Pinang untuk membuka
minda pelajar ,memberi peluang kepada pelajar untuk mendapat
pengalaman baru dan mengeratkan hubungan antara pelajar
ULASAN PEMOHON / PENYEDIA

Aktiviti ini perlu dijalankan untuk dijadikan sebagai salah satu penilaian
berterusan dalam subjek Kokurikulum.Selain itu,aktiviti ini juga dapat
memberi pendedahan kepada peserta untuk memberi pendedahan
tentang sukan ‘bowling’ bagi melahirkan pelajar yang seimbang dari
segi rohani dan jasmani.

Nama : Muhammad Muzzammil Bin Mohd Zaidi


Jawatan: Setiausaha
Tarikh : 6 FEBRUARI 2020
KERTAS KERJA
KELAB BANTU MULA H(A)

PROJEK ‘BOWLING MASTERS’ KELAB BANTU MULA H(A)


SEMESTER 2 SESI 2019/2020

ULASAN PENSYARAH

Nama : Jeffry Azmi Nasruddin

Jawatan : Pensyarah Penasihat

Tarikh : 5 Februari 2020

Ulasan :

ULASAN KETUA UNIT

Nama : Cik Sarah Bt Mat Saad

Jawatan : Ketua Unit Kokurikulum

Tarikh :

Ulasan :
KERTAS KERJA
KELAB BANTU MULA H(A)

PROJEK ‘BOWLING MASTERS’ KELAB BANTU MULA H(A)


SEMESTER 2 SESI 2019/2020

SOKONG

TIDAK SOKONG

ULASAN KETUA JABATAN PENGURUSAN PELAJAR

(AZMI BIN HARUN) Tarikh :


KERTAS KERJA
KELAB BANTU MULA H(A)

PROJEK ‘BOWLING MASTERS’ KELAB BANTU MULA H(A)


SEMESTER 2 SESI 2019/2020

LULUS

TIDAK LULUS

ULASAN PENGARAH KOLEJ MATRIKULASI

(HAJI ROZAINI BIN AHMAD A.M.K., B.C.K ) Tarikh :

You might also like