You are on page 1of 9

SULIT

NAMA

:.................................................................................

TINGKATAN

:.....................................................................................

SM IMTIAZ YAYASAN TERENGGANU


PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 2014

1103/2

SIJIL PELAJARAN MALAYSIA


BAHASA MELAYU
TINGKATAN EMPAT
Kertas 2
OKTOBER
2 jam

Dua jam tiga puluh minit

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

1. Kertas soalan ini mengandungi empat soalan


2. Jawab semua soalan
3. Jawapan bagi Soalan 2(b), Soalan 2(c), Soalan 2(d) dan Soalan 4
berdasarkan teks Komponen Kesusasteraan Melayu Tingkatan 4.
4. Jawapan boleh ditulis dalam tulisan Rumi atau Jawi

Kertas soalan ini mengandungi 9 halaman bercetak


1103/2

SULIT

SULIT

1103/2

Soalan 1 : Rumusan
[30 markah]

Baca petikan di bawah ini dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang sebab-sebab
jasa guru perlu dikenang dan cabaran yang dihadapi oleh pendidik. Panjangnya
rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.
Sambutan Hari Guru diadakan saban tahun bagi mengingatkan kita betapa besarnya jasa dan
pengorbanan golongan pendidik. Sebenarnya, semua pihak harus bersama-sama menghargai
jasa guru. Bagi pelajar yang masih di bangku sekolah, guru dianggap sebagai ibu bapa kedua
kerana guru mendidik pelajar supaya mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan. Guru turut
berperanan menyemarakkan nilai murni, kasih sayang, dan akhlak mulia di samping
mengasuh pelajar menghindari keburukan agar pelajar lahir sebagai insan yang mulia.
Pelajar harus menghormati guru dan mematuhi tunjuk ajar serta nasihat guru sebagaimana
mereka mentaati ibu bapa. Walaupun sesekali pelajar terpaksa dihukum tetapi tindakan itu
demi kebaikan mereka sendiri. Dalam hubungan ini, guru dikatakan melakukan sesuatu yang
mulia demi kebaikan pelajarnya. Bagi mereka yang sudah meninggalkan alam persekolahan,
jasa bekas guru tetap melekat dalam ingatan. Yang budiman pula tidak dapat menafikan
bahawa hasil didikan guru telah meletakkan mereka pada kedudukan sekarang. Sebaliknya
jika mereka gagal, hal itu adalah salah sendiri kerana tidak mahu menurut nasihat guru.
Segala kenangan sewaktu berada di sekolah kerap bermain dalam fikiran sehingga muncul
keinsafan betapa besarnya jasa guru. Bagi ibu bapa pula, jika mereka sanggup menyerahkan
anak kepada guru, tiada sebab mereka curiga akan keikhlasan guru. Lagipun, tidak ada guru
yang mahu melihat pelajarnya gagal. Sebaliknya, merekalah orang yang paling bangga
apabila pelajar mencapai kejayaan.
Guru bukanlah manusia yang suka mengungkitkan segala hal tentang pengorbanan mereka.
Para pendidik ini mengikhlaskan pengorbanan mereka sebagai sumbangan bakti kepada anak
bangsa. Oleh sebab itu, mereka jarang-jarang terasa hati jika ada bekas pelajar yang sudah
berjaya yang tidak mempedulikan mereka. Perkara ini ada hubungannya dengan sikap guru
yang tidak mengharapkan sebarang balasan daripada bekas pelajar. Lazimnya guru tidak
mudah lupa akan bekas pelajarnya, sebaliknya pelajarlah yang sering lupa akan jasa dan
pengorbanan guru mereka. Dalam keadaan tertentu, sikap memuja dan mengagungkan
golongan tertentu mendorong mereka alpa terhadap golongan yang lebih banyak berjasa
kepada mereka. Selaku manusia yang bermaruah, kita harus bertanya kepada diri sendiri,
adakah kita masih ingat kepada orang yang pernah mengajar kita suatu masa dahulu?
Masihkah kita menelefon atau menziarahi mereka? Pernahkah kita mendoakan kesejahteraan
mereka? Kita harus mempunyai jawapan untuk semua soalan ini walaupun jawapannya
mungkin berbeza-beza. Hal ini demikian kerana guru merupakan antara insan yang penting
dalam hidup kita, insan yang pernah melakarkan jalan hidup kita suatu masa dulu.
(Dipetik dan diubahsuaikan daripada rencana
Kenang Jasa dan Pengorbanan Guru Sepanjang Hayat"
oleh Zainor Said, Berita Harian, 15 Mei 2009.)

1103/2

SULIT

SULIT

1103/2

Soalan 2 : Pemahaman
[35 markah]
Soalan 2(a) - Petikan Umum
Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan
ayatanda sendiri.
(i) Berikan maksud rangkai kata terasa hati dalam petikan.
[2 markah]
(ii) Nyatakan tindakan yang patut dilakukan terhadap bekas guru yang pernah menabur bakti
dalam hidup kita.
[3 markah]
(iii) Pada pendapat anda, mengapakah semakin banyak anggota masyarakat yang tidak
mengendahkan bekas guru mereka?
[4 markah]

1103/2

[Lihat halaman sebelah]


SULIT

SULIT

1103/2

Soalan 2(b) Drama


Baca drama di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya
dengan menggunakan ayat anda sendiri.
PROF. PETER: Boleh saya duduk, Mak Jah?
MAK JAH: Silakan, tuan.
PROF. PETER: (Menarik sebuah kerusi lalu duduk) Saya bukan hendak menyiasat
fasal tanah Mak Jah. Saya profesor bidang sosiologi. Minat saya pada sejarah,
bukan pada tanah.
MAK JAH: Tuan nak siasat sejarah? Em, siapa orangnya?
PROF. PETER: Saya ini guru Mohamad Zaman. Tentulah kami mempunyai minat
dalam bidang yang sama, Mak Jah.
MAK JAH: Ya, saya faham, tuan. Baru saya ingat, bagaimana pelajaran anak saya
itu, tuan?
PROF. PETER: Pelajarannya baik. Saya tahu dia sibuk di Kuala Lumpur sekarang
tetapi satu saja yang saya kurang senang dengannya.
MAK JAH: Apa itu, tuan?
PROF. PETER: Dia itu keras hati dan keras kepala, suka menentang cakap orang,
termasuk pensyarahnya.
MAK JAH: Benar tuan, perangainya saling tak tumpah perangai arwah bapanya.
PROF. PETER: Ayahnya sudah lama meninggal?
MAK JAH: Dah lama tuan, masa perang Jepun. Zaman pun lahir masa itu. Saya
namakan dia Mohamad Zaman, zaman Jepun.
PROF. PETER: Oo ... begitu, tetapi mengapa Mak Jah tak menggunakan nama
Mohamad Jepun?
Dipetik daripada drama Cempaka Putih, oleh A. Rahim Abdullah,
dalam antologi Harga Remaja, halaman 245 246.

(i) Nyatakan perwatakan Mohamad Zaman yang menjadi bahan perbualan antara
Prof. Peter dan Mak Jah.
[3 markah]
(ii) Pada pendapat anda, apakah faedah-faedah yang kita peroleh dengan mempelajari
mata pelajaran sejarah?
[3 markah]
(iii) Huraikan satu persoalan daripada petikan drama di atas dan dua persoalan yang
lain berdasarkan keseluruhan drama ini.
[3 markah]

1103/2

SULIT

SULIT

1103/2

Soalan 2 (c) - Petikan Prosa Klasik


Baca petikan di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya
dengan menggunakan ayat anda sendiri.
Hatta berapa lamanya Khoja Maimun belayar itu, maka datanglah cubaan Allah Taala
atas hambanya, dengan demikian dicetera akan orang yang empunya cetera ini. Selama
peninggalan Khoja Maimun belayar itu, sebermula ada pada suatu hari maka Bibi Zainab pun
bercintalah akan suaminya. Maka ia pun pergilah duduk di tingkap mahligainya beranganangan serta memandang pada jalan seraya itu maka pada ketika itu terpandanglah kepada
anak raja di dalam negeri itu lalu berkuda hampir dengan mahligai isteri Khoja Maimun.
Pada tatkala Bibi Zainab pun memandang ke bawah maka terpandanglah kepada muka anak
raja itu, pemandangan Bibi Zainab terlalu elok rupanya anak raja itu.Sebermula anak raja pun
memandang kepada isteri Khoja Maimun, terlalu baik parasnya sama berjumpa matanya lalu
dibawanya tersenyum oleh anak raja itu. Dengan takdir Allah taala maka anak raja itupun
berahilah akan Bibi Zainab itu.Adapun akan Bibi Zainab itu pun tersangkutlah hatinya akan
anak raja itu
Setelah sudah maka anak raja itu pun menyimpang ke rumah seorang perempuan.
Setelah sampai anak raja itu pun berkata kepada perempuan itu, Hai ibuku, pergilah
sampaikan kepada perempuan itu, katakan aku suruh kepada orang itu, katakan aku
berkehendakkan dia dengan barang-barang tipu daya ibu akan meluluskan maksud aku ini!
Setelah didengar oleh orang tua itu segeralah ia pergi kepada isterinya Khoja Maimun
itu.Setelah ia sampai, maka segala pesan anak raja itu pun habis sekaliannya dikatakannya
oleh perempuan tua itu, serta dengan manis mulutnya berkata-kata, berapa peluk cumbucumbuan akan yang memberi berahi dikatakannya.
Dipetik daripada Hikayat Khoja Maimun,
Dalam Antologi Harga Remaja,
Dewan Bahasa dan Pustaka.

(i)

Berikan maksud rangkai kata tersangkutlah hatinya.

(ii)

Apakah reaksi anak raja itu setelah terpandang Bibi Zainab.

[2 markah]
[3 markah ]
(iii) Pada pendapat anda, wajarkah anak raja menitahkan perempuan tua agar
menyampaikan hajatnya untuk menemui Bibi Zainab?
[3 markah]

1103/2

SULIT

SULIT

1103/2

Soalan 2 (d) Sajak


Baca sajak di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya
dengan menggunakan ayat anda sendiri.
HARGA REMAJA
Berapakah sebenarnya harga remaja
yang bersih
dari gelodak kecewa
bagai kehijauan daun
bagai kesegaran pohon
di pinggir perjalanan ini?
Dengan apakah akan kaupenuhi
piala remajamu
adakah cuka kesangsian
dari cinta murah
atau madu ajaran
dari ilmu susah?
Remaja amat mahal
sesungguhnya
tiada terbeli oleh perjanjian
harga remaja adalah
pendirian
keberanian dan ilmu.
Penuhilah remajamu
dengan ketentuan tuju.
Rahman Shaari
(Antologi Harga Remaja,
Dewan Bahasa dan Pustaka, 2009)

(i)

Apakah maksud rangkap keempat sajak di atas?

(ii)

Pada pandangan anda, apakah kesan yang berlaku sekiranya seorang remaja
mengabaikan pelajaran di sekolah?
[4 markah]
Nyatakan tiga nilai murni yang terdapat dalam sajak tersebut.
[3 markah]

(iii)

1103/2

SULIT

[2 markah]

SULIT

1103/2

Soalan 3: Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa


[30 markah]
Jawab semua soalan
(a) Tulis satu ayat bagi setiap frasa di bawah untuk menunjukkan bahawa anda faham
akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan,
menukarkan imbuhan atau menggunakan frasa itu sebagai peribahasa atau nama
khas.
(i)
(ii)
(iii
)
(iv)
(v)
(vi)

berketerampilan
bertepatan
membolosi
mengimbangi
dihuru-harakan
diputarbelitkan
[6 markah]

(b)Tukarkan ayat bersusunan songsang di bawah ini kepada ayat bersusunan biasa
tanpa mengubah maksud asalnya.
(i) Kerana kecekapannya menjalankan tugas beliau disegani.
(ii) Dapat menghalang pelajar ponteng kelas pengajaran yang berkesan.
(iii) Bergantung pada kegigihannya kejayaan seseorang itu.
[6 markah]
(c)

Dalam petikan di bawah, terdapat tiga kesalahan penggunaan ejaan dan tiga
kesalahan penggunaan imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan
itu. Anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada tiga kesalahan ejaan dan tiga
kesalahan penggunaan imbuhan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.
(i) Sindikit wang palsu itu cuba kelirukan pihak berkuasa dengan menjadikan sebuah
kawasan perumahan terbengkalai sebagai pusat operasi mereka.
(ii) Para pelajar sekolah dilarang memakai pakaian menjolok mata semasa hadiri
kelas tambahan.
(iii) Hubungan silaturrahim dapat dipupuk menerusi amalan gotong-royong sekali gus
menarik pelancong berkunjung negara ini.
[6 markah]

1103/2

SULIT

SULIT

1103/2

(d)

Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau
istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahankesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu
kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Anda tidak
perlu menyalin ayat itu semula.
(i) Encik Hassan berjanji akan memberi upahan yang setimpal sebagai insentif pada
para pekerjanya dalam usaha meningkatkan produktiviti syarikat.
(ii) Dalam mesyuarat itu, mereka membincangkan lain-lain perkara selain masalah
disiplin sekolah.
(iii) Setengah pesakit yang sudah kritikal biasanya akan diberikan perhatian yang
lebih dalam oleh doktor.
[6 markah]

(e)

Tulis satu ayat bagi setiap peribahasa berikut. Ayat anda hendaklah dapat
memberikan maksud peribahasa berikut.
(i) Tangan kosong.
(ii) Tulang belakang.
(iii) Tinggi gunung tinggi lagi harapan kami.
[6 markah]

1103/2

SULIT

SULIT

1103/2

Soalan 4: Novel
[15 markah ]

Jawab soalan-soalan di bawah berdasarkan novel Renyah karya Gunawan Mahmood.


(a)

Nilai murni banyak diutarakan oleh pengarang dalam menghasilkan sesebuah novel.
Huraikan dua nilai kasih sayang yang terdapat dalam novel yang anda pelajari.
[ 7 markah ]

(a)

Sesebuah novel yang menarik banyak bergantung pada latar masyarakat yang
dipaparkan oleh pengarang. Huraikan tiga latar masyarakat berdasarkan novel yang
telah anda pelajari.
[ 8 markah ]

KERTAS SOALAN TAMAT

1103/2

SULIT

You might also like