Professional Documents
Culture Documents
menganggap kumpulan itu sebagai `penjual negara dan sanggup menjual tanah kubur ayahanda mereka sendiri. Malahan Esmail Kiram turut didakwa mengugut Malaysia untuk menambah bayaran wang pajakan Sabah untuk kepentingan keluarganya. Keluarga Kiram sekali lagi menjadi pengkhianat bangsa Tausug apabila menyerahkan wilayahwilayah Sulu kepada kerajaan Filipina di bawah era Ferdinand Marcos pada 1962 semasa Sultan Esmail I bin Rajamuda Mawallilwasit. Pada 11 Februari lalu, keluarga Kiram sekali lagi menimbulkan angkara apabila pengikut Jamalul Kiram III menceroboh Lahad Datu, Sabah menyebabkan lebih 60 pengikutnya terbunuh dalam pertempuran dengan pasukan keselamatan Malaysia. Keluarga Kiram sangat ramai. Ada keluarga daripada sebelah Puteri Piyandao bin Sultan Badaruddin I, ada Kiram daripada jalur keluarga Sultan Esmail I bin Rajamuda Mawallilwasit (Sultan inilah yang menyerahkan Sulu kepada Filipina pada 1962) dan ada Kiram daripada Datu Punjungan bin Rajamuda Mawallilwasit (ayahanda Jamalul Kiram III). Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Laporan_Khas/20130310/lk_02/Siapakahkeluarga-Kiram#ixzz2NfC9gBgh Utusan Melayu (M) Bhd