You are on page 1of 13

SIRI PANDUAN GURU:

PENGGUNAAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU TINGKATAN 4


Disusun oleh Cikgu Ahmad Azan Ab. Latif, GCBM KV Wakaf Tembesu

SIRI 2 Teknik Rentas dan Pantas


Penggunaan Tatabahasa dalam Buku Teks Tingkatan 4 KSSM

Kemahiran Bahasa dalam DSKP KSSM:


Modul 5 : Aspek Tatabahasa

Standard Kandungan:
5.1 Memahami dan menggunakan bentuk kata yang sesuai dalam pelbagai
bidang.
Standard Pembelajaran:
5.1.1 Mengenal pasti dan menggunakan bentuk kata tunggal dan kata majmuk
dengan betul mengikut konteks.

Buku Teks : Halaman 4


Tema 1 : Merealisasikan Impian
Tajuk : Menawan Samudera
Aktiviti (2) : Kenal pasti bentuk kata tunggal dan kata majmuk. Kemudian gunakannya dengan
betulnya mengikut konteks.
Jawapan : Halaman 233
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Nota
Tatabahasa

Bentuk Kata dalam Bahasa Melayu


• Bentuk kata ialah binaan sesuatu perkataan. Bentuk kata boleh terdiri daripada satu morfem atau
beberapa morfem.
• Dalam bahasa Melayu terdapat empat bentuk kata, seperti yang berikut:

Bentuk Kata

Kata tunggal Kata terbitan Kata majmuk Kata ganda

1 | azanablatif@gmail.com
1. Kata Tunggal
Kata tunggal ialah perkataan yang tidak menerima sebarang imbuhan atau tidak mengalami proses
pemajmukan atau penggandaan. Terdapat sekurang-kurangnya dua jenis kata tunggal, iaitu:
(i) kata tunggal yang mengandungi hanya satu suku kata, dan
(ii) kata tunggal yang mengandungi dua suku kata tau lebih

Kata Tunggal

Kata tunggal Kata tunggal


satu suku kata dua suku kata atau lebih

a. Kata tunggal satu suku kata


Terdapat tujuh pola gabungan konsonan (K)-vokal (V) dalam kata tunggal satu suku kata, seperti
yang berikut:
(i) KV - yu ru ya
(ii) VK - am
(iii) KVK - cat roh tin sen lap wang
(iv) KKVK - draf stor gred skor krim trak
(v) KVKK - golf teks bank zink
(vi) KKKV - skru
(vii) KKKVK - skrip strow spring

b. Kata tunggal dua suku kata


Contoh:
(i) V + KV - aku { a + ku } ubi { u + bi } aur { a + ur }
(ii) KVK + KV - syahdu { syah + du} lampu { lam + pu }
(iii) V + KVK - adik {a + dik } ikan { i + kan }
(iv) KV + KVK - bulat{ bu + lat } kapal { ka + pal }
(v) KV + VK - buih { bu + ih} liar { li + ar }
(vi) KVK +KVK - bengkok{ beng + kok} sunting { sun + ting }

c. Kata tunggal tiga suku kata


Contoh:
(i) KV+KV+KV - bahaya{ ba+ha+ya }
(ii) KVK+KV+V - mentua{ men+tu+a }
(iii) V+KV+KVK - isyarat { i+sya+rat }
(iv) KVK+KV+KV - gembira { gem+bi+ra }
(v) KVK+KV+KVK - matlamat { mat+la+mat }

d. Kata tunggal empat suku kata atau lebih


Contoh:
(i) V+KV+KV+KVK - anugerah { a+nu+ge+rah }
(ii) KV+KV+KV+KVK - masyarakat { ma+sya+ra+kat }
(iii) KV+KV+ KV+KV - selesema { se+le+se+ma }
(iv) V+KV+KVK+KV+KV - universiti { u+ni+ver+si+ti }
(v) KKV+KV+KV+KV+KV - klasifikasi { kla+si+fi+ka+si }
(vi) KVK+KV+KV+KV+KV+KV - personifikasi { per+so+ni+fi+ka+si }

2 | azanablatif@gmail.com
2. Kata Majmuk
• Kata majmuk ialah perkataan yang dibentuk dengan menggabungkan dua kata dasar atau lebih.
Perkataan baharu yang terbentuk membawa makna tertentu.
• Kata majmuk ada yang dieja tercantum dan ada yang dieja terpisah tetapi tidak ada yang
bersempang.
• Kata majmuk lazimnya yang dieja terpisah tidak boleh menerima sebarang penyisipan unsur lain.
Contoh: kerusi yang malas (Salah), kerusi malas (Betul)

a. Jenis kata majmuk:

.
Kata Majmuk

Rangkai kata bebas Istilah Kiasan


Contoh: Contoh: Contoh:
tengah hari lut sinar kaki ayam
air hujan atur cara hati batu
jalan raya susu pekat manis buah hati
nasi minyak kertas kerja anak buah

b. Dari segi bentuknya, kata majmuk terbahagi kepada beberapa kelas seperti yang berikut:

(i) kata nama majmuk


Contoh : air mata, buah mulut, cita rasa, daun telinga, ganti rugi, dan hak cipta.

(ii) kata bilangan majmuk


Contoh : tiga puluh, dua pertiga, dan dua ratus lima puluh

(iii) kata adjektif majmuk


Contoh : aman damai, buta huruf, cantik jelita, merah jambu, iri hati, dan kelam kabut.

(iv) kata kerja majmuk


Contoh : angkat kaki, buang air, campur tangan, datang bulan, gulung tikar, mengadu domba,
mengambil alih, mengambil berat, mengangkat sembah, membalas budi, membanting tulang,
mencari gali, bercerai susu, berdiam diri, dan menembak mati

(v) kata sendi majmuk


Contoh : darihal, daripada, kepada, dan sedari

(vi) kata keterangan majmuk;


Contoh : acap kali, boleh jadi, demikian, kadangkala, lambat laun, pertama kali, sambil lalu,
dan sekali sekala.

(vii) kata hubung majmuk


Contoh : apabila, manakala, dan meskipun.

3 | azanablatif@gmail.com
c. Kata majmuk yang telah mantap

antarabangsa kerjasama sukarela


beritahu olahraga suruhanjaya
bumiputera matahari tandatangan
jawatankuasa pesuruhjaya tanggungjawab
kakitangan setiausaha warganegara

d. Pengimbuhan kata majmuk

(i) Ejaannya kata majmuk tetap terpisah apabila menerima imbuhan yang merupakan awalan
atau akhiran sahaja.
Contoh :
campur aduk → bercampur aduk
litar selari → berlitar selari
ambil alih → mengambil alih

(ii) Ejaan kata majmuk menjadi bercantum apabila menerima imbuhan yang merupakan apitan.
Contoh:
campur aduk → mencampuradukkan
garis pusat → mengarispusatkan
satu padu → menyatupadukan

4 | azanablatif@gmail.com
SIRI PANDUAN GURU:
PENGGUNAAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU TINGKATAN 4
Disusun oleh Cikgu Ahmad Azan Ab. Latif, GCBM KV Wakaf Tembesu

SIRI 4 Teknik Rentas dan Pantas


Penggunaan Tatabahasa dalam Buku Teks Tingkatan 4 KSSM

Kemahiran Bahasa dalam DSKP KSSM:


Modul 5 : Aspek Tatabahasa

Standard Kandungan:
5.1 Memahami dan menggunakan bentuk kata yang sesuai dalam pelbagai
bidang.
Standard Pembelajaran:
5.1.3 Mengenal pasti dan menggunakan bentuk kata ganda dan akronim dengan
betul mengikut konteks.

Buku Teks : Halaman 36


Tema 3 : Memetik Bintang
Tajuk : Harapan Setinggi Gunung
Aktiviti (2) : Kenal pasti dan bina ayat menggunakan akronim yang terdapat dalam petikan.
Jawapan : Halaman 235

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Nota
Tatabahasa

Kata Akronim
• Kata akronim ialah perkataan yang terbentuk dengan menggabungkan huruf awal suku kata atau
dengan menggabungkan huruf awal dan suku kata daripada rangkaian kata sehingga terbentuk
perkataan baharu yang ditulis dan dilafazkan sebagai perkataan yang utuh.
• Kata akronim tergolong sebagai kata tunggal.

a. Kata akronim yang terbentuk melalui gabungan huruf awal perkataan dalam rangkai kata. Kata
akronim jenis ini lazimnya merupakan kata nama khas dan ditulis dengan huruf besar
keseluruhannya.
Contoh:
ABIM - Angkatan Belia Islam Malaysia RTM - Radio Televisyen Malaysia
ADUN - Ahli Dewan Undangan Negeri IKIM - Institut Kefahaman Islam Malaysia

5 | azanablatif@gmail.com
b. Kata akronim yang terbentuk melalui gabungan suku kata awal sejumlah perkataan. Jikalau kata
akronim yang terbentuk itu kata nama khas, ejaannya bermula dengan huruf besar.
Contoh:
Bernama - Berita Nasional Malaysia pawagam- panggung wayang gambar
Perkeso - Pertubuhan Keselamatan Sosial kugiran - kumpulan gitar rancak
tadika - taman didikan kanak-kanak cerpen - cerita pendek

c. Kata akronim yang terbentuk melalui gabungan huruf dan suku kata sejumlah perkataan. Kata
akronim jenis ini membentuk kata nama khas dan ejaannya bermula dengan huruf besar.
Contoh:
Mara (Majlis Amanah Rakyat) Intan (Institut Tadbiran Awam Negara)
Perkim (Pertubuhan Kebajikan Islam Perhilitan (Perlindungan Hidupan Liar dan
Malaysia) Taman Negara)

d. Kata akronim yang terbentuk melalui gabungan huruf awal perkataan pertama dengan bahagian
lain perkataan yang mengikutinya.
Contoh:
asbut - asap kabut purata - pukul rata
jentolak - jentera tolak jenama - jenis nama
debunga - debu bunga jalurah - jalur lurah

6 | azanablatif@gmail.com
SIRI PANDUAN GURU:
PENGGUNAAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU TINGKATAN 4
Disusun oleh Cikgu Ahmad Azan Ab. Latif, GCBM KV Wakaf Tembesu

SIRI 3 Teknik Rentas dan Pantas


Penggunaan Peribahasa dalam Buku Teks Tingkatan 4 KSSM

Kemahiran Bahasa dalam DSKP KSSM:


Modul 4 : Aspek Seni Bahasa

Standard Kandungan:
4.2 Memahami dan menggunakan peribahasa dalam lisan dan penulisan.

Standard Pembelajaran:
4.2.1 Menggunakan peribahasa dan menghubung kait maksudnya dengan betul
mengikut konteks.

TEMA 1 : MEREALISASIKAN IMPIAN

• Belayar sambil memapan. (hal. 7)


Maksud: Melakukan dua pekerjaan atau perkara sekali gus.

• Hendak belajar berenang, dapatkan itik, hendak belajar memanjat, dapatkan tupai. (hal.9)
Maksud: Sekiranya hendak mengetahui atau menguasai sesuatu perkara, belajarlah daripada
orang yang ahli ataupun pakar dalam bidang tersebut.

• Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. (hal.10)


Maksud: Jika mempunyai cita-cita seseorang itu akan berusaha dengan bersungguh-sungguh
untuk mencapainya.

• Orang mengantuk disorongkan bantal. (hal.12)


Maksud:Memperoleh apa yang benar-benar diingini.

TEMA 2 : INSAN TERDIDIK, NEGARA SEJAHTERA


• Zaman Tuk Nadur berkajang kain. (hal.21)
Maksud: Suatu masa atau zaman yang telah lalu; Suatu masa atau zaman yang telah lama sekali
berlalu.

7 | azanablatif@gmail.com
TEMA 3 : MEMETIK BINTANG

• Pengayuh sayang dibasahkan, sampan tidak akan sampai ke seberang. (hal.37)


Maksud: Tak akan tercapai maksudnya kalau tak mahu berusaha dan bersusah payah.

TEMA 4 : MENJULANG HARAPAN DIBUMI BERTUAH

• Bertangguh itu pencuri masa. (hal.49)


Maksud:Melakukan kerja secara bertangguh akan merugikan diri sendiri.

• Untung sabut timbul, untung batu tenggelam. (hal.49)


Maksud:Jika bernasib baik akan selamat, jika bernasib malang binasalah.

TEMA 5 : MEMACU PRODUKTIVITI

• Titik peluh. (hal.68)


Maksud:Hasil usaha sendiri.

TEMA 6 : DUNIA PELANCONGAN

• Hujan halau mentua (hal.74)


Maksud : Hujan sebentar sahaja

• Kecil jangan disangka anak, besar jangan disangka bapa. (hal.74)


Maksud: Pengetahuan dan kelebihan itu tidak khusus pada orang-orang tua sahaja.

• Kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai. (hal.74)


Maksud: Sekiranya takut kepada risiko, jangan dekati bahaya.

• Takkan lari gunung dikejar. (hal.75)


Maksud: Membuat sesuatu kerja biarlah dengan cermat dan berhati-hati.

• Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik negeri sendiri. (hal.77)
Maksud: Walau bagaimanapun kelebihan di negara orang, tetap negeri sendiri lebih baik.

• Jauhari sahaja yang mengenal manikam. (hal.77)


Maksud: Orang yang bijaksana juga yang mengetahui keelokan ilmu.

• Indah khabar daripada rupa. (hal.77)


Maksud: Perkhabaran sesuatu perkara yang dilebih-lebihkan.

• Bapa borek, anak rintik. (hal.82)


Maksud: Anak itu mengikut kelakuan dan lain-lain orang tuanya. / Anak menurut baka, kelakuan
dan lain-lain dari bapanya.

• Tak tumbuh tak melata, tak sungguh orang tak kata. (hal.82)
Maksud: Orang mengatakan tentang sesuatu perkara itu tentulah ada sebabnya.

8 | azanablatif@gmail.com
• Lain hulu lain parang, lain dahulu lain sekarang. (hal.82)
Maksud: Perbezaan zaman yang berubah mengikut peredaran masa.

• Kera mendapat bunga. (hal.82)


Maksud: Seseorang yang tidak tahu menilai pemberian orang lain.

• Bagaimana acuan, begitulah kuihnya. (hal.82)


Maksud: Seseorang anak itu akan mengikut perangai bapa atau ibunya.

• Sambil menyelam minum air. (hal.83)


Maksud: Sekali melakukan pekerjaan, dua tiga maksud tercapai.

• Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik negeri sendiri. (hal.84)
Maksud: Walau bagaimanapun kelebihan di negara orang, tetap negeri sendiri lebih baik.

TEMA 7 : DEMI KEDAMAIAN

• Sepandai-pandai tupai melompat, sekali akan gawal juga. (hal.88)


Maksud: Sepandai-pandai orang, sekali akan salah juga perbuatannya.

• Bagai itik mendapat air. (hal.90)


Maksud: Kegembiraan yang amat sangat kerana beroleh sesuatu yang disukai.

• Kalau tidak berada-ada, takkan tempua bersarang rendah. (hal.90)


Maksud: Tentu ada sebabnya (ada sesuatu yang tersembunyi) maka terjadi sesuatu hal.

• Kalau tiada angin bertiup, masakan pokok bergoyang. (hal.90)


Maksud: Tentu ada sebabnya maka terjadi sesuatu hal.

• Air tenang jangan disangka tiada buaya (hal.90)


Maksud: Orang yang pendiam jangan disangka bodoh atau penakut.

• Anak buah. (hal.98)


Maksud: Orang yang termasuk dalam sesuatu keluarga / Orang yang termasuk dalam sesuatu
pasukan / Pekerja di bawah jagaan kita.

• Seperti telur di hujung tanduk. (hal.99)


Maksud: Dalam keadaan bahaya, serba sulit.

• Sambil menyelam minum air. (hal.99)


Maksud: Sekali melakukan pekerjaan dua tiga maksud tercapai.

TEMA 8 : DALAM LIPATAN KENANGAN

• Pisang tidak berbuah dua kali. (hal.106)


Maksud: Sekali merugi (tertipu dan sebagainya) tentu jera dan berhati-hati.

9 | azanablatif@gmail.com
• Yang baik dijadikan teladan, yang buruk dijadikan sempadan. (hal.106 dan 107)
Maksud: Contohi sesuatu yang baik tetapi jauhkan daripada sesuatu yang buruk.

• Sesat di hujung jalan, balik ke pangkal jalan. (hal.106)


Maksud: Jika kita terlanjur dalam melakukan sesuatu perbuatan, eloklah menginsafinya segera.

• Mata air. (hal.112)


Maksud: Orang kesayangan, kekasih.

• Jalan tengah. (hal.113)


Maksud: Mengambil keputusan yang tidak berat sebelah.

TEMA 9 : SAYANGI MALAYSIAKU

• Tanah air. (hal.117)


Maksud: Negeri tempat seseorang dilahirkan.

• Sakit sama mengaduh, luka sama menyiuk. (hal.121)


Maksud: Sama-sama bertanggungjawab.

• Serumpun bak serai, sesusun bak sirih. (hal.121)


Maksud: Bersatu padu dalam segala hal.

• Mulut biar manis, hati biar baik. (hal.121)


Maksud: Orang yang mulutnya manis mestilah baik juga hatinya.

• Adat pulau limburan pasang. (hal.121)


Maksud: Kehidupan manusia hendaklah bantu membantu, yang kaya membantu yang miskin dan
yang berilmu membantu yang bodoh, yang berkuasa melindungi yang lemah.

TEMA 10 : BANGSA BUGAR, SASTERA KEKAR

• Harga diri. (hal.133)


Maksud: Maruah.

• Membuang muka. (hal.141)


Maksud: Berpaling ke arah lain untuk mengelakkan orang lain yang tidak disukai.

TEMA 11: EKONOMI DINAMIK, NEGARA BERWIBAWA

• Di mana ada gula, di situ ada semut. (hal.157)


Maksud: Apabila sesuatu tempat itu mudah mendapat kesenangan atau kemewahan di situlah
ramai orang berkumpul.

• Cermat masa banyak, jimat masa sedikit. (hal.157)


Maksud: Selalu berhati-hati dalam membelanjakan atau menggunakan sesuatu.

10 | azanablatif@gmail.com
• Besar periuk, besarlah keraknya. (hal.157)
Maksud: Kalau pendapatan besar, perbelanjaan pun besar.

• Condong ditumpil, lemah dianduh. (hal.157)


Maksud: Orang yang dalam kesusahan wang (akal dan lain-lain) diberi pertolongan.

TEMA 12 : ASLI DAN KONTEMPORARI

• Air tangan. (hal.166)


Maksud: Masakan seseorang.

TEMA 13: SEGALANYA BERMULA DISINI

• Membuka mata / Buka mata. (hal.180)


Maksud: (i) Melihat dan meluaskan pandangan. (ii) Menyedarkan atau menginsafkan orang lain.

TEMA 14 : SIHAT DAN BERSIH PILIHANKU

• Panas baran (hal. 198) .


Maksud: Cepat marah.

• Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata badan binasa. (hal.199)


Maksud: Berhati-hati apabila bercakap kerana ditakuti akan menyinggung perasaan orang lain.

TEMA 15 : ANGIN PERUBAHAN MEMBADAI

• Ambil kira. (hal.207)


Maksud: Mempertimbangkan.

TEMA 16 : DIPIMPIN UNTUK MEMIMPIN

• Malang tidak berbau. (hal.220)


Maksud: Keadaan yang tidak dapat diketahui sebelumnya.

• Anak buah. (hal.224)


Maksud: Orang yang termasuk dalam sesuatu keluarga / Orang yang termasuk dalam sesuatu
pasukan / Pekerja di bawah jagaan kita.

• Anak bongsu. (hal.224)


Maksud: Anak yang paling muda dalam keluarga.

• Alah membeli, menang memakai. (hal.232)


Maksud: Walaupun terasa berat membeli sesuatu barang yang mahal harganya tetapi barang itu
bermutu dan tahan lama.

11 | azanablatif@gmail.com
• Membaca jambatan ilmu. (hal.232)
Maksud: Amalan membaca dapat membantu kita menambahkan pengetahuan.

• Biar putih tulang jangan putih mata. (hal.232)


Maksud: Lebih baik mati daripada tidak dapat apa yang diidamkan.

• Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata badan binasa / Berkata pelihara lidah. (hal.232)
Maksud: Berhati-hati apabila bercakap kerana ditakuti akan menyinggung perasaan orang lain.

• Yang lama dikelek, yang baharu didukung. (hal.232)


Maksud: Adat yang lama tetap diamalkan di samping budaya hidup yang baharu.

• Belakang parang kalua diasah lagikan tajam. (hal.232)


Maksud: Biar bodoh sekalipun, kalau belajar nescaya akan pandai juga. / Orang yang bodoh kalau
diajar betul-betul, pandai juga sudahnya.

SKRIP PENDENGARAN

• Duit saku / Wang saku. (hal.252)


Maksud: Wang perbelanjaan peribadi.

• Orang haus diberi air, orang lapar diberi nasi. (hal.252)


Maksud: Mendapat apa yang diingini.

• Belayar sambil memapan, merapat sambil belayar. (hal.254)


Maksud: Sekali melakukan kerja, dua kali maksud tercapai.

• Air tangan. (hal.257)


Maksud: Masakan seseorang.

Antara Kaedah Pengajaran Peribahasa

1. Kaedah konteks, iaitu berdasarkan konteks dalam ayat dan dilanjutkan penggunaannya dalam ayat
yang bebas.
2. Kaedah latih tubi berdasarkan situasi, simulasi, main peranan, sumbang saran atau boneka. Bukan
teknik menghafal.
3. Pengamatan tentang pertalian antara benda-benda yang dibandingkan dalam peribahasa.
4. Guru menggunakan buku nota tatabahasa sebagai alat mencatatkan peribahasa terpilih dan
membina ayat berdasarkan peribahasa tersebut.

12 | azanablatif@gmail.com
5. Pelajar membaca petikan yang mengandungi peribahasa dan guru menanya peribahasa dan
berbincang mengenainya.
6. Kaedah lakaran, yakni guru menggunakan lakaran tertentu di atas kad, papan tulis dan model.
7. Kaedah meramal, iaitu murid dilatih berfikir untuk mencari simpulan bahasa berdasarkan objek
seperti kaki, tangan, ( Cth. kaki > bangku, kaki > ayam ).
8. Kaedah mengisi tempat kosong, iaitu melengkapkan petak dengan huruf yang sesuai bagi
membentuk peribahasa. Murid digalakkan berbincang untuk tujuan tersebut.
9. Kaedah teka silang kata.
10. Berdasarkan lagu atau imej ( Cth. lagu Ayam, lagu Batu ).
11. Penilaian tentang ketepatan perumpamaan dalam konteks.

13 | azanablatif@gmail.com

You might also like