You are on page 1of 17

SISTEM BAHASA MELAYU

(PKP3163)
NURFASIHA BINTI YA @ ISMAIL

TATABAHASA
BENTUK KATA

KATA TUNGGAL
KATA TERBITAN
KATA GANDA
KATA MAJMUK
KATA TUNGGAL

Kata tunggal ialah perkataan yang


terdiri daripada hanya satu kata
dasar.
Kata dasar mempunyai makna yang
tersendiri yang tidak menerima
imbuhan, tidak bergabung dengan
kata dasar yang lain atau diulang
sebutannya.
Contoh : cat, bola, jalan, udara.
KATA TUNGGAL
Kata tunggal terdiri daripada dua jenis, iaitu :
(a)Kata tunggal yang terdiri daripada unit bebas
dan boleh berdiri sendiri sebagai satu ayat.
Contoh : Sudah.
Saya.
(b)Kata tugas, iaitu unit yang tidak dapat berdiri
sendiri tetapi memerlukan satu unit yang
bebas untuk melaksanakan tugas nahunya.
Contoh : Di mana?
Ke Melaka.
KATA TUNGGAL

Kata Akronim
- Perkataan yang diterbitkan melalui
proses penggabungan singkatan
beberapa perkataan dan membentuk
satu perkataan yang utuh.
- Contoh : Mara Majlis Amanah
Rakyat
pawagam panggung wayang
gambar
BENTUK KATA TUNGGAL
Kata tunggal boleh mengandungi
satu suku kata atau lebih daripada
satu suku kata.
Sesuatu suku kata boleh dibentuk
dengan satu vokal(V) atau satu
vokal(V) disertai dengan
konsonan(K).
Konsonan hadir secara serentak tidak
kira di hadapan atau di belakang
vokal.
Contoh :
V = a (bahasa Inggeris iaitu
sesuatu).
KV = yu, ru
VK = if (bahasa Inggeris iaitu jika).
KVK = roh, bah
KKVK = stor
KVKK = teks
KKVKK = frost (bahasa Inggeris iaitu
embun beku)
Perkataan dengan 3 suku kata:
Contoh : gem bi ra = gembira
cem pe dak = cempedak
ceng ke rik = cengkerik

Perkataan dengan 4 suku kata :


Contoh : a nu ge rah = anugerah
ma sya ra kat =
masyarakat
bi da da ri = bidadari
KATA TERBITAN

Kata terbitan terhasil daripada


proses pengimbuhan.
Proses pengimbuhan ialah proses
menambahkan atau
menggandingkan imbuhan pada kata
dasar.
Kata dasar yang menerima imbuhan
ialah morfem bebas manakala
imbuhan merupakan morfem terikat.
KATA TERBITAN

IMBUHAN

AWALAN SISIPAN

AKHIRAN APITAN
A. Imbuhan Awalan
ber + jalan = berjalan
ter + tinggal = tertinggal
mem + beri = memberi

B. Imbuhan Akhiran
bangun + kan = bangunkan
hubung + i = hubungi
hadap + an = hadapan

C. Sisipan
tunjuk + -el- = telunjuk
sambung + -in- = sinambung
godak + -er- = gerodak
gilang + -em- = gemilang

D. Apitan
cantik + ke--an = kecantikan
duduk + men--i = menduduki
ambil + peng--an = pengambilan
KATA GANDA

Kata ganda ialah bentuk kata yang


dihasilkan melalui proses mengulangi kata
dasar.
Proses penggandaan yang terlibat ialah
penggandaan penuh, penggandaan separa
dan penggandaan berentak.

A.Penggandaan penuh
-Menggandakan seluruh kata dasar.
Contoh : rumah-rumah, buku-buku, murid-
murid
B. Penggandaan separa
- Menggandakan sebahagian kata dasar
sahaja.
Contoh : laki lelaki
pohon pepohon
tikus tetikus

C. Penggandaan berentak
- Menggandakan kata ganda mengikut
rentak bunyi tertentu dalam kata dasar.
Contoh : hiruk-pikuk, gotong-royong, sayur-
mayur
KATA MAJMUK

Kata majmuk ialah kata yang terbentuk apabila


merangkaikan dua kata dasar atau lebih yang
membawa makna tertentu.

Kata majmuk lazimnya dieja terpisah.

Contoh : gambar rajah


alat tulis
jam tangan
terima kasih
jalan raya
Kata majmuk juga digunakan sebagai gelaran.
Contoh : Perdana Menteri
Duta Besar
Profesor Madya
Ketua Setiausaha Negara

Kata majmuk yang berbentuk istilah khusus.


Contoh : telefon dail terus
pita suara
segi tiga
kertas kerja
mata pelajaran
Kata majmuk yang mendukung
maksud kiasan seperti simpulan
bahasa.
Contoh : kaki ayam
buah hati
anak emas
pilih kasih
makan angin
KATA MAJMUK YANG TELAH MANTAP

1. Antarabangsa
2. Beritahu
3. Bumiputera
4. Jawatankuasa
5. Kakitangan
6. Kerjasama
7. Olahraga
8. matahari
9. Setiausaha
10. Sukarela
11. Suruhanjaya
12.Tandatangan
13. Tanggungjawab
14. Warganegara
15. Pesuruhjaya

You might also like