You are on page 1of 20

2.

2 PEMBENTUKAN KATA
-pengimbuhan
-penggandaan
-pemajmukan

DISEDIAKAN OLEH : NURAIN NATUL


NADHIRAH BINTI MOHD TARMIZI
(PISMP SEMESTER 2, JUN 2014)
PEMBENTUKAN KATA
Proses pembentukan perkataan baru
Kata boleh dibentuk melalui tiga cara
utama iaitu:
i. Pengimbuhan
ii. Pemajmukan
iii. Penggandaan
Kata tunggal ialah perkataan yang paling dasar, yang tidak mengalami
sebarangproses pembentukan. Contoh kata tunggal: cuaca, gred,
seluar, teks, masyarakat.

Kata akronim juga tergolong ke dalam jenis kata tunggal. Akronim ialah
kata singkatan yang terbentuk dengan menggabungkan huruf awal, suku
kata, dan gabungan awal huruf dan suku kata perkataan atau rangkai
kata yang ditulis dan dilafazkan sebagaiperkataan tersendiri.
Contohnya: cerpen (daripada cerita pendek), Gapena (daripada
Gabungan Penulis Nasional), dan kugiran (kumpulan gitar rancak).

Kata terbitan ialah perkataan yang terbentuk melalui proses


pengimbuhan, iaitu dengan menggandingkan imbuhan pada kata dasar.
Merujuk kepada kedudukannya dengan kata dasar, imbuhan terbahagi
kepada empat jenis iaitu imbuhan awalan, yang hadirsebelum kata
dasar, imbuhan akhiran, yang hadir sesudah kata dasar, imbuhan apitan
yang hadirsecara mengapit kata dasar, iaitu di awal dan akhir kata
dasar, dan imbuhan sisipan, yang hadirdi celahan kata dasar.
i. PENGIMBUHAN
Definisi: Proses yang menggandingkan
imbuhan pada kata dasar untuk
membentuk kata terbitan.
Terdapat empat jenis imbuhan iaitu
awalan, akhiran, apitan, dan sisipan.
Imbuhan-imbuhan ini apabila
digandingkan dengan kata dasar,
membentuk kata terbitan daripada
pelbagai golongan kata, iaitu kata nama,
kata kerja, dan kata adjektif.
IMBUHAN AWALAN
1) Awalan beR-
a) Awalan beR- + kata nama
- mempunyai/ memiliki ( bermisai, berjanggut, berbulu, berduri, berisi)
- memakai/ menggunakan ( berkasut,berkereta, bertali, bersudu)
- mengerjakan/ mengusahakan ( berkebun, berkedai, berladang, bersawah)
- menghasilkan/ mengeluarkan ( berbuah, bertelur, berdarah, berpeluh, beranak)
- meminta bantuan daripada ( berguru, berdukun )

b) Awalan beR- + kata kerja


- melakukan perbuatan ( berkumpul, berlari, bertukar, berucap )
- perbuatan yang melibatkan / mengenai diri ( bercukur, bersolek, bersembunyi
berhias, berehat, berjemur )
- saling melakukan perbuatan ( berkelahi, bergaduh, bertumbuk,bertemu )
- keadaan yang sudah sedia berlaku ( bersusun, berjahit, berjawab, bertulis)

c) Awalan beR- + kata adjektif


- berada dalam keadaan ( bergembira, bermuram, berdukacita )
- memperoleh/mendapat ( beruntung, berjaya berhasil )
IMBUHAN KATA KATA KETERANGAN
DASAR TERBITAN

Pe- lukis Pelukis Imbuhan awalan hadir


dihadapan kata dasar
Awalan
Ber- basikal Berbasikal

-kan kecil Kecilkan Imbuhan akhiran hadir


dibelakang kata dasar
Akhiran
-an minum Minuman

-er- suling Seruling Sisipan ialah imbuhan yang


diselitkan di antara unsur
Sisipan kata dasar
-em- guruh Gemuruh

Meng- galak Menggalakkan Apitan ialah imbuhan yang


-kan ditambahkan serentak pada
Apitan hadapan dan belakang kata
Pen-- calon pencalonan
dasar
an
ii. PEMAJMUKAN
Definisi: proses yang menggabungkan dua kata
dasar atau lebih untuk menghasilkan satu bentuk
kata yang membawa makna atau maksud tertentu.
Makna gabungan kata ini berbeza daripada
maksud asal kata tersebut.
Kata majmuk tidak boleh menerima unsur
penyisipan dalam binaannya dan mestilah dieja
terpisah sebagai dua atau tiga kata.
Terbahagi kepada tiga iaitu pemajmukan rangkai
kata bebas, pemajmukan istilah khusus, dan
pemajmukan bentuk kiasan
Pemajmukan Rangkai Kata Bebas

Definisi: percantuman kata-kata dasar


daripada mana-mana golongan kata dan
percantuman ini membawa maksud baru
kepada kata dasar tersebut.
Contoh:
Gambar + rajah = gambar rajah
Jalan + raya = jalan raya
Rumah + tangga = rumah tangga
Perdana + menteri = perdana menteri
Pemajmukan Istilah Khusus

Definisi: penggabungan kata-kata


istilah yang berkaitan dengan bidang
ilmiah.
Sama dengan pemajmukan rangkai
kata bebas, cuma berbeza dari segi
gabungan kata yang digunakan.
Contoh: peti suara, garis pusat, kanta
sentuh, batu kapur, dan lesung
sendi.
Pemajmukan Bentuk Kiasan

Penggabungan dua atau lebih kata untuk


melahirkan maksud bahasa kiasan yang mempunyai
makna menyindir atau mengata seseorang,
misalnya peribahasa atau simpulan bahasa.
Merupakan gabungan kata-kata dasar tetapi
mengandungi maksud yang berbeza daripada kata-
kata dasar yang membentuknya.
Contoh: kaki ayam, kaki botol, buah tangan, muka
tembok, berat tulang, dan telinga lintah.
Pemajmukan boleh digandakan dan diberi imbuhan.
Penggandaan kata majmuk.
Unsur pertama kata majmuk sahaja yang digandakan sementara unsur
kedua dikekalkan.
Contoh:
Alat tulisalat-alat tulis
Jalan raya..jalan-jalan raya
Garis pusat..garis-garis pusat

Pengimbuhan kata majmuk Awalan

Sekiranya imbuhan awalan bergabung dengan kata majmuk, kata pertama


sahaja yang menerima awalan ini manakala kata kedua masih bebas.
Contoh:
campur aduk....bercampur aduk, ambil alih....mengambil alih.


Akhiran
Sekiranya imbuhan akhiran yang bercantum dengan kata
majmuk, kata kedua sahaja yang menerima akhiran ini
manakala kata pertama masig lagi bebas.
Contoh:
daya serap.daya serapan, garis rintang....garis
rintangan.

Apitan
Kata-kata majmuk yang menerima apitan dieja sebagai satu
kata sahaja.
Contoh:
satu padu....menyatupadukan, anak tiri....menganaktirikan
iii. PENGGANDAAN
Kata ganda ialah perkataan yang mengalami
pengulangan pada kata dasarnya, sama ada
secara sepenuh, separa atauberentak.
Kata ganda terdiri daripada:
a. kata ganda seluruh
b. kata ganda semu
c. kata ganda separa (separuh)
d. kata ganda bersajak atau berima
e. kata ganda berimbuhan.
a. KATA GANDA SELURUH
Kata ganda seluruh ialah kata dasar
yang digandakan seluruhnya. Kata
dasarnya boleh mengambil bentuk
kata nama, kata adjektif, kata kerja,
atau kata keterangan. Kata ganda
seluruh digabungkan dengan tanda
sempang
Gandaan kata(-) Gandaan kata Gandaan kata
nama kerja adjektif
Buku-buku Baring-baring Bulat-bulat

Pagi-pagi Jalan-jalan Manis-manis


b. KATA GANDA SEMU
Kata ganda semu mempunyai makna yang
khusus, umpamanya: biri-biri, kanak-kanak,
kupu-kupu.
Serupa dengan kata ganda seluruh, kata
ganda semu ialah kata dasar yang juga
digandakan seluruhnya, dan digabungkan
dengan tanda sempang (-). Bagaimanapun
berbeza dengan kata ganda seluruh, kata
dasarnya hanya mengambil bentuk kata
nama. Kata ganda dengan sendirinya
membawa maksud tunggal atau jamak
c. KATA GANDA SEPARA
Kata ganda separa terbentuk apabila sebahagian
daripada kata saja yang digandakan. Semua kata ganda
separa terdiri daripada kata nama, khususnya yang
memberi maksud kepada benda atau konsep yang
memiliki sifat atau keserupaan dengan kata dasar.
Misalnya:

cecair (mana-manan bahan yang berada dalam keadaan


cair, seperti air atau bendalir)
kekunci (butang untuk menaip dari komputer, diilhamkan
dari perkataan Inggeris key yang juga bermaksud kunci)
lelangit ("langit" atau daerah teratas dalam rongga
mulut)
d. KATA GANDA BERSAJAK/BERIMA
Kata ganda bersajak atau berima ialah kata ganda
yang mengalami persamaan atau penyesuaian bunyi
(rima) di pangkal, di hujung, atau seluruhnya apabila
digandakan.
Contohnya:

persamaan bunyi di pangkal: lalu-lalang, beli-belah,


dentam-dentum, dan sebagainya.
persamaan bunyi di hujung: karut-marut, cerai-berai,
calar-balar, dan sebagainya.
penyesuaian bunyi seluruhnya: compang-camping,
dolak-dalik, huyung-hayang dan selok-belok
e. KATA GANDA
BERIMBUHAN
Kata ganda berimbuhan atau menyalin terhasil dengan
membubuh imbuhan di mana-mana tempat dalam kata
ganda.
Contohnya:

Imbuhan awalan di awal kata: tergesa-gesa, berpura-pura


Imbuhan awalan selepas tanda sengkang: tahu-menahu,
kejar-mengejar
Imbuhan akhiran di akhir kata: barang-barangan, terang-
terangan
Apitan seluruh kata ganda: tergila-gilakan, menghuru-
harakan
RUJUKAN
Nik Safiah Karim, Farid M.Onn, Hashim Haji Musa, Abdul
Hamid Mahmood, Muhammed Salehudin Aman, & Abdul
Ghalib Yunus. (2013). Tatabahasa Dewan Bentuk Kata Edisi
Sekolah Rendah. Selangor: Utusan Printcorp Sdn. Bhd.

Haidir Ismail. (2012). Pembentukan Kata Dalam Bahasa


Melayu. Dicapai pada 16 Januari 2015, daripada
http://hdirzai80.blogspot.com/2012/11/pembentukan-kata-
dalam-bahasa-melayu.html

Ainin Sofiyah. (2012). Proses Pembentukan Kata. Dicapai pada


16 Januari 2015, daripada
http://kopidangula.blogspot.com/2011/08/proses-
pembentukan-kata.html
soalan
Bagaimanakah pembentukan kata
dibentuk?
Terdapat berapakah jenis imbuhan?
Berikan dua contoh kata berganda
bersajak.
Apakah yang dimaksudkan dengan
kata ganda seluruh?

You might also like