You are on page 1of 12

RINGKASAN NOTA BAHASA MELAYU STPM SEM 2

BAB 1 : 1.1. MORFOLOGI

1. Konsep Morfologi
> Merupakan bidang mengkaji perkataan dari segi struktur, bentuk dan
golongan
2. Konsep Morfem
> Unit tatabahasa yang terkecil yang mempunyai makna
> Menjadi unsur pembentukan kata
> Terdiri daripada dua jenis morfem iaitu morfem bebas dan morfem
terikat
> Morfem bebas : a. Boleh berdiri sendiri
b. Mempunyai makna leksis
c. Contoh : Kami, Saya, Makan
> Morfem Terikat : a. Tidak boleh berdiri sendiri
b. Memerlukan morfem lain untuk membentuk kata
c. Terdiri daripada 3 jenis (satuan, terbahagi,
kompleks)
d. Contoh : ber-, tani, juang, ter-
> Jenis morfem terikat : Morfem terikat satuan
- Morfem terikat yang utuh
- Bahagiannya tidak boleh dipisah-pisahkan
- Terdiri daripada awalan atau akhiran (hanya
salah satu)
- Contoh : ber-, ter-, -i, -kan
*cara ingat : nama morfem satuan, jadi
hanya ada satu morfem dalam satu katanya.
Contoh, bermalam. Hanya ada satu morfem
iaitu ber- bagi perkataan tersebut. Jadi, SATU
morfem sahaja yang wujud sama ada awalan
atau akhiran bagi sesuatu perkataan tersebut.
: Morfem terikat terbahagi
- Ada awalan dan akhiran SERENTAK
- Contoh : ke-...-an, per-...-an
* cara ingat : nama terbahagi, jadi dia
terbahagi kepada dua iaitu awal dan akhir.
Merupakan campuran awalan [AW] dan akhiran [
AK]. formula : (AW + AK)
: Morfem terikat kompleks
- Gabungan dua atau lebih morfem
- Morfem hadir secara serentak
- Contoh : memper-... -kan, memper-, diper
*cara ingat : morfem ini kompleks
(complicated), jadi dia perlukan banyak morfem
secara serentak untuk membentuk kata yang
difahami.
3. Konsep Alomorf
> Variasi sesuatu morfem
> Jika sesuatu imbuhan tersebut menggunakan huruf besar, maka dia
boleh terdiri sebagai alomorf
> Contoh : meN- {me-, mem-, men-, meng-, menge-, meny-}
teR- {te-, ter-}
peR- {pe-, per-, pem-, pen-, peng-, penge-, penye-}
* yang berada di dalam kurungan {...} merupakan alomorf
4. Morfofonem
> Gabungan morfem dengan fonem
> Sering dilambangkan dengan huruf N dan R yang boleh berubah-ubah
> Kesesuaian perkataan tersebut selepas ditambahkan imbuhan
> Contoh : peR + lari = perlari (disesuaikan kepada pelari)
5. Konsep Kata
> Boleh berdiri sendiri sebagai ayat minimal apabila diungkap dengan
intonasi yang sesuai
> Berbentuk bebas dan mempunyai makna yang jelas
> Merupakan unsur bahasa yang digunakan untuk membentuk perkataan
> Kata boleh berubah-ubah kedudukan
6. Konsep Kata Akar
> Merupakan inti sesuatu kata
> Unusr yang belum diberi apa-apa imbuhan
> Memerlukan morfem lain untuk membentuk perkataan
> Tidak mempunyai makna yang jelas
> Contoh : Tawa, Juang, Tapa
7. Konsep Kata Dasar
> Kata yang menjadi dasar bagi sesuatu perkataan
> Boleh terdiri daripada : a. kata akar
b. kata tunggal
c. kata terbitan
d. kata majmuk
e. kata ganda
f. frasa

BAB 1 : 1.2. BIDANG MORFOLOGI

1. Bidang Morfologi
> Mengkaji bentuk kata
> Proses pembentukan kata
> Golongan kata
2. Bentuk Kata
*Formula : TerGaMaT (Ter-terbitan, Ga-ganda, Ma-majmuk, T-tunggal)
> Kata Tunggal
- Semua kata tunggal ialah kata akar
- Dapat dibahagikan kepada dua jenis iaitu kata sempurna dan kata
tugas
- Kata sempurna merupakan kata yang boleh berdiri sendiri dan boleh
menjadi ayat minimal. Contoh, Keluar!
- Kata tugas merupakan kata yang memerlukan sekurang-kurangnya
satu kata sempurna untuk menjalankan tugas tatabahasa. Contoh, di
sekolah.
- Akronim juga merupakan kata tunggal
> Kata Terbitan
- Bentuk kata yang dihasilkan melalui proses pengimbuhan
- Kata dasar yang menerima imbuhan awalan, sisipan, apitan atau
akhiran
- Fungsi pengimbuhan adalah sebagai penetap golongan kata dan
sebagai pengubah golongan kata
> Kata Majmuk
- Merangkaikan kata sehingga terhasil makna tertentu
- Tidak boleh menerima sisipan
- Terdiri daripada 3 jenis iaitu Rangkai kata bebas, Istilah khusus, dan
Kiasan
- Contoh, kapal terbang, lut sinar, ringan tulang
> Kata Ganda
- Proses pengulangan kata
- Terdiri daripada 4 jenis iaitu Kata ganda penuh, Kata ganda semu,
Kata ganda separa, dan Kata ganda berentak
- Kata ganda berentak terdiri daripada 4 iaitu berentak vokal, berentak
konsonan, berentak bunyi dan berentak ulang dasar
* Formula : i. Kata ganda penuh
~ kalau digandakan masih ada makna, dan jika tidak
digandakan masih ada makna yang sama
~ Contoh, masjid-masjid. Jika digandakan atau tidak
digandakan masih mempunyai makna
ii. Kata ganda semu
~ kalau digandakan masih ada makna, dan jika tidak
digandakan tidak membawa makna
~ Contoh, kura-kura. Jika digandakan membawa
makna seekor binatang. Jika tidak digandakan (kura)
tiada makna dalam bahasa Melayu
iii. Kata ganda separa
~ awalnya merupakan kata ganda penuh yang
diringkaskan dan disesuaikan dalam bahasa Melayu
~ Contoh, lelaki merupakan ringkasan daripada
laki-laki
iv. Kata ganda berentak
~ vokal (ulang vokal sahaja) - calar-balar
~ konsonan (ulang konsonan sahaja) - batu-bata
~ rentak bunyi (kesesuaian bunyi) - kusut-masai
~ ulang dasar (ulang kata dasar) - jari-jemari
3. Proses Pembentukan Kata
> Proses Pengakroniman
- Cantuman huruf awal (ADUN, JAIS)
- Cantuman suku kata awal (Bernama, Petronas)
- Cantuman bahagian bebas (cerpen, ucaptama)
- Cantuman awal perkataan dengan bahagian lain perkataan (Mara,
Perkim)
> Proses Pengimbuhan
- Imbuhan + kata dasar = kata terbitan
- Imbuhan meN-…-kan untuk kausatif (penyebab)
- Imbuhan meN-…-i untuk lokatif (lokasi)
- Imbuhan memper-… untuk kata adjektif
- Imbuhan memper-…-kan untuk kata nama
> Proses Pemajmukan
- Kata + kata = makna tertentu
- Jenis : rangkai kata bebas, istilah khusus, kiasan
> Proses Penggandaan
- Penggandaan penuh
- Penggandaan semu
- Penggandaan separa
- Penggandaan berentak
4. Golongan Kata
*Formula : TANK (T-tugas, A-adjektif, N-nama, K-Kerja)
> Kata Nama
- K. Nama Am
- K. Nama Khas
- K. Ganti Nama (tunjuk, diri, tidak tentu)
> Kata Kerja
- K. Kerja Transitif (perlu objek terdiri kata nama)
- K. Kerja Tak Transitif (tidak perlu objek terdiri kata nama)
> Kata Adjektif
- Wujud bentuk pembandingan -darjah biasa, darjah bandingan, darjah
penghabisan
- K. Adjektif Sifatan (pandai, sihat)
- K. Adjektif Warna (merah, ungu)
- K. Adjektif Ukuran (panjang, tebal)
- K. Adjektif Bentuk (bulat, bujur)
- K. Adjektif Waktu (lewat, lampau)
- K. Adjektif Jarak (jauh, nyaris)
- K. Adjektif Cara (laju, sering)
- K. Adjektif Perasan (kasih, rindu)
- K. Adjektif Pancaindera (harum, merdu)
> Kata Tugas
- K. Penyambung Ayat (kata hubung gabungan, kata hubung
pancangan - relatif, komplemen, keterangan)
- K. Praklausa (kata seru, kata tanya, kata perintah, kata pembenar,
kata pangkal ayat)
- K. Pascakata (kata penekan, kata pembenda)
- K. Prafrasa dan pascafrasa (kata bantu, kata penguat, kata penegas,
kata nafi, kata pemeri, kata sendi nama, kata arah, kata adverba, kata
bilangan)
~Jenis kata bilangan : - K. Bilangan tentu
- K. Bilangan tak tentu
- K. Bilangan himpunan
- K. Bilangan pisahan
- K. Bilangan pecahan
- K. Bilangan tingkat/ordinal
a) Kriteria pergolongan kata

Frasa Subjek Frasa Nama

Ayat+Klausa
Ayat + Klausa

Frasa Predikat Frasa Nama


Frasa Kerja Endosentrik

(ada inti)
Frasa Adjektif
Eksosentrik Frasa Sendi
(tiada inti) Nama
BAB 2 : 2.1. SINTAKSIS

1. Konsep Sintaksis
> Bidang ilmu bahasa yang mengkaji bentuk, struktur atau konstruksi
> Membincangkan struktur frasa, klausa dan ayat
>
AYAT

KLAUSA

FRASA

PERKATAAN

MORFEM

2. Konsep Ayat
> Unit pengucapan paling tinggi dalam hierarki tatabahasa
> Terbentuk daripada klausa, frasa, kata dan berkait antara satu sama lain
> Mempunyai subjek dan predikat
> Mempunyai makna yang lengkap
> Diucap dengan intonasi yang sempurna
> Ayat boleh terbina daripada ayat minimal atau gabungan klausa
3. Konsep Klausa
> Mempunyai subjek dan predikat yang menjadi konstituen ayat
> Terdapat dua jenis klausa iaitu klausa bebas dan klausa tak bebas
> Klausa bebas : - boleh berdiri sendiri
- ada subjek dan predikat
- dikenali sebagai klausa utama atau klausa induk
> Klausa tak bebas : - tidak boleh berdiri sendiri
- tidak bersifat ayat
- memerlukan klausa bebas untuk membentuk ayat
4. Konsep Frasa
> Mengandungi sekurang-kurangnya dua perkataan
> Berpotensi diperluaskan
> Tidak mengandungi subjek dan predikat
> Boleh disisipkan unsur lain
> Terdapat dua jenis frasa iaitu frasa endosentrik dan frasa eksosentrik
> Frasa endosentrik terdiri daripada frasa nama, frasa kerja dan frasa
adjektif
> Frasa endosentrik mengandungi satu unsur inti di mana inti tidak boleh
digugurkan
> Frasa eksosentrik terdiri daripada frasa sendi nama
> Frasa eksosentrik tidak terdapat unsur inti dan tidak mempunyai
keterangan
> Lima jenis frasa iaitu frasa nama, frasa kerja, frasa adjektif, frasa sendi
nama, frasa keterangan
> Jenis frasa : Frasa Nama (FN)
- Kata nama berfungsi sebagai inti frasa
- Inti frasa boleh terdiri daripada kata nama tunggal, kata
terbitan atau kata ganti nama
- Fungsi frasa nama adalah sebagai subjek, predikat, objek,
pelengkap, unsur frasa sendi nama
- Binaan frasa terdiri daripada inti + penerang dan inti +
inti
: Frasa Kerja (FK)
- Kata kerja berfungsi sebagai inti frasa
- Terdiri daripada kata kerja transitif dan kata kerja tak
transitif
- Inti frasa terdiri daripada kata tunggal, kata terbitan, kata
ganda atau kata majmuk
- Fungsi frasa kerja adalah sebagai predikat, subjek,
penerang
- Frasa kerja transitif memerlukan frasa nama sebagai
objek
- Frasa kerja tak transitif tidak memerlukan frasa nama
sebagai objek
- Frasa kerja tak transitif terdiri daripada tanpa pelengkap,
berpelengkap dan berpenerang
: Frasa Adjektif (FA)
- Kata adjektif berfungsi sebagai inti frasa
- Boleh menerima kata penguat
- Fungsi frasa sebagai predikat, subjek, penerang bagi
frasa nama, penerang bagi frasa kerja
: Frasa Sendi Nama (FS)
- Mengandungi kata sendi nama dan satu frasa nama
yang menjadi pelengkap
- Fungsi frasa sebagai predikat, unsur keterangan bagi
frasa nama, frasa keterangan
- Binaan frasa terdiri daripada (kata sendi nama + frasa
nama), (kata sendi nama + kata arah + frasa nama),
(kata sendi nama + frasa nama + frasa keterangan),
(kata sendi nama + kata arah + frasa nama + frasa
keterangan)
: Frasa Keterangan
- Berfungsi untuk menerangkan frasa kerja, frasa
adjektif, dan frasa sendi nama
- Hadir pada hujung ayat dan merupakan sebahagian
predikat
- Jenis keterangan seperti keteragan waktu, keterangan
tempat atau arah, keterangan cara, keterangan tujuan
dan harapan, keterangan alat, keterangan penyertaan,
keterangan hal, keterangan bandingan
BAB 2 : 2.2. AYAT

1. Ayat Tunggal
> Terdiri daripada satu klausa
> Mengandungi satu subjek dan satu predikat
> Susunan ayat : ayat biasa dan ayat songsang
> Ragam ayat : ayat aktif dan ayat pasif
> Jenis ayat : ayat penyata, ayat tanya, ayat perintah, ayat seruan
> Bentuk ayat : ayat tunggal, ayat terbitan, ayat majmuk
2. Ayat Dasar
> Terdiri daripada satu klausa
> Disebut sebagai ayat inti
> Menjadi asas pembentukan ayat terbitan
> Ayat dasar meliputi ayat penyata, ayat aktif, bersusunan biasa
> Pola ayat dasar : i. FN + FN
ii. FN + FK
iii. FN + FA
iv. FN + FS
3. Jenis Ayat Majmuk
> Ayat majmuk gabungan
> Ayat majmuk campuran
> Ayat majmuk pancangan : i. Relatif (yang)
ii. Komplemen (bahawa, untuk)
iii. Keterangan
4. Jenis ayat perintah
> Ayat suruhan
> Ayat silaan
> Ayat permintaan
> Ayat larangan
> Ayat ajakan
5. Jenis Ayat Tanya
> Ayat tanya tertutup
> Ayat tanya terbuka

.fatin.

You might also like