You are on page 1of 21

BAHASA MELAYU KERTAS 2 (910/2)

41 FAKTA PENTING BAHAGIAN MORFOLOGI

1. Tatabahasa ialah satu kajian yang berkaitan dengan sistem atau peraturan
tentang penggunaan bahasa.

2. Aspek kajian tatabahasa (Asmah Haji Omar (2014:1)) terdiri


daripada unsur-unsur berikut:

 Ayat
 Klausa
 Frasa
 Kata
 Morferm
Unit yang menduduki tingkat di bawah menjadi unsur kepada unit yang menduduki
tahap di atasnya.

3. Definisi Morfologi ialah satu cabang tatabahasa yang berfokus kepada


kajian tentang kata iaitu (bentuk kata, binaan kata, golongan kata, cara
pembentukan kata).

4. KONSEP-KONSEP PENTING

* Morfem ialah unit tatabahasa terkecil yang mempunyai makna.


* Alomorf ialah kelainan bagi sesuatu morfem terikat yang wujud hasil
penggabungan morfem dengan kata dasar.
* Morfofonem ialah kehadiran bunyi/fonem/huruf pada sesuatu morfem terikat
apabila morfem terikat itu digabungkan dengan kata dasar.
* Kata ialah unit tatabahasa terkecil dan bebas serta mempunyai makna/boleh
berdiri sendiri sebagai ayat minimal.
* Kata akar ialah kata yang tidak boleh berdiri sendiri/memerlukan kehadiran
morferm lain dalam penggunaannya.
* Kata dasar ialah kata yang menjadi dasar bagi sesuatu perkataan.

Cikgu Noor Ainnie SMKCE


5. Jenis-Jenis Morfem

 Morfem bebas. Boleh berdiri sendiri sebagai kata yang mempunyai makna dan boleh
menjadi ayat minimal. Contohnya makan, mandi, tidur,sabun.
 Morfem terikat. Tidak boleh berdiri sendiri, perlu digabungkan dengan morfem
bebas atau morfem terikat. Semua imbuhan ialah morfem terikat kerana imbuhan
tidak boleh berdiri sendiri. Contohnya ter-, -an, per-…-an, anai, mayur.

6. JENIS-JENIS MORFEM TERIKAT


Satuan Awalan (ber-, me-, ter-, pe-)
Akhiran(-an, -kan, -i)
Sisipan (-em-, -er-, -el-, -in-)
Kata akar (tawa, juang, tani)
Terbahagi ke-…-an
per-…an
pe-…-an
Kompleks Dua awalan (memper-…, diper-…)
Awalan dan akhiran (me-…-kan, me-…-I, di-…-kan, di-…-I, ter-…-kan,
ter-…-I, ber-…-an, ber-…-kan)
Dua awalan + satu akhiran (memper-…-kan, memper-…-I, diper-…-
kan, diper-…-i)

Morfem terikat terbahagi (ke-…-an, per-…-an, pe-…-an).

 Morfem terikat pada awal dan akhir perkataan digunakan secara serentak. Salah
satu morfem tidak boleh digugurkan.
 Jika salah satu morfem terikat terbahagi itu digugurkan perkataan yang terhasil akan
mempunyai makna yang berbeza daripada makna yang hendak dibentuk.
 Kejelitaan bermaksud cantik, elok, atau molek. Kata ini terbentuk daripada morfem
terikat terbahagi ke-…-an, jika digugurkan “ke-‘’ terbentuklah perkataan ‘jelitaan’

Cikgu Noor Ainnie SMKCE


dan jika digugurkan ‘-an’ terbentuklah perkataan ‘kejelita’. Kedua-duanya tiada
makna.

7. Kata Akar dan Kata Dasar

Kata akar ialah kata yang tidak boleh berdiri dengan sendiri, mememrlukan morfem lain
dalam penggunaannya. Contohnya tani, tapa, tawa, juang, mudi.

Kata dasar ialah kata yang menjadi dasar sesuatu perkataan.

 Kata akar (berjabat, perjuangan)


 Kata tunggal (memerangi, keindahan)
 Kata terbitan (bersepakat, keberangkatan)
 Kata ganda (buah-buahan, bermati-matian)
 Kata majmuk (mewarganegarkan)
 Frasa (pengetepian, ketidakstabilan)

8. Bentuk Kata terdiri daripada kata tunggal (akronim ialah kata tunggal), kata terbitan,
kata majmuk dan kata ganda.

9. Kata Tunggal

Kata yang tidak mengalami sebarang proses morfologi.

Kata tunggal satu suku kata KV – ya, KKVK – brek, KKKV – skru
Kata tunggal dua suku kata V+VK – ais, VK+KVK – undang

Kata tunggal tiga suku kata V+KV+V – esei, V+KV+KVK – alamat


Kata tunggal empat suku kata atau lebih KV+KV+V+KVK – rasional
Akronim MARA, Petronas, Suhakam, Purata, Hakis,
Pawagam

Cikgu Noor Ainnie SMKCE


10. Kata Tunggal (AKRONIM) ialah membentuk perkataan baharu dengan
menggabungkan bahagian-bahagian tertentu daripada beberapa perkataan.

Gabungan huruf awal beberapa perkataan ADUN (Ahli Dewan Undagan Negeri)
Gabungan suku kata dengan suku kata Tadika (Taman Didikan Kanak-kanak)
beberapa perkataan
Gabungan suku kata dengan huruf awal INTAN (Institut Tadbiran Awam Negara)
perkataan
Gabungan suku kata dengan perkataan Hartanah (harta tanah), purata (pukul rata)
penuh
Gabungan bahagian-bahagian secara bebas Kementah (Kementerian Pertahanan)

11. Kata Terbitan

Kata yang dihasilkan melalui proses pengimbuhan, iaitu proses menggandingkan imbuhan
pada kata dasar.

Kata nama Kata kerja Kata adjektif


Awalan Petani Berlari Terpandai
Mahasiswa Membantu Prokerajaan
Akhiran Bacaan Angkatan Rohaniah
Cerpenis Harungi Amali
Apitan Pemakanan Memperkatakan Kemelayuan
Kemeterian Kemalangan Keibuan
Sisipan Pelatuk Jelajah Serabut
Keruping Gemuruh

Cikgu Noor Ainnie SMKCE


12. Kata Ganda

Kata yang mengalami pengulangan, sama ada pengulangan penuh, pengulangan sebahagian
kata, atau pengulangan mengikut rentak tertentu.

Kata nama ganda Kata kerja ganda Kata adjektif ganda Kata tugas ganda
Labi-labi Jalan-jalan Cantik-cantik Atas-atasan
Umang-umang Baring-baring Merah-merah Bila-bila
Lelaki Terikut-ikut Keibuan-ibuan Betul-betul
Turun-temurun Berkejar-kejaran Sesunyi-sunyinya Sambal-sambil
Amalan-amalan Tiru-meniru Kecil-kecilan Setidak-tidaknya
Sayur-mayur Tolak-menolak Gilang-gemilang Setengah-setengah
Sanak-saudara Amat-amati Kilau-kemilau Mengamat-amati
Marah-marahi Lintang-pukang Sambil-sambil

13. Kata Majmuk

Kata yang terbantuk daripada gabungan dua perkataan atau lebih dan kata itu berfungsi
sebagai satu unit. Kata majmuk mempunyai makna baharu yang berbeza daripada kata-kata
yang membentuknya.

Bentuk kata majmuk Jenis kata majmuk


Kata tunggal dengan kata tunggal Kata majmuk rangkai kata bebas
Contoh: hati batu, rumah papan Contoh: bilik air, ruang legar, ikan air tawar
Kata tunggal dengan kata terbitan Kata majmuk istilah khusus
Contoh: batu loncatan, mata pelajaran Contoh: telefon pintar, jalur lebar
Kata terbitan dengan kata tunggal Kata majmuk kiasa
Contoh: berputus asa, pilihan raya Contoh: ulat buku, kaki bangku, patah hati
Kata terbitan dengan kata terbitan
Contoh: penyata tahunan, pengurus
kewangan

Cikgu Noor Ainnie SMKCE


14. Golongan Kata
 Kata nama
 Kata kerja
 Kata adjektif
 Kata tugas

15. Kata Nama

Terdiri daripada kata nama khas, kata nama am, kata ganti nama

Kata nama khas


Hidup Tak hidup
Manusia Contoh : tasik cini
Contoh : ali, aminah, Thomas
Bukan manusia
Contoh : jibrail, sang, belang
Kata nama am
Hidup Tak hidup
Manusia Institusi
Contoh : guru Contoh : masjid
Bukan manusia
Contoh : kucing konkrit
bukan intitusi
abstrak

Abstrak terbahagi kepada dua :

Abstrak

tak
berbilang
berbilang

Cikgu Noor Ainnie SMKCE


Kata ganti nama

umum (itu,ini)

tunjuk tempat(sana,situ,sini)

hal (begitu begini)

orang (pertama,
kedua,ketiga)
diri
tanya (apa, siapa,
mana)
tak tentu (apa-apa,
siapa-siapa, mana-
mana)

16. Kata Kerja

kata kerja aktif tak transitif (tanpa


kata kerja aktif pelengkap,
berpelengkap,berpenerang)
kata kerja aktif
kata kerja
transitif

kata kerja
pasif

Cikgu Noor Ainnie SMKCE


17. Kata Kerja Aktif Tak Transitif

Kata kerja aktif tak transitif Kata kerja aktif tak transitif Kata kerja aktif tak transitif
tanpa pelengkap berpelengkap berpenerang
Kata kerja yang tidak Memerlukan kata atau frasa Kata kerja aktif tak transitif
memerlukan kata lain untuk lain untuk melengkapkan yang mempunyai penerang
melengkapkan maksud kata maknanya. Pelengkap yang terdiri daripada
kerja itu. Boleh menerima yerdiri daripada kata/frasa kata/frasa nama. Kata nama
keterangan dan keterngan nama, kata/frasa adjektif itu bukan objek tetapi
itu boleh digugurkan. dan frasa sendi nama. penambah maklumat.
Contoh: ayah sedang makan Contoh : kami tidak Contoh : neneknya masih
di dapur bertentangan mata bergigi emas

18. Kata Kerja Aktif Transitif

1. Kata kerja yang hadir dalam ayat aktif transitif.


2. Kata kerja ini memerlukan objek/penyambut.
3. Objek/penyambut terdiri daripada kata/frasa nama.
4. Objek terdiri daripada:
 Objek tepat iaitu objek hadir selepas kata kerja. Contohnya adik menjual bunga
 Objek sipi iaitu hadir selepas objek tepat. Contohnya adik membuatkan nenek
kopi
5. Kata kerja aktif transitif boleh dipasifkan, ayat yang terhasil ialah ayat pasif.
 Contohnya adik menjual bunga bunga adik jual

Cikgu Noor Ainnie SMKCE


19. Kata Kerja Pasif

Kata kerja yang terhasil daripada proses pengubahan ayat aktif transitif kepada ayat pasif.

Ayat aktif transitif Ayat pasif


(kata kerja aktif transitif – berhubung (kata kerja pasif – berhuruf condong)
condong)
Petani itu menanam padi huma. Padi huma ditanam oleh petani itu.
Adik terpijak kaki ayah. Kaki ayah terpijak oleh adik.
Engkau menyiang ikan itu. Ikan itu engkau siang.
Saya terambil bukunya. Bukunya terambil oleh saya.

20. Kata Adjektif

Kata adjektif boleh:

 Disertai kata penguat


 Disertai kata penegas
 Mengalami perbandingan
 Hadir selepas KN untuk befungsi sebagai penerang KN

21. Jenis Kata Adjektif


Bentuk Bundar, lonjong
Cara Laju, selalu
Ukuran Tebal, kecil
Jarak Renggang, jauh
Sifat/keadaan Senget, jelita
Perasaan Rindu, sedih
Pancaindera Licin, kasar
Warna Putih, kelabu
Waktu Lewat, lampau

Cikgu Noor Ainnie SMKCE


22. Darjah Perbandingan Kata Adjektif

Darjah biasa
Contohnya :
Lelaki itu tampan.
Harga telefon bimbit itu murah.
Darjah bandingan
Bandingan yang berbeza Bandingan yang sama
Contohnya : i. Se- + kata adjektif
Harga makanan di kampung lebih murah Sebesar ibu jari
daripada bandar. ii. Sama + kata adjektif + dengan
Masyarakat kita kurang membaca Sama pandai dengan ibunya
berbanding dengan masyarakat barat iii. Kata bandingan
Lagaknya macam orang kaya.
Kulitnya putih seperti kapas.
Darjah penghabisan
i. Se- + kata adjektif + gandaan + kata nama (sepandai-pandai tupai melompat)
ii. Ter- + kata adjektif (terawal, termahal, termiskin)
iii. Paling + kata adjektif (paling cantic, paling rajin)
iv. Kata adjektif +sekali (nakal sekali, tinggi sekali)
v. Ter- + amat/sangat + kata adjektif (teramat malas)
vi. Amat/sangat/sungguh + kata adjektif + sekali (amat besar sekali, sangat luas
sekali)
vii. Terlalu/terlampau (terlalu tinggi, terlampau jauh)
viii. Maha (Allah Maha Esa, Yang Maha Esa)

Cikgu Noor Ainnie SMKCE


23. Kata Tugas

Kata tugas ialah sejenis perkataan yang hadir dalam ayat, klausa, atau frasa yang
mendukung tugas tertentu.

kata penyambung kata prafrasa dan


kata praklausa kata pascakata
ayat pascafrasa

kata sendi kata penekan,


kata hubung kata seru, nama, kata kata
gabungan kata tanya, nafi, kata pembenda
kata perintah, arah, kata
kata adverba, kata
pembenar, bantu, kata
kata hubung kata pangkal
pancangan bilangan, kata
ayat pemeri, kata
(relatif,
komplemen, penguat, kata
keterangan) penegas

24. Kata Penyambung Ayat

Bertugas menyatukan dua binaan ayat atau lebih dan ayat yang terhasil ialah ayat majmuk.

Kata penyambung ayat : kata hubung gabungan


Kata hubung gabungan setara Dan, serta, lalu, malah, justeru, lagi, lantas
Kata hubung gabungan tentangan Tetapi, namun, manakala, sedangkan
Kata hubung gabungan berpasangan Sama ada … atau
Bukan sahaja … malahan
Lebih baik … daripada
Baik … mahupun

Cikgu Noor Ainnie SMKCE


Kata penyambung ayat : kata hubung pancangan
Relatf (yang) Menyambungkan klausa utama dengan
klausa bebas atau klausa kecil.
Komplemen (bahawa, untuk, agar, supaya) Menghubungkan satu klausa yang
menjadikan pelengkap (komplemen) pada
satu klausa utama
Keterangan Menghubungkan klausa bebas dengan
klausa tak bebas

25. Kata Hubung Pancangan Keterangan

Kata hubung keterangan Kerana, lantaran, oleh Dia cemerlang dalam


musabab/sebab sebab itu pelajaran kerana rajin
belajar.
Kata hubung keterangan Hingga, sehingga Budak itu menjerit hingga
akibat
suaranya serak.
Kata hubung keterangan Andainya, asalkan, jika, Dia akan berkahwin jika
syarat
jikalau, kalua, sekiranya cukup wang simpanannya.
Kata hubung keterangan Apabila, ketika, sebelum, Dia sedang lena tidur ketika
waktu
semasa, sewaktu, tatkala ayahnya sampai.
Kata hubung keterangan Bagi, demi, untuk Dia menderma untuk
tujuan
membantu orang miskin.
Kata hubung keterangan Agar, kalua-kalau, moga- Kami berdoa agar wabak
harapan
moga, mudah-mudahan Covid-19 akan berakhir.
Kata hubung keterangan Dengan Dia datang ke sekolah
cara
dengan memandu kereta.
Kata hubung keterangan Biarpun, begitupun, Dia tetap bersekolah
pertentangan
sebaliknya, namun, walapupun hidupnya susah.
walaupun

Cikgu Noor Ainnie SMKCE


Kata hubung keterangan Bak, bagai, ibarat, laksana, Penyediaan tempat tingal
perbandingan
semacam, umpama percuma kepada pekerja
asing ibarat orang
mengantuk disorongkan
bantal.

Kata Praklausa

Kata Keterangan

26. Seru Kata yang digunakan untuk menzahirkan perasaan tertentu.


Contoh kata seru : aduh, amboi, cis, eh, nah, oh, syabas, waw
Contoh ayat :
 Aduh, sakitnya hati aku!
 Eh, pasukan Liverpool menang lagi!

27. Tanya Kata yang digunakan untuk menanyakan sesuatu.


Contoh kata tanya : apa, bagaimana, berapa, bila, mengapa
Contoh ayat :
Ayat tanya susunan songsang
 Bilakah ayah awak datang?
 Mengapakah awak menghalau dia?
Ayat tanya susunan biasa
 Ayah kamu datang bila?
 Awak menghalau dia mengapa?

28. Kata yang digunakan untuk menyatakan kesahihan tentang sesuatu


perkara atau isu untuk mngeyakan sesuatu.
Pembena
Contoh kata pembenar : ya, benar, betul
r Contoh ayat:
 Ya, saya yang mengambil buku awak.
 Benar, dia yang memukul kucing itu.
 Betul, dia akan berpindah bulan hadapan.

29. Perkataan yang digunakan pada awal ayat dan digunakan dalam Bahasa

Cikgu Noor Ainnie SMKCE


Pangkal melayu klasik.
Contoh kata pangkal ayat : adapun, arakian, kalakian, hatta, maka, alkisah
ayat
Contoh ayat:
 Hatta anak raja keempat itu pun sampailah.
 Adapun akan ubat baginda itu sukarlah beroleh dia.
 Kalakian habislah sekalian bomoh mengubatkan baginda.
 Arakian terlintas seekor manjangan di hadapan baginda.

30. Perkataan yang digunakan untuk menyampaikan perintah sama ada


larangan, permintaan, silaan dan ajakan.
Perintah
Larangan Dilarang, Jangan duduk di kerusi itu.
jangan,
usah
Permintaan Tolong,  Tolong bawa beg ini ke pejabat.
minta,  Harap anda semua menjaga adab dan
mohon, susila.
harap
Silaan Jemput,  Sila berundur ke tepi sedikit.
sila, sudi  Jemput datang ke rumah saya.
Ajakan Ayuh,  Ayuh, kita makan di kantin
mari,  Jom, kita tengok wayang beramai-
jom ramai.
 Mari sini semua, kita lihat bersama-
sama.

Kata prafrasa dan pascafrasa

Cikgu Noor Ainnie SMKCE


31. Kata Sendi Nama

 Perkataan yang hadir di hadapan kata nama atau frasa nama.


 Contoh kata sendi nama:
Di, akan, terhadap, tentang, menegnai, sejak, semenjak, dalam, antara,
hingga, sampai, melalui, menerusi, demi, bagi, untuk, ke, dari, oleh,
daripada, kepada, pada, dengan
 Setiap kata sendi nama, tugasnya berlainan yang ditentukan oleh peratutan
tertentu.

 Terdapat beberapa KSN menjadi anggota golongan kata lain berdasarkan


penggunaanya. Contohnya :
Ali ke sekolah dengan bas (KSN)
Ali ke sekolah dengan menaiki bas (kata hubung)
Penggunaan KSN “di’’
 Hadir di hadapan frasa nama yang menunujukkan tempat.
 Ditulis terpisah daripada kata nama/frasa nama yang mengikutinya.
 Tidak boleh hadir di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan
masa.
 Contohnya :
Farihin tinggal di Taman Sanhill Barat. (betul)
Farihin turun ke sekolah di awal pagi. (salah)

***contoh penggunaan KSN lain, rujuk buku

32. Kata Nafi

Cikgu Noor Ainnie SMKCE


 Perkataan yang menerangkan kata kerja, kata adjektif, dan frasa sendi nama
dari segi masa, cara, dan tempat.
 Terdapat dua kata nafi iaitu bukan dan tidak.
 Kata nafi digunakan sebelum kata nama/frasa nama atau frasa sendi nama.
Contohnya :
Gadis itu bukan anak Pak Salim.
Guru baru itu bukan dari Sarawak.
 Kata nafi tidak digunakan sebelum kata kerja/frasa kerja atau kata
adjektif/frasa adjektif.
Contonhya :
Dia tidak mengajar kami.
Sakinah tidak cerewet.

33. Kata Arah

 Perkataan yang digunakan sebelum frasa nama dan sesudah kata sendi nama
untuk menunjukkan arah, hal, jurusan.
 Contoh perkataan:
Atas, antara, barat, dalam, hilir, hulu, hujung, luar, penjuru, tepi, tengah, utara,
samping, segi, selatan, sisi, sudut, kanan, kiri, depan
 Contoh ayat:
Baju itu tersimpan di dalam beg.
Mereka memandu menuju ke selatan tanah air.
Perkara itu dilihat dari sudut sejarah.

34. Kata Adverba/Kata Keterangan

Cikgu Noor Ainnie SMKCE


Perkataan yang menerangkan kata kerja, kata adjektif, dan frasa sendi nama dari segi
masa, cara, dan tempat.

4 bentuk adverba
Kata adverba jati Kata adverba yang Kata adverba yang Kata adverba
asalnya kata asalnya kata kerja bentuk gandaan
adjektif
Contoh kata: Contoh kata: Contoh kata: Contoh kata :
agaknya, berbual mesra, cantik berseri, awal-awal,
barangkali, esok, sering terlena mati mengejut berduyun-duyun,
kelak pontang-panting
-Pak Samad masih -Guru-guru itu -Hiasan di kelas itu Pasukan itu awal-
dikebun agaknya. berbual mesra di cantik berseri. awal sudah
-Pelajar itu kantin. -Wanita itu mati mengaku kalah.
barangkali kurang -Pelajar itu sering mngejut di dalam
sihat. terlena di dalam keretanya.
kelas.

35. Kata Bantu

Cikgu Noor Ainnie SMKCE


Perkataan yang bertugas menerangkan kata kerja, terutama dari segi masa atau
ragam dan hadir di hadapan kata kerja.
Terdapat dua kata bantu iaitu kata bantu aspek dan kata bantu ragam.

Kata bantu aspek (berkaitan dengan Kata bantu ragam (berkaitan dengan
masa) perasaan)
Belum dilakukan: belum, akan Menyatakan kehendak: hendak, mahu,
Pelajar-pelajar itu belum masuk ingin
dewan. Saya hendak ke Kuala Lumpur.
Sedang dilakukan: masih, mula, sedang Menyatakan keupayaan: boleh, dapat
Pesakit Covid-19 itu sedang dirawat. Kakitangan awam boleh bekerja dari
rumah.
Sudah dilakukan:baru, sudah, pernah, Menyatakan kemungkinan: barangkali,
telah mungkin
Buah durian itu sudah habis Barangkali dia pulang lewat hari ini.
dimakannya.
Menyatakan kemestian: harus, mesti,
pasti, perlu, tentu,wajib
Budaya membaca perlu direalisasikan.
Menyatakan keengganan: enggan
Kumalasari enggan menerima tawaran
itu.

36. Kata Bilangan

Cikgu Noor Ainnie SMKCE


Perkataan yang memberikan penerangan tentang jumlah pada frasa nama,
khususnya orang, benda, atau perkara.

Terdapat 6 kata bilangan. Iaitu:

Kata bilangan tentu (kardinal) Tiga, lima belas ribu, serratus, sejuta
Kata bilangan tak tentu Banyak, sedikit, segelintir, sebilangan,
semua
Kata bilangan himpunan Beribu-ribu, kelima-lima, puluhan,
jutaan
Kata bilangan pisahan Setiap, tiap-tiap, masing-masing
Kata bilangan pecahan Suku, seperempat, sepuluh peratus,
setengah
Kata bilangan tingkat (ordinal) Pertama, kedua, kelapan, keseratus

37. Kata Pemeri

 Perkataan yang mejadi pemeri hal ( memberikan penerangan) atau


perangkaian antara subjek dengan frasa-frasa utama dalam predikat ayat.
 Terdapat dua kata pemeri iaitu ialah dan adalah
 Kata pemeri ialah digunakan apabila predikat ayat terdiri daripada frasa
nama. Contohhnya, Kuala Lumpur ialah ibu negara Malaysia.
 Kata pemeri adalah digunakan untuk merangkaikan subjek dengan predikat
yang terdiri daripada frasa adjektif dan frasa sendi nama. Contohnya,
pendapatnya tentang kepentingan ilmu adalah sangat bernas.

Cikgu Noor Ainnie SMKCE


38. Kata Penguat

Perkataan yang hadir sebelum atau selepas kata adjektif untuk menguatkan maksud.
Terdapat tiga jenis kata penguat, iaitu:

Kata penguat hadapan: agak, paling, Gadis itu agak pendiam.


terlalu
Kata penguat belakang: benar, betul, Guru Bahasa melayu itu rajin sekali.
nian, sekali
Kata penguat bebas: amat, sangat, Suara penyanyi itu amat merdu.
sungguh

39. Kata Penegas

 Perkataan yang berfungsi untuk memberikan penegasan atau penekanan


pada bahagian-bahagian tertentu dalam ayat.
 Terdapat dua kata penegas:
i. Menegaskan frasa predikat atau bahagian-bahagiannya; kata penegas yang
digunakan ialah kata penegas tak bebas, iaitu –kah, -lah, -tah. Contohnya,
siapakah yang datang tadi?
ii. Menegaskan subjek dan predikat dengan menggunkan kata penegas bebas,
iaitu hanya, jua, juga, lagi, memang, pun, sahaja. Contohnya, perlawanan
bola sepak itu belum dimulakan lagi.

Cikgu Noor Ainnie SMKCE


Kata pascakata

40. Kata Penekan

Penggunaan partikel –nya untuk memberikan penegasan kepada perkataan yang


bergabung dengannya.

Nampak + -nya = nampaknya Nampaknya atlet itu tiada tandigan.


Sememang + -nya = sememangnya Beliau sememangnya pemimpin yang
hebat.

***maksud perkataan nampak dan sememangnya menjadi lebih bermakna dan


tegas setelah menerima partikel –nya.

41. Kata Pembenda

Penggunaan partikel –nya pada perkataan yang bukan kata nama tetapi setelah
perkataan itu diberikan partikel –nya, perkataan tersebut menjadi kata nama.

Baik (kata adjektif) + -nya = baiknya Baiknya sukar digambarkan.


(kata nama)
Luas (kata adjektif) + -nya = luasnya Luasnya halaman rumahnya boleh
(kata nama) dijadikan padang bola.
Pantas (kata adjektif) + -nya = Mereka bergerak dengan pantasnya.
pantasnya (kata nama)

Cikgu Noor Ainnie SMKCE

You might also like