You are on page 1of 26

TOPIK 4

MORFOLOGI
Bentuk Kata

 Unit-unit tatabahasa yg menjadi unsur perkataan disebut morfem.


 Morfem ialah unit yg terkecil dlm bahasa yg berfungsi secara gramatis,
tetapi perkataan ialah bentuk bahasa yg terkecil dan mengandungi
makna dan boleh berdiri sendiri.
 Satu perkataan mungkin boleh terdiri dari satu morfem atau lebih.
 Morfem boleh bersifat terikat atau bebas.
• bebas - boleh berdri sendiri manakala yang
• terikat - tidak boleh berdiri sendiri dan memerlukan morfem yg
lain.
 Proses pembentukan kata ialah proses penyusunan morfem mengikut
sistem morfologi bahasa.

3
Proses Pembentukan Kata

1. Bentuk Kata Tunggal

2. Bentuk Kata Terbitan

3. Bentuk Kata Majmuk

4. Bentuk Kata Ganda

4
BENTUK KATA TUNGGAL

 Kata tunggal ialah kata yg terdiri daripada satu bentuk dasar, kata ini tidak
menerima apa-apa bentuk imbuhan yg lain.

 Bentuk kata tunggal juga merangkumi akronim- kata singkatan yang terbentuk
hasil gabungan huruf awal, suku kata atau kombinasi. Yang akan ditulis dan
disebut sebagai satu perkataan.

 Akronim yang terbentuk daripada gabungan beberapa huruf;


CONTOH : UNITAR, LUTH, ATMA.

 Akronim yang terbentuk daripada gabungan huruf awal atau suku kata
CONTOH : Pawagam – Panggung wayang gambar
Kugiran – Kumpulan gitar rancak

 Akronim yang terbentuk hasil gabungan huruf awal yang merujuk kepada kata
nama khas.
CONTOH : GAPENA – Gabungan Penulis Nasional.

5
BENTUK KATA TERBITAN

 Kata terbitan terbentuk daripada proses pengimbuhan, iaitu proses yg


menambahkan imbuhan pada kata dasar.

 Kebanyakan kata dasar yg menerima morfem bebas sementara imbuhan


merupakan morfem terikat.

 Nik Safiah Karim (1993)- imbuhan bahasa Melayu terbahagi kepada


empat jenis iaitu
• awalan,
• akhiran,
• apitan dan
• sisipan.

6
Kata Terbitan Berawalan

 imbuhan pada awal kata dasar menerbitkan kata terbitan awalan.

 boleh wujud dalam bentuk kata nama terbitan, kata kerja terbitan
dan kata adjektif terbitan.

7
Kata Terbitan Akhiran

 Merupakan kata dasar yang menerima imbuhan pada akhir kata.


 Kata terbitan ini boleh di bahagikan kepada dua iaitu

1. Kata terbitan akhiran yg merujuk kepada kata nama ialah;


- an,-in, -at, -ah, -man, -wan, -isme, dan -wati.
CONTOH : jahitan, hadirin, muslimat, sultanah, budiman,
sosialisme, usahawan

2. Kata terbitan akhiran yg merujuk kepada kata kerja ialah;


-kan, dan –i.
CONTOH : gunakan, tinggalkan, duduki, turuti

8
Kata Terbitan Berapitan

 merupakan kata imbuhan yang diletakkan pada awal dan akhir kata
dasar.

 Kata terbitan berapitan wujud dalam 3 bentuk iaitu :

1. Apitan yg merujuk kepada kata nama;


pe-…-an, peng-…-an, ke-…-an , 6 senarai lain.
CONTOH : perasaan, penggunaan, kelainan

2. Apitan kata kerja


me-…-kan, ber-…-kan, di-…-kan, di-…-i, memper-…-kan, 13
apitan lain.
CONTOH : melukakan, berbajukan, dibiarkan, diadili,
memperdengarkan, memperingati, kehujanan

3. Apitan kata adjektif


ke-…-an ;
CONTOH : kearaban, keinggerisan, kesabaran

9
Kata Terbitan Bersisipan

 ialah kata imbuhan akan diletakkan selepas konsonan pertama dalam


kata dasar.

 Kata sisipan ini tidak produktif lagi dlm pembentukan kata terbitan
sekarang.

1. Sisipan kata nama;


-el- , dan -er-.
CONTOH : kelabut, telunjuk, keruping, seruling

2. Sisipan kata kerja;


-el-, -em-, -er-, -in-
CONTOH : selerak, semerbak, gemilang, serabut, sinambung

1
0
Imbuhan Pinjaman

 hanya terhasil pada awal kata dasar dan akhir kata dasar.

 imbuhan awalan pinjaman ialah


CONTOH : anti, dwi, eka, tata, infra, sub, mikro, makro dan pra.

 kata imbuhan akhiran pinjamam seperti;


CONTOH -at, -i, -is, - in, -ita -man, -wan, -wati, -isme.

CONTOH PERKATAAN : insani, hadirat, telefonis, angkasawan.

1
1
BENTUK KATA MAJMUK

 Proses pemajmukan ialah proses yang merangkaikan dua kata dasar


atau lebih dan kata baru yang terhasil itu akan membawa makna yang
tertentu.

 Kata majmuk dieja terpisah dan bertindak sebagai satu unit, iaitu
bentuknya tidak boleh menerima sebarang penyisipan unsur lain.

 Dalam bahasa Melayu bentuk kata majmuk seperti ini besar jumlahnya,
kata majmuk ini boleh dibahagikan kepada kepada empat jenis.
(menurut Nik Safiah Karim ;1993)

1
2
KATA MAJMUK RANGKAI KATA BEBAS

KATA MAJMUK ISTILAH KHUSUS


KATA
MAJMUK KATA MAJMUK KIASAN

KATA MAJMUK YANG TELAH MANTAP

1
3
Contoh-contoh Kata Majmuk
1. KATA MAJMUK RANGKAI KATA BEBAS

CONTOH :
alat tulis bandar raya   
ambil alih     Penolong Penerbit
buku latihan     Menteri Besar
rumah banglo   Duta Besar  
seni kata      ibu bapa
ibu jari     segi empat
guru besar       kereta kuda  
balai polis     balai polis  
hari raya     gambar rajah
jam tangan    
  
      
             
1
5
2. KATA MAJMUK ISTILAH KHUSUS

CONTOH :
akar tunjang   bahan api    
isi padu     meter persegi    
alam haiwan        neraca spring    
baja kimia     gerak balas    
bahan pengawet     bahan toksik    
deria bau     garam mineral    
gizi seimbang     pusat graviti    
asid lemak         karbon dioksida

1
6
3. KATA MAJMUK KIASAN

CONTOH :
ada hati     titik peluh    
sampai hati   naik angin    
kaki bangku     gila harta  
  beri muka      
lintah darat     jolok mata    
cari jalan     campur tangan    
durian runtuh   jauh hati  
  jual minyak     cangkul angin    
darah daging     hidung tinggi    
lipas kudung    

1
7
4. KATA MAJMUK YANG TELAH MANTAP (15)

CONTOH :
beritahu     bumiputera    
jawatankuasa     kakitangan    
kerjasama     matahari    
olahraga     setiausaha    
sukarela     suruhanjaya    
tandatangan     tanggungjawab    
warganegara
antarabangsa 
pesuruhjaya  

1
8
BENTUK KATA GANDA

Penuh

Penggandaan Separa

Berirama/Berentak

1
9
Penggandaan Penuh

 Penggandaan penuh ialah proses yang menggandakan keseluruhan kata


dasar, sama ada kata dasar itu mengandungi imbuhan ataupun tidak.

Contohnya:
pulau-pulau suku-suku tinggi-tinggi
cantik-cantik buku-buku kura-kura
tiba-tiba mata-mata fail-fail
pemimpin-pemimpin kehendak-kehendak pelatih- pelatih
persatuan-persatuan petugas-petugas pelajar-pelajar

20
Penggandaan Separa

 proses menggandakan sebahagian daripada kata dasar sahaja.


 Kata dasar boleh merupakan kata tunggal ataupun kata terbitan.
 boleh berlaku di hadapan atau di belakang kata dasar.

Contohnya :
berlari-lari sepandai-pandai berturut-turut
kejar-mengejar tolong-menolong kasih-mengasihi
lelaki tetamu sesiku

21
Penggandaan Berentak

 proses yang menggandakan kata dasar mengikut rentak bunyi tertentu


dalam kata dasar itu.

 Penggandaan ini dibahagikan kepada tiga jenis.



1. Persamaan bunyi vokal- merupakan penggandaan yang
mempunyai ciri-ciri persamaan pada bunyi-bunyi vokal

CONTOH :
Tungkus-lumus ( pengulangan bunyi vokal U )
Cerai- berai ( pengulangan bunyi vokal E dan A )
Gotong- royong ( pengulangan bunyi vokal O )

22
2. Persamaan bunyi konsonan – iaitu penggandaan bunyi pada huruf-huruf
konsonan

CONTOH :
bolak-balik ( pengulangan bunyi konsonan B,L dan K )
mundar-mandir
huyung-hayang

23
3. Bebas – penggandaan yg tidak mempunyai ciri-ciri
persamaan pada bunyi vokal atau konsonan.

CONTOH :
Sopan-santun
Tungkus-lumus
Kacau-bilau
Tinggi-lampai
Riuh-rendah

24
Tutorial 3
1. Berikan tiga contoh kata majmuk rangkai kata
bebas.
2. Buat ayat menggunakan kata terbitan akhiran yang
diberikan dibawah
a) Jahitan
b) Usahawan
c) Sasterawan
d) Seniwati
e) Nasionalisme
3. Buat ayat yang sesuai dengan menggunakan
kata majmuk kiasan di bawah.
a) Durian runtuh- mendapat sesuatu seperti
bonus
b) Cangkul angin- membuat sesuatu yang tidak
berfaedah
c) Hidung tinggi- sifat sombong
d) Lipas kudung- bergerak dengan pantas dan
cepat
e) Darah daging- mempunyai pertalian darah

You might also like