You are on page 1of 9

NOTA TANDA BACA

KATA GANDA
1.Kata ganda dalam Bahasa melayu ditulis dengan menggunakan tanda sempang(-).Terdapat
tiga jenis kata ganda dalam Bahasa Melayu,iaitu:
(a)Kata ganda penuh,yang mungkin terdiri daripada kata ganda jamak atau kata ganda semu
Contoh
anak-anak kura-kura
sekolah-sekolah labah-labah
ibu-ibu kanak-kanak
rumah-rumah undang-undang

2.Kata ganda pada kata pada kata dasar yang menerima imbuhan.Dalam hal ini,tanda
sempang diletakkan di antara bahagian kata dasar yang diulang itu.
Contoh:
berbual-bual diheboh-hebohkan
bersiar-siar buah-buahan
mengiau-ngiau karang-mengarang
zaman-berzaman lama-kelamaan

3.Kata ganda yang mengalami perubahan bunyi.


Contoh:
gunung-ganang gerak-geri
kuih-muih huru-hara
ramah-tamah porak-peranda

Apabila kata ganda seperti ini diberikan awalan dan akhiran,tanda sempang sebagai tanda
gandaan dikekalkan.
Contoh:
menghuru-harakan
dikotak-katikkan
menggembar-gemburkan

Klitik
Klitik ialah kata pendekan dan dalam bahasa Melayu terdapat empat klitik,iaitu ku,nu,dan
nya.Dalam penulisan,klitik disatukan dengan kata yang mendahului atau yang
mengikutinya.Walau bagaimanapun,untuk “ku” dan “kau”,ejaannya hanya disatukan dengan
kata yang mengikutinya jika klitik ini berfungsi sebagai penanda pasif,seperti dalam contoh
ayat “Wang adikmu, kausimpan.” Jika tidak ejaannya diasingkan.

Kata Sendi Nama “di” dan “ke”


1.kata depan atau kata sendi nama ke dan di ditulis terpisah daripada perkataan yang
mengikutinya.
Contoh:
Menunjukkan arah atau kedudukan
di bawah di tepi
di utara ke sana
ke atas di sini
ke hadapan ke selatan

Menunjukkan tempat
ke pejabat di seluruh dunia
ke Kuala Lumpur di melaka
ke merata tempat di rumah
ke ibu pejabat di beberapa buah sekolah

Catatan:
1.Ke- dan di- yang berfungsi sebagai imbuhan haruslah dibezakan daripada ke dan di yang
berfungsi sebagai imbuhan,mestilah diserangkaikan dengan perkataan yang mengikutinya
Contoh:
diambil ketemu
diajar ketua
dimarahi kekasih
digalakan keluar
dipungut kedua

2. Kata sendi ke ditulis serangkai dengan kata yang mengikutinya apabila kedua-duanya
diajadikan bentuk dasar yang sekali gus mendapat imbuhan.\
Contoh:
ke bumi dikebumikan
Ke belakang mengebelakangkan
Ke muka terkemuka
Ke tengah mengetengahkan
Tanda Baca
Tanda Sempang(-)
1.Tanda sempang (-) digunakan untuk bertujuan yang berikut:
(a)menulis kata ganda,seperti:
Buah-buahan
Kanak-kanak
Sebaik-baiknya
2.Menyambung suku kata yang terpisah kerana penghentian dan penyambungan baris.
Contoh:
…mereka ber-
Baris di padang
….kami ber-
Bincang sebelum mereka datang

Catatan
1.Tanda sempang (-) tidak seharusnya diletakkan pada awal baris yang mengikutinya,seperti
…….mereka ber
-baris
….kami ber
-bincang
2.Tanda sempang itu juga mestilah diberikan pada penyukuan kata yang tepat,bukan dibuat
secara sembarangan.
Contoh:
Betul Salah
(i) …ber- (i)…be-
main-main main-main
(ii) …menu- (ii)…men-
lis ulis

3.Memperjelaskan sesuatu ungkapan,seperti ber- evolusi dengan ber-revolusi


4.Merangkaikan huruf kecil dan huruf besar pada perkataan yang terdiri daripada bentuk
terikat dan nama khas
Contoh:
pro-Amerika hamba-Nya se-Nusantara
5.Merangkaikan ke dengan angka seperti ke -20,ke-2000,dan ke-5
6.Merangkaikan angka yang menunjukan tahun dengan akhiran –an
Contoh:
tahun 60-an(tahun enam puluhan)
tahun 40-an(tahun empat puluhan)
7.Menunjukkan hubungan antara kata-kata pada rangkai kata setara atau rangkai kata istilah
Contoh:
alat pandang-dengar
pendekatan dengar-sebut
pusat-bentuk(centroid)
ujian pagar-sesat(maza test)
pemadanan satu -ke-satu

Catatan
Tanda sempang merupakan tanda baca yang penting dalam bahasa Melayu kerana banyak
fungsinya,iaitu seperti yang dijelaskan di atas.Beberapa tanda baca lain juga penting dan
kerap digunakan,iaitu seperti dalam jadual di bawah,manakala tanda-tanda baca yang lainnya
kurang digunakan.

Noktah/Titik (.) Digunakan untuk:


1. Mengakhiri ayat penyata atau ayat perintah
2. Menunjukan singkatan,misalnya U.K,U.S.A.,Bhd. ,Sdn., M.C.A
,A,S,N dan lain-lain
Tanda soal(?) Digunakan untuk mengakhiri ayat Tanya.
Tanda seru(!) Digunakan pada:
1.ayat seruan
2.ayat perintah yang terdiri daripada ayat suruhan,permintaan,dan silaan
3.ayat tanya yang bersifat keluhan atau ayat yang mahu menegaskan sesuatu
Koma (,) Digunakan:
1.apabila ayat kecil yang berfungsi sebagai keterangan mendahului ayat induk.

Contoh:
Hanya setelah beberapa kali disuruh,dia mematuhi arahan kami.\

2.apabila frasa yang berfungsi sebagai keterangan mendahului ayat induk.

Contoh:
Untuk menduduki tempat yang terunggul,kamu tidak boleh berputus asa.
3.apabila kata penghubung(transitional words) atau penanda wacana
digunakan pada awal ayat.

Contoh:
Selain itu,mereka juga akan….
Walau bagaimanapun,hal itu akan kami teliti

4.apabila subjek menerima keterangan

Contoh:
Ah Loi,orang yang berbaju biru itu,yang saya dimaksudkan.
Asri Ibrahim,Penolong Kanan sekolah kami,mempengerusikan mesyuarat.

5.apabila sesuatu ayat itu panjang dan perlu diberikan hentian atau perlu
dipecahkan kepada beberapa bahagian.

Contoh:
Kami meminta agar masalah itu diselasaikan dengan segera,bukan sahaja
memudahkannya,tetapi juga untuk membolehkan kami melihat punca
sebenar,yang setakat ini kami masih belum jelas

6.selepas kata-kata pendahuluan(misalnya kata-kata nafi atau penegas)dalam


sesuatu ujaran

Contoh:
Betul,saya memang sentiasa menyokongnya
Baik,saya akan tunaikan hajat awak
7.untuk memisahkan kata-kata sapaan atau rujukan langsung dalam ayat yang
berbentuk “cakap ajuk”

Contoh:
Adik,ambilkan kakak air!

8.untuk memisahkan sesuatu yang bersiri atau yang hendak disampaikan


secara berturutan

Contoh:
Bayam,sawi,kangkung,dan kekacang,yang dibelinya tadi
Dia bangun,berjalan ke pentas,berdiri di sebelah juruacara,mengatakan sesuatu
kepada beliau,lantas memulakan ucapannya.

9.apabila frasa keterangan bagi ayat pasif songsang ,mendahului ayat induk

Contoh:
Pada pukul 5:00 petang kelmarin,dia selamat melahirkan anak kembarnya.
Yang menang,akan menerima anugerah.

10.untuk memisahkan bahagian-bahagian yang bertentangan maksudnya


dalam sesebuah ayat
Contoh:
Saya memintanya menyerah,bukannya melawan.
Dia sewajarnya dimarahi,bukannya dipuji

11.sebelum atau selepas menuliskan cakap ajuk.


Contoh:
Guru berkata kepada kami, “Hati-hati membaca soalan”
“Mintalah ampun kepada Allah, “kata ibu dengan begitu sayu.

12.selepas nama khas(nama orang),apabila nama itu diikuti oleh keterangan


tentang kelulusan atau anugerah yang dimilikinya

Contoh:
Fatimah Mohammad,M.A.,PhD,(U.K)
Ismail Khamis,A.M.N.

13.untuk menunjukkan angka ribu dan juta.

Contoh:
17,400
8,000,000

14.untuk memisahkan dua perkataan yang sama,atau dua angka yang hadir
secara berturutan.

Contoh:
Maafkan dia,dia masih budak.
Encik,encik diminta bangun

15.untuk memisahkan kata Tanya yang mengikuti ayat penyata.

Contoh:
Pembentangan belanjawan sudah selesai,bukan?

16.untuk memisahkan frasa yang mempunyai hubungan idea dengan ayat


mengikutinya.

Contoh:
Bagi saya,alasannya itu kebudak-budakan
Seperti ayahnya,dia juga kacak.
Koma bertitik(;) Digunakan untuk:
1,memisahkan klausa atau ayat kecil yang boleh berdiri sendiri,tetapi
mempunyai kaitan yang rapat dengan bahagian ayat yang sebelumnya

Contoh:

Kelas tambahan untuk kelas peperiksaan diadakan tiga seminggu,kelas-


kelas lain ,seminggu sekali

Teks yang diberikan tidak panjang,mungkin satu perenggan yang


mengandungi 40 perkataan sahaja

2.memisahkan bahagian-bahagian ayat,iaitu antara ayat kecil dengan


ayat induk yang dihubungkan oleh kata hubung

Contoh:
Dia seorang sahaja yang datang,kerana itu latihan tidak dapat diteruskan
Dia pemurah,mulia budi pekerti,ringsan tulang,dan
peramah,sesungguhnya dia orang yang kita cari

3.sebelum beberapa contoh,bilangan atau senarai tentang sesuatu


diberikan satu per satu dalam satu ayat

Contoh:

Terdapat tiga warna pada baju yang dipakainya,biru,jingga,dan putih


Beberapa produk akan dieksport oleh kilang itu,kilang barangan
plastic,pakaian,barang hiasan dan alat tulis.

4.apabila tanda koma tidak mencukupi untuk menggalurkan atau


menyenaraikan sesuatu

Contoh:
Antara yang kami undang ialah,Puan Arfah,bekas pengerusi
persatuan,Encik Kamarul,bendahari,Hj Omar Othman,Setiausaha
Kehormat,dan Tuan Haji Abu Bakar,Timbalan Setiausaha

Dua titik Digunakan:


1.sebelum sesuatu senarai atau butiran tentang sesuatu diberikan

Contoh:

Tolong beli alat tulisini:dua pen mata bola,satu pembaris,sebatang


pensel,satu sampul surat,dan satu pemadam

Pilih salah satu aktiviti daripada senari yang berikut:


Berenang
Bermain di padang
Berehat di rumah
2.sebelum menuliskan sesuatu frasa atau ayat yang mendukung suatu
moto atau tema tertentu

Contoh:
Kerajaan mengamalkan prinsip ini:Rakyat Didahulukan Pencapaian
Diutamakan Motto mereka ialahSETIA BERSATU

3.untuk menunjukkan bahagian atau unit bagi sesuatu.


Contoh:
Perkara 152:Fasal 5
Fasal 2:No 1

4.menunjukkan kadar
Contoh:
1:2 4:2

5. untuk menunjukkan masa


Contoh:
Jam 12:30 tengah hari
Pada pukul 3:15 pagi

Tanda tiga Tanda yand digunakan untuk menunjukkan bahawa sesuatu petikan itu
titik(elipsis) – hanya kia ambil sebahagian daripada ayatnya,tidak keseluruhannya.
(…)
Contoh; “….merupakan satu proses untuk menjadikan sesuatu Bahasa
itu bersifat saling terjemah,iaitu bersifat…supaya Bahasa itu dapat
bersaing dengan bahasa-bahasa moden yang lain,seperti bahasa
Inggeris,bahasa Inggeris,bahasa Perancis,…”

Tanda petik(“ Digunakan untuk:


“)
1.menuliskan cakap ajuk.
Contoh:
Guru mengingatkan kami, “Berusahalah dengan bersungguh-sungguh!”

2.menunjukkan judul sesuatu,seperti buku,filem,novel,sajak,lagu dan


sebagainya.

Contoh:
Artikelnya bertajuk “Punca Tidak Ramai Pelajar Mengikuti Aliran
Sains” telah diterbitka dalam akhbar Utusan Malaysia,bertarikh 10
April 2011.

3.menonjolkan sesuatu perkataan atau frasa tertentu dalam ayat


Contoh:
Konsep “1 Malaysia” telah disalah tafsir oleh banyak pihak.
Penanda wacana “walau bagaimanapun” tidak boleh ditulis serangkai
4.menunjukan sesuatu maksud yang tertentu pada sesuatu perkataan
atau frasa
Contoh:
“Ibu angkatnya”sedang memburunya
“Tuan besar” sudah datang.

5.menunjukkan bahawa sesuatu perkataan itu ialah perkataan asing


Contoh:
“Ex-Officio” boleh menganggotai suruhanjaya
Program “in-situ” lebih digalakkan daripada penerokaan tanah baharu.

6. memetik sesuatu ayat atau perenggan daripada petikan.


Contoh:
Azman Wan Chik,(1986:1)mengatakan bahawa “wujud satu sikap yang
Menganggap pengajaran bahasa melayu sebagai satu mata pelajaran
yang tersendiri”.

Tanda Digunakan untuk:


kurungan( ) 1.memberikan keterangan lanjut tentang sesuatu yang telah disebutnya
sebelumnya.
Contoh:
Perabot itu(yang diimport dari Itali)mahal hargannya
Mata pelajaran yang baru diikutinya itu(Matematik),dapat dikuasainya
dengan baik.

2.untuk menuliskan nombor,huruf atau symbol yang sebelumnya sudah


dituliskan dalam huruf atau perkataan
Contoh;
Saya meminjam wang dari bank sebanyak dua belas ribu ringgit(RM
12,000)pada tahun lalu.
Dua puluh lima peratus(25%)daripada pelajar mendapat semua A
dalam peperiksaan percubaan

You might also like