Professional Documents
Culture Documents
Pengenalan
Masyarakat maritim ialah masyarakat yang bergantung kepada aktiviti berasaskan laut seperti
perdagangan, perikanan, pengumpulan hasil laut, perkapalan, penerokaan dan penjelajahan.
Kemunculan masyarakat maritim Jepun dapat dikesan sejak abad ke-3 Masihi.
Masyarakat maritim Jepun tinggal di pesisir pantai dan kawasan kepulauan seperti Kyushu.
Pedagang-pedagang Jepun telah menjalankan hubungan perdagangan dengan China, Vietnam
dan Korea.
Menjelang abad ke-16 masihi, Jepun mengamalkan dasar buka pintu kepada pedagang luar.
Terdapat beberapa faktor kemunculan masyarakat maritim di Jepun.
Isi-isi Penting:
1. Kemajuan teknologi perkapalan dan pelayaran
1
(Selain itu, terdapat juga faktor lain iaitu)
2. Kedudukan Geografi
Dari segi geografi, negara ini terdiri daripada beberapa pulau yang dikelilingi laut.
Antara pulau yang jadi tumpuan masyarakat maritim di Jepun ialah Kyushu, Shikoku,
Hokkaido dan Honshu.
Oleh kerana bentuk muka bumi pulau-pulau ini yang bergunung-ganang, maka petempatan
didirikan di kawasan pesisir pantai.
Lokasi petempatan yang berhampiran laut menyebabkan penduduk terdedah dengan kegiatan
berasaskan laut.
Perkembangan ini menjadi asas kemunculan masyarakat maritim di Jepun.
3. Galakan Pemerintah
Pemerintah juga memainkan peranan penting dalam kemunculan masyarakat maritim di Jepun
Hideyosi merupakan pemerintah yang berminat dalam aktiviti perdagangan.
Beliau menggalakkan pedagang Jepun berdagang ke seberang laut.
Semasa pemerintahannya, Jepun menjalinkan hubungan perdagangan dengan China dan
Korea.
Beliau mengawal kegiatan perdagangan dengan negara-negara asing dengan mengawal segala
aktiviti perdagangan di pelabuhan Nagasaki mulai tahun 1587.
Ekoran itu, pedagang Jepun di Nagasaki, Sakai dan Hakata menghantar ekspedisi ke Asia
Tenggara.
Shogun Tokugawa memberi galakan kepada rakyat untuk libatkan diri dalam perdagangan
maritim. Semasa pemerintahan Tokugawa Ieyasu, dasar perdagangan Shuinsen diperkenalkan.
Berdasarkan dasar ini kapal dagang yang menjalankan aktiviti perdagangan dengan negara
asing dikehendaki memiliki mohor merah.
Ini menyebabkan ramai golongan bangsawan melibatkan diri dalam perdagangan maritim.
Ini menjadi asas kemunculan masyarakat maritim.
4. Kemunculan Pelabuhan
Kemunculan pelabuhan merangsang pertumbuhan masyarakat maritim di Jepun.
Kepesatan perdagangan menyebabkan kemunculan pelabuhan entrepot. Antara pelabuhan
entrepot terpenting abad ke-16 ialah Kyushu, Nagasaki, dan Shimoda yang juga menjadi
tumpuan pedagang tempatan dan pedagang luar negara.
Menjelang pertengahan abad ke-16, kapal pedagang Portugal berlabuh di pelabuhan Kyushu.
Kehadiran mereka mendapat galakan daripada golongan bangsawan Jepun.
Perkembangan ini menjadikan Jepun sebagai kuasa maritim.
5. Pengaruh Luar
Kemunculan masyarakat maritim disebabkan oleh pengaruh luar iaitu hubungan antara Jepun
dengan negara-negara lain.
Menjelang abad ke-16, Jepun telah menjalinkan hubungan perdagangan dengan Portugal.
Shogun Ashikaga membenarkan pedagang Portugal berdagang di pelabuhan Nagasaki.
Menjelang abad ke-17, pedagang dari Belanda, British dan Sepanyol menjalankan perdagangan
dengan Jepun.
Kedatangan pedagang Barat menyebabkan aktiviti perdagangan berkembang pesat dan
meletakkan kemunculan masyarakat maritim di Jepun.
2
6. Dasar Kerajaan Jepun
Dasar buka pintu yang diamalkan kerajaan Jepun menyumbang kepada kemunculan
masyarakat maritim di Jepun.
Dasar ini juga menyebabkan masyarakat maritim Jepun terdedah pengaruh dari luar seperti Asia
dan juga Barat.
Menjelang akhir abad ke-16, pedagang dari Portugal menjalankan aktiviti perdagangan dengan
Jepun.
Selain pedagang, golongan mubaligh Kristian juga terlibat dalam menyebarkan dakwah
dikalangan penduduk Jepun.
Hubungan dengan Portugal menyebabkan masyarakat maritim Jepun menerima teknologi
baharu dari Barat iaitu perkapalan.
Perkembangan ini memainkan peranan dalamm merancakkan kegiatan maritim.
7. Perdagangan
Perkembangan perdagangan menyumbang kepada kemunculan masyarakat maritim di Jepun.
Pada Zaman Ashigaka, perdagangan berkembang pesat di Jepun. Pedagang Jepun menjalinkan
hubungan perdagangan dengan negara di rantau Asia Tenggara.
Menjelang zaman Tokugawa, hubungan perdagangan terjalin denngan China, Korea dan
Vietnam.
Pedagang-pedagang asing seperti pedagang dari Portugal juga datang ke Jepun.
Pada zaman Nobunaga, lebih ramai pedagang dari Portugal datang ke Jepun.
Kedatangan pedagang asing ini menyebabkan munculnya masyarakat maritim di Jepun.
Kesimpulan
- Secara keseluruhannya, kemunculan masyarakat maritim di Jepun berkait rapat dengan
kemajuan teknologi perkapalan dan pelayaran.
- Disamping itu, terdapat faktor-faktor lain yang turut menyumbang kemunculan masyarakat
maritim seperti kedudukan geografi, pelabuhan, galakan pemerintah dan sebagainya.
Catatan :
1. Sekiranya calon hanya menjawab isi utama sahaja, markah maksimum yang layak diberi 8M.
2. Sekiranya calon tidak menghuraikan isi utama sebagai isi penting, markah yang layak diberi
8M.
3
2. Huraikan sistem pemerintahan negara Persekutuan Amerika Syarikat pada abad ke-18
hingga abad ke-19 Masihi.
Pengenalan
- Istilah persekutuan berasal dari perkataan Greek iaitu feodus yang membawa maksud
perjanjian.
- Persekutuan merupakan gabungan beberapa buah negeri atau wilayah yang dahulunya bebas
tetapi kemudian menjadi negara bersekutu di bawah satu perlembagaan pusat.
- Pemerintahan persekutuan merupakan satu bentuk pemerintahan yang membahagikan kuasa
antara kerajaan pusat dengan negeri (tempatan).
- Setiap peringkat pentadbiran diberi kebebasan untuk mentadbir mengikut kuasa yang
diperuntukkan.
- Pentadbiran kerajaan persekutuan terbahagi kepada tiga badan utama iaitu eksekutif,
perundangan dan kehakiman.
Isi-isi penting
1. Pengasingan Kuasa
- Sistem pentadbiran Persekutuan Amerika Syarikat menekankan pengasingan kuasa antara
kerajaan pusat dan negeri.
- Setiap peringkat pentadbiran diberi kebebasan untuk menguruskan pentadbiran mengikut kuasa
yang diperuntukkan.
- Kerajaan pusat berkuasa dalam perkara yang penting seperti pertahanan, percukaian, mata
wang, dan dasar luar negara.
- Kerajaan negeri berkuasa dalam menguruskan hal ehwal tempatan di negeri masing-masing.
- Pengasingan kuasa yang dijalankan bertujuan untuk mengawal dan mengimbang kuasa antara
eksekutif, perundangan dan kehakiman.
- Keadaan ini supaya, kuasa sebenar tidak bertumpu pada satu-satu badan atau individu tertentu
sahaja.
- Pengasingan kuasa berlaku antara kerajaan pusat dan kerajaan tempatan atau negeri.
2. Amalan demokrasi
- Perlembagaan Persekutuan Amerika Syarikat 1789 menetapkan pembentukan kerajaan
persekutuan menerusi amalan demokrasi.
- Pemilihan presiden dan anggota kongres dilakukan menerusi sistem pilihanraya.
- Wakil-wakil dari Parti Federalis dan Parti Republikan bertanding untuk memilih presiden.
- Pilihanraya untuk memilih presiden dan anggota kongres pernah diadakan pada tahun 1796 dan
1800.
- Amalan demokrasi yang dilaksanakan memberi kuasa kepada rakyat untuk memilih kerajaan
yang bakal mentadbir negara.
- Amalan demokrasi juga membolehkan pemindahan kuasa dilakukan secara aman.
3. Badan Eksekutif
- Badan eksekutif diketuai oleh presiden yang dipilih melalui pilihanraya.
- Presiden dipilih untuk tempoh 4 tahun dan selepas tamat tempoh boleh dilantik semula untuk
penggal kedua selama 4 tahun berikutnya.
- Segala urusan pentadbiran negara Amerika Syarikat dipusatkan kepada presiden dan ini
bermakna presiden memegang kuasa yang begitu tinggi dan unggul.
4
- Tempat presiden akan diambil alih oleh timbalan presiden jika presiden meninggal dunia atau
meletak jawatan sehingga cukup tempoh untuk diadakan pilihanraya semula.
- Kuasa seorang presiden termasuklah menjadi ketua turus angkatan tentera, merunding
perjanjian, menerima duta asing, mencalonkan pegawai tinggi persekutuan termasuklah hakim
persekutuan, mempunyai kuasa pembatal undang-undang, mentadbir undang-undang
persekutuan, memberi pengampunan dan mentadbir kongres.
- Semua undang-undang yang diluluskan oleh kongres (terdiri daripada Dewan Senat dan Dewan
Perwakilan) mesti ditandatangani oleh presiden.
- Namun begitu, presiden boleh menolak daripada menandatangani sesuatu undang-undang.
- Keistimewaan presiden ialah boleh membatalkan undang-undang dengan kuasa veto dan boleh
mengawasi kongres melalui dua pertiga undi kongres.
- Kuasa presiden juga kadang kala mengatasi kuasa kongres apabila berupaya mengisytiharkan
peperangan terhadap negara luar, sedangkan tugas ini berada di bawah kongres.
- Namum, presiden juga boleh dipecat melalui sokongan 2/3 dewan jika terlibat dalam rasuah,
pengkhianatan atau jenayah besar.
4. Badan Perundangan
- Badan perundangan Amerika Syarikat dikenali sebagai kongres dan ahlinya turut dipilih
melalui pilihanraya oleh rakyat.
- Ahli kongres terdiri daripada Dewan Rakyat dan Dewan Senat. Tiap-tiap negeri akan memilih
dua ahli bagi Dewan Senat manakala ahli Dewan Rakyat dipilih mengikut jumlah
penduduknya.
- Peranan utama kongres ialah menggubal undang-undang.
- Keistimewaan kongres dapat mengatasi kuasa veto presiden.
- Setiap negeri akan memilih dua ahli Dewan Senat dan memilih ahli Dewan Rakyat.
- Dewan Rakyat (perwakilan) mempunyai ahli lebih ramai daripada Dewan Senat. Ahli Dewan
Rakyat berjumlah 435 orang dan setiap ahli akan mewakili 30, 000 orang rakyat bagi tiap-tiap
dua tahun.
- Dewan ini juga turut berkuasa menentukan presiden jika timbul kekurangan majoriti undi calon
presiden dalam pilihanraya.
- Dewan Senat pula mempunyai keahlian seramai 100 orang iaitu dua orang akan mewakili setiap
negeri dan digelar senator.
- Ahli Dewan Senat yang dipilih mesti berumur 30 tahun serta bermastautin di kawasan yang
diwakili dan menjadi warganegara sekurang-kurangnya 9 tahun.
- Mereka akan berkhidmat sebagai ahli dewan selama 6 tahun.
- Dewan Senat diketuai oleh timbalan presiden.
- Dewan Senat mempunyai kuasa pemutus undang-undang kewangan dan berupaya untuk
menolak atau menerima rang undang-undang yang telah diluluskan oleh Dewan Rakyat.
- Dewan ini juga berperanan dalam pemilihan presiden.
5. Badan Kehakiman
- Badan kehakiman Amerika Syarikat terdiri daripada Mahkamah Persekutuan dan Mahkamah
Negeri.
- Badan ini merupakan badan yang bebas dan tidak menerima campur tangan politik sama ada
daripada presiden atau ahli-ahli kongres.
- Bukti kebebasan dan ketelusan badan ini ialah jika presiden dan ahli kongres melanggar
perlembagaan, mahkamah boleh mengambil tindakan.
5
- Mahkamah Negeri mempunyai kuasa kehakiman bagi semua kes yang melibatkan undang-
undang negeri kecuali terdapat percanggahan antara undang-undang negeri dengan
persekutuan.
- Mahkamah Negeri berfungsi untuk menghakimi perkara yang bersangkutan dengan penetapan
hak-hak di bawah perlembagaan negeri.
- Badan Kehakiman Amerika mempunyai kuasa untuk mengisytiharkan tindakan-tindakan
kongres, keputusan presiden, tindakan diplomasi ataupun syarat-syarat perjanjian mahupun
dokumen undang-undang di sesetengah perundangan negeri sebagai melanggar perlembagaan.
Kesimpulan
- Perlembagaan Persekutuan Amerika Syarikat telah menggariskan secara terperinci badan-
badan yang memerintah negara itu.
- Pembahagian kuasa telah memastikan pentadbiran dijalankan dengan teratur.
- Sistem pentadbiran kerajaan Persekutuan Amerika Syarikat telah turut mempengaruhi negara-
negara lain di dunia.
6
3. Bincangkan perkembangan sistem ekonomi feudalisme di Jerman pada abad ke-16 hingga
17 Masihi.
Pengenalan
- Pada abad ke-16, Jerman masih mengamalkan sistem ekonomi feudalisme yang mengutamakan
pertanian sebagai kegiatan utama dan sumber pendapatan negara.
- Petani yang tertindas telah menuntut kerajaan agar melakukan pembaharuan untuk meningkatkan
taraf hidup mereka.
- Melalui campurtangan kerajaan, sistem ekonomi feudalisme di Jerman telah mengalami
perkembangan.
- Sistem ekonomi feudalisme di Jerman dapat dilihat dalam 3 bidang utama iaitu pertanian,
perindustrian, perdagangan dan perbankan.
Isi-isi penting:
1. Kegiatan pertanian
- Jerman mengamalkan sistem tiga bidang pertanian.
- Contoh tanaman bijirin seperti gandum, barli, oat dan kekacang.
- Peralatan yang digunakan hanyalah tenggala yang diperbuat daripada kayu, sabit untuk
menebas rumput dan binatang ternakan untuk menggembur tanah.
- Selepas tanaman dituai, binatang ternakan akan dibebaskan ke tanah-tanah ini dan tiada
tanaman lain yang ditanam.
- Petani-petani Jerman juga dibebankan dengan cukai tanah dan tidak bebas melakukan
pekerjaan lain seperti memburu, menangkap ikan, dan memotong kayu.
- Mereka hanya menurut perintah dan ditindas oleh tuan tanah dan hidup dalam kemiskinan
- Penindasan ini membawa kepada pemberontakan yang bertujuan menuntut kebebasan, hak
dan pembaharuan bagi mengubah taraf hidup yang lebih baik.
- Walaupun pemberontakan ini gagal, namun beberapa perkembangan dalam bidang pertanian telah
berlaku.
-Antaranya:
a) pembinaan terusan contoh Terusan Frederick William
b) pengecualikan cukai selama 10 tahun kepada petani
c) menggalakkan penternakan lembu susu
d) melaksanakan pembahagian tanah kepada petani
e) wujudkan pengkhususan pekerjaan
-Perkembangan ini telah menyebabkan berlakunya peningkatan hasil pengeluaran di Jerman.
2. Kegiatan industri
-Industri tekstil diusahakan secara besar-besaran pada abad ke-16, bukan sahaja untuk pasaran
dalaman, malahan untuk dieksport.
-Kain dan teknik pengeluaran sutera yang diimport dari dunia ke Eropah oleh pedagang Arab
pada abad ke-16 di Itali telah berkembang luas ke seluruh Eropah
-Jerman juga mengusahakan perusahaan sutera dan tidak lagi bergantung kepada kain import
dari Asia dan Persia.
-Selepas perang 30 tahun, industri tekstil berkembang di desa, di mana masyarakat desa
mengeluarkan pakaian berasaskan kain bulu dan linen.
-Manakala, masyarakat bandar menggunakan mesin untuk mewarnakan dan memutihkan kain
7
dan kemudian memasarkannya.
-Kegiatan industri mengalami perkembangan apabila kerajaan mengadakan pembaharuan seperti
a) pembinaan jalan raya di Hesse.
b) menambah tenaga buruh (mengambil tentera sbg tenaga buruh dan dibayar gaji)
c) wujudkan kerjasama dengan pihak swasta/ persendirian
-Perkembangan ini membawa kepada kepesatan ekonomi di Jerman.
3. Kegiatan Perdagangan
-Perdagangan tertumpu di bandar seperti Luberk, Hamburg dan Bremen.
-Pelabuhan Hanseatic di Venice telah menjalankan perdagangan entreport iaitu membawa masuk
barangan logam, bulu binatang, barangan kulit dan kain bulu.
-Barangan yang dieksport pula seperti rempah ratus, barangan timur, sutera, barangan kaca,
senjata dan kertas.
-Barangan ukiran dari selatan Jerman telah dieksport ke luar negara dan menjadi barangan
penting dalam hubungan perdagangan dengan Belanda.
-Perkembangan yang pesat berlaku apabila bandar-bandar di Jerman menjadi pusat pemasaran
lembu dan bijirin, pusat pentadbiran dan penempatan pedagang serta tukang-tukang.
-Kegiatan perdagangan semakin berkembang di Jerman dari abad ke-16M hingga abad ke-18M
iaitu barangan dagangan dibawa melalui jalan darat dari utara Itali ke pelabuhan entrepor
Jerman Selatan.
Perkembangan ini telah menyebabkan Jerman terlibat dengan kegiatan perdagangan antarabangsa
secara giat.
Kesimpulan:
- Kepesatan perkembangan ekonomi feudalisme di Jerman banyak didorong oleh peranan yang
dimainkan oleh golongan petani. Hasil keluaran pertanian yang semakin meningkat setelah
pembaharuan yang dilaksanakan oleh kerajaan telah membawa kepada berkembangnya industri
dan perdagangan serta institusi kewangan seperti bank. Hal ini membawa kepada kemajuan ekonomi
Jerman ke tahap yang sangat baik.
Catatan
*Sekiranya calon hanya memaklumkan kegiatan-kegiatan ekonomi tanpa menyentuh
perkembangan bagi kegiatan berkenaan – markah tidak lebih daripada 8m
8
4. Jelaskan faktor-faktor berlakunya Gerakan Pencerahan di Eropah pada abad ke-19 Masihi.
Pengenalan
-Gerakan pencerahan merupakan satu gerakan ke arah melahirkan masyarakat yang lebih terbuka,
bertoleransi, mempunyai pemikiran yang tidak dikongkong dan hidup berdasarkan undang-undang.
-Terdapat beberapa faktor berlakunya gerakan ini, antaranya kemunculan ahli-ahli falsafah,
pengaruh zaman renaissance dan lain-lain.
Isi-isi Penting
3. Gerakan reformasi
-Melahirkan pelbagai aliran pemikiran dalam agama Kristian contohnya protestant, Anglican dal lain-
lain yang telah mengubah persepsi terhadap gereja.
-Berlaku peralihan peranan dan kekayaan yang dilaburkan untuk pembangunan dari gereja kepada
raja.
-Dengan kata lain, berlaku pemusatan kuasa kepada raja.
-Masyarakat mula keluar daripada kongkongan agama Kristian yang berasaskan kuasa mutlak gereja.
-Kemajuan dalam penciptaan dan inovasi sains telah membawa kepada penciptaan mesin cetak.
-Ini membolehkan kitab bible diterjemah ke dalam pelbagai bahasa dan boleh dibaca oleh pelbagai
masyarakat.
9
pertengahan berkembang menerusi majalah, akhbar dan lain-lain.
-Keadaan ini membolehkan masyarakat Eropah menjadi celik akal dan mengurangkan kadar buta
huruf.
-Keadaan ini membawa kepada permintaan yang tinggi untuk kamus, ensiklopedia dan kajian semua
jenis ilmu pengetahuan.
Kesimpulan
Kesemua faktor di atas telah menyebabkan berlakunya gerakan pencerahan. Di mana Eropah telah
mengalami revolusi intelektual. Keadaan ini telah menyebabkan masyarakat Eropah muncul sebagai
masyarakat yang bertamadun tinggi dalam ilmu pengetahuan.
10
5. Nilaikan sumbangan Dr. Sun Yat Sen dalam menggerakkan Revolusi China 1911.
Pengenalan
Isi-isi penting
1) Menubuhkan Pertubuhan Revolusioner
- Pada tahun 1894, Dr Sun Yat Sen menubuhkan sebuah pertubuhan revolusioner, iaitu Hsing
Chung-hui di Honolulu, Hawaii
- Matlamat utama – menggulingkan kerajaan Manchu
- Beliau mendapat sokongan daripada orang Cina di seberang laut untuk melancarkan
pemberontakan
- Tahun 1895- merancang untuk menawan Canton untuk dijadikan ibu pejabat Hsing Chung-hui
- Gagal – lari ke Jepun dan menubuhkan cawangan Hsing Chung-hui di Yokohama, Jepun
Penilaian – Penubuhan Hsing Chunh-hui telah memulakan perjuangan Dr Sun untuk menggulingkan
kerajaan Manchu
11
Penilaian – Dr Sun berjaya menanam perasaan anti Manchu dan mempengaruhi pemikiran rakyat
supaya bencikan pemerintahan Manchu
5) Melancarkan Pemberontakan
- Antara tahun-tahun 1895 – 1911, Dr Sun Yat Sen dan pengikut-pengikutnya merancang dan
melancarkan 10 pemberontakan di China
- Pemberontakan yang dilancarkan itu menjejaskan martabat dan maruah kerajaan Manchu
- Pemberontak terpenting berlaku di Wuchang di bawah pimpinan Li Yuan Huan meletus pada 10
Oktober 1911 – menandakan permulaan Revolusi China yang dimulakan oleh tentera-tentera China
yang dipengaruhi oleh Tung Meng-hui.
- Pemberontakan merebak ke wilayah-wilayah lain dan berjaya mengisytiharkan bebas dari pengaruh
kerajaan Peking.
- Semasa revolusi meletus, Dr Sun Yat Sen tidak berada di dalam negara China
- Beliau mendapat berita menegani revolusi melalui akhbar semasa berada di Amerika Syarikat
- Beliau kembali ke China pada 25 Disember 1911 dan dilantik sebagai Presiden Sementara
- Beliau memegang jawatan tersebut secara rasmi pada 1 Januari 1912 sebelum menyerahkan
jawatan Presiden kepada Yuan Shih Kai.
Penilaian – Walaupun Dr Sun tiada dalam negara China semasa pemberontakan dilancarkan, namun
pengaruhnya sangat kuat dan mendapat sokongan rakyat.
Kesimpulan
- Revolusi ini telah menyebabkan kejatuhan kerajaan Manchu
- Sebuah kerajaan republik ditubuhkan di China apabila Maharaja Hsuan Tung atau Pu Yi
diturunkan takhta pada 12 Februari 1912.
Catatan:
Jawapan yang cemerlang perlu ada penilaian terhadap setiap sumbangan yang diberi.
Jika tiada penilaian – markah maksimum 8 m
12
6. Bincangkan kesan-kesan Perang Dunia Kedua yang meletus pada tahun 1939 – 1945 dari
aspek sosiopolitik.
Pengenalan
KESAN SOSIAL
13
KESAN POLITIK
ii) Dekolonisasi
- Selepas Perang Dunia Kedua tamat, penduduk jajahan terutama di Asia dan Afrika bangkit
menentang penjajah
- Muncul gerakan untuk membebaskan tahan air daripada penjajah bagi membentuk negara dan
bangsa mereka sendiri.
- Kemusnahan di negara-negara Eropah telah menjatuhkan maruah negara tersebut dalam kalangan –
penduduk di tanah jajahan
- Kos peperangan yang tinggi menyebabkan negara-negara Eropah menghadapi masalah kewangan
untuk menguruskan tanah jajahan.
- Ini menyebabkab negara-negara Eropah memulakan proses dekolonisasi dengan memberikan
kemerdekaan kepada tanah jajahan mereka.
- Antara tahun 1945-1970 banyak tanah jajahan di Asia dan Afrika mencapai kemedekaan.
Contohnya:
Tahun 1947 – India dan Pakistan mencapai kemerdekaan dari British
Tahun 1945 – Indonesia mencapai kemerdekaan dari Belanda
- Selepas tamat perang Amerika Syarikat dan Rusia muncul sebagai kuasa besar dunia.
- Hubungan antara kedua-dua kuasa besar ini menjadi renggang semasa Persidangan Yalta pada
tahun 1945
- Amerika Syarikat memperjuangkan penubuhan kerajaan demokrasi di Eropah Barat
- Rusia berjuang untuk mengasaskan pemerintahan komunis di Eropah Timur.
- Pertentangan ini menyebabkan hubungan kedua-dua kuasa besar ini semakin tegang sehingga
mencetuskan Perang Dingin.
- Semasa Perang Dingin belangsung, kedua-dua kuasa besar ini menggunakan pelbagai pendekatan
untuk mengukuhkan ideologi dan pengaruh masing-masing.
- Perang Dingin berlanjutan hingga keruntuhan negara-negara komunis di Eropah Timur pada tahun
1989
14
- Jerman Barat telah mendapatkan bantuan ekonomi daripada Amerika Syarikat melalui Rancangan
Marshall
- Rusia membangunkan Jerman Timur sebagai zon komunis.
- Pada bulan Mei 1949 Persekutuan Republik Jerman ditubuhkan dan ibu kotanya di Bonn. Republik
Demokratik Jerman ditubuhkan pada bulan Oktober 1949 dengan ibu kotanya di Berlin.
Kesimpulan
- Perang Dunia Kedua telah meninggalkan kesan yang mendalam ke atas negara-negara terlibat
- Walaupun perang telah tamat, namun dunia masih bergolak berikutan kemunculan dua kuasa
besar dunia yang dipimpin oleh Soviet Union dan Amerika Syarikat untuk mengukuhkan
kedudukan masing-masing.
Catatan:
15
16