You are on page 1of 2

PENGENALAN

Kajian saya semester ini berhubung dengan produk Sos Life yang menjadi produk utama
bagi Syarikat QSR Trading Sdn.Bhd. Kajian ini memberi tumpuan dari aspek proses
pengeluaran, perancangan pengeluaran,persekitaran perniagaan dan elemen campuran pasaran
bagi produk Sos Life. Proses pengeluaran merupakan penghasilan barang atau perkhidmatan
melalui proses transformasi yang menukarkan input kepada output dengan menambahkan
nilainya. Seterusnya, perancangan pengeluaran akan dikaji kepada dua bahagian iaitu jenis-
jenis pengeluaran dan susun atur pengeluaran manakala persekitaran perniagaan merujuk
kepada keadaan sekeliling di mana sesebuah perniagaan berfungsi dan merangkumi faktor-
faktor atau pihak-pihak yang mempengaruhi operasi dan prestasi perniagaan secara langsung
atau tidak langsung. Campuran pemasaran adalah gabungan instrument atau strategi
pemasaran yang dikenali sebagai 4P iaitu produk, pengedaran, harga, dan promosi.

Dari segi latar belakang syarikat ini, Syarikat QSR Trading Sdn.Bhd merupakan
syarikat yang mengeluarkan dan menjual pelbagai produk makanan di seluruh Malaysia. Di
samping itu, produk Sos Life merupakan produk utama bagi syarikat tersebut kerana
permintaan bagi produk sos adalah tinggi berbanding produk makanan lain di seluruh dunia.
Syarikat QSR Trading Sdn.Bhd telah membuka sebuah kilang pada tahun 2004 dan
menjalankan proses membuat sos sehingga kini di Pelabuhan Klang, Selangor. Dari segi
struktur organisasi, Dato’ Seri Mohamed Azahari Mohamed Kamil merupakan pengarah bagi
syarikat tersebut dan Merrill Christopher Pereyra adalah Ketua Pengawai Eksekutif Bahagian
Restoran. Selepas itu, Mohamed Izaham Abdul Rani Ketua Pengawai Kewangan Kumpulan
dan Adi Wira Razak merupakan Ketua Pengawai Eksekutif Bahagian Atas. Kemudian itu,
Tony Fatjon Lika adalah Pengawai Strategi. Dengan adanya struktur organisasi yang cekap
syarikat ini telah berjaya mengeluarkan pelbagai jenis sos seperti Sos Cili, Sos Tomato, Sos
Bawang Putih, Sos Cili Halia, Sos Cili Thai, Sos Tiram, Sos Plum, Sos Masam Manis, Sos
Honi Sin, Sos Lada Hitam, Sos Barbeku, dan Sos Kacang Hitam. Syarikat QSR Trading
Sdn.Bhd mendapat keuntungan yang lebih banyak daripada hasil jualan kerana mendapat
sambutan yang baik daripada masyarakat Malaysia.
Dari segi visi dan misi, bagi mencapai sesuatu matlamat para pendiri akan mencipta
visi dan misi megikut kehendak sebuah organisasi. Maksud visi adalah serangkaian kata yang
menunjukkan impian, cita-cita atau nilai inti sebuah organisasi dan hala tuju masa depan
sebuah organisasi. Selain tu, misi bermaksud tahapan- tahapan yang harus dilalui untuk
mencapai visi tersebut oleh sesebuah organisasi. Syarikat QSR Trading Sdn.Bhd mempunyai
tiga visi dan misi yang jelas untuk mencapai matlamat mereka. Visi dan misi pertama syarikat
tersebut ialah meningkatkan penyelidikan produk sedia ada dan baru untuk mencapai kemajuan
dalam produk makan dengan nilai pemakanan, keselamatan dan berkualiti. Visi dan misi kedua
ialah menyediakan perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan agar dapat memenuhi
kehendak pelanggan dan ketiga pula ialah mencapai keuntungan yang ditetapkan dan
dibahagikan kepada pihak-pihak tertentu seperti faedah pekerja, pemegang saham dan
komuniti.

You might also like