You are on page 1of 20

ABSRTAK

Kajian ini dijalankan untuk mengkaji terhadap perusahaan kedai roti dan
kek di Seberang Jaya. Objektif pertama kajian ini adalah mengenal pasti
masalah-masalah yang dihadapi oleh pengusaha kedai roti dan kek. Objektif
kedua adalah mengkaji sumber pembiayaan yang diperoleh oleh pengusaha
kedai roti dan kek. Kajian ini difokuskan kepada lima kedai roti dan kek iaitu
Secret Recipe, Pacific Bakery, Summer Bakery, LA Delight dan Black Forest.
Kaedah kajian yang digunakan ialah soal selidik dan temu bual. Hasil kajian
menunjukkan lima responden ini menghadapi masalah persaingan dan masalah
pekerja. Ini kerana kedai roti dan kek terpaksa bersaing sesama mereka dan
juga bersaing dengan kedai makanan yang lain seperti restoran, kopitiam,
penjaja dan lain-lain. Masalah pekerja yang tidak tetap serta kekurangan
pekerja mahir merupakan masalah yang sering dihadapi oleh kedai roti dan
kek. Untuk memulakan perniagaan serta membesarkan perniagaan mereka
kesemua atau 100% kedai roti dan kek ini memperoleh sumber modal dari
simpanan peribadi dan 60% responden memperoleh sumber pembiayaan
melalui institusi kewangan seperti Public Bank, Maybank, Hong Leong Bank.

ISI KANDUNGAN
Penghargaan i

Abstrak ii

1.0 Latar Belakang Kajian 1-3

2.0 Pernyataan Masalah 3

3.0 Objektif Kajian 3

4.0 Kaedah Kajian 4

5.0 Hasil Kajian Dan Perbincangan 5


5.1 Latar Belakang Pengusaha Kedai Roti Dan Kek 5-7
5.2 Masalah-masalah Yang Dihadapi Oleh Pengusaha 8-13
Kedai Roti Dan Kek
5.3 Sumber Pembiayaan Yang Diperoleh Oleh Pengusaha 13-14
Kedai Roti Dan Kek

6.0 Cadangan 15-16

7.0 Rumusan Kajian 16-17

8.0 Senarai Rujukan 18

Lampiran

1.0 LATAR BELAKANG KAJIAN


Di Malaysia, Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) boleh ditempatkan
dalam tiga kategori, iaitu mikro, kecil dan sederhana. Ketiga-tiga kumpulan ini
ditetapkan berasaskan kepada jumlah pekerja sesebuah perniagaan ataupun
jumlah hasil jualan sesebuah perniagaan dalam tempoh setahun. Bagi sektor
perkilangan, PKS ditakrifkan sebagai firma yang mempunyai nilai jualan
tahunan kurang daripada RM50 juta atau bilangan pekerja sepenuh masa yang
kurang daripada 200 orang. Bagi perkhidmatan dan sektor-sektor lain, PKS
ditakrifkan sebagai firma yang mempunyai nilai jualan tahunan kurang daripada
RM20 juta atau bilangan pekerja sepenuh masa kurang daripada 75 orang.
Pengkaji memilih kedai roti dan kek yang merupakan salah sebuah PKS
untuk menjalankan kajian ini. Kedai roti dan kek adalah sebuah pertubuhan
yang menghasil atau menjual roti, kek, biskut, pai, donat. Perusahaan kedai roti
dan kek telah wujud beribu-ribu tahun yang lalu dan ianya telah dibangunkan
pada awal Empayer Rom. Perusahaan tersebut terus berkembang hingga ke hari
ini.
Roti merupakan makanan popular di seluruh dunia dan juga merupakan
makanan manusia yang paling lama semenjak Zaman Neolitik. Roti adalah salah
satu alternatif segera untuk sarapan dan ianya merupakan makanan yang
berkhasiat. Menurut piramid makanan, roti mengandungi zat, kalsium, besi dan
vitamin B. Roti yang dibuat dengan gandum asli membantu mengekalkan
pertambahan berat badan manusia. Roti yang mempunyai kolestrol rendah dan
tidak manis juga menjadi pilihan makanan pesakit kencing manis dan orang tua.
Gaya hidup masyarakat hari ini lebih gemar makan roti berbanding
dengan nasi. Hal ini mempunyai pengaruh yang kuat terhadap permintaan roti.
Iklan, promosi dan pembungkusan yang cantik mampu mengubah cita rasa
masyarakat untuk membeli roti. Selain itu, roti yang berharga rendah mampu
menyebabkan masyarakat yang berpendapatan rendah untuk memintanya.
Lantaran itu, kedai roti dan kek diwujudkan untuk memenuhi kehendak dan
keperluan manusia seharian.
Sejarah kek berasal dari negara Barat. Ia diperbuat daripada tepung, telur
dan gula. Kini, kek sering menjadi pencuci mulut dalam majlis-majlis upacara
seperti perkahwinan, ulang tahun dan hari jadi. Semasa musim perayaan dan
sempena hari jadi, kek mempunyai permintaan yang tinggi oleh isi rumah sama
ada membeli mahupun membuat tempahan. Pelbagai jenis bentuk, rasa dan
hiasan juga menjadi tarikan orang ramai berkunjung ke kedai roti dan kek di
situ. Justeru, perusahaan kedai roti dan kek memberi sambutan yang baik oleh
semua lapisan masyarakat.
Pengkaji menjalankan kajian terhadap perusahaan kedai roti dan kek di
Seberang Jaya.

Sumber: Google Maps

Peta di atas menunjukkan kawasan Seberang Jaya. Seberang Jaya merupakan


sebuah bandar baru berhampiran Butterworth, Pulau Pinang. Seberang Jaya kini telah
muncul sebagai kawasan komersil yang pesat membangun dan menyumbang kepada
peningkatan taraf hidup dan ekonomi. Populasi penduduk sekitar Bandar Seberang
Jaya telah mencecah lebih 80 ribu orang. Pelbagai peluang pekerjaan telah
diwujudkan dengan adanya kawasan industri ringan di Kawasan Perindustrian
Jelawat, Seberang Jaya. Terdapat pelbagai kemudahan di situ seperti pusat beli-belah,
kompleks sukan, hospital,sekolah dan restoran. Beberapa fasa baru kawasan
perumahan turut dimajukan oleh beberapa syarikat pemaju swasta dan agensi kerajaan
untuk menampung permintaan penduduk yang semakin bertambah.
Sejak kedai roti dan kek dibuka, beberapa perkembangan dan kemajuan boleh
dilihat seperti tempat pemasarannya yang mana di awal perniagaan hanya membuka
separuh kedai yang kecil. Terdapat lima kedai roti dan kek telah wujud di persekitaran
Seberang Jaya. Tujuan kedai roti dan kek dibuka adalah untuk mencari wang atau
pendapatan untuk menyara terus hidup. Pelbagai jenis roti dan kek yang telah ditawar
seperti kek hari jadi, kek mentega, roti sekaya, mufin dan sebagainya. Antara
kelebihan yang ditawarkan oleh kelima-lima kedai tersebut adalah rasa roti dan kek
yang sedap, kualitinya terjamin, harga yang berpatutan. Antara keunikan atau
keistimewaannya pula, kelima-lima kedai tersebut menyediakan pelbagai jenis perisa
dan bentuk bagi setiap produk yang dikeluarkan.
Pada era globalisasi ini, kedai roti dan kek telah menjadi tempat kebiasaan
orang ramai berkunjung ke situ.

2.0 PERNYATAAN MASALAH


Dalam kajian ini, perusahaan kecil dan sederhana telah menjadi agenda utama
di Malaysia. Peruntukan kerajaan untuk membangunkan perusahaan kecil dan
sederhana kurang dimanfaat oleh pengusaha tempatan. Kajian ini harus dilaksanakan
untuk mengenal pasti masalah-masalah yang dihadapi oleh pengusaha. Dengan ini,
masalah tersebut dapat diketahui dengan lebih jelas. Tindakan-tindakan juga dapat
diambil dengan segera sekiranya terdapat apa-apa masalah. Sebagai contoh, masalah
persaingan yang dihadapi oleh pengusaha dapat ditambahbaik melalui tindakan
kerajaan.
Selain itu, kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengkaji sumber pembiayaan
yang diperoleh oleh pengusaha. Sumber pembiayaan penting terhadap pengusaha
untuk memulakan perniagaan. Ini bermakna, sumber kewangan yang perlu disediakan
adalah peruntukan sebelum memulakan perniagaan, melancarkan perniagaan,
kelengkapan melangsungkan perniagaan dan kemampuan penghasilan untuk terus
berdaya tahan. Seterusnya, sumber pembiayaan juga penting untuk mengembangkan
perniagaan pengusaha agar mendapat keuntungan yang maksimum.

3.0 OBJEKTIF KAJIAN


Objektif kajian ini adalah untuk:
1. Mengenal pasti masalah-masalah yang dihadapi oleh pengusaha kedai roti dan kek.
2. Mengkaji sumber pembiayaan yang diperoleh oleh pengusaha kedai roti dan kek.

4.0 KAEDAH KAJIAN


Bahagian ini membincangkan kaedah kajian yang digunakan dan kaedah analisis data.
4.1 Data Primer
Pengkaji menggunakan data primer iaitu temu bual dan soal selidik untuk
menjalankan kajian ini.

4.1.1 Temu Bual


Temu bual dilakukan bagi mendapatkan maklumat secara langsung dan secara
lebih mendalam tentang sesuatu isu dalam kajian ini. Pengkaji bertemu bual dengan
lima responden untuk mengumpul maklumat tentang masalah yang dihadapi dan
sumber pembiayaan yang diperoleh oleh pengusaha. Kaedah ini juga membolehkan
pengkaji menerangkan dengan jelas maksud soalan kepada responden agar
mengelakkan salah tafsir dan salah anggap.

4.1.2 Soal Selidik


Borang soal selidik telah diedarkan kepada lima orang responden. Tujuan ini
adalah untuk melihat dan memudahkan untuk mengkaji data yang diberikan sama ada
positif atau sebaliknya. Borang soal selidik ini mengandungi tiga bahagian iaitu
Bahagian A, Bahagian B dan Bahagian C. Bahagian A adalah tentang latar belakang
pengusaha kedai roti dan kek manakala Bahagian B adalah tentang masalah-masalah
yang dihadapi oleh pengusaha kedai roti dan kek. Bahagian C adalah tentang sumber
pembiayaan yang diperoleh oleh pengusaha kedai roti dan kek.

4.2 Buku Rujukan


Kaedah ini diperoleh dari bahan-bahan bertulis yang sudah diterbitkan
seperti buku rujukan. Kaedah ini lebih mudah dalam mencari maklumat dan
data tambahan yang diperlukan untuk dimuatkan ke dalam kajian ini.

4.3 Kaedah Analisis Data


Pada peringkat akhir kajian ini, telah dijalankan analisis secara deskriptif untuk
menganalisis data daripada soal selidik. Data yang telah diperoleh dianalisis
menggunakan peratusan, kekerapan rajah dan jadual untuk menunjukkan latar
belakang pengusaha. Selain itu, masalah yang dihadapi dan sumber pembiayaan yang
diperoleh oleh pengusaha kedai roti dan kek menggunakan jadual dan peratusan untuk
menganalisis data.
Rumus bagi peratusan adalah seperti berikut:
Amaun
x 100
Jumlah

5.0 HASIL KAJIAN DAN PERBINCANGAN


Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti masalah-masalah yang dihadapi dan
mengkaji sumber pembiayaan yang diperoleh oleh pengusaha kedai roti dan kek. Data
yang diperoleh daripada jawapan soal selidik dianalisis dan dikemukakan dalam
dapatan kajian ini.
5.1 Latar Belakang Pengusaha Kedai Roti Dan Kek
Jadual 1 di bawah menunjukkan latar belakang pengusaha kedai roti dan kek
berdasarkan jenis pemilikan perniagaan, jumlah pekerja dan jumlah modal.

Bil Aspek Kategori Kekerapan Peratusan(%)


Milikan Tunggal
1 Jenis Pemilikan 2 40
Perniagaan
Perkongsian 1 20
Sendirian Berhad 2 40

2 Jumlah pekerja 1-2 Orang 1 20

3-4 Orang 1 20

5-6 Orang 1 20

6 Orang Ke Atas 2 40
Jumlah Modal RM10000-RM20000
3 0 0
RM20001-RM30000 0 0
RM30001-RM40000 1 20
RM40001-RM50000 1 20
RM50001 ke atas 3 60

Jadual 1: Latar Belakang Pengusaha Kedai Roti Dan Kek


Sumber: Kajian Lapangan 2014
Rajah 1 di bawah menunjukkan jenis pemilikan perniagaan yang diamalkan oleh
pengusaha.

Jenis Pemilikan Perniagaan


45%
40%
35%
Jenis Perusahaan
30%
Kecil Dan
25% Sederhana
20% 40% 40%
15%
10% 20%
5%
0%
Milikan Tunggal Perkongsian Sendirian Berhad

Rajah 1: Jenis Pemilikan Perniagaan


Sumber: Kajian Lapangan 2014
Berdasarkan rajah 1 di atas menunjukkan jenis pemilikan perniagaan yang
dikategorikan sebagai milikan tunggal, perkongsian dan sendirian berhad. Daripada
kajian ini didapati 40% kedai roti dan kek merupakan milikan tunggal dan 40% lagi
adalah Sendirian Berhad. Hanya 20% kedai roti dan kek merupakan perkongsian.

Rajah 2 di bawah menunjukkan jumlah pekerja yang bekerja di kedai roti dan kek.

Jumlah Pekerja
40% 20%
1-2 orang
3-4 orang
5-6 orang
6 orang ke atas
20% 20%

Rajah 2: Jumlah Pekerja Yang Bekerja Di Kedai Roti Dan Kek


Sumber: Kajian Lapangan 2014
Berdasarkan Rajah 2, didapati bahawa 20% responden mempunyai antara 1
hingga 2 pekerja di kedai mereka manakala 20% responden mempunyai antara 3
hingga 4 pekerja di kedai mereka. 20% responden yang lain lagi mempunyai 5 hingga
6 orang pekerja bekerja di kedai mereka. Terdapat 40% responden mempunyai 6
orang ke atas pekerja.

Rajah 3 di bawah menunjukkan jumlah modal yang dimiliki oleh pengusaha kedai roti
dan kek.

Jumlah Modal

20%

RM30001-RM40000
RM40001-RM50000
RM50001 ke atas

60% 20%

Rajah 3 : Jumlah Modal Yang Dimiliki Oleh Pengusaha Kedai Roti Dan Kek
Sumber: Kajian Lapangan 2014
Berdasarkan Rajah 3 di atas, 60% responden menggunakan modal melebihi
RM50001 iaitu Secret Recipe, Summer Bakery dan Pacific Bakery. Seterusnya, 20%
responden iaitu Black Forest menggunakan modal antara RM30001 hingga RM40000
dan 20% lagi responden iaitu LA Delight menggunakan modal antara RM40001
hingga RM50000 masing-masing.
5.2 Masalah-masalah yang dihadapi oleh pengusaha kedai roti dan kek.
Jadual 2 di bawah menunjukkan masalah-masalah yang dihadapi oleh
pengusaha kedai roti dan kek.

Masalah Secret Pacific Summer LA Black Peratusan


Recipe Bakery Bakery Delight Forest (%)
Persaingan √ √ √ √ √ 100

Kekurangan √ √ √ 60
Modal
Teknologi √ √ √ 60
Yang Rendah
Bekalan √ √ √ √ 80
Bahan
Mentah
Pengurusan √ √ 40

Pekerja √ √ √ √ √ 100

Kemudahan √ √ 40
Infrastruktur
Pemasaran √ √ √ 60

Kekurangan √ √ √ √ 80
Pelanggan
Jadual 2: Masalah-masalah Yang Dihadapi Oleh Pengusaha Kedai Roti Dan Kek
Sumber: Kajian Lapangan 2014
Berdasarkan jadual di atas, kelima-lima responden menghadapi masalah
persaingan iaitu bersamaan 100%. Mereka mengalami persaingan yang sengit
kerana terdapat banyak kedai roti dan kek di kawasan sekeliling di situ.
Kebanyakan pesaing mengeluarkan produk yang homogen. Oleh itu, mereka
terpaksa bersaing dari segi harga, reka bentuk dan juga rasa.
Terdapat 60% responden menghadapi masalah kekurangan modal. Modal
merupakan elemen penting yang perlu ada bagi memastikan perniagaan dapat
terus berkembang maju. Masalah kekurangan modal ini berkait dengan
kesukaran responden untuk mendapat pinjaman daripada bank. Bank kurang
berminat memberi pinjaman kepada Black Forest kerana tidak mempunyai
cagaran yang mencukupi dan kepercayaan kredit yang lemah, rekod akaun
pembiayaan yang kurang baik atau perniagaan yang tidak berdaya maju. Begitu
juga, sesetengah bank hanya memberi kelulusan separuh sahaja. Bank juga
kurang memberi pinjaman kerana kadar faedah yang boleh dikenakan dikawal
oleh Bank Negara Malaysia dan kurang yakin keupayaan responden untuk
membayar balik pinjaman. Selain itu, LA Delight dan Black Forest yang
mengamalkan milikan tunggal tidak dapat mengumpul dana modal yang banyak.
Hal ini membantutkan perniagaan mereka untuk berterus daya saing. Terdapat
juga responden yang sukar mendapat pinjaman daripada rakan dan ahli keluarga
mereka disebabkan hubungan konflik antara satu sama lain.
Di samping itu, 60% responden mengalami masalah teknologi yang
rendah. Ketiga-tiga responden ini masih lagi menggunakan peralatan dan mesin
yang separa automatik dalam proses pengeluaran. Hal ini menjurus kepada
pengeluaran yang rendah dan kurang kualiti. Sejumlah besar mereka tidak
berupaya mendapatkan teknologi canggih dan moden kerana modal yang terhad
dan kekurangan tabungan untuk membelinya. Keadaan ini berlaku disebabkan
peralatan moden dan berteknologi tinggi seperti mesin pengadun kelajuan tinggi
dan "Automated Cake Icing Equipment" memerlukan kos dan kemahiran yang
tinggi. Hal ini menyebabkan mereka masih bergantung kepada mesin dan
peralatan tradisional atau peralatan yang sudah digunakan bertahun-tahun yang
lalu. Responden juga tidak mempunyai kepakaran atau pengetahuan dalam
mengendalikan mesin dan peralatan. Mereka juga kurang inisiatif untuk
menerapkan teknologi baharu. Oleh itu, perusahaan mereka adalah berintensif
buruh. Namun, pekerja mereka juga tidak berpendidikan tinggi dan kurang
mahir kerana tidak mampu mengupah pekerja mahir yang perlu dibayar dengan
gaji besar. Jika mesin atau peralatan mengalami kerosakan, kos mesin
tergendala dan upah bayaran untuk kerosakan mesin juga menyebabkan
responden perlu menanggung beban tersebut. Dengan kekurangan ini
menyebabkan produktiviti, kualiti, kuantiti dan kepelbagaian jenis barangan
begitu terbatas dan sukar untuk dihasilkan.
Bekalan bahan mentah juga merupakan salah satu masalah yang dihadapi
oleh pengusaha kedai roti dan kek. Terdapat 80% responden menghadapi
masalah tersebut. Masalah ini boleh menimbul disebabkan harga bahan mentah
yang semakin melambung tinggi. Pertambahan populasi penduduk
menyebabkan permintaan yang tinggi terhadap bahan mentah. Implikasinya, roti
dan kek yang diperbuat daripada tepung gandum, telur dan gula menjadi mahal.
Sementara itu, kerajaan telah menarik subsidi terhadap gula mengakibatkan
semua bahan mentah menjadi lebih mahal. Lantaran itu, kos operasi meningkat
dan seterusnya margin keuntungan perniagaan menurun. Responden juga sukar
mendapat bahan mentah yang bermutu dengan kos yang rendah kerana tidak
mampu membeli secara pukal akibat kekurangan modal. Apabila menjelang
musim perayaan, permintaan yang tinggi terhadap bahan mentah menyebabkan
responden terpaksa bersaing dengan kedai roti dan kek yang lain untuk
mendapat bahan mentah yang secukupnya. Keadaan ini menjadi teruk apabila
harga yang ditawarkan oleh pembekal bahan mentah lebih tinggi. Pembekal
bahan mentah ini lebih suka menjual bahan mentah mereka kepada firma-firma
besar. Pembekal bahan mentah Secret Recipe sering lewat menghantar bahan
mentah menyebabkan bekalan bahan mentah terpaksa ditunda. Kos
pengangkutan yang dicajkan oleh pembekal bahan mentah juga begitu tinggi
kerana segelintir bahan mentah perlu diimport dari luar negara seperti yis,
marjerin, keju dan kondisioner doh.
40% responden menghadapi masalah pengurusan. Kelemahan pengurusan
kewangan menyebabkan masalah modal berlaku. Hal ini disebabkan responden
kekurangan pengetahuan dalam mengurus kewangan dengan baik. Sebagai
contoh, mereka lemah dalam menguruskan aliran tunai, masalah hutang lapuk,
dan lain-lain. Justeru, mereka juga tidak mampu mengupah akauntan dan
juruaudit kerana kos upah yang tinggi. Tambahan pula, pengurusan dalam
inventori juga merupakan antara masalah ketara dalam kalangan mereka.
Kekurangan ruang atau ketiadaan stor untuk menyimpan bahan-bahan mentah
seperti tepung gandum, garam dan gula menimbul pelbagai masalah. Jika bahan
mentah yang disimpan terlalu banyak akan membawa kesan kos gudang yang
tinggi, modal terikat, kerosakan, dan keusangan manakala kekurangan bahan
mentah yang disimpan akan menjejaskan kos belian dan tidak memenuhi
permintaan pelanggan yang begitu tinggi. Responden juga tidak cekap dalam
mengurus masa. Mereka tidak cekap membahagikan masa yang ada kepada
pekerja menyebabkan produk roti dan kek tidak dikeluarkan pada masa yang
tepat. Dengan ini, pengurusan yang tidak cekap mewujudkan pembaziran dan
kos operasi yang tinggi.

100% atau kelima-lima responden menghadapi masalah pekerja. Kadar


pusing ganti pekerja yang tinggi merupakan masalah yang sering dialami oleh
responden. Hal ini kerana pekerja tidak bermotivasi untuk bekerja dan sentiasa
mengambil cuti. Kesukaran merekrut pekerja juga menjadi masalah tersebut
kerana generasi muda tidak berminat dalam bidang pembuatan roti dan kek
kerana perlu memiliki kemahiran dalam membuat roti dan kek. Kos latihan yang
tinggi perlu dilaburkan untuk memastikan pekerja mendapat latihan dan
kemahiran yang diperlukan. Kerap kali pekerja berpengalaman dan terlatih
berpindah ke firma besar yang menawarkan ganjaran lebih lumayan. Sikap
memilih kerja oleh generasi muda menyebabkan kedai mereka kekurangan
kakitangan. Sesetengah pekerja juga memberi alasan dengan persekitaran
pekerjaan yang tidak selesa kerana bekerja di dapur yang berwap panas. Upah
yang ditawarkan juga terlalu sedikit iaitu antara RM901 hingga RM1000
sebulan kerana kebanyakan pekerja adalah pekerja sementara sahaja seperti
pelajar lepasan STPM dan siswazah. Oleh hal yang demikian, Pacific Bakery
terpaksa mengupah pekerja asing untuk membantu dalam membuat roti dan kek.
Perkhidmatan Secret Recipe yang kurang baik dalam kalangan pekerja seperti
tidak senyum, malas dan lambat bertindak juga menimbulkan kemarahan
pelanggan. Adakala daripada pekerja mereka perlu dipaksa, diarah atau diugut
supaya membuat kerja kerana mereka tidak berinisiatif untuk bekerja.
Kesannya, produktiviti dan prestasi perniagaan mereka turut merosot.
Kemudiannya, 40% responden menghadapi masalah kemudahan
infrastruktur. Kawasan di sekeliling Pacific Bakery dan Black Forest
kekurangan tong sampah dan tiada lampu jalan yang cerah. Jarak antara tempat
tinggal pekerja dengan tempat pekerjaan yang jauh menyebabkan pekerja
menghadapi masalah kemudahan penginapan. Bayaran untuk parkir kereta juga
begitu mahal iaitu RM 2 per jam dan RM 1 per jam untuk berikutnya.
Sementara itu, 60% iaitu tiga responden menyatakan bahawa mereka
menghadapi masalah pemasaran. Produk dan perkhidmatan mereka sukar
dipasarkan kerana masalah kekurangan kewangan. Kebanyakan mereka menjual
produknya sendiri tanpa dibantu oleh agen atau rangkaian peruncit. Produk
mereka juga hanya dijual di tempatan ataupun luar daerah sahaja. Kekurangan
pengetahuan dan sumber yang diperlukan dalam kalangan mereka juga
menghalang mereka daripada menerokai pasaran antarabangsa. Hal ini kerana
penerokaan pasaran antarabangsa memerlukan pengurusan yang mahir dan
sumber kewangan yang banyak sebagai pelaburan pemulaan. Saluran pemasaran
yang digunakan adalah saluran tidak langsung kerana meliputi perantara
pemasaran yang banyak seperti pemborong, pembekal, peruncit dan broker.
Sebagai contoh, Black Forest yang tidak terlibat dalam proses pembuatan roti
dan kek perlu menempah roti dan kek daripada pembekal Bread History. Harga
yang ditawarkan oleh pembekal dan pemborong berbeza-beza menyebabkan
responden sukar menentukan harga yang ditetapkan. Kebanyakan pemborong
juga menjual produknya kepada orang tempatan manakala produk yang tidak
dapat dijual perlu disimpan. Keadaan ini akan menyebabkan roti dan kek yang
tidak tahan lama menjadi rosak dan akhirnya menjadi kerugian terhadap
perniagaan mereka. Mereka juga jarang menjalankan aktiviti promosi kerana
kos pengiklanan dan kos pembungkusan yang tinggi. Promosi melalui laman
sesawang juga tidak memberi kesan kerana kedai mereka tidak berjenama
berbanding dengan kedai roti dan kek yang lain.
Akhir sekali, sebanyak 80% responden menpunyai masalah kekurangan
pelanggan. Hal ini disebabkan pelanggan yang berpendapatan rendah tidak
mampu membeli kek yang berharga tinggi. Bagi pelanggan yang berpendapatan
tinggi, mereka akan memilih kedai roti dan kek yang berjenama dan berkualiti
tinggi. Masalah ini menyebabkan kedai roti dan kek yang kurang berjenama
berbanding dengan kedai yang lain tidak mendapat sambutan baik. Sebahagian
besar roti dan kek yang dihasilkan bermutu rendah. Antara punca kepada
keadaan ini termasuklah kualiti bahan mentah yang rendah, mesin dan teknologi
yang rendah dan tiada sistem kawalan mutu, tahap kemahiran dan kepakaran
pekerja yang rendah. Masyarakat kini lebih sedar menekankan kepentingan
menjaga kesihatan. Kek yang berasaskan gula yang banyak menyebabkan
permintaan terhadap kek jatuh. Hanya ketibaan musim perayaan atau hari jadi
seseorang mendapat kunjungan pelanggan yang tinggi ke kedai mereka.
Kekurangan pelanggan juga disebabkan oleh perubahan cita rasa pelanggan.
Pembungkusan, reka bentuk dan hiasan roti dan kek yang tidak berwarna-warni
atau tidak menarik juga membantut hasrat pelanggan untuk membeli di kedai
mereka. Pelanggan berasa jemu terhadap rasa roti dan kek yang tidak enak dan
sentiasa sama sahaja. Sesetengah roti tidak dibungkus atau tidak ditutup dengan
tudung menjadi kehadiran lalat hinggap di atas roti. Hal ini menjijikkan
pelanggan untuk membeli roti di kedai mereka. Kemudahan parkir kereta di
sekitar Pacific Bakery dan Black Forest juga diperlukan bayaran yang tinggi
menyebabkan ramai pelanggan tidak berkunjung ke kedai mereka. Oleh itu,
keinginan, kepuasan serta kesetiaan pelanggan membabitkan responden gagal
memenuhi cita rasa pelanggan.

5.3 Sumber pembiayaan yang diperoleh oleh pengusaha kedai roti dan kek
Jadual 3 di bawah menunjukkan sumber-sumber pembiayaan yang diperoleh
oleh pengusaha kedai roti dan kek.

Sumber Secret Pacific Summer LA Black Peratusan


Pembiayaa Recipe Bakery Bakery Delight Forest (%)
n

Sendiri √ √ √ √ √ 100

Keluarga √ √ 40

Rakan √ 20
Kongsi

Institusi √ √ √ 60
Kewangan

Jadual 3: Sumber-sumber Pembiayaan Yang Diperoleh Oleh Pengusaha Kedai


Roti Dan Kek
Sumber: Kajian Lapangan 2014
Berdasarkan jadual di atas didapati 100% responden menggunakan
sumber pembiayaan sendiri untuk menjalankan perniagaan mereka. Sumber ini
merupakan sumber yang paling murah yang tersedia oleh mereka. Hal ini kerana
jika berlaku sebarang kerugian atau apa-apa masalah, maka mereka
menggunakan simpanan peribadi mereka untuk menampung kos tersebut.
Mereka juga menggunakan sumber pembiayaan sendiri untuk membeli
peralatan, bahan mentah dan bayaran gaji kepada pekerja. Selain itu, mereka
juga menggunakan modal simpanan sendiri atau menjual aset peribadi untuk
membiayai perniagaan.
Selepas mengambil kira simpanan peribadi, 40% responden mendapat
pembiayaan daripada keluarga. Pembiayaan modal ini adalah mudah dan
ringkas serta tidak memerlukan pendokumentasian yang banyak dan rumit.
Biasanya, keluarga lebih anjal dari segi pembayaran balik dan karang sekali
mengenakan syarat tertentu. Selain itu, mereka juga tidak perlu membayar
faedah atas pinjaman seperti pinjaman yang diperoleh menerusi bank dan tidak
perlu meletakkan cagaran atas pinjaman. Tempoh masa pinjaman yang
diberikan juga adalah lebih flexsibel. Responden juga memberi sebahagian
keuntungan yang diperoleh kepada pihak yang memberi pinjaman.
Walaubagaimanapun, pinjaman sedemikian menimbulkan harapan yang kurang
realistik atau salah faham antara mereka dan boleh menggugat perhubungan
antara keluarga.
20% responden iaitu Summer Bakery mendapat sumber pembiayaan
daripada rakan kongsi. Hal ini kerana kedainya merupakan perkongsian. Oleh
itu, dana modal daripada rakan kongsi dapat dikumpulkan dan bersama-sama
membiayai perniagaan mereka. Terma persetujuan bagi pendekatan ini lazimnya
lebih longgar dan boleh dirunding sama ada dikenakan bayaran kadar faedah
atas amaun pokok ataupun dibahagi sebahagian daripada keuntungan
perniagaan. Namun, dokumentasi perjanjian formal masih diperlukan untuk
melindungi kedua-dua pihak yang memberi pinjaman dan peniaga. Rakan
kongsi perlu mematuhi kepada terma persetujuan walaupun perikatannya agak
longgar kerana keyakinan peminjam sangat penting untuk kerjasama jangka
panjang terutama bagi keperluan pembiayaan dalam masa yang terhad.

Di samping itu, terdapat 60% iaitu tiga orang responden memperoleh


sumber pembiayaan melalui institusi kewangan. Institusi kewangan seperti
Public Bank, MayBank, Hong Leong Bank memberi kemudahan pinjaman
kepada responden. Kemudahan kad kredit turut disertakan melalui bank
tersebut. Justeru, responden dapat membeli peralatan dan mesin tanpa
menggunakan tunai atau boleh mengeluarkan tunai melalui mesin juruwang
automatik untuk kegunaan tertentu. Responden juga membuat tabungan dan
deposit ke dalam akaun mereka. Oleh itu, faedah yang diberi oleh bank
perdagangan dapat menambah modal dalam perniagaan mereka. Seterusnya,
responden juga membeli insurans untuk mendapat perlindungan kepada mereka
jika perniagaan mereka mengalami kerugian seperti kecurian, kebakaran,
kecederaan dan sebagainya. Melalui bantuan ini, responden dapat
mengembangkan perniagaan mereka sehingga hari ini.
6.0 CADANGAN

Berdasarkan kajian yang telah dibuat didapati bahawa masalah dominan yang
dihadapi oleh pengusaha kedai roti dan kek adalah masalah persaingan dan masalah
pekerja. Keadaan ini diikuti dengan masalah bekalan bahan mentah, kekurangan
pelanggan, kekurangan modal, teknologi yang rendah, masalah pemasaran, masalah
pengurusan dan akhirnya masalah kemudahan infrastuktur.
Kini, terdapat warung-warung di tepi jalan dan pasar raya yang menjual roti dan
kek dibuka bagai cendawan tumbuh selepas hujan. Persaingan ini menjadi masalah
ketara yang dihadapi oleh responden. Mereka bersaing untuk merebut pelanggan,
bersaing untuk meningkatkan jualan dan keuntungan, dan bersaing untuk
mendapatkan apa-apa sahaja yang terbaik dalam perniagaan mereka. Oleh itu,
responden perlu sentiasa bersedia untuk memperbaiki segala kekurangan yang
terdapat dalam perniagaan mereka. Bukan itu sahaja, responden juga perlu
mengeratkan hubungan sillaturahim dengan pesaing yang lain serta memastikan
suasana perniagaan yang berdaya saing. Persaingan dalam perniagaan haruslah
dilakukan dengan sihat dan baik agar semua pesaing yang terlibat dapat memperolehi
manfaat dan tidak memudaratkan pesaing yang lain.
Seterusnya, masalah pekerja juga merupakan masalah yang dihadapi oleh
semua responden. Pelbagai modus operandi yang dapat diselesaikan dalam kalangan
masalah pekerja. Sebagai contoh, responden perlu memotivasi pekerja dan memberi
perangsang kepada pekerja supaya rajin bekerja. Bagi pekerja yang tiada kemahiran
dalam membuat roti dan kek, responden seharusnya sentiasa memberi tunjuk ajar
kepada pekerja. Responden boleh mengajar mereka cara membuat roti dan kek yang
lebih enak, hiasan yang cantik serta mempelbagaikan jenis rasa. Responden juga
mesti peka terhadap perubahan teknologi yang terkini untuk meningkatkan roti dan
kek mereka. Tambahan pula, responden haruslah meluangkan masa untuk berbincang
dengan pekerja tentang masalah disiplin pekerja seperti malas, kerap mengambil cuti
dan tidak berminat untuk bekerja. Bagi pekerja yang lama bekerja di kedai mereka,
responden boleh memberi ganjaran kepada mereka seperti bonus, kenaikan gaji,
kenaikan pangkat atau mengadakan aktiviti pelancongan di destinasi yang menarik.
Hal ini secara tidak langsung dapat menarik orang lain menceburi dalam bidang
pembuatan roti dan kek.
Dari segi sumber pembiayaan yang diperoleh oleh pengusaha kedai roti dan
kek, kebanyakan responden mendapat sumber pembiayaan daripada simpanan
sendiri . Hal ini disebabkan sumber ini senang diperolehi tanpa dipengaruhi oleh
pihak lain. Walaubagaimanapun, sumber pembiayaan ini masih tidak mencukupi
untuk menjalankan perniagaan mereka dalam tempoh masa yang panjang. Mereka
masih memerlukan bantuan daripada institusi kewangan. Bagi responden yang gagal
mendapat pinjaman daripada bank perdagangan, kerajaan harus menghulurkan
bantuan dengan melonggarkan syarat pinjaman kepada mereka agar mereka dapat
meminjam wang untuk menambah dana dalam perniagaan mereka. Kerajaan juga
hendaklah menubuhkan banyak Bank Perusahaan Kecil dan Sederhana Berhad (SME
Bank). Agensi ini memainkan peranan sebagai pusat sehenti kewangan untuk
pembiayaan keperluan pembangunan PKS. Sebagai contoh, responden boleh
mendapat bantuan daripada agensi ini untuk meluaskan tapak premis kedai mereka
atau membeli peralatan yang lebih canggih.
Bagi responden yang tidak mahir dalam pengurusan perniagaan mereka boleh
mendapat bantuan daripada Perbadanan Pembangunan Industri Kecil dan Sederhana
(SMIDEC). Perbadanan ini memberi khidmat nasihat perniagaan melalui "SME
Business Advisory Centre" dan memberi sokongan kepada PKS. Kerajaan juga perlu
menganjurkan Program Peningkatan Kemahiran. NPC, MARA dan MEDEC
membantu pengusaha meningkatkan kemahiran pekerja. Dengan adanya program ini
kemahiran pekerja dalam membuat roti dan kek dapat diperkasakan melalui latihan,
seminar dan konsultasi lanjutan. Sumber pembiayaan yang lain yang diperoleh oleh
pengusaha kedai roti dan kek adalah daripada keluarga dan rakan kongsi.

7.0 RUMUSAN KAJIAN


Secara rumusnya, perusahaan kecil dan sederhana amat penting kepada negara
kita kerana menyumbang pendapatan negara melalui Keluaran Dalam Negara Kasar.
Kewujudan PKS juga dapat mencipta peluang pekerjaan kepada masyarakat untuk
mengurangkan kadar pengangguran di negara kita. Secara ringkasnya, kajian ini
dijalankan bagi melihatkan masalah-masalah yang dihadapi oleh pengusaha kedai roti
dan kek. Masalah utama yang dihadapi oleh pengusaha kedai roti dan kek adalah
masalah persaingan dan masalah pekerja. Hal ini kerana terdapat banyak kedai roti
dan kek di kawasan Seberang Jaya. Masalah pekerja adalah disebabkan mereka
kurang motivasi untuk bekerja. Oleh itu, masalah-masalah yang dihadapi oleh
pengusaha kedai roti dan kek perlu dibendung untuk memastikan semua perusahaan
kecil dan sederhana lebih maju dan berdaya saing pada masa hadapan. Selain itu,
100% responden memperoleh sumber pembiayaan daripada simpanan peribadi dan
60% adalah daripada institusi kewangan. Dengan ini, pengusaha dapat menggunakan
sumber pembiayaan tersebut untuk terus mengembangkan perniagaan mereka.

8.0 SENARAI RUJUKAN


SME CORP, Definisi Baharu Perusahaan Kecil Dan Sederhana (PKS), dimuat
turunkan pada 10 Julai 2014 dari http://www.smecorp.gov.my

Wikipedia, Kedai Membuat Roti, dimuat turunkan pada 11 Julai 2014 dari
http://ms.wikipedia.org/wiki/

Laporan Tahunan PKS 2012/13, Majlis Pembangunan PKS Kebangsaan, dimuat


turunkan pada 16 Julai 2014 dari http://www.smecorp.gov.my/

Theng Kock Leing.2013. Teks Efektif STPM Ekonomi Malaysia Sistem Pentaksiran


Baharu STPM  Penggal 3. Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan: Ilmu Bakti Sdn. Bhd.

Lai Mooi Chang. 2013. Teks Pra-U STPM Ekonomi (Ekonomi Malaysia) Penggal 3.
Bandar Baru Bangi, Selangor Darul Ehsan : Pearson Malaysia Sdn. Bhd.

You might also like