You are on page 1of 5

TAJUK: PERKEMBANGAN SYARIKAT KAWAN FOOD BERHAD

PENGENALAN

Industri makanan ialah sebuah bentuk dari pelbagai jenis usaha yang didalamnya

iaitu terdapat proses produksi makanan termasuk ke dalamnya ada pemilihan dari bahan

baku, proses dari pengolahan makanan, pengujian dari kualiti makanan, pembungkusan

sehingga kegiatan untuk mengedarkan makanan.

Syarikat Kawan Food Berhad merupakan syarikat makanan yang dikenali ramai

terutamanya dengan produk sejuk beku.Kawan Food Berhad menyediakan produk yang asli,

selamat dan berkualiti tinggi kepada pengguna mereka pada harga yang berpatutan, sambil

membuat perbezaan dalam kehidupan pemegang saham, pengguna, rakan kongsi perniagaan,

pekerja dan komuniti.

OBJEKTIF KAJIAN

Secara umumnya,terdapat 3 objektif utama kajian ini.

Antara objektif kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengkaji sejarah penubuhan

Syarikat Kawan Food Berhad

Selain itu,kajian ini juga dijalankan untuk perkembangan syarikat Kawan Food

Berhad dan industry makanan (2009-2020).Hal ini tertumpu kepada perkembangan dari segi

kewangan,produk,pemasaran,produk dan teknologi.

Di samping itu, kajian ini memberikan fokus terhadap sumbangan yang

disumbangkan oleh Syarikat Kawan Food Berhad kepada negara dan masyarakat tempatan.

Aspek ini dikaji bagi memahami usaha yang dilakukan untuk memberi sumbangan pelbagai

lapisan masyarakat.
PERMASALAHAN KAJIAN

Permasalahan kajian adalah fokus utama dalam penulisan ilmiah. Dalam

kajian ini, terdapat tiga permasalahan yang ingin dikaji. Kajian ini memperlihatkan sejarah

penubuhan syarikat Kawan Food Berhad di Malaysia. Justeru kajian tentang sejarah

penubuhan syarikat adalah penting bagi membolehkan pemahaman tentang bilakah sejarah

penubuhan syarikat Kawan Food Berhad di Malasia dengan jelas.

Selain itu, kajian ini juga untuk mengenalpasti perkembangan syarikat Kawan Food

Berhad dari tahun 2009 hingga tahun 2020. Aspek ini dikaji bagi memahami sejauh manakah

perkembangan syarikat Kawan Food Berhad pada tahun yang dinyatakan

Di samping itu, kajian ini memperlihatkan sumbangan syarikat Kawan Food Berhad

bagi masyarakat. Aspek ini dikaji bagi memahami apakah sumbangan yang dilakukan untuk

masyarakat

SKOP KAJIAN

Skop kajian ini diklafikasikan kepada 3 bahagaian yang dominan iaitu geografikal

iaitu kawasan kajian yang dijualkan.Kronologi iaitu tempoh masa kajian yang dijalankan dan

fungsional iaitu perspektif.

Dari sudut geografikal skop kajian ini dijala kan di kawasan Syarikat Kawan Food

Berhad iaitu di Kawasan Shah Alam yang berkeluasan 290.3 kilometer persegi di Selamgor.

Secara umumnya ibu peabat Syarikat Kawan Food Berhad terletak di Lot 20, Jalan Pengapit

15/19, Seksyen 15, 40200 Shah Alam, Selangor

Selain itu dari segi kronologikal pula,skop kajian ini dijalankan pada satu tempoh

masa dari tahun 2009 higga 2020 iaitu selama 11 tahun .Sepanjang tahun kajian
tersebut,syarikat Kawan Food Berhad mengalami perkembangan yang pesat.Oleh itu tempoh

masa ini adalah tempoh masa yang sesuai untuk menjalankan kajian perkembangan syarikat

Kawan Food Berhad.

Seterusnya, dari sudut fungsional pula perspektif yang akan diperlihatkan. Perspektif

utama adalah tertumpu kepada sejarah penubuhan syarikat Kawan Food Berhad. Melalui

kajian ini, ramai pihak akan mengetahui lebih lanjut tentang perkembangan syarikat Kawan

Food Berhad. Tidak hanya itu, kajian ini juga perlihatkan sumbangan-sumbangan syarikat

Kawan Food Berhad kepada masyarakat.

SOROTAN KAJIAN

Terdapat banyak penulisan buku ilmiah yang berkaitan dengan sejarah makanan.

Antara kajian berkenaan adalah kajian yang berkait rapat dengan sejarah makanan di

Malaysia. Hasil kajian yang dapat dikaitkan dengan tajuk ini adalah yang ditulis oleh

Hamdzah Abdul Rahman yang bertajuk “Makanan Tradisional Masyarakat Malaysia” yang

telah diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka. Kajian ini menjelaskan sejarah awal

makanan di Malaysia. Hasil pembacaan, buku ini menarik minat pengkaji untuk membuat

kajian tentang sejarah penubuhan syarikat Kawan Food Berhad di Malaysia.

Selain itu artikel berita melalui portal sinar harian menunjukkan perkembangan

syarikat Raihim Mohd Sanusi “MITI galak PKS teroka eksport halal global” Sinar Harian, 13

Jun 2020 Kawan Food Berhad dalam industri makanan.Hal ini menunjukkan syarikat ini

bekembang dari pelbagai aspek yang dilakukan.


Seterusnya, terdapat penulisan laporan tahunan syarikat Kawan Food Berhad.

Laporan tahunan ini memperlihatkan perkembangan syarikat dari segi

pemasaran,teknologi,kewangan dan produk syarikat Kawan Food Berhad. Kajian ini menarik

minat pengkaji untuk mengkaji tentang perkembangan kewangan dan produk syarikat Kawan

Food Berhad

KAEDAH KAJIAN

Bagi melaksanakan kajian ini, pengkaji menggunakan tiga kaedah untuk mendapatkan

maklumat. Pada mulanya, penulis menjalankan kajian kepustakaan bagi memperoleh sumber

primer dan sumber sekunder. Penyelidikan kepustakaan dijalankan di Perpustakaan Negara di

Kuala Lumpur selain melalui sumber dari laman sesawang. Kaedah ini digunakan untuk

mendapatkan maklumat tentang cabaran yang biasanya dihadapi oleh syarikat-syarikat untuk

membentuk kemenjadian syarikat Kawan Food Berhad

Selain itu, pengkaji mendapatkan maklumat melalui kaedah temubual. Pelbagai

soalan telah kami dapatkan bagi mendapatkan maklumat tentang syarikat tersebut. Pengkaji

telah menebual seseorang pekerja yang bekerja disana iaitu Mohd Amirul Bin Chairul.

Pengkaji juga telah menemubual beberapa orang pekerja lain sebagai orang sumber.

Pengkaji telah menemubual orang sumber melalui beberapa kaedah seperti secara

bersemuka, melalui platform Google Meet dan sebagainya. Lalu pengkaji juga memilih

kaedah kerja lapangan dan pemerhatian dengan turun padang serta melawat ke ibu pejabat

Kawan Food Berhad.

PEMBAHAGIAN STRUKTUR ESEI


Esei ini akan dibahagikan kepada tiga kategori yang penting iaitu yang pertama

bahagian pengenalan,isi dan tidak lupa kesimpulan. Pada bahagian pengenalan, menjelaskan

konsep asas tentang kulinari dan makanan di Malaysia

Dalam bahagian isi pula, menjelaskan tentang sejarah penubuhansyarikat Kawan

Food Berhad di Malaysia. Seterusnya pengkaji akan menjelaskan perkembangan dalam

pelbagai aspek oleh syarikat Kawan Food Berhad dari tahun 2009 hingga 2020. Selanjutnya

menjelaskan tentang sumbangan syarikat Kawan Food Berhad.

Bahagian kesimpulan akan merumus hasil kajian yang telah didapati lalu memberikan

pandangan dan harapan terhadap syarikat Kawan Food Berhad.

PENUTUP

Akhir kata, diharapkan kajian yang dijalankan ini dapat meningkat pengetahuan am

terhadap seseorang individu yang berada di Malaysia. Pihak pengurus perlulah fokus &

memberikan komitmen sepenuhnya bagi memastikan syarikat ini dapat berkembang dengan

lebih maju.

You might also like