You are on page 1of 36

1.

TAJUK:SEJARAH PERKEMBANGAN PERNIAGAAN KEROPOK LOSONG,SERI


MURNI PADA TAHUN 1999 SEHINGGA 2020.

2.PENGENALAN

Keropok merupakan sejenis makanan tradisional pantai timur Semenanjung


Malaysia,keropok lekor dan losong antara makanan yang dibawa orang cina peranakan kepada
masyarakat khususnya di terengganu dan kelantan.perkataan “lekor” bermaksud “lingkaran”
dalam bahasa melayu Terengganu yg mengantikan ejaan “ar” kepada “or” di akhir suku
kata.Oleh itu maksud keropok lekor ialah keropok yang berlingkar.Nama keropok losong pula
tercipta kerana pada masa dahulu keropok lekor lebih dikenali di kampung losong
memandangkan rasanya yang lebih enak dan lebih lembut berbeza daripada tempat
lain.Kampung losong atau nama asal kampung tersebut ialah kampung losong Haji su yang
diambil semperna nama seorang penduduk asal dikampung itu.Gelaran keropok losong juga
diperoleh bukan sekadar dari nama kampung tempat penghasilan kampung
tersebut.Jelasnya,bentuk yang kecil serta panjang seperti sosej menyebabkan ia porpular satu
masa dahulu.Keropok lekor dan losong yang menjadi buah mulut sesiapa sahaja sekiranya
singgah di negeri yang dikenali sebagai negeri warisan persisiran pantai itu.

Sri Murni Frozen Food atau kedai keropok sri murni ialah sebuah syarikat berasaskan
makanan laut pengeluaran seperti keropok dan beberapa makanan sejuk beku seperti keropok
losong Frozen,keropok cheese frozen,satar roll frozen dan otak-otak roll frozen serta makanan
laut segar seperti sotong ring,isi kerang dan ikan.Sejarah kedai ini bermula pada tahun 1999
apabila kedai pertamanya dibuka di kawasan Perindustrian hasil laut,kampung pachakan,tok bali,
kelantan oleh Roslan Muda dan isterinya Rosnah jaya.Kedua-duanya merupakan watak utama
dalam sesebuah perancangan perniagaan di syarikat mereka.

1
3.OBJEKTIF KAJIAN

Penulisan kajian ini dijalankan adalah untuk menjelaskan asal usul bermulanya
perniagaan Kedai keropok Sri Murni, Kampung Pachakan,Tok Bali, Kelantan. Pengkaji akan
mengkaji bagaimana bermulanya perniagaan ini dari tahun 1999 hingga tahun 2020

Seterusnya,Objektif kajian yang kedua ialah untuk menilai perkembangan


Perniagaan kedai keropok Sri Murni.Selain itu, saya akan menjelaskan faktor-faktor yang
mendorong kemajuan perniagaan yang diusahakan.

Di samping itu,kajian saya juga akan menjelaskan pelbagai cabaran dan rintangan
yang dihadapi olah pengusaha untuk memajukan perniagaan dan menghadapi saingan daripada
pengusaha-pengusaha lain.Selain itu adalah, untuk menyatakan harapan pengusaha Perniagaan
kedai keropok Sri murni dalam perniagaan nya pada masa akan datang.

2
4.PERMASALAHAN KAJIAN

Permasalahan kajian ini dilakukan untuk mengetahui bagaimanakah bermulanya


Perniagaan kedai keropok Sri murni di kampung pachakan,tok bali, kelantan sebagai satu
perusahaan di bawah Industri Kecil dan Sedarhana.Melalui perniagaan ini, ia dapat menjana
pendapatan keluarga dan juga dapat mewujudkan peluang pekerjaan di kawasan tersebut.

Selain itu, kajian ini untuk mengkaji bagaimanakah perniagaan Kedai keropok Sri
murni berkembang dari tahun 1999 hingga tahun 2020.Dengan adanya kajian ini dapat
mengetahui faktor-faktor yang menyebabkan perniagaan ini berkembang.

Seterusnya, Kajian ini untuk menguraikan apakah cabaran dan rintangan yang
dihadapi oleh perniagaan ini.Di samping itu, kajian ini untuk menjelaskan tentang harapan
pengusaha Perniagaan kedai keropok Sri Murni pada masa akan datang.

3
5.SKOP KAJIAN

Skop kajian ini dapat dibahagikan kepada tiga bahagian.Pertama merujuk kepada
kawasan kajian, kedua ialah tempoh kajian dan seterusnya ialah aspek yang dikaji berkenaan
Perniagaan kedai keropok Sri murni di kampung pachakan,tok bali, kelantan.

Dari segi kawasan kajian,ia difokuskan kepada Perniagaan keropok yang terletak di
Kampung Pachakan,Tok Bali, Kelantan.Majoriti penduduk di kawasan tersebut terlibat dalam
perniagaan secara kecil-kecilan dan serahan.Justeru itu,perniagaan seperti ini dapat mewujudkan
peluang pekerjaan dalam kalangan penduduk kampung di situ.

Dari segi tempoh kajian,kajian ini meliputi tempoh masa dari tahun 1999 hingga
2020.Kajian diambil untuk mengetahui perkembangan dan pencapaian perniagaan dari tahun
1999 hingga tahun 2020.Perniagaan ini semakin maju dan dikenali ramai dalam kalangan
masyarakat

Manakala dari segi aspek kajian pula terdapat tiga aspek yang difokuskan.Ia
tertumpu kepada permulaan dan perkembangan Perniagaan kedai keropok Sri murni.Selain itu,
terdapat beberapa cabaran serta halangan yang dihadapi oleh perniagaan tersebut.Di samping
itu,kajian ini juga akan menjelaskan harapan oleh pengharapan pengusaha Perniagaan keropok
tentang perniagaannya pada masa akan datang
4

6.SOROTAN KAJIAN LEPAS

Sebelum pengkaji melakukan kajian tentang perniagaan Kedai keropok sri


murni,Kampung pachakan,Tok Bali, kelantam ini.Terdapat beberapa kajian yang telah dilakukan
yang mampu menjurus kepada sejarah perkembangan dan Kemajuan perniagaan sama ada dalam
atau luar negeri.

Seterusnya, ialah hasil mukilan daripada Ride Muhammad dan Jelita A.Rahim yang
bertajuk “Rahsia dan Strategi Merancang Bisnes Anda ke Arah Kejayaan” yang diterbitkan oleh
Sprint Career Academy pada tahun 2006. Buku ini mempunyai 176 halaman bercetak dan
berharga RM18.90 senaskah. Buku ini menjelaskan tentang segala rahsia dan strategi yang
diamalkan oleh ahli-ahli perniagaan berjaya agar perniagaan mereka semakin berkembang maju.
Ia sangat sesuai bagi sesiapa yang hendak memulakan perniagaan tidak kira sama ada baru
menamatkan pengajian atau sedang bekerja. Jika anda pemilik atau pengurus perniagaan sedia
ada, buku ini merupakan rajukan tambahan untuk meningkatkan lagi kualiti pengurusan agar
perniagaan berkembang dengan lebih maju1.

Selain itu, buku yang ditulis oleh Siti Hawa Mohd berjudul " Mydin: Di sebalik
Tadbir” setebal 251 mukasurat yang diterbitkan di Petaling Jaya, Selangor oleh MPH Publishing
Sdn Bhd pada tahun 2011. Buku ini menyingkap sejarah serta faktor-faktor kejayaan rangkaian
Pasaraya Mydin di seluruh Malaysia, Melalui buku ini juga, kita dapat mengetahui cabaran serta
rintangan yang dihadapi Pasaraya Mydin sebelum ia muncul menjadi sebuah pasaraya yang
berjaya dan maju di negara ini2. Buku ini juga merupakan sebuah buku yang menjadi sumber
inspirasi bagi sesetengah pengusaha perniagaan yang lain.
5

Akhir sekali, terdapat juga buku bertajuk "Blue Ocean Strategy" yang di karang oleh
W. Chan Kim dan Rance Mouborgne dan diterbitkan oleh Harvard Business Review Press pada
tahun 2004. Buku ini telah diterjemah kepada pelbagai bahasa termasuklah bahasa melayu. Blue
Ocean Strategy sangat memberi kesan kerana selepas membacanya is akan membuatkan kita
berfikir untuk meletakkan inovasi dan kelainan dalam perniagaan. Oleh itu, perniagaan tidak
akan mengeluarkan produk yang sama dengan orang lain3.
6

7.KAEDAH KAJIAN

Dalam menghasilkan kajian ini, pengkaji menggunakan tiga kaedah untuk


mendapatkan sumber maklumat. Antaranya ialah kaedah kajian melalui rujukan kepustakaan,
temu bual, dan tinjauan lapangan di kawasan kajian.

Kaedah pertama yang digunakan ialah melalui rujukan kepustakaan. Kaedah


kepustakaan ini telah dilakukan dengan lebih mendalam melalui rujukan buku-buku, penulisan
ilmiah dan internet (laman web) yang berkaitan bagi mendapatkan bahan yang lebih tepat
mengenai kajian yang dilakukan. Penyelidikan ini dijalankan di perpustakaan tempatan yang
terdapat di kawasan sekitar Jerteh. Melalui kajian yang dilakukan menggunakan sumber
sekunder, maklumat mengenai perkembangan Perniagaan keropok Sri murni telah dianalisis
dengan lebih jelas.

Kaedah yang seterusnya ialah temu bual. Kaedah temu bual telah dilakukan dengan
menemu bual responden-responden yang terdiri daripada pengusaha perniagaan, ahli keluarga
mereka, dan pelanggan-pelanggan perniagaan Keropok Sri murni ini. Temu bual ini telah dibuat
di sekitar kawasan yang dikaji iaitu di Kampung Pachakan,Tok Bali,Kelantan. Temu bual ini
juga untuk memastikanbahan dan maklumat yang didapati adalah jelas dan tepat.

Selain itu, kaedah yang dilakukan ialah tinjauan lapangan. Kaedah tinjauan lapangan
ini, pengkaji akan membuat tinjauan dan pemerhatian di kawasan yang dikaji termasuklah kilang
pembuatan dan rumah pengusaha.
7

8.PEMBAHAGIAN STRUKTUR ESEI

Penulisan dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu pengenalan isi dan kesimpulan.
Dalam pengenalan kajian akan menjelaskan sejarah permulaan Perniagaan Keropok Sri murni
dalam bidang Industri Kecik dan Sederhana (IKS) di Kampung Pachakan,Tok Bali,Kelantan.

Bahagian isi pula, kajian akan membincangkan tentang faktor-faktor perkembangan


Perniagaan Keropok sri murni serta faktor-faktor yang menjadikan perniagaan ini semakin maju.
Tambahan pula, kajian ini juga akan menghuraikan pencapaian yang telah diperoleh oleh
perniagaan ini. Selain itu, dalam kajian ini juga menjelaskan pelbagai cabaran dan rintangan
yang dihadapi oleh Perniagaan keropok sri murni. Akhir sekali, kajian ini akan menyatakan
harapan pengusaha terhadap perniagaannya pada masa akan datang

Manakala pada bahagian yang terakhir iaitu kesimpulan, kajian akan merumuskan
hasil-hasil kajian yang telah dilakukan ke atas Perniagaan keropok Sri murni ini.

9.PENUTUP

Diharapkan dengan kajian ini, kajian dapat mengkaji dan menyelidik sejarah
penubuhan dan perkembangan Perniagaan Keropok Sri murni supaya ia menjadi panduan,
bacaan dan rujukan pada masa akan datang. Maklumat ini juga boleh dijadikan panduan oleh
pengkaji lain untuk membuat penyelidikan yang lebih mendalam mengenai perniagaan ini
mahupun perniagaan yang lain.

8
NOTA HUJUNG

1
Rids Muhammad, Jelita A.Rahim. (Rahsia dan strategi:Merangcang Bisnes Anda Ke
Arah Kejayaan). Sprint Career Academy,2006. (https://books.google.com.my/books?id=s0bq-
AlWl1UC&pg=PA103&dq=rahsia+dan+strategi+merancang+bisnes+anda+ke+arah+kejayaan&)
,halaman..........

(Diakses pada: 10 June 2023)

2
Siti Hawa Mohd, Datin Hjh. (Mydin:Di Sebalik Tabir).MPH Publishing Sdn Bhd, 2011.
(https://www.google.com.my/books/edition/Mydin/cT49lQEACAAJ?hl=en),halaman.........

(Diakses pada:10 June 2023)

Renee Mauborgne, W. Chan Kim.( Blue Ocean Strategy).Harvard Business


3

Review,2004(https://www.google.com.my/books/edition/Blue_Ocean_Shift/gY87DgAAQBAJ?
hl=en&gbpv=0),halaman.....

(Diakses pada:10 June 2023)


9

BIBIOGRAFI

BUKU ILMIAH:

Rids Muhammad, Jelita A.Rahim. (Rahsia dan strategi:Merancang Bisnes Anda Ke Arah
Kejayaan) .Sprint Career Academy,2006. (https://books.google.com.my/books?
id=s0bqAlWl1UC&pg=PA103&dq=rahsia+dan+st)

Siti Hawa Mohd,Datin Hjh.(Mydin:Di Sebalik Tabir).MPH Publishing Sdn Bhd ,2011.
(https://www.google.com.my/books/edition/Mydin/cT49lQEACAAJ?hl=en)

JURNAL:

Roslan muda,”Bapa kepada pemilik perusahaan kedai keropok Sri Murni Di Kampung
Pachakan,Pasir Putih,Kelantan”2023.

Rosnah Jaya,”Ibu kepada pemilik perusahaan kedai keropok Sri Murni Di Kampung
Pachakan,Pasir Putih,Kelantan”2023.

Kamarul Azam,”pemilik perusahaan kedai keropok Sri Murni di Kampung Pachakan,Pasir


Putih,Kelantan”,2020
10

TESIS/ONLINE:

Wikipedia(Perbincangan:Keropo lekor) (https://ms.wikipedia.org/wiki/Keropok_lekor#)


(Diakses pada: 11 June 2023),

Renee Mauborgne, W. Chan Kim.( Blue Ocean Strategy).Harvard Business Review,2004


(https://www.google.com.my/books/edition/Blue_Ocean_Shift/gY87DgAAQBAJ?hl=en)

11
PENGENALAN

Keropok merupakan sejenis makanan tradisional pantai timur semenanjung


malaysia,keropok lekor dan losong antara makanan yang dibawa orang cina peranakan kepada
masyarakat khususnya di Terengganu dan Kelantan.perkataan “lekor” bermaksud “lingkaran”
dalam bahasa melayu Terengganu yang mengantikan ejaan “ar” kepada “or” di akhir suku
kata.Oleh itu maksud keropok lekor ialah keropok yang berlingkar.Nama keropok losong pula
tercipta kerana pada masa dahulu keropok lekor lebih dikenali di Kampung Losong
memandangkan rasanya yang lebih enak dan lebih lembut berbeza daripada tempat
lain.Kampung Losong atau nama asal kampung tersebut ialah Kampung Losong Haji Su yang
diambil semperna nama seorang penduduk asal dikampung itu.Gelaran keropok losong juga
diperoleh bukan sekadar dari nama kampung tersebut 1.Jelasnya,bentuk yang kecil serta panjang
seperti sosej menyebabkan ia porpular satu masa dahulu.

Keropok lekor dan losong yang menjadi buah mulut sesiapa sahaja sekiranya singgah di
negeri yang dikenali sebagai negeri warisan persisiran pantai itu.Bagi yang tidak
mengetahui ,keropok lekor atau lebih dikenali sebagai “keropok gote” di kalangan penduduk
tempatan.Keropok lekor dan losong diperbuat daripada ikan dan sagu serta diadun menjadi satu
adunan lembut kemudian digentel menjadi seperti bentuk sosej dan boleh dimakan sama ada
digoreng atau direbus.Di pantai timur,industri kecil dan sederhana (IKS) seperti pembuatan
kropok,budu,ikan kering dan sos sangat giat dijalankan.Hal ini kerana kedudukan geografinya di
pesisir pantai memudahkan perniag mendapat sumber bekalan bahan mentah utama iaitu ikan
dengan mudah.Oleh itu,kajian saya ini akan berfokus keoada sejarah perkembangan Perniagaan
keropok Sri Murni di Pasir Putih, Kelantan.

12
Sri Murni Frozen Food atau kedai Keropok Sri Murni ialah sebuah syarikat berasaskan
makanan laut seperti keropok dan beberapa makanan sejuk beku seperti keropok losong
Frozen,keropok cheese frozen,satar roll frozen dan otak-otak roll frozen serta makanan laut
segar seperti sotong ring,isi kerang dan ikan.Sejarah kedai ini bermula pada tahun 1999 apabila
kedai pertamanya dibuka di kawasan Perindustrian hasil laut,Kampung Pachakan,Tok Bali,
Kelantan oleh Roslan Muda dan isterinya Rosnah Jaya.Kedua-duanya merupakan watak utama
dalam sesebuah perancangan perniagaan di syarikat mereka.Sri Murni Frozen Food pada
mulanya menjual pelbagai jenis makanan seperti keropok losong, keropok keju, satar roll, dan
otak- otak roll kepada pelanggan di sekitar Kelantan. Sri Murni Frozen Food mempunyai 8
kakitangan untuk mengurus dan memberi perkhidmatan yang lebih baik kepada pelanggan.
Sebagai perincian, seorang kakitangan untuk membuat empat jenis doh yang berbeza seperti doh
keropok losong dan keju, doh satar dan doh otak-otak.

Dua orang pekerja mereka ditugaskan sebagai pembalut doh satar dan otak-otak.
Kemudian, dua orang kakitangan sebagai penggentel keropok losong dan adunan keju.Waktu
perniagaan bermula dari 9:00 pagi hingga 7:00 malam bagi setiap hari Ahad hingga Khamis
tetapi pada cuti umum Sri Murni Frozen Food akan dibuka setiap hari kerana bilangan pelanggan
bertambah pada hujung minggu. Kebiasaannya, bilangan pelanggan akan berganda daripada hari
biasa.Misi Sri Murni Frozen Food adalah “menyebarkan kebahagiaan” di kalangan pelanggan.
Mereka akan sentiasa menyajikan beberapa jenis produk yang mungkin kepada pelanggan
berdasarkan pengeluaran makanan laut.

13
SEJARAH ASAL USUL PEMBUKAAN KEDAI KEROPOK SRI MURNI

Asal usul kedai Keropok Sri Murni ditubuhkan oleh Roslan muda dan isterinya Rosnah
Jaya iaitu ibu bapa kepada pemilik.Menurut pemilik semasa beliau melanjutkan pengajiannya di
Universiti Teknologi MARA (UiTM) Kuala lumpur,mereka menghadapi masalh dalam
kewangan untuk menangung biaya pengajian.Oleh disebabkan kawasan tempat tinggal ibu dan
bapa pemilik berdekatan dengan pantai iaitu Pantai Dalam Rhu,Pasir Putih Kelantan.Peluang
untuk mendapatkan bahan mentah seperti ikan sangatkan mudah2.Hal ini mendorong ibu dan
bapa pemilik untuk memulakan perniagaan keropok keping di rumahnya sendiri.

Oleh kerana pada masa itu, persaingan dalam jualan keropok masih lagi kurang.Hal ini
telah menyebabkan mereka mendapat sambutan yang hangat oleh warga sekeliling.Antara
keropok keping yang disediakan oleh kedai ini ialah lidah ayam,yenki,besar,jejari dan lain-
lain.Selain itu,pengusaha juga mengambil keputusan untuk mengambil beberapa pekerja oleh
kerana permintaan daripada pelanggan yang tinggi.Permintaan yang berterusan telah mengubah
taraf hidup keluarga tersebut.Pada peringkat awal, pemprosesan keropok keping hanya dilakukan
di tapak kecil di pinggir rumah mereka sahaja.Kawasan yang kecil dan sempit menyebabkan
kerja-kerja pemprosesan berlaku dalam keadaan yang kurang selesa.Ruangan untuk
menempatkan mesin dan peralatan juga sangat terhad.Oleh itu, pemilik telah membuat keputusan
untuk membuat kilang khas di belakang rumah mereka.Keluasan kilang yang dibina ialah kira
kira 50 x 75 meter persegi.Ia membuatkan pemprosesan keropok dapat dilakukan dengan lebih
selesa dengan pertambahan pekerja yang semakin ramai.

Setiap tahun jumlah jualan keropok keping semakin meningkat dan mula tersebar ke
seluruh penjuru negeri Kelantan dengan nama gelaran keropok keping Cap Ikan
Parang.Permintaan keropok keping yang meningkat dengan berterusan telah menyebabkan
pemilik berfikir untuk menambah mesin-mesin pemprosesan keropok keping supaya dapat
meningkatkan pengeluaran hasil produk tersebut.Antara mesin-mesin yang digunakan oleh
merekaialah mesin penghiris,mesin pengaduk,mesin penggukus dan mesin menggentel.Produk
14
mereka sangat di digemari oleh orang kampung mahupun orang bandar oleh kerana rasa yang
sedap,penjagaan kualiti yang ketat,kebersihan yang mantap sehingga tersebar ke seluruh
negara.Setelah pemilik eknik menamatkan pengajiannya di UITM dalam bidang Sarjana Muda
Perniagaan Antarabangsa.Beliau memulakan pengeluaran keropok losong dan frozen food di
Kampung Pachakan,Pasir Putih,Kelantan.

Asal usul nama Kedai Keropok Sri Murni ialah diambil dari semperna kelahiran adiknya
yang kelima iaitu Nur Sri Murni.Kedai ini dibuka di pinggir jalan dari Kuala Besut ke Kota
Baharu di Kampung Pachakan.Semasa awal pembukaan kedai Keropok Sri Murni,sambutan
tidaklah begitu hangat oleh kerana pada masa itu terdapat banyak saingan dalam pembukaan
kedai kropok losong.Kira-kira lebih 15 gerai keropok losong di buka di eknik
berdekatan.Beberapa tahun kedepan,sambutan pembukaan kedai menjadi semakin hangat kerana
eknik pengiklanan yang mantap dilaksanakan.Antara eknik pengikalanan yang dilakukan oleh
pemilik ialah melalui media sosial seperti Facebook,Instagram, dan lain lain.

Selain itu,rasa keropok losong yang disajikan juga menjadi asbab perkembangan kedai ini
mulai tersebar.Rasa yang unik dimana keropok losong gorengnya digentel dengan bentuk kecik-
kecik seperti sosej bersaiz kecil menjadikan ia mudah dimakan serta teksturnya yang sangat
garing diluar dan lembut didalam.Istimewa juga keropok disini ialah kerana mereka mengunakan
mesin yang canggih yang dapat mengasingkan isi ikan dengan tulang sehingga menyebabkan
keropok yang disajikan tidak mempunyai tekstur tulang dan boleh dimakan oleh kanak-kanak
dengan selamat.Selain itu,tempat yang strategik juga mendorong kepada perkembangan kedai
keropok losong Sri Murni ini dimana laluan yang berhadapan dengan kedai tersebut digunakn
oleh perantau-perantau untuk pulang ke kampung.Selain daripada jualan keropok losong,kedai
ini juga mengambil beberapa produk daripada pelbagai vendor seperti dodol,kuih kapit,keropok
segera, serta makanan beku seperti karipap frozen,ikan kering,samosa dan banyak lagi.Penjualan
produk yang pelbagai juga dapat menarik minat pelanggan untuk berhenti singgah ke kedai
tersebut.

15
Sejarah Perkembangan Kedai Keropok Sri Murni dari tahun 1999 hingga tahun 2020

Pada peringkat awal pembukaan kedai ini,sambutan yang diterima tidak


memberangsangkan menyebabkan pemilik hanya mengambil dua hingga tiga orang pekerja
sahaja dalam membantu memproses keropok losong bagi menjimatkan kos bayaran gaji
pekerja.Pada Ketika itu,persaingan sengit dengan kedai menyebabkan Kedai Keropok Sri Murni
kurang diketahui ramai.Beberapa tahun kemudian,Peningkatan permintaan terhadap keropok
losong telah menyebabkan pemilik terpaksa menambah jumlah pekerja dari tiga orang kepada
lapan orang.Masing-masing diberi tugas tersendiri seperti satu orang ditugaskan untuk
menyediakan doh adunan keropok kepada tiga orang penggentel keropok.Seterusnya dua orang
pekerja ditugaskan untuk mengoreng keropok tersebut dalam penyediaan keropok losong goreng
manakala satu orang ditugaskan untuk merebus keropok dalam penyediaan keropok losong
rebus.Satu orang lagi ditugaskan sebagai penjaga kedai atau juru jual kepada pelanggan bersama
pemilik sendiri.Beberapa tahun kedepan pula,Setelah pemilik memasuki satu menu utama baru
selain keropok losong iaitu “satar roll” atau satar goreng.Ia telah memyebabkan pemilik terpaksa
menambah bilangan pekerja dalam mengurus menu baru tersebut.

Menu baharu telah diperkenalkan iaitu “satar roll” pada mulanya hanyalah makanan yang
di cuba-cuba oleh ibu pemilik iaitu Rosnah Jaya kepada pemilik.Menurut beliau,rasa “satar roll”
sangat lah unik dan sedap sehingga menyebabkan pemilik berniat untuk memasukkan menu
tersebut dalam jualan mereka.Satar goreng atau dikenali satar roll ialah sejenis makanan yang
resepinya dicipta oleh ibu pemilik sendiri dimana isi satar panggang yang mengandunggi
ikan,kesum,kelapa, dan lain-lain tidaklah dibalut dengan daun pisang tetapi dibalut dengan kulit
popia kemudian digoreng sehingga garing,Rasanya sangat unik dimana rangup diluar dan “juicy”
didalam.Awal kemasukan menu baharu ini disambut dengan sangat hangat dan mendapat
feedback yang positif dari para pelanggan.Ramai juga diantara pelanggan memberi saran untuk
membuat produk “satar roll” dalam bentuk frozen supaya mereka tidak perlu lagi kekedai untuk
merasa satar roll sekirannya rumah meraka berada di luar negeri atau jauh.Kemasukan produk
baru ini sangatlah memberi kesan yang positif kepada pemilik.Antaranya ramai pembekal-
pembekal memborong “satar roll” ini untuk dijadikan stok berniaga di kedai mereka.Harga bagi
setiap bekas “satar roll” frozen hanyalah RM6.50 untuk 15 batang dan RM30 untuk 30
batang.Mereka juga menjual “satar roll” yang siap dimakan atau digoreng dengan harga RM2
untuk 5 batang4.

Sebelum kemasukan mesin-mesin canggih,Kedai Sri Murni ini hanyalah menggunakan


kaedah tradisional dalam memproses keropok losong contohnya sebelum menggunakan
gas,kedai ini hanya menggunakan kayu api dalam proses mengoreng dan merebus keropok
losong.Walaupun penggunaan gas memakan modal yang lebih besar berbanding penggunaan
kayu api,ia juga memberi kesan yang baik kepada jualan kedai seperti penyediaan keropok dapat
ditingkatkan dengan cepat,api dapat dikawal sepenuhnya,asap yang kurang dan dapat memproses
keropok secara maximum walaupun sedang hujan tanpa perlu risau kayu api basah.Selain itu
kemasukan mesin-mesin lain juga mempengaruh dalam menyajikan produk secara
cepat.Contohnya mesin penghiris yang berfungsi sebagai menghiris isi ikan yang beku supaya
menjadi halus sebelum memasukkan ke adunan keropok.Sebelum kemasukan mesin ini,para
pekerja mengalami kesusahan dalam menghiris isi ikan tersebut mengunakan pisau.Seterusnya
kemasukan mesin pengisar yang berfungsi menghaluskan lagi isi ikan yang telah dihiris oleh
mesin pengiris sebelum memasukannya ke dalam adunan.Selepas kemasukan mesin ini,strektur
keropok losong yang disediakan menjadi semakin halus berbanding dahulu.Selepas itu,mesin
pengaduh yang berfungsi sebagai mengadun isi ikan bersama bahan-bahan lain seperti tepung
sagu,garam,penyedap rasa, dan air untuk dijadikan adunan keropok.Sebelum kemasukan mesin
ini,proses mengadun hanya dilakukan menggunakan tangan.Hal ini akan mengambil masa yang
banyak dan menggores banyak tenaga dalam melaksanakan proses mengadun5.

Kedai ini juga membuka beberapa cawangan di seluruh Malaysia,antaranya di Gombak


Kuala Lumpur yang diurus oleh adiknya iaitu Azid Rafizad.Jualan keropok losong tidaklah
begitu hangat disana oleh kerana faktor tidak dikenali ramai atau keropok ikan hanyalah
digemari oleh penduduk pantai timur.Selain itu terdapat juga cawangan kedai kropok losong Sri
Murni di Tok Bali,Kelantan.Kawasan yang berdekatan dengan perkampungan memyebabkan
mereka disambuti dengan hangat oleh pada penggemar keropok ikan.Faktor tiada saingan juga
menjadi punca dalam perkembangan cawangan kedai keropok disana.semakin hari permintaan
semakin bertambah menyebabkan pemilik juga terpaksa memasukkan mesin-mesin dan pekerja
yang ramai di cawangan ketiga tersebut.Pada hari ini,jumlah pekerja pemilik kedai kurang lebih
seramai 12 orang bagi setiap cawangan.6

Terdapat juga faktor lain dalam memperkembangkan jualan keropok losong di kedai
ini.Antaranya ialah cara mempromosi yang dilakukan oleh pemilik sangat memberi kesan kepada
perkembangan kedai tersebut. Antaranya, mereka menggunakan teknik pengiklanan
menggunakan media sosial seperti Facebook. Mereka mempunyai akaun Facebook mereka
sendiri iaitu "Keropok Sri Muri-Sataroll" untuk mengiklankan produk mereka bagi memudahkan
para pelanggan mengetahui produk mereka dengan lebih dekat. Penggunaan Facebook juga dapat
mengetahui maklum balas (feedback) daripada pelanggan secara lebih terperinci sekiranya para
pelanggan memberi maklum balas di Fecebook mereka. Maklum balas (feedback) yang dibuat
oleh para pelanggan di Facebook memudahkan mereka dapat mengetahui kelebihan atau
kekurangan produk mereka iaitu keropok lekor dan juga servis yang disediakan7.

Selain itu, mereka juga banyak menyertai seminar perusahaan dan gerai jualan (sales
booth) yang dianjurkan oleh pihak kerajaan mahupun swasta seperti Lembaga Kemajuan Ikan
Malaysia (LKIM), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), pihak Industri Kecil dan
Sederhana (IKS) dan Universiti Malaysia Kelantan (UMK). Dalam masa yang sama, melalui
penyertaan ini mereka dapat mempromosikan produk mereka secara lebih meluas dan terbuka
kepada para pelanggan yang baru. Sebagai contoh, mereka akan memberi sampel percuma
kepada para pelanggan merasai keropok lekor itu sendiri. Pendekatan ini lebih berkesan dalam
membantu mereka kerana memudahkan mereka mendapat maklum balas yang lebih cepat dan
telus8.
Akhir Sekali, kaedah yang digunakan untuk memasarkan produk adalah dengan
menawarkan harga yang sesuai dan lebih kompetif kepada para pelanggan. Harga dapat
memainkan peranan yang penting dalam menarik minat pelanggan untuk membeli sesuatu
produk. Memandangkan penjualan keropok lekor mempunyai persaingan yang sengit di kawasan
sekitar, jadi perusahaan Keropok Sri Mumi mengambil inisiatif memberi harga yang lebih murah
kepada para pelanggan mereka. Contohnya, mereka akan memberi promosi tahunan pada setiap
tahun.

Kaedah promosi pertama yang digunakan oleh pemilik ialah kepada pelanggan yang
ingin memborong.Contohnya sekiranya pelanggan membeli produk Keropok Lekor Frozen
melebihi 30 bungkus,harga yang ditawarkan akan dikurangi sebanyak RM0.50 bagi setiap
bungkus dari pada harga asal dan sekiranya pelanggan membeli sebanyak 50 bungkus pula,harga
yang ditawarkan pula dikurangi RM1.00 bagi setiap bungkus.Selepas itu,Kaedah promosi yang
kedua pula ialah dilakukan semperna hari perayaan dimana bagi setiap pembelian produk yang
siap masak seperti keropok losong goreng dan rebus,pelanggan akan mendapat jumlah kualiti
produk lebih banyak daripada hari bukan perayaan.Contohnya produk keropok goreng yang
dijual RM 1.00 untuk 3 batang pada hari biasa tetapi pada musim perayaan,keropok goreng ini
dijual dengan harga sebanyak 4 batang bagi setiap RM 1.00.
Cabaran Dan Rintangan Yang Dihadapi Pengusaha Dalam Memajukan Jualan Keropok
Losong Di Kedai Keropok Sri Murni.

Dalam memajukan sesebuah perniagaan, pelbagai cabaran dan rintangan yang telah dilalui
oleh pemilik untuk mengembangkan perniagaannya.Contohnya pemilik kedai Keropok Sri Murni
iaitu Kamarul Azam yang menghadapi pelbagai rintangan dalam memperkembangkan jualan
keropok losongnnya.Antara cabaran yang dihadapinya ketika dalam proses memajukan
jualannya ialah masalah kewangan.Sebagai usahawan kecil dan baru, perusahaan Keropok Sri
Murni pada mulanya mengalami masalah kewangan dalam membuka dan merancang perniagaan
mereka. Modal yang besar diperlukan dalam membuka sebuah kedai menjual produk keropok
lekor kerana memerlukan banyak perkara untuk diambil kira seperti kos peralatan mesin, kos
bahan mentah, gaji pekerja, dan bil elektrik serta air. Namun begitu, mereka banyak menerima
bantuan dan inisiatif daripada pihak kerajaan seperti Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM)
dan pihak Industri Kecil dan Sederhana (IKS) yang memberi bantuan modal permulaan pada
awalnya9.

Selain itu,pemilik juga menghadapi cabaran dalam masalah persaingan. Memandang


Kuala Besut merupakan kawasan perindustrian hasil laut, jadi terdapat jenis perniagaan yang
sama dijalankan oleh beberapa individu yang lain.Seperti yang telah tulis kira-kira kurang lebih
10 hingga 15 buah kedai menjadikan keropok ikan sebagai jualan utamanya.Hal ini mewujudkan
cabaran persaingan antara satu sama lain. Perusahaan Keropok Sri Murni mengalami persaingan
yang sengit dalam memastikan produk mereka stabil dan mendapat permintaan yang tinggi. Oleh
itu, mereka telah melakukan pelbagai inisiatif dalam menangani isu ini.Antara inisiatif yang
dilakukan pemilik ialah strategi pasaran yang mantap dengan mengambil kesempatan pada
zaman moden ini dengan mempromosikan kedainya melalui media sosial seperti
facebook.Seperti yang kita tahu kedai ini mempunyai satu akaun tersendiri iaitu “Keropok Sri
Murni – Satar Roll”.Selepas itu,mereka juga banyak menyertai seminar perusahaan dan gerai
jualan (sales booth) yang dianjurkan oleh pihak kerajaan mahupun swasta seperti lembaga
kemajuan ikan malaysia (LKIM).Pemilik akan memberikan sampel percuma kepada para
pelanggan merasai keropok losong itu sendiri.Dan akhir sekali pemilik juga menawarkan harga
yang sesuai dan lebih kompetif kepada para pelanggan kerana harga dapat memainkan peranan
yang penting dalam menarik minat pelanggan untuk membeli sesuatu produk.Terdapat banyak
lagi inisiatif yang dilakukan oleh pemilik dalam mengatasi masalah persaingan ini10.

Selepas itu,Pemilik juga menghadapi masalah dalam ketidakstabilan ekonomi dan


bahan mentah dimana seperti yang kita tahu ekonomi sekarang banyak dipengaruhi oleh
perkara semasa yang terjadi di dalam negara mahupun luar negara. Masalah kenaikan harga
minyak dan kos bahan mentah mampu mempengaruhi hasil jualan keropok lekor secara
umumnya. Kenaikan kos bahan mentah seperti isi ikan segar dan tepung sagu akan menaikan
harga keropok lekor ke arah yang lebih tinggi dan sekali gus permintaan keropok lekor akan
berkurangan dari hari ke hari.Kenaikan harga sesebuah produk amat memberi kesan negetif
terutama kepada pelanggan.Walaupun keuntungan sedikit bertambah ,permintaan perlanggan
juga akan menjadi semakin berkurangan sejurus dengan kenaikan harga produk.Hal ini
menyebabkan boleh menyebabakan sesebuah perusahaan mengalami kerugian oleh kerana
produk yang sedia ada tidak dapat habis dijual dalam masa yang ditetapkan atau produk mula
rosak sebelum habis dijual11.

Seterusnya,Cabaran lain yang dihadapi oleh pemilik ialah kesetiaan pekerja dalam bekerja
lebih lama dan tenaga pakar.Sehingga hari ini pemilik masih menghadapi dengan masalah
ini.Kebanyakan pekerja yang bekerja disini kebiasaanya bukanlah pekerja yang tetap mungkin
disebabkan faktor ingin sambung belajar.Seperti dengan apa yang saya kaji,terdapat beberapa
pekerja yang bekerja di kedai ini berumur kira kira 18-20 tahun.Umur yang masih berada di
tingkat remaja itu mendorong kepada pekerja untuk sambung belajar ke (IPT) kerajaan mahupun
(IPT) swasta dalam bidang pelajaran atau bidang kemahiran.Contohnya salah seorang pekerjanya
iaitu Amirah yang berumur 18 tahun yang baru habis menduduki peperiksaan (SPM) sijil
pelajaran malaysia yang bekerja di Kedai Sri Murni sambil menunggu panggilan dariapa
Universiti-Universiti yang diminatinya.Selain itu,faktor masa bekerja yang lama juga menjadi
asbab ramai yang berhenti terutama kepada ibu-ibu kerana perlu mengurus rumah tangga.Waktu
bekerja yang di tetapkan oleh pemilik ialah dari 8 pagi hingga 6 petang dan mengambil masa
selama lebih kurang 11jam sehari.Hal ini semestinya mempengaruhi ibu-ibu dalam mengurus
rumah tangga mereka seperti menyediakan makanan kepada anak-anak,menghantar anak ke
sekolah,mengurus suami dan lain-lain lagi12.

Akhir sekali,cabaran lain yang dihadapi oleh pemilik ialah ketiadaan tambah nilai dalam
menghasilkan produk hasil laut seperti keropok dengan pelbagai varian perisa seperti perisa
udang,sotong,dan lain-lain lagi.Bahan mentah seperti udang dan sotong amatkan memerlukan
kos yang sangat tinggi dalam menghasilkan produk yang berasaskan makanan laut
tersebut.Selain itu juga,pemilik juga risau sekirannya produk tersebut mendapat sambutan yang
hangat sehinggakan tidak dapat memenuhi kehendak semua pelanggan.Tambahan pula bahan
mentah seperti udang dan sotong amat sukar untuk mencari pembekal kerana dua makanan laut
tersebut kebiasaanya mengikut musim dimana sotong hanya didapati pada musim antara bulan
april hingga september manakala peluang untuk mendapatkan udang pula sangatlah sedikit
sehingga menyebabkan harga udang meningkat sangat mendadak.

Setiap perusahaan mestilah ada cabaran sendiri dalam memajukan jualan mereka.Tidak kira
jualan di kampung atau dibandar masing-masing akan menghadapi cabaran tersendiri.Para
perusahaan perlulah menghadapi cabaran tersebut secara profesional bagi mendapatkan hasil
yang lumayan.Oleh itu penting seseorang perusaha untuk belajar dalam bidang Pernigaan supaya
dapat menghadapi dari pada salah dalam memperkembangkan jualan produk tersendiri.
Harapan Dan Perangcangan Masa Hadapan.

Sebagai perusahaan yang mementingkan kemajuan dan perkembangan dalam perniagaan


mereka, Harapan dan perancangan masa hadapan sangat penting untuk menentukan arah tuju
sesebuah organisasi perusahaan. Jadi, pihak pengurusan Keropok Sri Mumi merancang untuk
mengeluarkan dan memperkenalkan lebih banyak produk makanan yang berasaskan hasil laut
untuk dikomersialkan kepada para pelanggan. Sebagai contoh, mereka dalam perancangan untuk
mevariasikan kepelbagaian perisa dalam keropok lekor seperti keropok losong lada hitam,
keropok losong kari, dan keropok losong tomyam.Hal ini secara lansung dapat memberi
kepuasan kepada para pelanggan dalam memilik perisa kegemaran masing-masing.Selain
itu,dengan perisa keropok yang pelbagai dapat juga menarik minat generasi muda atau orang
yang berada di bandar dalam mencuba makanan tradisional ini13.

Selain itu, perancangan mereka adalah untuk mendapatkan pengiktirafan dan pensijilan
daripada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) iaitu pensijilan Makanan Selamat
Tanggungjawab Industri (MeSTI). Pensijilan MeSTI merupakan program jaminan keselamatan
makanan oleh KKM untuk membantu perusahaan produk makanan untuk menghasilkan produk
yang lebih bersih dan selamat kepada para pelanggan. Dengan adanya sijil MeSTI, perusahaan
Keropok Sri Murni mampu mengembangkan produk mereka ke arah yang lebih tinggi.Selain itu
juga,dengan adanya sijil MeSTI juga dapat menambah keyakinan dan mendapat kepercayaan
pelanggan dalam membeli produk yang disediakan oleh sesebuah perusahaan sekaligus akan
memyebabkan peningkan permintaan terus meningkat secara giat14.

Selepas itu, harapan dan perancangan agar dapat membuka lebih banyak peluang
pekerjaan kepada penduduk setempat. Perusahaan perniagaan mereka telah mempunyai 16 orang
pekerja dalam memproses produk keropok losong. Sekaligus telah membantu masyarakat
setempat dalam mencari sumber kewangan mereka.Hal ini juga dapat memyebabkan taraf hidup
sesebuah keluarga meningkan dan tegana beli yang semakin bertambah. Perusahaan Keropok Sri
Murni merancang untuk membuka lebih banyak cawangan kedai mereka di kawasan yang
mempunyai permintaan yang tinggi terhadap keropok lekor. Dengan itu, mereka mampu
memberi nilai pekerjaan kepada masyarakat setempat seperti golongan ibu tunggal, pelajar yang
cuti sedang semester, dan juga golongan orang susah15.

Seterusnya,pemilik juga merancang untuk memperkenalkan produknya ke luar negara atau


ke peringkat antarabangsa.Pemilik berharap dapat memperkenalkan makanan tradisional melayu
ini ke seluruh pelusuk dunia dan menaikkan mana malaysia.Agar dalam memastikan produknya
dapat diterima oleh orang luar negara,pemilik bercadang untuk menginovasi keropok losong ini
ke yang lebih moden seperti keropok losong yang dimakan bersama sos cheese,keropok losong
yang dicampur dengan rumpai laut (seewed) ,keropok losong yang dimakan bersama roti seperti
roti sosej dan lain -lain.Hal ini juga dapat meningkatan hasil keuntungan pemilik dalam
penghasilan produknya tambahan pula nilai mata wang luar negara seperti
Japan,Amerika,Singapore dangat jauh nilai tingginya berbanding mata wang Malaysia16.

Selepas itu,pemilik juga berharap dapat membina kilang kropok yang lebih besar dan
efisien untuk menambah jumlah pengeluaran seharian.Permintaan yang terlalu banyak
memyebabkan tenaga manusia sahaja tidak cukup untuk memenuhi semua permintaan
tersebut.Dengan adanya kilang yang efisyes,mesin-mesin canggih dapat digunakan secara
maximum dalam pengeluaran produk-produk Sri Murni.Mempunyai kilang juga membolehkan
pemilik untuk menerima kaki tangan dengan lebih banyak.Hal ini sekaligua dapat meningkatkan
taraf hidup penduduk berdekatan yang bekerja di kilang tersebut.Oleh itu,kadar pengganguran
juga dapat dikurangkan terutama di negeri Kelantan

Akhir sekali,pemilik juga berharap mempunyai vendor atau ejen dalam mempromosi
produknya ke seluruh pelusuk negara.Dengan adanya bantuan daripada vendor-vendor yang
ramai,pemilik tidak perlu lagi bersusah payah dalam mempromosikan produknya.Pemilik hanya
perlu fokus kepada pengeluaran produk sejurus dengan peningkatan permintaan pelanggan.

Kesimpulan Dan Penutup

Sebagai seorang yang baru dalam bidang perusahaan,,banyak cabaran serta rintangan
yang perlu dilalui oleh semua pemula dalam memperkembangkan perusahaan masing-
masing.Oleh itu sangat penting kita untuk mengkaji atau belajar dalam menyelesaikan masalah
ini tidak kira belajar dari buku-buku ilmiah,belajar ke institut pengajian atau belajar dari orang
yang lebih berpengalaman.Ilmu yang dapat sangatlah berguna dalam memperkembangkan atau
menyelesaikan masalah perusahaan masing-masing.Selain itu juga,para pemula juga harus cekap
dalam mengawal gerak geri pekerja atau memilih pekerja yang boleh dipercayai supaya dapat
mengelak daripada berlakunya kes penghianatan atau kehilangan sama ada barangan berharga
atau mata wang.Contohnya Kedai Sri Murni mengambil inisiatif dalam menyelesaikan masalah
ini dengan cara meletakkan beberapa camera CCTV di setiap ruang.Hal ini boleh menyebabkan
pemilik mempunyai bukti sekira berlakunya kehilangan mata wang atau barangan berharga.
NOTA HUJUNG

1
Wikipedia(Perbincangan:Keropo lekor) (https://ms.wikipedia.org/wiki/Keropok_lekor#)
(Diakses pada: 11 June 2023),halaman.....

Roslan muda,”Bapa kepada pemilik perusahaan kedai keropok Sri Murni Di Kampung
2

Pachakan,Pasir Putih,Kelantan”2023 halaman.....

Rosnah Jaya,”Ibu kepada pemilik perusahaan kedai keropok Sri Murni Di Kampung
3

Pachakan,Pasir Putih,Kelantan”2023 halaman.....

Kamarul Azam,”pemilik perusahaan kedai keropok Sri Murni di Kampung


4

Pachakan,Pasir Putih,Kelantan”,2020,halaman .....

5
Kamarul Azam,”pemilik perusahaan kedai keropok Sri Murni di Kampung
Pachakan,Pasir Putih,Kelantan”,2020,halaman ..........

6
Kamarul Azam,”pemilik perusahaan kedai keropok Sri Murni di Kampung
Pachakan,Pasir Putih,Kelantan”,2020,halaman .........

17
Kamarul Azam,”pemilik perusahaan kedai keropok Sri Murni di Kampung
Pachakan,Pasir Putih,Kelantan”,2020,halaman ..........

8
Kamarul Azam,”pemilik perusahaan kedai keropok Sri Murni di Kampung
Pachakan,Pasir Putih,Kelantan”,2020,halaman ..........
9
Kamarul Azam,”pemilik perusahaan kedai keropok Sri Murni di Kampung
Pachakan,Pasir Putih,Kelantan”,2020,halaman ..........

10
Kamarul Azam,”pemilik perusahaan kedai keropok Sri Murni di Kampung
Pachakan,Pasir Putih,Kelantan”,2020,halaman ..........

11
Yunor Haida,”Pekerja pemilik dalam mengurus produk keropok di Sri Murni,Kampung
Pachakan,Pasir Putih,Kelantan”,2020,halaman........

Rosnah Jaya,”Ibu kepada pemilik perusahaan kedai keropok Sri Murni Di Kampung
12

Pachakan,Pasir Putih,Kelantan”2023 halaman.....

13
Kamarul Azam,”pemilik perusahaan kedai keropok Sri Murni di Kampung
Pachakan,Pasir Putih,Kelantan”,2020,halaman ..........

14
Kamarul Azam,”pemilik perusahaan kedai keropok Sri Murni di Kampung
Pachakan,Pasir Putih,Kelantan”,2020,halaman ..........

15
Kamarul Azam,”pemilik perusahaan kedai keropok Sri Murni di Kampung
Pachakan,Pasir Putih,Kelantan”,2020,halaman ..........

16
Kamarul Azam,”pemilik perusahaan kedai keropok Sri Murni di Kampung
Pachakan,Pasir Putih,Kelantan”,2020,halaman ..........
BIBIOGRAFI

BUKU ILMIAH:

Rids Muhammad, Jelita A.Rahim. (Rahsia dan strategi:Merancang Bisnes Anda Ke Arah
Kejayaan) .Sprint Career Academy,2006. (https://books.google.com.my/books?
id=s0bqAlWl1UC&pg=PA103&dq=rahsia+dan+st)

Siti Hawa Mohd,Datin Hjh.(Mydin:Di Sebalik Tabir).MPH Publishing Sdn Bhd ,2011.
(https://www.google.com.my/books/edition/Mydin/cT49lQEACAAJ?hl=en)

JURNAL:

Roslan muda,”Bapa kepada pemilik perusahaan kedai keropok Sri Murni Di Kampung
Pachakan,Pasir Putih,Kelantan”2023.

Rosnah Jaya,”Ibu kepada pemilik perusahaan kedai keropok Sri Murni Di Kampung
Pachakan,Pasir Putih,Kelantan”2023.

Kamarul Azam,”pemilik perusahaan kedai keropok Sri Murni di Kampung Pachakan,Pasir


Putih,Kelantan”,2020

TESIS/ONLINE:

Wikipedia(Perbincangan:Keropo lekor) (https://ms.wikipedia.org/wiki/Keropok_lekor#)


(Diakses pada: 11 June 2023),
Renee Mauborgne, W. Chan Kim.( Blue Ocean Strategy).Harvard Business Review,2004
(https://www.google.com.my/books/edition/Blue_Ocean_Shift/gY87DgAAQBAJ?hl=en)

TEMU BUAL

NAMA:Kamarul Azam Bin Roslan Muda


UMUR:30 Tahun
JAWATAN:Pemilik kedai Sri Murni

Hafizzul:Bagaimana anda berfikir untuk memulakan perniagaan keropok losong?

Kamarul Azam:Semasa saya melihat ibu bapa saya memulakan perusahaan keropok,saya
menjadi tertarik dalam memulakan perusahaan keropok juga.

Hafizzul:Apakah faktor lain yang mendorong anda untuk memulakan perniagaan ini?

Kamarul Azam:Faktor lain ialah kemudahan untuk mendapakan bahan mentah,saya tinggal di
kawasan yang berdekatan dengan pantai iaitu Pantai Dalam Rhu,Pasir Putih.Hal ini mendorong
saya untuk memulakan perniagaan keropok yang bahan mentah utamanya ialah ikan.
TEMU BUAL

NAMA:Rosnah Jaya
UMUR:48 tahun
SEBAGAI:Ibu kepada pemilik kedai Sri Murni

Hafizzul:Bagaimana perkembangan perusahaan keropok keping puan semasa peringkat awal


perniagaan?

Rosnah Jaya:Alhamdulillah,permintaan keropok keping oleh pelanggan meningkat dari tahun


ke tahun.Hal ini juga membuat taraf hidup keluarga saya meningkat.

Hafizzul:Apakah faktor pemintaan keropok puan semakin meningkat dari tahun ke tahun?

Rosnah Jaya:Mungkin disebabkan faktor tiada persaingan kerana pada masa itu hanya saya
yang memulakan penjualam keropok keping di kampung itu,atau mungkin juga disebabkan
faktor rasa keropok yang kami sediakan sangat memuaskan citarasa pelanggan.Hal ini membuat
pelanggan memesan kembali produk kami.

Hafizzul:Bagaimana dengan penggunaan peralatan dalam memproses produk tersebut?

Rosnah Jaya:Pada peringkat awal,kami menggunakan peralatan tradisional sahaja.Tetapi oleh


kerana mendapat permintaan yang tinggi daripada pelanggan,kami terpaksa untuk memasukkan
mesin-mesin supaya pekerjaan dapat dilakukan dengan lebih pantas dan memenuhi permintaan
pelanggan.

TEMU BUAL

NAMA:Roslan Muda
UMUR:53 tahun
SEBAGAI:Bapa kepada pemilik kedai Sri Murni

Hafizzul:Bagaimana encik boleh terfikir untuk memulakan perniagaan keropok keping di


kempung encik?

Roslan Muda:Pada mulanya saya melihat dari segi peluang untuk mendapatkan bahan
mentah.Oleh kerana kami tinggal berdekatan dengan pantai.Peluang untuk mendapatkan bahan
mentah seperti ikan sangatlah tinggi.Jadi saya bersama isteri saya berfikir untuk memulakan
perniagaan keropok keping.Tambahan pula keropok ikan sangatlah digemari orang ramai
khususnya masyarakat pantai timur.

Hafizzul:Apakah encik membuat pelbagai variasi keropok keping?sekiranya betul bolehkan


encik memberi tahu kesemua jenis keropok keping yang encik sediakan?

Roslan Muda:Benar,kami menyediakan pelbagai jenis keropok keping.Antaranya ialah keropok


keping berjenis lidah ayam,yenki,keping besar,tamban,keropok keping ikan parang dan lain-lain
lagi
TEMU BUAL

NAMA:Kamarul Azam Bin Roslan Muda


UMUR:30 Tahun
JAWATAN:Pemilik kedai Sri Murni

Hafizzul:Seberapa pentingkah teknik pemasaran dalam sesuatu perusahaan?

Kamarul Azam:Pemasaran produk adalah satu perkara yang amat penting bagi memastikan
tahap jualan kekal stabik dan tinggi dalam mencapai perusahaan Kropok Sri murni untuk
dikenali ramai antara pelanggan.

Hafizzul: Bagaimanakan kaedah pasaran yang digunakan oleh encik dalam mempromosi produk
encik?

Kamarul Azam: kami menggunakan teknik pengiklanan menggunakan media sosial seperti
facebook.Perusaharaan kami mempunyai akaun facebook kami sendiri.

Hafizzul:Seterusnya?

Kamarul Azam:selain itu,kami juga banyak menyertai seminar perusahaan dan gerai jual (sales
booth) yang dianjurkan oleh pihak kerajaan mahupun pihak swasta.
LAMPIRAN

Rajah 1:Papan baner utama kedai Sri murni Rajah 2:Proses mengentel keropok losong

Rajah 3:Proses menggoreng keropok losong


LAMPIRAN

Rajah 4:Proses mengtos keropok losong rebus

Rajah 5:Proses Merebus Keropok Losong


Rajah 6 : Pandangan depan kedai keropok Sri Murni

Rajah 7:Mesin pemvacuman untuk pembukusan keropok frozen


LAMPIRAN

Rajar 8 : Tanda hadir

You might also like