You are on page 1of 10

TEMA : SEJARAH EKONOMI

NAMA : MERCELLA ANNE CLARENCE

TAJUK :

IKS KUIH BAULU DI KAMPUNG LAJAU,LABUAN DARI 2007

HINGGA 2015

PENGENALAN

Kuih baulu merupakan kuih tradisional orang Melayu yang sangat

popular terutamanya pada hari-hari yang penting seperti Hari Raya dan hari-hari

keramaian. Mengikut sejarah orang-orang dahulu, perkataan BAHULU atau

BAULU adalah datang dari frasa "buah tangan dari hulu".Hal ini kerana orang-

orang dahulu menggunakan pengangkutan air sebagai jalan utama untuk

perjalanan mereka.Oleh kerana ketinggian budi orang Melayu, mereka sangat

menghormati dan mementingkan jiran tetangga dan saudara mara. Kini kuih

baulu dijadikan buah tangan dan medium pengerat hubungan antara masyarakat

serta boleh didapati di pasar raya pada bila-bila sahaja.

Bermula pada 2007, penduduk di Kampung Lajau,Labuan sudah mula

memberanikan diri dan mengambil risiko menceburi ekonomi seperti penjualan

kuih baulu sebagai pendapatan sampingan mereka. Kuih baulu bukan lagi
sekadar hanya dijual di luar rumah atau di gerai-gerai kecil tepi jalan tetapi di

pusat membeli belah juga. Selain daripada kuih-kuih tradisional, kuih baulu juga

mendapat sambutan yang hangat daripada penduduk Labuan kerana rasa dan

bentuknya yang unik dan juga digemari bukan sahaja daripada golongan dewasa

malahan golongan kanak-kanak juga.Bengkel kuih baulu ini terletak di

Kampung Lajau,Labuan dan dipasarkan di Kompleks Ujana Kewangan oleh

MyJai Enterprise.

OBJEKTIF KAJIAN

Penulisan kajian ini dijalankan adalah untuk meneroka kajian tentang

sejarah asal usul dan latar belakang kuih baulu di Kampung Lajau,Labuan dari

2007 hingga 2015. Dengan adanya kajian ini dilakukan, masyarakat akan lebih

mengetahui maklumat tentang kuih baulu dengan lebih mendalam. Ini kerana

masih terdapat segelintir masyarakat di Labuan yang masih kurang tahu atau

hanya dipandang sebelah mata pada perkembangan kuih baulu walaupun ia

hanya sekadar kuih. Akan tetapi, ia sebenarnya dapat mendatangkan

keuntungan dan rezeki kepada sesetengah pihak.

Kajian ini juga dilakukan untuk menghuraikan peranan,fungsi dan

matlamat serta kepentingan perusahaan kuih baulu dalam industri kecil dan

sederhana dalam membantu golongan pekerja di Kampung Lajau,Labuan dari

2007 hingga 2015.


Objektif yang penting dalam kajian ini juga adalah untuk

menjelaskan kejayaan, pencapaian dan sumbangan yang dicapai oleh MyJai

Enterprise dalam mengembangkan kuih bahulu ini. Kajian ini dilakukan untuk

menunjukkan bahawa perniagaan kuih baulu dapat atau tidak membantu

penduduk di Kampung Lajau,Labuan mendatangkan pendapatan yang lumayan

kepada keluarga masing-masing.

Dengan penghasilan kajian ini bertujuan untuk menjelaskan

cabaran,langkah atau usaha dan impak yang dihadapi oleh MyJai Enterprise

dalam mengembangkan industri perusahaan kuih baulu ini.

PERMASALAHAN KAJIAN

Permasalahan kajian ini dilakukan untuk mengetahui tentang apakah

sejarah asal usul dan latar belakang kuih baulu di Kampung Lajau,Labuan dari

tahun 2007 hingga 2015.

Selain itu, apakah peranan,fungsi dan matlamat serta kepentingan kuih

baulu dalam industri kecil dan sederhana kepada penduduk Kampung Lajau

sejak tahun 2007 hingga 2015.

Permasalah kajian yang ketiga iaitu mengenal pasti apakah

kejayaan,pencapaian dan sumbangan yang telah dicapai oleh MyJai Enterprise

di Kampung Lajau,Labuan dari tahun 2007 hingga 2015.


Seterusnya, apakah cabaran,langkah atau usaha dan impak yang akan

dihadapi oleh MyJai Enterprise di Labuan dalam memajukan perniagaan kuih

baulu mereka sejak dari 2007 hingga 2015.

SKOP KAJIAN

Aspek yang perlu dijelaskan ialah kawasan kajian (geografikal ). Dalam

aspek ini,kajian ini fokus pada bengkel pembuatan kuih baulu di Kampung

Lajau,Labuan dan Kompleks Ujana Kewangan iaitu tempat kuih baulu itu

dipasarkan oleh MyJai Enterprise. Kedudukannya yang sering menjadi tarikan

penduduk Labuan menjadi kawasan atau tempat yang sesuai untuk menjalankan

kegiatan ekonomi seperti penjualan kuih baulu. Ini menunjukkan kedudukan

yang strategik ini dapat memberikan kelebihan kepada para peniaga untuk

mengembangkan perniagaan kuih baulu di Labuan.

Selain itu,dari segi tempoh masa kajian pula, perniagaan kuih baulu ini

melibatkan tempoh jangka masa selama 8 tahun iaitu dari 2007 sehingga 2015.

Tempoh masa antara 2007 sehingga 2015 ini dipilih kerana boleh dilihat

perkembangan perniagaan kuih baulu yang telah memberi kesan kepada taraf

hidup perniaga kuih baulu di Labuan. Bukan itu sahaja, boleh dilihat juga

perubahan dari segi pengolahan pembuatan dan kejayaan perniagaan kuih baulu

dengan lebih meluas selaras dengan perkembangannya di Kampung

Lajau,Labuan.
Seterusnya,dari segi aspek kajian (fungsional ) pula terdapat empat isu

yang dikaji. Kajian ini cuba untuk meneroka sejarah asal usul dan latar belakang

perniagaan kuih baulu yang membantu meningkatkan mata pencarian penduduk

Labuan terutamanya peniaga kuih baulu ini. Ia juga mendedahkan

peranan,fungsi dan matlamat industri kecil dan sederhana dalam perniagaan

kuih baulu kepada MyJai Enterprise.Bukan itu sahaja, ia juga menjelaskan

kejayaan,pencapaian serta sumbangan yang diperolehi oleh MyJai Enterprise

dalam tempoh mengusahakan perniagaan kuih baulu ini di Labuan.Selain

itu,cabaran,langkah atau usaha seta impak juga akan dikaji untuk melihat

perkembangan MyJai Enterprise dalam memajukan perusahaan kuih baulu dari

2007 hingga 2015.

SOROTAN KAJIAN LEPAS

Terdapat pelbagai kajian ilmiah yang berkaitan dengan kegiatan

ekonomi di Malaysia yang telah dihasilkan. Antara kajian berkenaan adalah

kajian berkait rapat dengan perusahaan dan perniagaan yang terlibat dalam

kegiatan yang berkaitan dengan kuih baulu. Hasil kajian yang dapat dikaitkan

dengan tajuk ini ialah kajian yang bertajuk “Zana Baulu hasilkan 30,000 bahulu

sehari”. Kajian ini dihasilkan oleh Mohd.Firdaus Ismail pada 30 Julai 2015 di

bawah penerbitan Utusan Online. Kajian ini menjelaskan bahawa pengusaha

kuih baulu yang telah berjaya sehingga mampu memberi impak dalam hidup

peniaga tersebut sehingga mencapai beberapa kejayaan di Mengkuang Ulu,


Permatang Pauh, Pulau Pinang. Hasil pembacaan artikel di laman sesawang

tersebut menarik minat pengkaji membuat kajian mengenai perusahaan atau

perniagaan kuih baulu dalam meningkatkan taraf hidup masyarakat terutamanya

peniaga-peniaga kuih baulu di Labuan.

Selain itu,penulisan yang bertajuk “Aneka Kuih Masyarakat Melayu”

oleh Suhaibah Abdul Mutalib yang dihasilkan oleh ZUFAD ENTERPRISE

pada tahun 2016. Di dalam penulisan tersebut ia menjelaskan cara pembuatan

kuih baulu yang lebih teliti,bagus dan pelbagai resepi kepada pengguna. Hasil

pembacaan ini menarik minat pengkaji untuk membaca kajian tentang cara

pembuatan kuih baulu. I

Di samping itu, terdapat juga kajian ilmiah yang lain betajuk “Bahulu

Warisan” yang dihasilkan oleh Johanna A.Sobrey pada 16 Januari 2008 yang

mana menjelaskan tentang kejayaan dan kemajuan kuih bahulu yang telah

dilakukan sejak turun temurun lagi. Hasil pembacaan di laman sesawang ini

menarik minat pengkaji untuk membuat kajian tentang kuih baulu MyJai

Enterprise di mana bengkelnya terletak di Kampung Lajau,Labuan dari 2007

hingga 2015.

PEMBAHAGIAN STRUKTUR ESEI

Secara umumnya, penulisan kajian ini terbahagi kepada tiga bahagian

utama. Dalam bahagian pengenalan, pengkaji akan menjelaskan secara umum


tentang perniagaan kuih baulu yang dilakukan di bengkelnya yang terletak di

Kampung Lajau dan dipasarkan di Kompleks Ujana Kewangan oleh MyJai

Enterprise di Labuan dalam membantu meningkatkan taraf hidup perusaha kuih

baulu dan perkembangan yang berlaku sepanjang perniagaan kuih baulu ini

sehingga mencapai kejayaan sehingga kini. Seterusnya, pengkaji akan

menjelaskan latar belakang kawasan kajian iaitu Komplek Ujana Kewangan dan

Kampung Lajau,Labuan dan mengaitkan kepentingan perniagaan kuih baulu ini

kepada peniaga yang menjalankan perniagaan ini.

Dalam bahagian isi pula, ia menghuraikan empat persoalan yang dikaji.

Aspek pertama yang dikaji ialah mengenai sejarah asal usul dan latar belakang

perniagaan kuih baulu di Kampung Lajau,Labuan oleh MyJai Enterprise iaitu

bagaimana ia dapat memberikan pendapatan yang lumayan kepada pengusaha

kuih baulu di Labuan. Di samping itu, dalam isi juga akan dihuraikan lebih

lanjut mengenai peranan,fungsi dan matlamat industri kecil dan sederhana

kepada perusahaan kuih baulu dan kejayaan,pencapaian serta sumbangan yang

dicapai oleh para peniaga kuih baulu dalam membantu meningkatkan taraf

hidup mereka.Bukan itu sahaja,menjelaskan cabaran,langkah atau usaha dan

impak yang dihadapi dalam memajukan perusahaan kuih baulu dalam tempoh

kajian.

Untuk bahagian kesimpulan pula, pengkaji akan membuat rumusan tentang

semua kajian yang telah dibuat.

PENUTUP
Pengkaji berharap dengan penghasilan karya ilmiah ini masyarakat akan

dapat memahami dengan lebih mendalam dan jelas tentang perkembangan

MyJai Enterprise sebagai perusahaan kuih baulu yang sedikit sebanyak dapat

membantu nasib penduduk yang bekerja di bengkelnya di Kampung

Lajau,Labuan. Bukan itu saja,ia juga sekaligus dapat menunjukkan kepentingan

dan kejayaan perniagaan kuih baulu dalam meningkatkan taraf hidup

masyarakat di Labuan.

KAEDAH KAJIAN

Dalam menghasilkan karya ilmiah,pengkaji menggunakan tiga kaedah

bagi mendapatkan maklumat iaitu yang pertama ialah sumber lisan. Dalam

kaedah ini, pengkaji akan menemubual beberapa orang yang memainkan

peranan penting dalam perniagaan kuih baulu di samping pembeli-pembeli kuih

baulu di kawasan kajian. Antara tokoh yang ditemubual adalah seperti

pengusaha kuih baulu iaitu pengusaha MyJai Enterprise yang merupakan tokoh

yang terlibat dalam perusahaan kuih baulu tersebut yang telah berjaya

memperkembangkan perusahaan kuih baulunya.

Seterusnya,pengkaji juga akan menggunakan kaedah kajian

kepustakaan.Kaedah ini digunakan bagi mendapat maklumat daripada sumber


primer dan sumber sekunder. Antara sumber yang digunakan ialah buku,surat

khabar dan sijil-sijil mengenai perusahaan kuih baulu.Semua sumber-sumber

ini diperolehi sama ada dari perpustakaan dan dari perusahaan kuih baulu itu

sendiri.

Di samping itu, pengkaji juga akan menjalankan kaedah kerja lapangan.

Kaedah ini dilakukan bagi membolehkan pengkaji melihat dengan sendiri

perkembangan yang telah terjadi dalam peningkatan taraf hidup masyarakat di

kawasan kajian. Bukti-bukti akan disertakan seperti gambar-gambar perusahaan

kuih baulu tersebut untuk melihat sejauh manakah perkembangan perniagaan

kuih baulu di kawasan kajian.

BIBLIOGRAFI

Sumber Primer :

Puan Rosinah binti Jahar,pengusaha kuih baulu oleh Myjai Enterprise,

ditemu ramah oleh Mercella Anne Clarence, 8 Februari 2019.

Sumber Sekunder :

Mohd.Firdaus Ismail “Zana Baulu hasilkan 30,000 bahulu sehari” 2015

http://www.utusan.com.my/berita/wilayah/pulau-pinang/zana-baulu-

hasilkan-30-000-bahulu-sehari-1.118370
Suhaibah Abdul Mutalib Buku “Aneka Kuih Masyarakat Melayu” 2016

Diterbitkan oleh Zufad Enterprise (Penerbit Bumiputera) .

“Johanna A.Sobrey “Bahulu Warisan” 2008

http://ww1.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2008&dt=0116&pub

=Kosmo&sec=Rencana_Utama&pg=ru_01.htm

You might also like