You are on page 1of 13

000813-12-1695

SEJARAH PERKEMBANGAN KAMPUNG BOMBOI , KENINGAU DARI ASPEK

EKONOMI , DAN SOSIAL PADA TAHUN 1995 – 2015

MAX BOHIEMEA JUSTINE

000813 – 12 – 1695

SE0126 / 1026
000813-12-1695

SENARAI KANDUNGAN

PERKARA Halaman

1.0 Pengenalan

2.0 Latar Belakang pembukaan kampung Bomboi Keningau

3.0 Sejarah Perkembangan kampung Bomboi dari aspek ekonomi dan sosial serta

cabaran yang dihadapi untuk membangunkan kawasan tersebut pada tahun 1995 - 2015

4.0 Kesimpulan

Nota Akhir

Bibliografi

Lampiran
000813-12-1695

1.0 Pengenalan

Menurut Dewan Bahasa Dan pustaka , Kampung ialah kawasan kediaman yang
terdiri daripada sekumpulan rumah di luar bandar , desa ,dusun yang mana ia terletak
daripada 12 km dari Bandar1. Orang yang menjadi ketua kepada sesebuah kampung digelar
sebagai ketua kampung . Penduduk kampung juga masih lagi tergolong daripada orang
yang boleh dikatakan masih mundur dan masih berpegang kepada kebiasaan atau tradisi
lama 2.

Menurut kamus komprehensif Bahasa Melayu , kampung ditakrifkan sebagai satu


kawasan perumahan di luar bandar , desa , dan dusun3 . Selain itu kampung juga adalah
kawasan yang terletak dalam bandar tempat sesuatu kaum tinggal berkelompok .Di
kampung keadaan kehidupan seseorang itu masih mengamalkan cara hidup atau tradisi
yang diwarisi sejak turun-temurun

Kampung Bomboi merupakan kampung yang telah wujud sejak tahun 1980 . Kampung
ini terletak di kawasan bukit yang mana jarak antara kampung Bomboi dan Keningau
adalah sejauh 8 Kilometer ( KM ). Kampung ini pada awalnya hanyalah terdiri daripada
sekumpulan penduduk yang kecil . Sebilangan Daripada mereka berpindah daripada daerah
tambunan ke kampung Bomboi disebabkan oleh faktor perkahwinan , pekerjaan dan lain-
lain . Terdapat juga sesetengah penduduk yang berpindah ke kampung Bomboi disebabkan
oleh faktor ekonomi yang mana mereka membina rumah berhampiran dengan kawasan
kebun mereka .Perkara ini memudahakan mereka untuk menjalankan kegiatan pertanian
mereka
000813-12-1695

2.0 Latar belakang pembukaan kampung Bomboi

Petempatan kampung Bomboi mla ditemui seawal tahun 60’an oleh En . Francis Uril ,

dan beberapa orang lagi yang turut serta dalam penghijarahan pada ketika itu . Pada 5 May

1966, Encik Francis Kinsus telah datang ke Kampung bomboi seorang diri dan diikuti oleh

beberapa orang lagi pada tahun berikutnya . Asal usul nama kampung Bomboi pada

mulanya dikatakan berasal daripada suatu kawasan mata air digelar sebagai Sosopon Sisilat

yang menjadi tarikan kepada semua spesies burung . Kawasan mata air ini dipercayai tidak

pernah kering sehinggalah pada suatu masa , berlakunya kejadian kemarau panjang yang

menyebabkan banyak air sungai kering di sekitar penghujung tahun 60’an . Pada masa itu

, ramai penduduk daripada luar kampung datang untuk mendapatkan sumber air untuk

digunakan dalam kehidupan seharian mereka . Tambahan pula , mereka juga menangkap

burung- burung di kawasan tersebut untuk dijadikan sebagai burung peliharaan sendiri .

Perkara ini menyebabkan terdapat beberapa penduduk luar yang tidur di kawasan mata air

tersebut kerana terlalu penat .Akibat daripada kepenatan mereka untuk mengambil air ,

maka mereka semua bangun lewat daripada tidur . Dalam Bahasa Dusun , Terlewat bangun

bermaksud Nokoloboi . Maka timbulah idea mereka untuk menamakan kawasan tersebut

sebagai Kampung Bomboi . Nama Bomboi ini telah menjadi nama kampung yang rasmi

sehingalah pada hari ini . Semua penduduk di Kampung ini kebanyakan berasal daripada

Kampung ( Kg ) Sintuong-tuong dan Kampung ( Kg ) Garas,Tambunan . Punca

penghijrahab mereka ialah ingin mencari kehidupan yang baru , lebih selesa dan mencari

kawasan pertanian yang lebih subur pada ketika itu . Kini , Saiz keluasan kampung Bomboi

Merangkumi keluasan sebanyak 49 Hektar dan jumlah penduduk di kampung ini juga telah

mencecah seramai 400 penduduk di mana 80 Peratus ( % ) terdiri daripada penduduk

beragama Kristian dan terdiri daripada 40 buah keluarga. Manakala 20 % lagi adalah

penduduk beragama Islam dan terdiri daripada 12 Buah Keluarga


000813-12-1695

Kampung Bomboi diwujudkan melalui beberapa kriteria iaitu kesesuaian tanah , topografi

setempat , faktor kemudahan masuk , terdapatnya sumber air , dan kemungkinan berlaku banjir1

. Setiap nilai ini dinilai dengan teliti berdasarkan prinsip perancangan fizikal supaya suatu tapak

yang benar-benar baik dapat dikenal pasti untuk pembangunan kampung .

Kesesuaian tanah di kampung Bomboi telah menyebabkan kampung bomboi ini

dapat berkembang dengan baik . Hal ini disebabkan oleh keseuaian tanah yang

membolehkan penduduk kampung menanam sayur-sayuran , menjalankan kegiatan

penanaman padi , industri getah dan kelapa sawit . Keadaan tanah yang subur ini

menyebabkan tumbuh-tumbuhan yang ditanam di kampung Bomboi dapat bertumbuh

dengan sempurna . Tambahan pula Suhu dan cuaca yang baik menyebabkan kawasan

terpilih itu dijadikan sebagai kampung Bomboi . perkara ini juda mendorong penduduk

kampung untuk terus berusaha memajukan kampung Bomboi .

Pembukaan Kampung Bomboi juga pada awalnya menitik beratkan pemilihan

topografi setempat . Pemilihan tapak yang sesuai adalah berdasarkan kajian menggunakan

peta kontur dan menjalankan pemeriksaan di tapak . Antara kriteria pemilihan tapak

kampung adalah kawasan tanah yang mempunyai cerun yang landai atau tanah datar .

Kampung Bomboi mempunyai kawasan tanah datar yang mana perkara ini memudahkan

urusan pengangkutan luar masuk kawasan bandar . Tapak perkampungan yang sesuai ini

juga telah membolehkan penduduk kampung mendirikan rumah dengan pesat tanpa perlu

mengeluarkan kos wang yang banyak untuk menyediakan tapak perumahan .


000813-12-1695

3.0 Sejarah perkembangan kampung Bomboi dari aspek Ekonomi dan sosial pada tahun
1995 – 2015 serta cabaran yang dihadapi dalam memajukan kawasan tersebut

Kebanyakan Penduduk kampung Bomboi terlibat dengan Pertanian iaitu mewakili kira-

kira 80 Peratus ( % ) dan Sementara bekerja sendiri pula ialah 10% Penjawat kerajaan dan

swasta pula adalah 10% . Kebanyakan petani di sini hanya bekerja sebagai penoreh getah dan

juga menanam padi sawah. Selain itu, terdapat juga sebilangan penduduk yang menjalankan

aktiviti penanaman padi bukit . Tambahan pula , terdapat segelintir penduduk yang menceburi

bidang perniagaan secara kecil-kecilan seperti menjual barangan runcit, sayur-sayuran ,

tembakau dan juga mengusahakan gerai makanan mereka sendiri. Potensi Penduduk untuk

maju dalam aspek ekonomi ini adalah amat cerah jika dilihat pada perkembangan positif dan

juga sikap penduduk di kampung Bomboi . Antara tanaman yang diusahakan oleh penduduk

kampung ialah Tanaman Getah dengan peratusan sebanyak 100 %, tanaman kelapa sawit

dengan peratusan sebanyak 10 %, Tanaman padi dengan peratusan sebanyak 60 %, Tanaman

buah-buahan dengan peratusan sebanyak 30 %, Pokok Gaharu dengan peratusan sebanyak 10

%, Tanaman Lada pelbagai jenis dengan peratusan sebanyak 15 %. Kesemua tanaman ini

merupakan sumber utama pendapatan penduduk sebagai salurang wang untuk menampung kos

sara hidup keluarga . Terdapat juga penduduk luar yang Datang ke kampung Bomboi untuk

meninjau perkembangan perusahaan getah yang kian berkembang pesat di kampung Bomboi .

Menjelang tahun 1990, ramai penduduk yang menukar cita rasa mereka untuk menanam

tanaman kelapa sawit disebabkan harga pasaran sawit yang tinggi pada masa itu . Tambahan

pula terdapat sebuah syarikat iaitu Syarikat Jutaya yang membeli tanah ratusan ekar di

pedalaman kampung Bomboi untuk dijadikan ladang sawit . Hal ini telah membantu sedikit

sebanyak kampung Bomboi dalam ekonomi Mereka, sebahagian mereka bekerja di kawasan

ladang tersebut . Malahan terdapat segelintir penduduk kampung yang mengusahakan


000813-12-1695

penanaman kelapa sawit secara besar-besaran secara persendirian yang mana perkara ini telah

memberikan manfaat yang banyak dalam aspek ekonomi kampung .

Seterusnya , terdapat juga sesetengah penduduk yang pada mulanya mundur dari segi

ekonomi . Namun , apabila timbul idea mereka untuk mendirikan sebuah kedai runcit dan kedai

makan kecil-kecilan yang menyebabkan taraf ekonomi mereka meningkat . Berdasarkan kajian

yang dilakukan oleh penduduk kampung sendiri , kampung Bomboi merupakan salah satu

kampung yang strategik . Hal ini kerana laluan kampung Bomboi merupakan laluan

penghubung kepada kampung Kindasan, Kampung Penagatan, Kampung Damai, Kampung

Kilampun dan juga Kampung minawo Ulu. Pengguna jalan raya yang menggunakan laluan itu

sering membeli di gerai dan kedai makan kecil-kecilan untuk berehat sebentar . Kewujudan

gerai dan kedai makan kecil-kecilan ini telah menjadi buah mulut dalam penduduk yang berada

berhampiran dengan kawasan kampung Bomboi . Penduduk luar yang melalui laluan kampung

itu semakin datang untuk singgah berehat di tempat tersebut dan hari demi hari, jumlah

pelanggan yang datang juga semakin ramai. Hal ini menyebabkan banyak lagi kedai runcit

diwujudkan untuk menampung bilangan pengunjung yang datang ke gerai mereka. Pada masa

kini, ekonomi di kampung Bomboi telah pun berkembang dengan baik, dengan adanya kos

kewangan yang mampu menampung keperluan kampung hasil daripada usaha dan kegigihan

masyarakat kampung itu sendiri, mereka mampu menaiktaraf pembangunan kampung Bomboi

yang bertujuan untuk memberikan manfaat kepada penduduk setempat .

Dalam usaha membangunkan kampung Bomboi , masalah kewangan merupakan salah

satu daripada punca utama mengapa proses pembangunan kawasan tersebut menjadi perlahan

. Hal ini disebabkan keadaan ekonomi kampung yang tidak begitu memuaskan. Antara faktor

yang menyebabkan perkara sebegini timbul ialah kurangnya golongan-golongan bekerjaya di

dalam kalangan masyarakat kampung itu sendiri. Golongan ini memainkan peranan penting

dalam usaha membangunkan kampung kerana Sedikit sebanyak mereka akan memberikan
000813-12-1695

sumbangan berbentuk kewangan kepada tabung pembangunan kampung. Selain itu harga

kelapa sawit dan getah yang jatuh juga memberi impak yang besar kepada proses pembangunan

kampung. Hal ini kerana Kampung Bomboi Sangant bergantung kepada Kelapa sawit Dan

getah kampung sebagai sumber pendapatan terbesar mereka. Namun, kejatuhan harga untuk

kedua-dua industri ini telah menimbulkan suatu rintangan dalam proses pembangunan

kampung. Duit yang disalurkan untuk membina kemudahan-kemudahan seperi perpustakaan

dan pusat internet 1 Malaysia juga tergendala. Akibatnya perkara ini akan berbalik kepada

penduduk kampung itu sendiri

Dalam aspek sosial pula, pada mulanya, kampung Bomboi dari segi pencapaian prestasi

pendidikan masih belum begitu maju. Hal ini disebabkan oleh beberapa faktor yang

menyebabkan bilangan penduduk yang berjaya melanjutkan pelajran ke universiti itu kurang.

Antara faktor yang menyebabkan perkara ini berlaku adalah disebabkan oleh faktor kesedaran

dalam kalangan ibu bapa tentang betapa pentingnya pendidikan terhadap anak-anak mereka

untuk memperoleh masa depan yang lebih cerah. Segelintir ibu bapa beranggapan bahawa

melibatkan diri dalam aktivit persekolahan hanya akan menghabiskan wang ringgit kerana

mereka tidak memperoleh apa-apa yang menarik. Oleh itu, para ibubapa tersebut lebih

mendorong anak-anak mereka untuk bekerja di ladang dan juga menguruskan kebun-kebun

mereka supaya mereka boleh memperoleh wang dalam masa yang sama dapat membantu

keluarga dalam memajukan kawasan perusahaan mereka. Selain itu, terdapat juga segelintir

ibubapa yang menggalakkan anak-anak mereka untuk bekerja pada usia yang muda kerana

faktor kekurangan ataupun faktor ekonomi keluarga yang tidak stabil. Hal ini kerana, pada

masa dahulu taraf pendidikan adalah rendah yang mana ia telah mneyebabkan kurang

kakitangan pekerja dalam kalangan penduduk kampung Bomboi. Berlanjutan dengan hal ini ,

ibubapa telah meminta anak-anak mereka bekerja supaya dapat menampung kos sara hidup
000813-12-1695

keluarga . Tambahan lagi , keluarga yang mempunyai bilangan ahli yang sangat ramai , Hal ini

memerlukan penggunaan wang ringgit yang banyak . Namun , Menjelang tahun 1990 taraf

pendidikan di kampung Bomboi mula berkembang , hal ini disebabkan timbulnya kesedaran

dalam kalangan ibu bapa tentang pentingya pendidikan terhadap anak-anak mereka .Tambahan

pula, faktor ekonomi keluarga yang meningkat telah menyebabkan ibubapa dapata menampung

kos pembiayaan sekolah anak-anak mereka . Sasaran mereka pada masa itu adalah setiap

keluarga perlulah mempunyai sekurang-kurangya seorang ahli yang mempunyai kelulusan

diploma, ijazah dan seterusnya. Berikut merupakan senarai graduan-graduan yang telah

Berjaya menghabiskan pengajian mereka dan kini sedang bekerja . En . Justine Salim –(Guru)

, Benjamin Malibin - (Bahagian Hospital) , En Handrie Yamorong – (Guru) , En . Rinus

Kilip(Guru) , En . John Kilip (Pegawai Tadbir) , Pn Celicia Augustin – (Guru) , En . Rudy

Kilip – ( Guru ) , En . Louis Pomin ( pegawai swasta ) , En Helbert Nasip – ( Bahagian

Perladangan ) , Pn . Easter Ansoon – ( Jururawat Pekan Pensiangan ), Pn July Ansoon – (

Guru muzik , Chamber School Of music ). Ketika ini, Kampung Bomboi mempunyai tabika

kemas yang dibina pada tahun 2006 atas usaha pengerusi Jawatan Kuasa dan Kemajuan

Kampung (JKKK)En . Handrie Yamorong. Namun, Kampung Bomboi, tidak mempunyai

sekolah rendah menyebabkan pelajar sekolah rendah terpaksa bersekolah di Sekolah

Kebangsaan ( SK ) Penagatan, Keningau yang mana jaraknya kira-kira dalam 1.5 Kilometer (

KM ) dari Kampung Bomboi. Selepas Menamatkan Pelajaran di sekolah rendah , Maka pelajar

tersebut akan melanjutkan pengajian mereka di Sekolah Menengah Kebangsaan ( SMK )

Keningau I yang mana jaraknya dari kampung bomboi adalah 5 KM

Seterusnya, pada awal 80’an, sebuah institusi gereja telah dibina iaitu St . Yohanes

Rasul Bomboi . Pada masa itu, penduduk kampung menganut agama Kristian Katolik mewakili

jumlah peratusan sebanyak 70% . Kebanyakan penganut-penganut agam Kristian ini terdiri

daripada keluarga yang berasal daripada kampung Sintuong-Tuong dan Kampung Garas,
000813-12-1695

Tambunan. Mereka telah berkerjasama dalam memajukan institusi gereja mereka sendiri untuk

kepentingan bersama dalam memajukan masyarakat Kristian mereka. Disamping itu, terdapat

juga sebuah surau yang dibina menjelang pertengahan tahun 90’an lagi. Pada masa itu,

penduduk kampung bomboi yang menganut agama Islam adalah sebanyak 30% daripada

keseluruhan penduduk Bomboi. Walaupun penduduk kampung Bomboi tinggal dalam keadaan

berbilang kaum dan agama, namun integrasi dan perpaduan di Kampung ini adalah sangat baik

kerana wujudnya persepakatan dan kerjasama yang erat di antara semua penduduk tanpa

mengira agama. Keadaan ini juga disebabkan oleh beberapa tindakan yang diambil oleh

penduduk kampung Bomboi sendiri . Mereka Mengadakan Pelbagai program yang bertujuan

untuk menjaga integrasi dan perpaduan masyarakat mereka sendiri. Antaranya ialah,

Membahagikan Kampung kepada lima blok yang mana setiap blok diketuai oleh ketua-ketua

blok. Hal ini bertujuan untuk memudahkan pengurusan dan keceriaan untuk sentiasa berjalan

dengan lancar serta mengadakan mesyuarat kampung sekali dalam dua bulan

Kelemahan pemilihan Ahli Jawatankuasa Kemajuan Dan Keselamatan Kampung

(JKKK) turut menjadi cabaran kepada pembangunan kampung. Ia timbul apabila terdapat

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Dan Keselamatan Kampung (JKKK) yang tidak ingin

melepaskan jawatan mereka kerana ingin kekal berkuasa di kampung berkenaan.Selain

kelemahan pemilihan JKKK wujud juga pertindihan kuasa di peringkat kampung yang

menyukarkan urusan pentadbiran di kawasan kampung. Di Sabah, di kawasan kampung urusan

pentadbiran lazimnya dilakukan oleh dua pihak iaitu ketua kampung dan pengerusi JKKK

menyebabkan pertindihan kuasa dalam memberikan arahan dalam menguruskan kampung

mengalami pertindihan. Disebabkan itu, wujudnya pendapat yang berbeza dalam kalangan dua

pemimpin yang mentadbir


000813-12-1695

KESIMPULAN

Kajian Terhadap “ Sejarah perkembangan Kampung Bomboi Dari aspek Ekonomi dan

sosial serta sumbanganya terhadap masyarakat setempat” Telah banyak memberikan

maklumat yang sangat bermanfaat kepada pengkaji . Kajian yang telah dilakukan selama 3

Minggu ini telah memberikan pengkaji pengalaman yang baharu dan menarik .Tugasan ini

menggerakkan pengkaji untuk mempelajari tentang Sejara asal-usul kampung Bomboi dan

bagaimana kampung ini memberikan banyak manfaat kepada penduduk setempat bagi

mendapatkan bahan untuk menyiapkan tugasan kerja kursus ini . Melalui kajian ini , Pengkaji

menyedari bahawa kita haruslah berbangga akan kejayaan yang telah ditunjukkan oleh

kampung kita sendiri kerana telah banyak membantu dan memberikan sumbangan untuk

masyarakat setempat . Secara tuntasnya , Kajian Kerja Kursus ini telah menyedarkan pengkaji

tentang petingnya sifat berkerjasama dan prihatin serta sifat kemanusiaan .


000813-12-1695

BIBLIOGRAFI

Sumber primer

Encik Joseph Salim , JKKK KG.Bomboi ( 13 Februari 2019 )

Sumber sekunder

Kamus dewan edisi keempat , Keningau : Perpustakaan , 2016 , 667

Kamus Komprehensif Bahasa Melayu , Keningau : Perpustakaan , 2005 , 355

Salim Joseph . 2009 Profil Kampung Bomboi , Keningau .


000813-12-1695

NOTA AKHIR

1 Kamus dewan edisi keempat , Keningau : Perpustakaan , 2016 , 667

2 Ibid,

3 Kamus Komprehensif Bahasa Melayu , Keningau : Perpustakaan , 2005 , 355

4
Ibid ,

You might also like