You are on page 1of 7

TAJUK : SEJARAH KAMPUNG SEMERA, SADONG JAYA, ASAJAYA,

SAMARAHAN DARI TAHUN ( 1990 HINGGA 2000)

PENGENALAN

Kampung Semera merupakan sebuah perkampungan yang terletak di daerah


Sadong Jaya, Asajaya, Samarahan, Sarawak. Kampung ini merupakan perkampungan
nelayan di persisir pantai dan perkampungan yang terbesar serta ramai penduduk .
Pentadbiran Kampung Semera ini dibahagikan lagi kepada beberapa kampung seperti
Semera Laut (Hilir), Semera Masjid, Semera Lot dan Semera Ulu. Setiap kampung
ditadbir oleh Ketua Kampung masing-masing. Lebih istimewa, kemudahan rumah
ibadatnya yang banyak berbanding kampung-kampung lain.Kampung Semera
mempunyai sebuah masjid dan tujuh buah surau untuk kegunaan penduduk kampung
masing-masing. Bagi mereka yang pertama kali mengunjungi kampung ini, mereka
boleh berkunjung ke Perpustakaan Desa Kampung Semera untuk mendapatkan
maklumat berkaitan Kampung Semera.

OBJEKTIF KAJIAN

Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengenalpasti asal usul Kampung
Semera sebagai pernempatan penduduk di persisir pantai dari tahun 1990 hingga
2000.

Kajian ini juga akan menganalisis bilangan penduduk dan kaum yang terdapat di
Kampung Semera.

Selain itu, kajian ini juga menjelaskan perkembangan dari aspek politik, ekonomi,
dan sosial yang berlaku di Kampung Semera dari tahun 1990 hingga 2000.

PERMASALAHAN KAJIAN

Permasalahan kajian ini ialah untuk mengenalpasti bilakah wujudnya


pertempatan di Kampung Semera .
Di samping itu, kajian ini juga juga akan menganalisis apakah kaum yang
mendiami di Kampung Semera.

Selain itu, kajian ini juga turut menjelaskan apakah perkembangan dari aspek
politik, ekonomi, dan sosial di Kampung Semera dari tahun 1990 hingga 2000.

SKOP KAJIAN

Skop kajian terdiri dari tiga aspek iaitu:

Dari segi tempat kajian, pengkaji akan mengenalpasti asal usul pertempatan di
Kampung Semera. Hal ini kerana, tempat kajian merupakan kampung halaman
pengkaji supaya pengkaji lebih mengenali kampung halamannya dengan lebih
mendalam.

Selain itu,dari segi tempoh kajian, pengkaji menetapkan tempoh kajian iaitu 10
tahun,bermula dari tahun 1990 hingga 2000 kerana pengkaji berpendapat bahawa
banyak perubahan yang berlaku dalam tempoh tersebut.

Seterusnya,dari segi isu kajian menfokuskan kepada asal usul, bilangan penduduk
dan kaum yang terdapat di kawasan tersebut dan perkembangan pembangunan yang
berlaku di Kampung Semera bagi mendedahkan kepada generasi akan datang supaya
lebih mengenali perubahan dan sejarah yang berlaku di kampung Semera.

SOROTAN KAJIAN LEPAS

Kajian terdahulu mengenai Kampung Semera ini dilakukan oleh Dr.Sulaiman Hj


Husaini dikeluarkan pada tahun 2008 bertajuk “Samarahan Dari Kampung Terpencil
Ke Desa Ilmu”. Buku ini berkisar tentang sejarah-sejarah yang berlaku di kawasan
Samarahan yang membincangkan perkembangan dari aspek sosial, ekonomi, dan
politik penduduk di kawasan tersebut.

Seterusnya, buku yang bertajuk “Gedong Memuduki Sejarah Menghiliri Budaya”


yang dikarang oleh Hazami Jahari, Santrol Abdullah dan Suhailey Mahamad
dikeluarkan pada tahun 2017. Buku ini menjelaskan sejarah kewujudan Kampung
Gedong sebelum kurun ke 15 yang memperlihatkan sejarah kegemilangan Gedong.
Seterusnya, buku yang bertajuk “Sarawak” yang diterbitkan oleh Jabatan Ketua
Menteri, Kuching, Negeri Sarwak, Malaysia yang merupakan buku Edisi Pertama Mei
2012. Buku ini menjelaskan sejarah dan pembangunan serta perkembangan di setiap
bahagian yang dibahagikan kepada 12 bahagian di Sarawak.

Di Samping itu, buku yang bertajuk “The Story Behind the Villages in Lundu
District” yang ditulis oleh Azmi bin Haji Bujang serta diterbitkan pada 2016 oleh
Bumi Serasi. Buku ini berkisar tentang kewujudan 80 daripada 99 kampung yang
terdapat di daerah Lundu termasuk daerah kecil sematan dan mengkhususkan kepada
sejarah kampung-kampung di Kampung Lundu.

Selain itu, kajian ilmiah yang bertajuk “A History of Sarawak from 1841 to
1946” yang ditulis oleh Steven Ruciman dan diterbitkan pada 2011 oleh Cambriged
University Press. Buku ini menjelaskan tentang sejarah pemerintahan Raja Brooke
dalam membentuk negeri Sarawak. Sultan Brunei memberikan anugerah kepada Raja
Brooke kerana telah memerintah keseluruhan Borneo serta dapat membentuk
penduduk Sarawak yang hidup dalam harmoni.

Kajian ilmiah yang terdahulu mengenai “Daerah Telang Usan” yang terdapat
dalam jurnal Rakan Sarawak pada April dan Jun 2016 yang ditulis oleh Samson Tan
dan diterbitkan oleh Faradale media.Sdn.Bhd. Artikel ini berkisar tentang bilangan
penduduk dan keluasan serta perubahan perkembangan yang berlaku di kawasan
penempatan Daerah Telang Usan.

Artikel “Daerah Kecil Long Bedian dan Daerah Kecil Long Lama” dalam jurnal
Sarawak Score yang ditulis oleh Muhd Fuad Jobli yang diterbitkan pada April hingga
Jun 2018. Jurnal ini menerangkan sejarah awal masyarakat Long Bedian yang atau
lebih dikenali sebagai Sungai Durian di Apoh telah dijadikan sebagai tapat
pertempatan untuk mendirikan rumah panjang.

KAEDAH KAJIAN

Dalam menghasilkan kajian ini ,pengkaji menggunakan dua kaedah iaitu kaedah
temu bual dan kaedah kepustakaan. Kaedah yang pertama dalam kajian ini adalah
kaedah temubual ,kaedah temu bual ini bercirikan seperti menemu bual secara
langsung penduduk di kawasan tersebut bagi mendapatkan maklumat yang berkaitan
dengan kajian .

Di samping itu, bagi mengukuhkan lagi penyelidikan ,pengkaji menggunakan


kaedah kepustakaan untuk mendapatkan maklumat yang berkaitan dengan
kajian .Kaedah perpustakaan ini menggunakan sumber seperti penyelidikan
buku-buku ilmiah jurnal-jurnal yang berkaitan,majalah, surat khabar dan laman
sesawang .Kaedah ini akan merupakan kaedah yang mudah untuk mendapatkan
segala maklumat berkaitan kajian .

PEMBAHAGIAN STRUKTUR ESEI

Dalam bahagian pengenalan ,pengkaji akan menjelaskan berkaitan Kampung


Semera secara umum.

Dalam bahagian ini, pengkaji akan mengenalpasti asal usul pertempatan di


Kampung Semera dari tahun 1990 hingga 2000 dengan merujuk kepada sumber yang
sedia ada

Selain itu, bahagian ini juga akan menganalisis bilangan penduduk dan jenis
kaum yang mendiami Kampung Semera.

Tambahan pula, pengkaji turut menjelaskan perkembangan pembangunan yang


berlaku di Kampung Semera.

Dalam bahagian kesimpulan ini, pengkaji akan merumus sejarah di Kampung


Semera kepada supaya masyarakat setempat lebih mengenali sejarah Kampung
Semera dengan lebih terperinci. Masyarakat yang mendiami kampung ini perlu
sentiasa bekerjasama dalam meningkatkan pembangunan dari pelbagai aspek supaya
Kampung Semera lebih dikenali ramai .
PENUTUP

Pengkaji berharap kajian ini dapat menjawab segala permasalahan yang berkaitan
kajian yang menjadi persoalan. Diharapkan juga agar kajian seperti ini dilakukan oleh
pengkaji-pengkaji lain pada masa akan datang agar Kampung Semera ini lebih
dikenali bukan sahaja di kawasan setempat malah di seluruh negeri di Malaysia.

BIBLIOGRAFI

BUKU ILMIAH

Azmi bin Haji Bujang, 2016, The Story Behind the Villages in Lundu District, Bumi
Serasi.

Dr. Sulaiman Hj Husaini, 2008, Samarahan Dari Kampung Terpencil Ke Desa Ilmu,
Pejabat Residen Samarahan.

Hazami Jahari, Santrol Abdullah dan Suhailey Mahamad, 2017, Gedong Memuduki
Sejarah Menghiliri Budaya, Dewan Bahasa dan Pustaka.

Steven Ruciman, 2011, A History of Sarawak from 1841 to 1946, Cambriged


University Press.

2012, Sarawak A Pictorial Journey Of Progress and Development, Jabatan Ketua


Menteri Negeri Sarawak.

JURNAL
Muhd Fuad Jobl, 2018, Daerah Kecil Long Bedian dan Daerah Kecil Long Lama,
Rakan Sarawak : 5 Tahun Cemerlang : Sarawak Score Corridor Of Renewable
Energy, Faradale Media-M Sdn Bhd.

Samson Tan, 2016, Daerah Telang Usan, Rakan Sarawak : 5 Tahun Cemerlang :
Sarawak Score Corridor Of Renewable Energy, Faradale Media-M Sdn Bhd.

LAMAN SESAWANG

“Sejarah Kampung Semera, Asajaya”, pjkasajaya, Dilayari pada 27 Januari 2019

http://pjkasajaya.blogspot.com/2012/03/sejarah-kampung-semera-asajaya-kamp
ung.html (dilayari pada 27 Januari 2019)

“Maklumat am”, pekanasajaya,.pi1m, Dilayari pada 2 Februari 2019

http://pekanasajaya.pi1m.my/index.php/warga-pi1m/maklumat-pi1m/maklumat-a
m (dilayari pada 2 Februari 2019)

“Sejarah politik daerah kecil sadong jaya”, samarahan.sarawak, Dilayari pada 25


Februari 2019,
https://samarahan.sarawak.gov.my/asajayado/page-0-105-237-Profil-Pejabat-Da
erah-Sadong.html (dilayari pada 25 Februari 2019)

You might also like