You are on page 1of 23

KMK SEM 3 STUDY

1) Sultan Alau’din digambarkan sebagai seorang


pemimpin yang arif dan bijaksana. Dengan
mengemukakan contoh berdasarkan teks Sulalatus
Salatin. Bincangkan strategi yang dilaksanakan sehingga
wujudnya kemakmuran di Melaka
A) Strategi membuat perancangan bagi memastikan
matlamat dicapai
B) strategi mengagihkan tugas kpd orang yg dipimpin
C) mewujudkan corak kepimpinan yang cekap
Kepimpinan merupakan satu proses di mana pemimpin
mempengaruhi orang yang dipimpin supaya
melaksanakan tugas utk mencapai objektif yg telah
ditetapkan. Nama sebenar Sultan Alau’din Riayat Syah
ialah Raja Hussain dan baginda merupakan anakanda
Sultan Mansur Syah. Antara strategi yang dilaksanakan
oleh baginda ialah membuat perancangan bagi
memastikan matlamat dicapai, mengagihkan tugas,
melakukan kawalan, mewujudkan sifat kepimpinan yg
cekap dan memilih tenaga kerja berdasarkan kemahiran
Strategi yang dilaksanakan oleh Sultan Alaud’din Riayat
Syah ialah strategi membuat perancangan bagi
memastikan matlamat dicapai. Pemimpin yang
berwawasan perlu merancang dan menentukan
matlamat organisasi yang ingin dicapai supaya semua
pihak dalam organisasi mempunyai gambaran yang jelas
terhadap kehendak pemimpin. Jika pemimpin gagal
merancang maka ia akan menjadi sukar untuk mencapai
matlamat organisasi. Contohnya, Sultan Alau’din telah
menyusun strategi dgn perancangan teliti utk
menumpaskan pencuri demi mewujudkan keamanan di
Melaka. Oleh itu, jelaslah bahawa strategi membuat
perancangan bagi memastikan matlamat dicapai
merupakan antara strategi yang dilaksanakan oleh Sultan
Alau’din Riayat Syah.
Strategi kedua yang dilaksanakan oleh Sultan Alau’din
ialah strategi mengagihkan tugas kpd orang yg dipimpin.
Pemimpin yang sistematik perlu membuat pengagihan
tugas supaya tidak berlaku pertindihan tugas dalam
kalangan pekerja yang akan menyebabkan kemunculan
rasa tidak puas hati di kalangan pekerja. Jika pemimpin
gagal mengagihkan tugas dgn baik maka akan berlaku
ketidakcekapan dalam melaksanakn tugas yg diberi.
Contohnya, Sultan Alau’din mengagihkan tugas kpd
pegawai2 istana dgn mempunyai jawatan seperti
Bendahara, Laksamana dan Temenggung yang
mempunyai bidang tugas masing2.
Strategi ketiga yang dilaksanakan oleh Sultan Alau’din
ialah mewujudkan corak kepimpinan yang cekap.
Pemimpin yang dapat memimpin secara berkesan akan
berjaya mempengaruhi pekerjanya dan akan dihormati
oleh para pekerja. Jika pemimpin bersikap negatif
terhadap pekerja maka pemimpin tidak akan berjaya
mempengaruhi pekerjanya dan tidak akan dihormati.
Contohnya, Sultan Alau’din tegas dan berani
menjalankan pemerintahan di Melaka yang
menyebabkan baginda dihormati oleh para pembesar
dan rakyat negeri Melaka.
3) Kestabilan politik penting dalam pembangunan
sesebuah negara. Bincangkan berdasarkan teks Sulalatus
Salatin
1) Pemerintah adil
- Sultan yang adil dan bertolak ansur mampu menjamin
kesejahteraan rakyat dan negara yang diperintah. Conoth
Sultan Mansur Shah bersetuju menghantar anaknya ke
Pahang selepas anaknya membunuh Tun Besar, anak Tun
Perak. Baginda menerima nasihat Tun Perak agar dapat
menjamin kesejahteraan dan keamanan negeri Melaka.
Dengan ini rakyat menyayangi baginda dan patuh kepada
arahannya
2) Pembesar yang cekap
- Pembesar yang cekap dan berwibawa sangat
membantu pemerintah utk mentadbir sebuah negara
seperti Bendahara Tun Perak mematahkan serangan
Siam dgn kebijaksanaannya
4) Jelaskan kepimpinan yang tergambar dalam novel
SBDKL dalam konteks pembangunan negara berdasarkan
watak YB Mohd Yusuf
a) Bijak berpolitik
b) Berpandangan jauh dan berwawasan
c) Bertanggungjawab
d)
Kepimpinan bermaksud keupayaan seorang pemimpin
utk mempengaruhi para pengikut utk melaksanakan
tugas agar dapat mencapai matlamat yang ditetapkan. YB
Mohd Yusof merupakan seorang ahli usahawan dan ahli
politik yang merupakan wakil rakyat bagi Lembah
Tualang.
Kepimpinan YB Mohd Yusof yang pertama ialah bijak
berpolitik. Pemimpin harus bijak dalam menyusun kata-
kata dan strategi politik agar mencapai kejayaan dalam
meraih undi dan kepercayaan rakyat. Pemimpin juga
harus bijak menjalinkan hubungan dengan orang2 yg
berpengaruh agar dapat mengukuhkan kedudukan politik
diri pemimpin dan mengukuhkan pengaruhnya terhadap
rakyat. Contohnya, YB Mohd Yusof merapatkan dirinya
dengan orang berpengaruh seperti Encik Muhammad utk
membantu penduduk kampung Lembah Tualang utk
mengubah nasib hidup mereka. Beliau membantu En
Muhammad utk menubuhkan Syarikat Lombong Lembah
Tualang dgn memberi cadangan utk memindahkan
penduduk kampung ke Rancangan FELDA. Beliau dapat
memenangi hati penduduk kampung dgn membantu
mereka dan berhubungan baik dgn En Muhammad.
Kesannya, negara semakin membangun dan produktiviti
meningkat kerana adanya wakil rakyat seperti YB Mohd
Yusof.
Kepimpinan YB Mohd Yusof yang kedua ialah
berpandangan jauh dan berwawasan. Pemimpin yang
berpandangan jauh dan berwawasan sentiasa berfikiran
ke hadapan demi keamanan dan kesejahteraan orang
yang dipimpin dan negara. Pemimpin harus berfikiran
jauh dalam memimpin utk memastikan negara sejahtera
dan aman. Contohnya, YB Mohd Yusof berfikiran jauh
dan bersepakat dgn En Muhammad setelah beliau tahu
rancangan En Muhammad dgn Tauke Chan utk membina
rumah kos rendah tidak kesampaian. YB Mohd Yusof
telah mencadang kpd En Muhammad utk memindahkan
penduduk kampung Lembah Tualang ke Rancangan
FELDA agar Lombong Lembah Tualang dpt dibina dan
penduduk kampung memperoleh tanah dan peluang
pekerjaan. Kesannya, YB Mohd Yusof dapat mengekalkan
pengaruhnya dan negara dapat peningkatan ekonomi
melalui Syarikat Lombong Lembah Tualang.
Kepimpinan YB Mohd Yusuf yang ketiga ialah
bertanggungjawab. Pemimpin perlu bersifat
tanggungjawab terhadap tugasan agar kepimpinan dapat
berjalan dgn lancar. Pemimpin yang bertanggungjawab
akan dihormati para pengikut dan para pengikut akan
lebih tertarik utk mengikuti pemimpin yang
bertanggungjawab memimpin mereka. Contohnya, YB
Mohd Yusof membantu penduduk kampung yg dalam
kesusahan seperti membina perumahan kos rendah dan
mengetahui perkembangan kehidupan penduduk
kampung. Oleh itu, YB Mohd Yusuf telah membantu
penduduk kampung berpindah ke Rancangan FELDA
setelah rumah dan tanah mereka dibeli oleh En
Muhammad utk melaksanakan projek Lombong Lembah
Tualang. Kesannya, pemimpin yang bertanggungjawab
dapat memajukan negara sehingga menjadi negara yang
terkemuka di dunia.
Bahagian C: Multimedia dalam Sastera
1) Berdasarkan puisi di atas, huraikan bagaimana ciri2
prinsip asas multimedia diaplikasikan dalam
menghasilakn persembahan multimedia

Multimedia sebagai medium digunakan utk


menyebarkan karya sastera kepada masyarakat.
Pengaplikasian teknologi komputer dalam sastera
sebagai media pilihan perkembangan sastera.
Penggunaan teknologi kompter dalam bidang sastera
melibatkan penggunaan elemen2 multimedia yg terdiri
drpd teks, grafik, animasi dan audio visual. Penggunaan
multimedia dlm sastera dapat mengekalkan ciri2 estetika
yg terkandung dlm karya sastera. Ciri2 prinsip asas
multimedia ialah Teks, Grafik, Animasi dan Audio Visual.
Ciri2 prinsip asas multimedia pertama yg diaplikasikan
ialah pertimbangan dari aspek teks. Penggunaan teks
dalam sesuatu persembahan multimedia haruslah
diminimakan penggunaannya kerana grafik, animasi dan
audio visual turut membantu dlm menghasilkan
persembahan multimedia yang berkesan. Penggunaan
teks yang terlalu banyak akan menyusahkan audiens utk
membaca kesemuanya. Kepadatan dan keringkasan teks
yang dipilih sesuai kerana memberikan kesan kpd
keseluruhan persembahan. Contohnya, penghasilan
persembahan multimedia berdasarkan Pantun Budi
memerlukan jumlah teks yg minima iaitu penggunaan
pembayang sahaja kemudian diikuti oleh maksud.
Jelaslah pertimbangan penggunaan teks yang minima
tetapi tepat mampu memudahkan pemahaman audiens.
Ciri2 prinsip asas multimedia kedua yg diaplikasikan ialah
pertimbangan dari aspek grafik. Penggunaan grafik dalam
sesuatu persembahan multimedia harus menggunakan
grafik yang sesuai dengan teks untuk memperjelaskan
fakta maklumat yang ingin disampaikan. Penggunaan
grafik yang tidak jelas akan menjejaskan kefahaman
audiens terhadap kandungan persembahan multimedia
yang disampaikan. Grafik yang dipilih . Contohnya,
penghasilan persembahan multimedia berdasarkan
Pantun Budi memerlukan grafik yang dapat menyokong
teks di dalam bingkai agar maksud pantun tersebut dapat
disampaikan kepada audiens dengan berkesan. Jelaslah
pertimbangan penggunaan grafik yang sesuai dgn teks
dapat menarik perhatian audiens terhadap persembahan
multimedia
Ciri2 prinsip asas multimedia ketiga yg diaplikasikan ialah
pertimbangan dari aspek animasi. Penggunaan animasi
dalam sesuatu persembahan multimedia harus
digunakan secara tidak terlalu cepat sehingga maklumat
yg ingin disampaikan tidak difahami oleh audiens.
Penggunaan animas yang terlalu cepat akan
menyebabkan audiens berasa keliru dan tidak dapat
mengikut persembahan multimedia yg disampaikan.
Contohnya, penghasilan multimedia berdasarkan Pantun
Budi memerlukan animasi yang tidak terlalu cepat utk
menyampaikan pergerakan grafik pembayang pantun
dan maksud pantun secara seragam. Jelaslah
pertimbangan penggunaan animasi yang tidak terlalu
cepat akan memudahkan audiens untuk menghayati
keseluruhan persembahan multimedia.
2) Bagaimana cara proses bahan sastera setiap prinsip
asas multimedia diaplikasikan
Teks merupakan bahan bertulis ataupun semua symbol,
huruf abjad, nombor dan pelbagai tulisan atau fon yang
dapat menyalurkan maklumat. Penggunaan teks yang
digunakan dalam persembahan multimedia interaktif
sewajarnya mengambil kira beberapa perkara iaitu teks
digunakan tidak terlalu banyak sehingga menghalang
latar belakang grafik dalam paparan. Teks juga perlu
mempunyai fungsi iaitu memberi kefahaman yg lebih
jelas. Contohnya, pesembahan peristiwa Badang Beroleh
Gagah, fon teks dan warna perlu sesuai, jelas dan tidak
terlalu banyak dalam paparan yang menjelaskan
peristiwa Badang memakan muntah hantu utk menjadi
gagah. Oleh itu, pemilihan teks yang baik akan memberi
kesan yang baik dalam persembahan
Grafik ialah sebarang paparan visual termasuk lukisan
dan kerja seni bergambar, foto atau illustrasi yang
digunakan untuk memperjelaskan maklumat yang
disampaikan. Penggunaan grafik dlm persembahan
multimedia sewajarnya mengambil kira beberapa faktor
seeperti grafik mesti disesuaikan mengikut keperluan dan
tidak menyinggung perasaan masyarakat. Contohnya,
persembahan peristiwa Badang Beroleh Gagah,
pengunaan grafik seorang lelaki yang gagah perkasa
digunakan utk mengambarkan peristiwa Badang
menggunakan kegagahannya utk menebang pokok2
hutan sehingga bersih. Oleh itu, pemilihan grafik yang
sesuai dapat memberi gambaran yang jelas terhadap
persembahan Multimedia yang disampaikan.
Audio visual ialah bunyi-bunyian atau muzik yang
dapat menimbulkan rangsangan dan kesan. Penggunaan
audio visual ini dalam sangat penting dalam penghasilan
bahan multimedia. Audio visual harus menyokong teks,
grafik dan animasi yang digunakan dalam paparan utk
memberi penghayatan terhadap persembahan
Multimedia. Contohnya, persembahan multimedia sajak
Seorang Jemaah memerlukan audio yang sesuai dengan
tema keagamaan iaitu audio lagu nasyid dan audio
bacaan doa. Oleh Itu, pengunaan audio visual yang sesuai
dapat memberi penghayatan yang lebih mendalam kpd
audiens.
3) Huraikan ciri-ciri teks dalam persembahan multimedia
yg menggunakan bahan sastera
a) Teks yang digunakan tidak terlalu banyak
b) Penggunaan jenis fon yang sesuai
c) Penggunaan saiz fon yang sesuai mengikut tujuan
d) Menyampaikan maklumat
e) Menimbulkan kesan kpd persembahan
Ciri-ciri teks yang pertama ialah teks yang digunakan
tidak terlalu banyak. Ini kerana karya sastera
disampaikan bukan sahaja menggunakan teks tetapi juga
dalam bentuk grafik, animasi dan audio visual. Teks yang
digunakan secara terlalu banyak dalam persembahan
multimedia akan menyebabkan elemen-elemen lain
multimedia terhalang. Jika teks yang terlalu banyak akan
mengelirukan audiens yang tidak sempat utk membaca
kesemua teks. Contohnya, baris-baris Sajak Seorang
Jemaah perlu dipilih dan disaring agar besesuaian dgn
elemen-elemen multimedia lain yang ingin digunakan.
Oleh itu, penggunaan teks yang secara sederhana dan
tepat akan memantapkan lagi persembahan multimedia
yang disampaikan
Ciri-ciri teks yang kedua ialah penggunaan jenis fon
yang sesuai. Jenis fon teks yang hendak digunakan perlu
disesuaikan berdasarkan golongan sasaran persembahan
multimedia. Jika penggunaan jenis fon tidak sesuai dgn
golongan sasaran maka minat mereka terhadap
persembahan multimedia akan terjejas. Cpntohnya,
persembahan multimedia Sajak Seorang Jemaah
memerlukan jenis fon yang terang dan mudah dibaca
seperti Times New Roman. Oleh itu, jelaslah penggunaan
jenis fon yang sesuai akan membantu audiens
memahami persembahan Multimedia dgn lebih baik.
Ciri-ciri teks yang ketiga ialah penggunaan saiz fon yang
sesuai mengikut tujuan. Saiz fon yang sesuai mengikut
tujuan serta golongan sasaran perlu diambil kira agar
persembahan multimedia dapat menarik minat audiens.
Saiz fon teks sepatutnya berada dalam lingkungan saiz
16-20 utk memastikan teks mudah dibaca dan maklumat
dapat disampaikan. Jika saiz fon tidak bersesuaian, maka
audiens tidak akan dpt maklumat yang ingin
disampaikan. Contohnya, persembahan multimedia Sajak
Seorang Jemaah menggunakan fon bersaiz 18 utk
menyampai teks maksud sajak dgn jelas.
Ciri-ciri teks yang keempat ialah menyampaikan
maklumat. Teks haruslah dapat menyampaikan
maklumat kepada audiens dgn cepat dan tepat seperti
yang disampaikan dalam karya asal. Audiens dapat
membaca, mentafsir dan memahami teks dengan jelas.
Contohnya, teks dalam persembahan multimedia Sajak
Seorang Jemaah harus dapat menyampaikan mesej
tentang keagamaan kepada audiens sama seperti yang
disampaikan dalam karya asal. Oleh itu, penggunaan teks
yang jelas dapat menyampaikan maklumat yang lengkap
kepada audiens.

Ciri-ciri teks yang kelima ialah menimbulkan kesan


kepada persembahan. Penyampaian bahan sastera
sepatutnya dapat meninggalkan kesan penghayatan kpd
audiens. Teks yang baik akan meninggalkan kesan ke atas
emosi audiens sama ada secara hiburan, pengajaran,
kesedihan dan sebagainya. Contohnya, penggunaan teks
dalam persembahan Sajak Seorang Jemaah dapat
menimbulkan kesan kesedihan terhadap perasaan
penyajak yang merindukan ahli Jemaah yang telah
meninggal dunia. Oleh itu, jelaslah penggunaan teks yang
baik dapat menimbulkan kesan emosi yang mendalam
kpd audiens.
4) Persembahan multimedia bahan sastera dapat
menarik perhatian khalayak. Jelaskan langkah langkah
penyediaan projek multimedia
A) Perancangan
B) Menyediakan papan cerita
C) Pembinaan
D) Pengeditan
E) Persembahan
Multimedia dalam sastera merupakan proses
komunikasi berasaskan teknologi komputer yang
menerapkan elemen2 multimedia dan menjadi medium
utk menggabungkan karya sastera. Terdapat empat
elemen dalam multimedia iaitu teks, grafik, animasi dan
audio. Langkah-langkah penyediaan projek multimedia
ialah perancangan, menyediakan papan cerita,
pembinaan, pengeditan dan persembahan.
Langkah yang pertama ialah perancangan. Teks sastera
yang ingin dimultimediakan harus dikenalpasti. Kajian
terperinci terhadap bahan tersebut harus dijalankan agar
dapat membuat tafsiran ke bentuk multimedia dgn tepat
dan sahih. Contohnya, cerita Badang Beroleh Gagah drpd
Sulalatus Salatin memerlukan perancangan dan kajian
terhadap watak Badang yang gagah agar kegagahannya
dapat disampaikan dgn sahih dlm bentuk Multimedia.
Oleh itu, ternyata perancangan yang terliti akan
memudahkan proses menjadikan bahan sastera sebagai
medium multimedia.

Langkah yang kedua ialah menyediakan papan cerita.


Penyusunan urutan cerita dilaksanakan mengikut
susunan bingkai dgn tepat kemudian memasukkan
empat elemen multimedia yang akan digunakan. Tempoh
masa dan persembahan juga diambil kira dalam
penyediaan papan cerita. Contohnya, papan cerita
tentang kisah Badang Beroleh Gagah dari Sulalatus
Salatin harus disusun tepat dgn mengikuti kisah Badang
dari seorang hamba sehingga menjadi hulubalang Seri
Rakna Wikrama. Oleh itu, ternyata penyediaan papan
cerita dapat memastikan penyediaan projek multimedia
dilaksanakan dgn tepat.
Langkah yang ketiga ialah pembinaan. Langkah ini
menentukan perisian yang akan digunakan untuk
menghasilkan projek multimedia, menggunakan elemen
multimedia yang menarik, menyunting audio visual dan
membuat rakaman suara jika perlu. Contohnya, kisah
Badang Beroleh Gagah dari Sulalatus Salatin akan
dihasilkan menggunakan perisian CapCut yang
mempunyai kemudahan elemen2 multimedia yang
sesuai utk digunakan dgn tajuk cerita Badang.

Langkah yang keempat ialah pengeditan. Langkah ini


merupakan proses menyunting bahan sastera ke dalam
bentuk Multimedia. Elemen multimedia disesuaikan agar
dapat menarik perhatian audiens dan memberi kesan
penghayatan kepada mereka. Contohnya, kisah Badang
Beroleh Gagah dari Sulalatus Salatin harus disesuaikan
dengan grafik dan audio visual yang menonjolkan
kegagahan Badang agar dapat menarik perhatian audiens
terhadap watak Badang.
Langkah yang kelima ialah persembahan. Langkah ini
menayangkan hasil kerja multimedia lengkap dengan
mengikuti masa yang telah ditetapkan. Persembahan
haruslah tidak mengambil terlalu banyak masa kerana ia
akan menjejaskan perhatian audiens. Contohnya,
persembahan multimedia kisah Badang Beroleh Gagah
dari Sulalatus Salatin haruslah hanya mengambil masa
sehingga lima minit sahaja kerana ceritanya tidak terlalu
panjang dan mudah utk difahami.
5) Grafik merupakan Prinsip Asas Multimedia.
Berdasarkan pernyataan tersebut, bincangkan
pertimbangan utk mengaplikasikan grafik dalam
persembahan multimedia bahan sastera.
A) Tujuan penggunaan dalam persembahan
B) Penyokong teks
C) Mengenal pasti khalayak
D) Mengenal pasti grafik yang digunakan
E) Kesan kpd khalayak
Multimedia dalam sastera merupakan proses
komunikasi berasaskan teknologi komputer yang
menerapkan elemen2 multimedia seperti teks, grafik,
animasi dan audio visual dan menjadi menjadi medium
utk menggabungkan karya sastera. Grafik merupakan
apa2 sahaja yg berbentuk lukisan atau gambar dlm
bentuk 2D atau 3D seperti carta dan illustrasi.
Pertimbangan grafik dalam multimedia ialah tujuan
penggunaan dalam persembahan, sebagai penyokong
teks, kenal pasti grafik yang digunakan, kenal pasti
audiens dan kesan kepada audiens.
Pertimbangan grafik yang pertama ialah tujuan
penggunaan dalam persembahan. Tujuan grafik dalam
persembahan multimedia adalah utk memperjelaskan
fakta teks dgn memberi gambaran yang jelas kpd
audiens. Contohnya, persembahan multimedia Anak-
anak yang bergelimpangan”, grafik sungai dipaparkan
bagi menggambarkan Sungai Tengas yang terdapat
dalam cerpen tersebut
Pertimbangan grafik yang kedua ialah sebagai
penyokong teks. Penggunaan grafik dapat menperjelas
teks yang dipaparkan agar khalayak mudah memahami
peristiwa yang ingin disampaikan . Contohnya, dalam
persembahan multimedia berdasarkan cerpen “Anak-
anak bergelimpangan”, grafik ikan haruan dan ikan2 lain
yg terdapat dalam Sungai Tengas merupakan watak2 yg
terdapat dalam cerpen tersebut seperti yang dicatatkan
pada teks.
Pertimbangan grafik yang ketiga ialah mengenal pasti
khalayak. Penggunaan grafik yang digunakan perlu sesuai
dgn khalayak sama ada utk kanak2, remaja atau umum.
Contohnya, persembahan multimedia “Anak2
bergelimpangan”, grafik yang digunakan adalah
berbentuk umum iaitu sesuai dgn setiap lapisan
masyarakat.
Pertimbangan grafik yang keempat ialah mengenal pasti
grafik yang digunakan. Grafik yang digunakan perlu
dikenalpasti dalam persembahan multimedia supaya
bersesuaian dgn elemen2 yg lain. Contohnya, dalam
persembahan multimedia berdasarkan cerpen Anak2 yg
bergelimpangan perlu dikenal pasti grafik yang akan
dipaparkan seperti grafik sungai, grafik ikan haruan dan
grafik kanak2 sedang bermandi manda yang bersesuaian
dgn tajuk
Pertimbangan grafik yang kelima ialah kesan kpd
khalayak.

6) Langkah penulisan papan cerita berdasarkan Sajak


Seorang Jemaah
A) Memahami takrifan papan cerita
B) Memahami dan mentafsirkan teks
C) Perancangan bahan
D) Penyediaan elemen2 multimedia
Langkah penulisan papan cerita yang pertama ialah
memahami takrifan papan cerita. Papan cerita adalah
skrip yang memberikan panduan iaitu input dan
maklumat dalam proses pemindahan dlm bentuk
multimedia. Ia juga dianggap sebagai satu siri lakaran
bagi menggambarkan isi kandungan bagi skrin
multimedia. Jika kita tidak memahami konsep papan
cerita, sudahpasti susunan elemen2 multimedia tidak
selari dgn tidak ada kesinambungan karya teks dalam
bentuk multimedia. Contohnya, penyediaan papan cerita
Sajak Seorang Jemaah berkaitan dgn seorang lelaki
muslim yang pd setiap pagi akan berjalan kaki ke masjid
utk menunaikan solat subuh berjemaah.
Langkah yang kedua ialah memahami dan mentafsirkan
teks. Perancangan teks sastera yang dipilih adalah dgn
membaca, mentafsir dan menyelidik karya sastera yang
dikaji. Bagi menghasilakn multimedia, sajak yang dikaji
perlulah difahami agar pelajar mudah utk mengambil isi-
isi penting langkah demi langkah utk menghasilkan papan
cerita. Contohnya, rangkap keenam yang berkaitan dgn
sebuah jalan yang sunyi setelah kematian ahli Jemaah
yang sentiasa ke masjid utk sembahyang diambil utk
dijadikan sebahagian papan cerita.
Langkah yang ketiga ialah perancangan bahan. Kita
perlu mengenal pasti bahan sastera yang akan digunakan
untuk menjadikannya dalam bentuk sastera. Ini kerana
papan cerita akan mencatatkan segala keperluan
terhadap bahan multimedia yang akan dibina supaya
pengguna dan audiens dapat menyusun cerita dgn lebih
berkesan. Contohnya, persembahan multimedia Sajak
Seorang Jemaah yang bertemakan keagamaan
memerlukan grafik yang berkaitan dgn hal keagamaan
begitu juga dgn lagu yang berunsur Islam seperti muzik
nasyid.
Langkah yang keempat ialah penyediaan elemen2
multimedia
Papan cerita perlu dimasukkan elemen multimedia
seperti gradik, teks, animasi dan juga audio visual.
Penghasilan papan cerita memerlukan kita membuat
catatan secara ringkas tentang tajuk2 kecil yang
berkaitan dgn tajuk dalam penghasilan papan cerita. Kita
perlu merancang bilangan papan cerita yang diperlukan,
jenis teks, grafik, animasi dan audio visual yang akan
diperlukan mesti ditulis dalam lakaran papan cerita.
Contohnya, grafik yang digunakan ialah seorang lelaki
berpakaian putih yang sedang berdoa, teks “Berdoa”,
audio visual ialah instrumental nasyid kumpulan Raihan
dan kahir sekali animasi menggunakan animasi dissolve
bagi gerakan grafik dan gerakan tulisan teks.

You might also like