You are on page 1of 10

1.

0 Pendahuluan
Terdapat tiga kaum di Malaysia yang terdiri daripada kaum Melayu, Cina dan India.
Ketiga-tiga

kaum

ini

mempunyai

makanan

tradisional

mereka

sendiri

yang

melambangkan identiti kaum masing-masing. Jika bercakap tentang makanan


tradisional, selalunya ia dihidangkan sewaktu hari perayaan seperti Hari Raya AidilFitri
bagi orang Melayu, Kaum Cina pula adalah ketika Hari Raya Cina manakala Kaum India
pula pada hari Deepavali. Ada di antara makanan tradisional ini yang bukan hanya
popular di kalangan kaum-kaum tertentu sahaja bahkan ada yang begitu popular di
seluruh

negara.

Makanan tradisional bagi kaum melayu adalah Nasi lemak, lemang, belacan,
rendang, dan lain-lain. Nasi Lemak merujuk kepada nasi yang dimasak menggunakan
santan kelapa bagi menambahkan rasa lemaknya dan ia amat digemari oleh
masyarakat di Malaysia. Nasi lemak sering dimakan di waktu pagi sebagai sarapan.
Lemang pula sering ada semasa hari-hari perayaan tertentu. Ia amat disukai oleh ramai
orang. Lemang sering dimakan dengan rendang atau serunding. Selain daripada nasi
lemak dan lemang tidak lupa juga dengan sambal belacan yang menjadi kegemaran
orang melayu. Dodol juga merupakan salah satu daripada makanan tradisional kaum
melayu.
Bagi makanan tradisional kaum Cina pula ialah Dim Sum, Char kway Teow, Nasi
Pulut, Chee Cheong Fun dan lain-lain lagi. Pertama sekali Dim Sum adalah masakan
orang cina yang dihidangkan pada waktu pagi hingga tengahari di kedai-kedai makan
cina atau di kedai khas Dim Sum sendiri. Char kway Teow dan nasi pulut cina atau nama
cinanya ialah Zhong Zi bukan sahaja menjadi makanan tradisi orang cina bahkan turut
digemari oleh masyarakat lain juga. Chee Cheong Fun atau nama lainnya rice noodle
roll ialah sejenis makanan Kantonis berasal daripada Cina Selatan dan Hong Kong.
Selain daripada makanan tradisional daripada kaum Melayu dan makanan
tradisional kaum Cina, kaum India juga tidak ketinggalan dengan makanan tradisional
mereka yang turut menjadi kegemaran oleh kaum-kaum lain seperti Muruku, Tosai, Idli,
Nasi Beriani dan macam-macam lagi. Nasi beriani ada beberapa jenis seperti nasi
beriani gam yang turut digemari oleh bangsa lain. Selain itu, kuih muih India seperti

vadai, muruku dan suji juga merupakan makanan tradisional kaum India. Roti Canai
yang disukai oleh kaum India turut disukai oleh masyarakat lain di Malaysia.
2.0 Isi
2.1 Jenis makanan

Makanan yang saya pilih untuk kerja kursus ini adalah kuih bulan. Kuih bulan amat
sinonim dengan perayaan Pesta Tanglung. Perayaan ini akan disambut dengan kuih
bulan kerana kuih ini merupakan salah satu hidangan istimewa pada hari tersebut. Kuih
bulan tradisional diperbuat daripada adunan manis yang berinti kacang merah, atau
adunan biji teratai, ataupun kuning telur masin dan kuih ini akan dibakar menggunakan
ketuhar.
Kuih Bulan telah dimodenkan dengan pelbagai warna dan adunan dengan pelbagai
perisa seperti pandan, durian, keladi dan macam-macam lagi. Terserempak juga kuih
bulan yang dibuat dalam bentuk ais krim dan agar-agar dengan pelbagai warna dan
bentuk tetapi masih mengekalkan konsep bulat seperti bulan. Kuih bulan bertemakan
Angry Birds pun ada di pasaran hari ini. Itulah penangan arus kemodenan. Kuih Bulan
yang halal boleh juga dinikmati pelbagai bangsa dan ramai juga kawan saya berbangsa
Melayu dan India minat makan kuih bulan. Harga kuih bulan sudah makin tinggi dan

dikatakan kalau ada lebih intinya seperti kuning telur masin maka kini mencecah
puluhan ringgit.

2.2 Sejarah / latar belakang


Asal usul perayaan Kuih Bulan mula diperkenalkan semasa Pesta Menuai di Dinasti
Zhou. Sambutan ini diteruskan di istana semasa pemerintahan Dinasti Tang. Kuih Bulan
dihantar sebagai buah tangan kepada kaum keluarga dan sahabat handai amat
digalakkan untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan. Sejarah perayaan Kuih Bulan
bukan sahaja dengan makan kuih bulan dan perarakan tanglung tetapi semangat
perpaduan dan perjuangan yang tinggi dalam dua peristiwa yang berlaku.
Perayaan Kuih Bulan sangat berkait rapat dengan satu peristiwa sejarah dalam
memperingati perjuangan rakyat China yang bangkit menuntut kebebasan di bawah
pemerintahan Mongol yang menindas dan kejam. Kekejaman dalam pemerintahan
Mongol memaksa pihak Ming bersepakat untuk memberontak memperjuangkan dinasti
mereka.
Maharaja pada masa itu akan berdoa terhadap bulan agar keluarga bersatu padu
dan kedamaian negara dijamin. Amalan ini diteruskan semasa Dinasti Song disambut
oleh raja dan rakyat seluruh negara dan diwariskan hingga kini. Terdapat sejarah dan
mitos yang amat menarik sinonim dengan perayaan Kuih Bulan. Sebelum kita berbicara
tentang sejarah dan mitosnya, kita kenali Kuih Bulan sebagai satu hidangan istimewa
pada perayaan ini. Kuih Bulan diperbuat daripada adunan manis yang berinti kacang
merah, atau adunan biji teratai, atau kuning telur masin.
Pemimpin Xhu Yuan Zhang dan pengikutnya, Liu Bo Wen telah menyelitkan
sepucuk nota ke dalam kuih bulan kepada rakyat. Mesej yang diselit menerangkan caracara dan pesanan untuk rakyat bersatu menentang puak Mongol yang menindas
mereka selama ini. Pemberontakan berjaya maka kuih bulan menjadi makanan
kebanggaan dan simbol perjuangan keadilan dan juga dikenali sebagai perayaan
Pertengahan Musim Luruh.

Pernahkah anda dengar tentang Permaisuri Chang Er di bulan? Apa kata kita cuba
fokuskan penglihatan kita betul-betul terus kepada bulan pada 30 September ini. Ada tak
bayangan dewi di dalam bulan? Benar atau tidak itulah mitos perayaan Kuih Bulan
dengan cerita dongeng bahawa pada zaman purba, terdapat sepuluh buah matahari di
langit. Sepuluh buah matahari menyebabkan cuaca yang terlalu terik dan menyebabkan
rakyat hidup dalam kepanasan yang boleh membawa maut.
Semasa Zaman Dinasti Xia (2070 hingga 1600 Sebelum Masihi) seorang raja
bernama Hou Yi ialah Raja Negeri Youqiong merupakan pahlawan yang gagah dan
pandai memanah. Baginda disanjung kerana ada kuasa misteri dan berjaya memanah
sembilan daripada sepuluh buah matahari itu. Rakyat jelata amat gembira dan memuja
Hou Yi yang menyelamatkan mereka daripada ancaman maut. Hou Yi mempunyai isteri
yang jelita bernama Chang Er.
Hou Yi telah dihadiahkan ubat panjang umur oleh Permaisuri di Langit iaitu 'Wang
Muniangniang'. Ubat panjang umur tersebut akan mengurniakan seseorang yang
memakan ubat itu menjadi dewa atau dewi di kayangan. Hou Yi yang terlalu sayangkan
permaisurinya tidak sanggup makan ubat panjang umur dan menyerahkan ubat tersebut
untuk disimpan Chang Er. Peristiwa itu ternampak oleh Peng Meng, seorang pengikut
Ketika Hou Yi keluar, Peng Meng telah memaksa Chang Er memberikan ubat
panjang umur itu kepadanya. Chang Er mengetahui bahawa Peng Meng tidak jujur dan
akan melakukan sesuatu kepada rakyat jelata jika menjadi dewa dan Chang Er terpaksa
makan ubat tersebut untuk mengelakkan Peng Meng makan ubat panjang umur yang
mempunyai agenda yang tersembunyi.
Chang Er terpaksa menelan ubat panjang umur kerana tidak mampu melawan Peng
Meng dan akhirnya terus terbang dari bumi ke bulan dan menjadi dewi. Sekembalinya
Hou Yi ke istana, para dayang menceritakan segalanya kepada kepada Hou Yi namun
nasi sudah menjadi bubur. Chang Er telah pergi selama-lamanya menjadi dewi bulan.
Hou Yi berasa amat sedih, lalu menyeru permaisurinya di bulan kerana terlalu
merinduinya. Baginda mendapati bulan pada malam itu sangat bulat, besar dan terang.
Bayang permaisurinya yang bergerak di bulan pun dapat dilihatnya dengan jelas.

Setiap hari, Hou Yi berdoa untuk permaisurinya Chang Er di bulan dengan


meletakkan makanan yang disukai oleh permaisurinya di tempat tertentu seperti bak
kata pepatah "pungguk rindukan bulan". Dewi Chang Er menjadi pujaan rakyat di atas
kesanggupannya menelan ubat tersebut daripada jatuh ke tangan Peng Meng yang
mempunyai agendanya tersendiri. Rakyat jelata juga beramai-ramai berdoa dengan
meletakkan pelbagai jenis makanan, semoga Chang Er di bulan dapat memberikan
kesejahteraan dan keamanan kepada rakyatnya.
Doa yang dilakukan beramai-ramai oleh kaum Cina akhirnya menjadi tradisi pada
hari ke-15, bulan 8 menurut kalendar Cina. Akhirnya, menjadi perayaan dan tradisi
rakyat China terhadap kesetiaan Dewi Chang Er yang berkorban demi rakyat dan
negaranya. Sedih tetapi penuh dengan kesedaran yang boleh dijadikan pengajaran.
Terdapat banyak cerita dongeng yang berbeza-beza tentang asal-usul Pesta Kuih Bulan
di China, tetapi makan kuih bulan merupakan satu perkara yang paling penting dalam
Pesta Kuih Bulan ini.

2.3 Adat / Pantang larang


Setiap jenis makanan tradisional sudah tentu mempunyai adat atau pantang larang
tertentu. Ia adalah dikaitkan dengan warisan ataupun budaya sesuatu masyarakat.
Perkara ini berkait rapat dengan kuih bulan sekali. Pada malam 15 haribulan bulan 8
menurut kalendar China, anggota keluarga akan berkumpul dan bersama-sama
menikmati pemandangan bulan purnama yang indah sambil makan kuih bulan yang
enak diterangi tanglung-tanglung untuk melihat Permaisuri Chang Er. Pelbagai cara
etnik China merayakan Pesta Kuih Bulan ini juga berbeza-beza namun niatnya tetap
sama untuk memperjuangkan keamanan dan mengeratkan perpaduan. Sambutlah
perayaan yang bermakna ini bersama-sama tanpa mengira bangsa dan agama. Kita
menikmati Kuih Bulan, buah-buahan dan teh serta bermain tanglung bersama keluarga.
Setiap peristiwa yang berlaku ada sejarahnya perlu diingati dan dijadikan iktibar dan
mitos dan legenda boleh dipelajari dan sebagai satu tradisi kebanggaan kaum Cina
hingga ke anak cucu kita. Namun kesukaan masyarakat masih kepada perisa asli Kuih

Bulan kerana yang asli itulah yang mengungkap seribu persoalan dan menjawab
ketulenan sebenar sejarah, mitos dan legenda Kuih Bulan.
Pesta Kuih Bulan diraikan pada hari ke-15 dalam bulan lunar kelapan, ia juga
dikenali sebagai Zhongqiujie (Perayaan Pertengahan Musim Luruh). Kanak-kanak amat
gembira pada Zhongqiujie kerana mereka bukan sahaja dapat makan kuih bulan,
bahkan mereka boleh membawa tanglung (lantern) bersama-sama rakan-rakan mereka.
Zhongqiujie adalah satu hari di mana seisi keluarga dapat berkumpul dan menikmati
bulan purnama yang cantik. Pada malam itu, ada keluarga Cina menyembah Change
dengan buah-buahan dan kuih bulan. Sambil menyembah dewi bulan, seisi keluarga
sambil berbual-bual sambil makan kuih bulan, buah limau bali, benih tembikai, dan
kacang. Orang tua akan menceritakan cerita dongeng Change kepada generasi muda
dan

kanak-kanak

bersuka-ria

membawa

tanglung.

Ahli-ahli

keluarga

dapat

mempereratkan lagi perhubungan di antara mereka di dalam suasana yang sebegini.


2.4 Kepercayaan
Menurut kepercayaan orang-orang Tionghua yang telah wujud beribu-ribu tahun
lampau ialah amalan meletakkan kuih bulan di altar (tempat orang Tionghua
menunjukkan tanda ingat dan hormat kepada datuk nenek mereka) pada malam kelima
belas perayaan pesta bulan adalah sebagai mewujud-kan keharmonian di antara
manusia dan bulan. Kuih Bulan pula mengikut kepercayaan masyarakat Tionghua
beberapa ribu tahun lampau ialah sebagai tanda arah kepada tetamu dan roh-roh datuk
nenek moyang mereka yang telah pergi lebih awal, menunjuk mereka arah ke pesta
yang diadakan. Selepas tamat jamuan lima belas hari itu, roh-roh itu akan ditunjuk arah
pulang ke dunia mereka melalui lampu-lampu tanglung yang digantung. Memang diakui
bahawa kepercayaan masyarakat Tionghua berhubung perayaan Kuih Bulan dan
Tanglung sudah menjadi sebahagian dari bahan sejarah dan kepercayaan dongeng
yang tidak terdapat di kalangan masyarakat Tionghua hari ini.
Perayaan Kuih Bulan dan Tanglung yang dirayakan oleh masyarakat Tionghua hari
ini adalah suatu pesta budaya yang lebih bercorak komersial. Unsur-unsur kepercayaan
dongeng seperti mana yang tercatat dalam bahan sejarah itu sudah tidak wujud lagi.
Biarpun begitu, sambutan perayaan Kuih Bulan dan Pesta Tanglung mempunyai susur
jalur yang berdasar-kan kepercayaan agama dan amalan keagamaan Budha. Perayaan

ini mempunyai implikasi keagamaan dan hanya berubah wajah menjadi pesta budaya
dengan peredaran masa dan zaman seperti di Malaysia hari ini.

2.5 Cara Membuat


BAHAN KULIT :-)
300 g tepung berprotein rendah
220 g sirap kencana
60 g minyak kacang tanah
1/2 camca teh alkaline water ( air abu)
BAHAN LAIN :-)
Inti kuih bulan secukupnya (guna perisa pandan)
30 g kuaci (tanpa kulit) dipanggang hingga kekuningan
1 kuning telur + 3 titik kicap pekat, kacau rata

CARA MEMBUATNYA :-)

1. UNTUK KULIT :- Satukan sirap kencana, minyak kacang tanah dan alkaline
water, kacau hingga semua sebati. Ayak tepung atas papan pencanai, buat
lubang di tengah-tengah tepung tadi dan tuang bancuhan sirap kencana. Gaul
rata dengan tepung sehingga menjadi doh yang lembut dan tidah melekat di
tangan. Tabur sedikit tepung, jika perlu. Tutup doh tadi dengan tuala lembap dan
biar 30 minit.

2. UNTUK INTI :- Gaul inti tadi bersama dengan kuaci panggang hingga rata.
Kemudian bahagikan inti tadi kepada 24 bahagian sama besar (30g setiap
bahagian), bulat-bulatkan.

3. UNTUK KUIH BULAN :- Doh tadi dibahagi kepada 24 bahagian sama besar
(kurang lebih 25 - 30 g, setiap bahagian). Tabur sedikit tepung pada tapak
tangan, ambil 1 bahagian kulit, leparkan dan letak 1 bahagian inti, kemudian
balut inti tadi dengan kulit, kemaskan. Tabur sedikit tepung pada kuih bulan dan
masukkan ke dalam acuan khas. Tekan perlahan acuan tadi sehingga kuih bulan

padat dan menghasilkan bentuk sekata. Alih ke dalam dulang pembakar yang
telah diatas kertas minyak. Buat hingga siap.

4. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 190C, selama 10 minit.
Keluarkan kuih dan sapu permukaannya dengan bancuhan kuning telur + kicap
pekat tadi. Sambung membakar selama 8 - 10 minit lagi. Bila kuih bertukar
kuning keemasan, keluarkan dari oven. Sejukkan atas jaringan sepenuhnya.
Biarkan kuih 2 - 3 hari untuk mendapatkan kulit yang lembap.

4.0 Kesimpulan
Secara keseluruhan, dapat dirumuskan bahawa makanan tradisi sesuatu kaum
dapat membentuk perpaduan dalam kalangan masyarakat majmuk di negara ini.
Masyarakat dapat mengenali dengan lebih mendalam makanan yang terkenal antara
tiga bangsa terbesar di Malaysia iaitu Melayu, Cina dan India selain mengetahui
keunikan yang ada pada setiap jenis makanan tersebut di mana makanan tradisi ini pula
mempunyai keunikan yang tersendiri yang mampu menarik kaum lain untuk merasa.
Selain itu, berdasarkan kajian mengenai makanan pelbagai bangsa ini turut
menyumbang kepada tahap pemahaman dan perpaduan kaum di Melaka melalui
makanan. Mereka lebih memahami dan mengetahui pelbagai variasi makanan kaum di
Melaka dengan melihat kajian kaji selidik. Kesimpulan yang didapati dalam kerja kursus
ini mencerminkan bahawa tahap perpaduan mengikut makanan setiap kaum masih di

tahap yang memuaskan. Oleh itu, makanan juga dapat memainkan peranan dan
semangat perpaduan di kalangan kaum.
Berdasarkan kerja kursus, menunjukkan bahawa kajian terhadap perpaduan kaum
terhadap makanan membawa kepada perkara positif. Oleh itu, pendedahan mengenai
makanan-makanan dari pelbagai jenis kaum di Malaysia perlu dikaji dan diperkemas
supaya masyarakat di Malaysia mengetahui tentang makanan dan tidak melupakan
makanan-makanan tradisi masyarakat yang ada di Malaysia. Kerajaan juga perlu
memainkan peranan dengan membuat kempen dan pesta makanan malaysia yang
dapat membantu masyarakat lebih mengenali makanan pelbagai kaum ini. Makanan
masyarakat di Malaysia juga bukan sahaja boleh diperkenal di peringkat tempatan
malah perlu di luar negara supaya masyarakat membuka mata dan merasa bangga
dengan kepelbagaian makanan yang dapat mengeratkan perpaduan antara kaum.

http://makanantradisional-whitley-cina.blogspot.com/.
http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/budaya/1556-makanan-cina.html.
http://makanantradisional-whitley-cina.blogspot.com/.

You might also like