You are on page 1of 3

Terima kasih kepada pengacara majlis. Yang Berusaha Dato....

,
barisan pentadbir sekolah, barisan guru kanan , guru-guru dan murid-murid
yang saya sayangi sekalian. Salam sejahtera dan salam Negaraku Sehati
Sejiwa.
Saya amat berbesar hati kerana Tuan Pengetua, para pentadbir
sekolah dan guru-guru dapat meluangkan masa bersama murid-murid bagi
memeriahkan lagi Sambutan Pesta Tanglung ini.
Pada malam yang indah ini, Unit Budaya Moral telah mencipta sejarah
dengan mengadakan Pesta Tanglung buat pertama kalinya di sekolah ini.
Tahniah saya ucapkan kepada AJK Pesta Tanglung yang bertungkus lumus
menjayakan program ini.
Perayaan Kuih Bulan atau lebih dikenali sebagai Festival Pertengahan
Musim Luruh (zhng qu ) disambut pada hari ke-15, bulan lapan dalam
kalendar Cina. Pada waktu ini, bulan biasanya mengambang terang,
menjadikannya waktu yang sesuai untuk meraikan hasil tuaian musim panas.

Di Malaysia, perayaan ini turut dikenali sebagai Pesta Tanglung. Pada


hari ini, pesta ini diraikan dengan santapan kuih bulan dan perarakan
tanglung.

Bulan, itulah simbol Perayaan Kuih Bulan yang disambut kaum Cina.
Hari tersebut juga dikenali sebagai Pesta Perpaduan kerana bulan penuh
akan muncul di langit. Bulan penuh melambangkan keluarga yang sempurna
dan bersatu.

Terdapat pelbagai cerita tentang perayaan Kuih Bulan. Satu


daripadanya adalah cerita tentang Dewi Chang Er. Pada zaman purba,
terdapat sepuluh matahari di langit. Ini menyebabkan rakyat hidup dalam
kepanasan yang boleh membawa maut.

Ada seorang raja bernama Hou Yi merupakan pahlawan yang gagah


dan pandai memanah. Baginda berjaya memanah sembilan daripada
sepuluh matahari itu. Rakyat jelata memuja Hou Yi yang menyelamatkan
mereka daripada ancaman maut.
Hou Yi telah dihadiahkan ginseng panjang umur oleh Permaisuri di
Langit iaitu 'Wang Muniangniang'. Ginseng tersebut akan menjadikan orang
yang memakan ginseng itu menjadi dewa atau dewi di kayangan.

Hou Yi telah menyerahkan ginseng tersebut kepada permaisurinya


yang jelita bernama Chang Er. Peristiwa itu diketahui oleh Peng Meng,
seorang pengikut Hou Yi. Ketika Hou Yi keluar, Peng Meng telah memaksa
Chang Er memberikan ubat panjang umur itu kepadanya.
Chang Er tahu bahawa Peng Meng tidak jujur dan akan melakukan
sesuatu kepada rakyat jelata jika menjadi dewa. Chang Er tidak mampu
melawan Peng Meng, terpaksa makan ubat panjang umur tersebut untuk
mengelakkan Peng Meng memakan ubat itu. Akhrnya Chang Er terbang dari
bumi menuju ke bulan lalu menjadi dewi.

Sekembalinya Hou Yi ke istana, para dayang menceritakan apa yang


telah berlaku . Hou Yi berasa amat sedih, lalu menyeru permaisurinya di
bulan. Baginda mendapati bulan pada malam itu sangat bulat, besar dan
terang. Bayang permaisurinya yang bergerak di bulan pun dapat dilihatnya
dengan jelas.

Dewi Chang Er menjadi pujaan rakyat di atas kesanggupannya


menelan ubat tersebut daripada jatuh ke tangan Peng Meng.

Rakyat jelata juga beramai-ramai berdoa dengan meletakkan pelbagai


jenis makanan, semoga Chang Er di bulan dapat memberikan kesejahteraan
dan keamanan kepada rakyatnya. Doa yang dilakukan beramai-ramai oleh
kaum Cina akhirnya menjadi tradisi pada hari ke-15, bulan 8 menurut
kalendar Cina.
Walaupun terdapat banyak cerita dongeng yang berbeza tentang asal-
usul Perayaan Kuih Bulan, tetapi makan kuih bulan merupakan perkara
penting dalam perayaan ini. Kuih bulan yang berbentuk bulat turut dikenali
sebagai kek penyatuan, menjadi simbol bersatu-padu. Sungguhpun zaman
sudah berbeza, tetapi Perayaan Kuih Bulan tetap merupakan kesempatan
bagi kaum Cina untuk mengutarakan perasaan akrab antara anggota
keluarga dan sanak saudara serta berdoa memohon restu dan nasib baik.
Unit Budaya Moral mengadakan Pesta Tanglung supaya para pelajar
dapat lebih mengetahui pentingnya mengekalkan budaya kita yang diwarisi
sejak zaman dulu.
Selain daripada itu, program ini juga bertujuan mencungkil dan
meningkatkan bakat kepimpinan pelajar. Sebenarnya, sambutan Pesta
Tanglung ini merupakan cetusan idea Cik ..... Beliau telah menyerahkan
tugas ini kepada pelajar kita, iaitu .... .... telah membentuk AJK Pesta
Tanglung ini. Mereka telah mengorbankan banyak masa bermesyuarat dan
membincang aktiviti yang hendak dijalankan, seterusnya bekerjasama
melaksanakan tugas masing-masing untuk menjayakan program ini. Saya
berharap para hadirin dapat memberi tepukan kepada mereka yang kreatif ini
sebagai tanda penghargaan kita kepada mereka.
Sebelum mengakhiri ucapan, saya sekali lagi ingin mengucapkan setinggi-
tinggi terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan
program ini. Tahniah juga saya ucapkan kepada jawatankuasa Pesta
Tanglung 2017, dibawah pimpinan saudara ..... Diharap semangat kerjasama
yang ditunjukkan pada malam ini bukan sahaja untuk hari ini tetapi akan terus
dikekalkan di masa-masa akan datang dalam usaha untuk kita terus
mengekalkan Perpaduan.

Sekian, terima kasih.

You might also like