You are on page 1of 2

Laporan Majlis Perpisahan Mantan Guru

Puan Rosnah binti Buyong

Pada tanggal 25 Februari 2015, sebuah majlis telah diadakan untuk meraikan mantan guru
SK Perlok iaitu Ustazah Rosnah binti Buyong. Pada jam 11 pagi, majlis dimulakan dengan
ucapan pengerusi majlis. Seterusnya majlis diteruskan pula dengan bacaan doa oleh Ustaz
Rushdi untuk memberkati lagi majlis tersebut.

Guru Besar SK Perlok, Pn. Hajah Rohani binti Abu Bakar kemudiannya mewakili pihak
pentadbir dan guru- guru memberikan ucapan. Dalam ucapannya tersebut, beliau
memberitahu sikap Puan Rosnah yang mudah didekati membuatkan guru-guru mudah
berurusan dengannya serta peribadinya yang lemah lembut begitu dikagumi.

Kehadiran tetamu-tetamu jemputan juga telah menyerikan majlis pada hari tersebut. Antara
yang hadir ialah En. Mohamad Fauzi bin Siron, Penolong PPD Sekolah Rendah Daerah
Batang Padang, Yang Dipertua PIBG, En Mohd Sopian bin Yahya serta Ketua Kampung Kg.
Menderang. Seterusnya majlis diteruskan dengan bacaan Bibliografi mengenai yang
diraikan Puan Rosnah binti Buyong. Suasana ceria dan sedih bercampur baur apabila majlis
diteruskan dengan tayangan video mengenai beliau. Dapat dilihat kesungguhan beliau
dalam bidang pendidikan melalui video yang ditayangkan.

Akhir sekali, yang dirai iaitu Puan. Rosnah binti Buyong dijemput untuk menyampaikan
ucapan. Jelas kelihatan kesedihan di raut wajah beliau ketika beliau ingin menyampaikan
ucapan. Beliau yang memang terkenal dengan kelunakan suara turut mendeklamasikan
sebuah puisi khas untuk semua warga SK Perlok.

Majlis turut diserikan dengan persembahan murid yang mendendangkan sebuah lagu iaitu
Salam Terakhir. Kemudian para penonton turut disajikan dengan persembahan nasyid oleh
kumpulan nasyid sekolah dan diakhiri dengan persembahan istimewa oleh guru- guru SK
Perlok.
Majlis diakhiri dengan acara penyampaian hadiah oleh murid- murid serta guru- guru.
Kemudian acara bersalam- salaman dan lambaian perpisahan oleh guru- guru dan murid-
murid sambil Puan Rosnah diarak menaiki kenderaan untuk pulang ke rumah beliau.

Secara keseluruhannya, majlis berjalan dengan lancar tanpa sebarang gangguan yang
dapat mencacatkan majlis.

Disediakan oleh, Disemak oleh, Disahkan oleh,

………………………. ………………………… …………………….

(Noor Fazillah Ahmad) (Masziana Abu Bakar) (Pn. Hajah Rohani Abu Bakar)

Setiausaha KKGK Pengerusi KKGK Penasihat KKGK

SK Perlok SK Perlok SK Perlok

You might also like