You are on page 1of 13

LAPORAN DOKUMENTASI MAJLIS PERSARAAN PUAN TEH PHECK TANN

TARIKH

22 SEPTEMBER 2016 ( KHAMIS )

MASA

10.30 PAGI - 4.00 PETANG

TEMPAT

DEWAN PERHIMPUNAN SK SRI DAMAI

KUALA LUMPUR GOLF CLUB CENTRE (KLGCC)

ANJURAN

Badan Kebajikan Guru dan Kakitangan

DENGAN KERJASAMA

Semua Warga SKSD


LAPORAN

TARIKH : 22 September 2016

HARI : Khamis

MASA : 10.30 pagi sehingga 4.00 petang

TEMPAT : Sekolah Kebangsaan Sri Damai

Kuala Lumpur Golf Club Centre

PESERTA : Guru-guru, staf dan murid-murid SK Sri Damai

AKTIVITI :

Pada hari Khamis, 22 September 2016 yang lalu,Sekolah Kebangsaan Sri Damai
telah mengadakan majlis persaraan Puan Teh Pheck Tann .Sambutan tersebut
diadakan di Dewan Perhimpunan dan Kuala Lumpur Golf Club Centre. Majlis diadakan
di dua tempat kerana majlis persaraan diadakan di dewan sekolah manakala majlis
makan tengahari diadakan di Kuala Lumpur Golf Centre.

Semua murid dan guru telah berkumpul di sepanjang koridor menuju ke dewan
pada jam 10.00 pagi. Majlis sambutan kedatangan Puan Teh Pheck Tann dengan
iringan muzik serta persembahan silat. Majlis dimulakan dengan penuh gimik oleh
Puan Noriah Bt Mohamed dengan kerjasama guru-guru dan staf. Ucapan pembukaan
majlis oleh Penyelaras Badan Kebajikan Guru dan staf iaitu Encik Mansor diikuti oleh
ucapan dari Guru Besar SK Sri Damai iaitu Puan Noriah Binti Mohamed dan mantan
guru besar SK Sri Damai iaitu Encik Khairul. Seterusnya majlis diiteruskan dengan
ucapan oleh wakil murid. Majlis kemudian digamatkan lagi dengan persembahan
nyanyian oleh murid tahun 6 dan nyanyian solo oleh Puan Nurhidayu.

Majlis kemudian diteruskan dengan ucapan dari Puan Teh Pheck Tann dan
sebagai penghargaan kepada beliau, beliau dipakaikan dengan selempang jasa mu
dikenang. Selesai ucapan dari beliau, majlis disembahkan dengan tayangan multimedia
khas untuk Puan Teh Pheck Tann. Sekali lagi majlis diserikan dengan persembahan
nyanyian dari guru-guru dan staf. Majlis kemuncak adalah upacara bersalam-salaman,
pemberian hadiah kepada Puan Teh Pheck Tann oleh murid-murid mengikut kelas dan
sesi bergambar sebagai kenang-kenangan.

Pada jam 1.30 tengah hari, majlis bersurai dengan lambaian kasih oleh guru-
guru dan murid-murid. Majlis makan tengah hari diteruskan pada pukul 2.00 sehingga
4.00 petang di Kuala Lumpur Golf Centre. Para guru dan staf berarak dan konvoi
menaiki kereta mengiringi Puan Teh ke Kuala Lumpur Golf Centre. Majlis makan
tengah hari dimulakan dengan bacaan doa oleh Encik Asnawi dan pemberian hadiah
kepada Puan Teh Pheck Tann oleh guru-guru. Makan tengah hari di hidang dengan
penuh eklusif dan semua menikmati makanan dengan penuh selera. Majlis ini selesai
selepas makan tengah hari.

KEKUATAN :

1. Program berjalan dengan lancar dan teratur mengikut tetapan masa yang telah
dirancang.

2. Kerjasama daripada semua guru dan murid sangat memuaskan.

KELEMAHAN :

1. Murid mula membuat bising ketika kemuncak majlis dan tidak dikawal oleh
pengawas.

CADANGAN :

1. Pengawas ditetapkan untuk mengawal setiap satu kelas semasa majlis


berlangsung.
Disediakan oleh Disahkan oleh

............................................................... .

(Dolly Wine William Awet) (Puan Fazilawati Binti Abu Bakar)


AJK Dokumentasi, GPK KOKO
SK Sri Damai. SK Sri Damai.

..
(Siti Norain Binti Shaffie)
AJK Dokumentasi,
SK Sri Damai.
Ketibaan Puan Teh Pheck Tann dan En. Khairul disambut dengan meriah oleh
warga SKSD dan di iringi dengan tabik hormat oleh pelajar-pelajar SKSD. Puan Teh
Pheck Tann juga disambut dengan persembahan silat oleh pelajar.
Ketibaan masuk Puan Teh Pheck Tann ke dewan di iringi dengan lagu oleh murid-murid
SKSD.
Puan Teh Pheck Tann dianugerahkan dengan selempang jasa mu dikenang oleh Puan
Noriah dan Puan Norhafisyah.
Gimik persembahan persaraan Puan Teh Pheck Tann oleh Guru Besar, Guru dan Staf
SKSD
Gimik Puan Teh Pheck Tann Punch Card buat kali terakhir.
Ucapan oleh Puan Noriah , Encik Khairul dan Encik Mansor sempena persaraan
Puan Teh Pheck Tann.
Penyampaian hadiah kepada Puan Teh Pheck Tann daripada murid-murid SKSD dan
ibu bapa.
Persembahan oleh Puan Nur Hidayu sempena persaraan Puan Teh Pheck Tann
Bergambar bersama-sama dengan Puan Teh Pheck Tann dan warga SKSD
Kenangan memori terindah.

You might also like