You are on page 1of 12

PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI (PPKI)

SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT KIARA ,SUNGAI PETANI

KEDAH, DARUL AMAN

KERTAS KERJA LAWATAN SAMBIL BELAJAR DAN


PENANDAARASAN
KE-
KOTA KINABALU - KUNDASANG, SABAH

Tarikh : 24 – 27 Jun 2019


Hari : Isnin – Khamis
Tempat : Kota Kinabalu – Kundasang, Sabah
Penglibatan : 10 orang murid PPKI
5 orang guru dan 2 orang PPM

LAWATAN PENANDAARASAN KE SABAH SKBK 2019


KERTAS KERJA LAWATAN PENANDAARASAN KE -
KOTA KINABALU - KUNDASANG, SABAH
PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI (PPKI) SK BUKIT KIARA

1.0 LATAR BELAKANG

Program Pendidikan Khas Integrasi SK Bukit Kiara mempunyai enam buah kelas
yang menempatkan seramai 49 orang murid-murid berkeperluan khas. Kesemua murid
berkeperluan khas ini terdiri daripada pelbagai jenis keupayaan seperti Sindrom Down,
Autisme, Slow Learner, Hyperactive, Cerebral palsy, Attention Deficit Hyperactive Disorder
(ADHD) dan lain-lain.
Tahap keupayaan yang berbeza bagi setiap murid memerlukan kaedah
pengajaran dan pembelajaran yang pelbagai demi membantu mereka mendapat
pendidikan yang terbaik. Oleh yang demikian, perancangan untuk mengadakan
lawatan bermaklumat ini merupakan salah satu kaedah pembelajaran di luar bilik darjah
yang bermanfaat untuk memberi pendedahan kepada murid-murid PPKI tentang
beberapa perkara yang berkaitan dalam kehidupan mereka.
Justeru itu, semua peserta lawatan yang terpilih kali ini perlu menunjukkan
komitmen yang tinggi bagi menjayakan lawatan bermaklumat ini. Selain itu, lawatan
pada kali ini mempunyai kelainan berbanding pada tahun-tahun yang lepas kerana
para peserta lawatan akan dibawa menaiki pengangkutan udara iaitu kapal terbang.
Lawatan ini merupakan perancangan lawatan yang pertama dalam sejarah PPKI SK Bukit
Kiara untuk membawa menaiki pengangkutan udara. Majoriti murid PPKI tidak
mempunyai pengalaman menaiki kapal terbang, justeru ini merupakan satu proses
pembelajaran yang terbaik dalam kehidupan mereka.

LAWATAN PENANDAARASAN KE SABAH SKBK 2019


2.0 OBJEKTIF

2.1 Memberi pengalaman istimewa kepada murid PPKI untuk menaiki


pengangkutan udara iaitu kapal terbang dan memahami fungsi dan
kepentingan pengangkutan kepada manusia.
2.2 Meningkatkan pengetahuan dalam ilmu geografi sesuatu tempat,
perkembangan sains dan teknologi serta pembangunan setempat.
2.3 Memberi peluang murid mempelajari dan merasai pengalaman kawasan
bercuaca sejuk di kawasan tanah tinggi.
2.4 Memberi pendedahan tentang budaya kehidupan masyarakat setempat,
mempelajari cara hidup flora dan fauna serta memupuk kesedaran dalam
menghargai alam sekitar.
2.5 Dapat membandingkan pengetahuan sedia ada dengan pengalaman
baru untuk diaplikasikan dalam kehidupan mereka.
2.6 Memberi peluang kepada murid PPKI untuk berinteraksi dan bersosial
dengan masyarakat.
2.7 Memberi peluang kepada masyarakat untuk melibatkan diri dengan
individu berkeperluan khas dan seterusnya menerima kehadiran mereka
dalam masyarakat.
2.8 Meningkatkan kemahiran sosial dan adaptif murid berkeperluan khas
supaya dapat belajar untuk berdikari demi persediaan masa depan
mereka.

LAWATAN PENANDAARASAN KE SABAH SKBK 2019


3.0 KUMPULAN SASARAN

3.1 Seramai 10 orang murid Pendidikan Khas Intergrasi Bermasalah


Pembelajaran. Murid-murid ini adalah terdiri daripada pelbagai kategori
iaitu :
 Autism
 Syndrome Down

 Slow Learner
 Attention Deficit Hyperactive Disorder (ADHD)
 Lain-lain

3.2 Seramai 5 orang guru , 2 orang pembantu pengurusan murid (PPM) –


anggaran satu murid, satu penjaga (demi keselamatan dan penjagaan
secara terkawal) dan
3.3 Jumlah keseluruhan seramai 17 orang

4.0 TARIKH

Tarikh : 24 – 27 Jun 2019


Hari : Isnin - Khamis

LAWATAN PENANDAARASAN KE SABAH SKBK 2019


5.0 DESTINASI LAWATAN

a) Kota Kinabalu Sabah

 Melawat Pekan Kota Kinabalu

b) Kundasang, Sabah

 Desa Cattle Dairy Farm


 Kinabalu Park
 Rumah Terbalik
 Jambatan Tamparuli
 Pekan Kundasang
 Hot Spring-Poring

c) Lawatan Ke Pulau-Pulau

 Lawatan ke Pulau Manukan


 Pulau Sapi
 Pasar Filipina
 Tanjung Lipat

LAWATAN PENANDAARASAN KE SABAH SKBK 2019


6.0 SENARAI AHLI JAWATANKUASA PENGELOLA:

6.1 JAWATANKUASA INDUK

Pengerusi : Khairul Amran Bin Abu Bakar


Timbalan Pengerusi 1 : Shahnar Suriyati Binti Shuib
Naib Pengerusi 1 : Mahamad Tamizi Bin Mahamad
Naib Pengerusi 2 : Nuraizi Binti Amran
Penyelaras Program : Cik Zuriati Binti Abu Bakar

6.2 JAWATANKUASA PELAKSANA

Tajaan : Shahnar Suriyati Bt Shuib


: Norazura Binti Bakar
Pengangkutan : Cik Zuriati Binti Abu Bakar
Makanan dan Minuman : Raihanum Binti Shuaimi
Norazura Binti Bakar
Penginapan : Shahnar Suriyati binti shuib
Keselamatan & Kecemasan : Basiroh Binti Hamid @ Said
Dokumentasi : Cik Zuriati Binti Abu Bakar
Disiplin dan Aktiviti : Shahrul Bariah Hanim Binti Shafie
Jurukamera : Maisura Binti Mislani
Bayaran tiket & Kewangan : Basiroh Binti Hamid@ Said

7.0 ANGGARAN PERBELANJAAN & PENDAPATAN


7.1 Anggaran Perbelanjaan

7.1.1 Harga Tiket Pengangkutan Udara (Kapal Terbang


Pergi dan balik = RM 6,800
7.1.2 (Pengangkutan awam – van di Sabah) = RM 1400
7.1.3 (Pengangkutan pergi balik dari sekolah ke Airport Penang ) = RM 1000
7.1.4 Penginapan 2 Malam ( K.Kinabalu) = RM 540

LAWATAN PENANDAARASAN KE SABAH SKBK 2019


7.1.5 Penginapan 1 malam ( Kundasang ) = RM 414.00
7.1.6 Makan Minum 3 Hari = RM 1080.00
7.1.7 Tiket-tiket
Anggaran semua tempat berbayar = RM 1,123

i. Ladang Lembu RM5 x 17 orang = RM 85


ii. Kinabalu Park RM 3 x 17 orang = RM 51
iii. Rumah Terbalik
a. Dewasa RM 10.00 x 7 orang = RM 70
b. Kanak-kanak RM 5 x 10 orang = RM 50
iv. Spa Ikan RM 5 x 17 orang = RM 85
v. Hot Spring RM 3 x 17 orang = RM 51
vi. Ladang Arnab RM 5 x 17 orang = RM 85
vii. Lawatan ke Pulau RM 38 x 17 orang = RM 646

7.2.5 Kecemasan & Kontigensi = RM 300.00

JUMLAH BESAR = RM 12,657

7.2 Anggaran Pendapatan

7.2.1 Murid - 10 orang X RM430 = RM 4,300


7.2.2 Guru & PPM - 7 orang X RM500 = RM 3,500
7.2.3 PCG / BNK = RM 1,000
7.2.4 Pengangkutan di sabah = RM 1,400
7.2.5 Sumbangan Aktiviti KH = RM 385
7.2.6 Lain-lain (sumbangan individu dan organisasi) = RM 2,072
JUMLAH BESAR = RM 12,657

LAWATAN PENANDAARASAN KE SABAH SKBK 2019


8.0 TENTATIF PROGRAM

TARIKH / HARI MASA TEMPAT

6.30 pagi  Berkumpul dari Sk Bukit Kiara ke Lapangan Terbang


Antarabangsa Bayan Lepas, Pulau Pinang
10.10 pagi  Penerbangan ke Kota Kinabalu

12.55 tengahari  Dijangka sampai di Kota Kinabalu International Airport


24 Jun 2019
 Makan tengah hari / solat
(ISNIN)  Melawat Pekan Kota Kinabalu
 Melawat Jambatan Tamparuli, Rumah Terbalik & Shah
Bandr , Pekan Nabalu
 Check-in di Rumah Penginapan JAKIM

6.00 pagi  Solat /Persiapan diri /Sarapan pagi


 Menaiki bas ke tempat lawatan
Desa Cattle Dairy Farm
25 Jun 2019 Kinabalu Park
Ladang Arnab
(SELASA) hingga Taman Laut UMS
Tagal Fish Massage – Sg Moroli

 Makan tengahari/Solat
 Pulang ke Homestay
6.00 petang  Solat/Makan malam
 Rehat

6.00 Pagi  Solat /Persiapan diri /Sarapan pagi


 Lawatan ke Pulau Manukan dan Pulau Sapi
 Melawat Pasar Filipina
 Tanjun Lipat
26 Jun 2019
 Makan Tengah hari /solat
(RABU)
6.00 petang  Pulang ke Homestay

 Solat/malan malam

LAWATAN PENANDAARASAN KE SABAH SKBK 2019


27 Jun 2019 6.00 pagi  Solat/persiapan diri/sarapan
( KHAMIS)  Persiapan untuk pulang
7.00 pagi  Lawatan Penandaarasan ke Sekolah Kebangsaaan
Tanjung Aru
1.30 tengah hari  Bertolak ke Kota Kinabalu International Airport
3.30 petang  Bertolah pulang
 Dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa
4.45 petang Bayan lepas
 Dijangka sampai ke Sk. Bukit Kiara

9.0 PENUTUP
Diharap agar perancangan program lawatan bermaklumat ke Kota Kinabalu-
Kundasang, Sabah ini dapat direalisasikan hingga jayanya. Setinggi-tinggi harapan dan
doa kami agar terdapat ramai pihak yang berbesar hati untuk memberikan sumbangan
serta bantuan dalam pelaksanaan program ini demi memberikan sinar kegembiraan
untuk murid-murid berkeperluan khas kami.
Semoga pelaksanaan program ini dapat memberi pengetahuan, pengalaman
dan impak yang besar kepada murid-murid PPKI di samping dijadikan pengalaman yang
bermakna buat mereka semua.

Disediakan oleh; Disemak oleh ;

_________________________ ________________________
Cik Zuriati Binti Abu Bakar Khairul Amran Bin Abu Bakar

(Penyelaras Program Lawatan) Guru Besar


Sk.Bukit Kiara Sk. Bukit Kiara
08000 Sungai Petani, 08000 Sungai Petani,
Kedah . Kedah.

LAWATAN PENANDAARASAN KE SABAH SKBK 2019


KAEDAH PELAKSANAAN
HARI KE-1
1. Murid dibahagikan kepada 4 kumpulan.
2. Setiap kumpulan di bawah pengawasan guru- guru dan PPM yang telah
ditentukan oleh penyelaras program.
3. Puan Cik Zuriati bt Abu Bakar selaku Penyelaras Program memberi taklimat ringkas
kepada para peserta program mengenai peraturan dan ciri- ciri keselamatan
semasa berada di lapangan terbang dan semasa berada di dalam kapal terbang.
4. Murid bergerak ke destinasi dalam kumpulan dengan menaiki bas.
5. Setelah tiba di destinasi yang dituju, semua murid diminta berada di kumpulan
yang telah ditetapkan dengan bimbingan guru –guru dan PPM.
6. Murid diminta menjaga barangan peribadi dengan baik semasa berada di
lapangan terbang.
7. Semua peserta di bawa makan tengah hari dan menunaikan solat Zohor.
8. Murid berkumpul untuk ke Pekan Kota Kinabalu ,Jambatan Tamparuli, Rumah
Terbalik , Shah Bandar dan Pekan Nabalu. Murid dibekalkan wang sebanyak
RM20.00 seorang untuk aktiviti bijak berbelanja melibatkan mata pelajaran
Matematik. Mereka boleh membeli barangan yang berkenan di hati.
9. Murid diminta mencatat setiap tempat dilawati di dalam buku skrap yang telah
disediakan kepada semua murid untuk mata pelajaran Sains Sosial dan Alam
Sekitar.
10. Setelah selesai melawat, semua peserta di kehendaki berkumpul semula di dalam
bas untuk ke rumah penginapan yang telah ditempah.[

HARI KE -2
1. Murid menunaikan solat Subuh / persiapan diri dan bersarapan.
 Menaiki bas ke tempat lawatan
Desa Cattle Dairy Farm
Kinabalu Park
Ladang Arnab
Ladang Teh
Tagal Fish Massage – Sg Moroli
Taman Laut UMS
Check –in Kota Kinabalu

LAWATAN PENANDAARASAN KE SABAH SKBK 2019


HARI KE-3

1.Murid menunaikan solat / persiapan diri


 Berkumpulan di hadapan homestay dan pembahagian kumpulan .
 Guru memberi taklimat tentang aktiviti yang akan dijalankan sepanjang hari ini.
 Guru menerangkan kepentingan menjaga keselamatan semasa di dalam sesi lawatan kerana
pada hari ini murid- murid terlibat dengan aktiviti di atas di air. Mereka akan dibawa menaiki
bot untuk melawat pulau-pulau.

 Lawatan ke Pulau Manukan dan Pulau Sapi


 Melawat Pasar Filipina
 Tanjung Lipat
 Makan tengahari/Solat
 Pulang ke Homestay
 Solat/Makan malam

HARI KE -4

 Solat /Persiapan diri /Sarapan pagi


 Persiapan untuk pulang
 Lawatan ke Penandaarasan ke Sekolah Kebangsaan Tanjung Aru 2
 -Sesi lawatan ke kelas-kelas , melihat cara pengendalian kelas serta sesi menandatangani sijil
jalinan di antara Sk.Bukit Kiara dan Sk. Tanjung Aru 2.
 Bertolak ke Kota Kinabalu International Airport
 3.30 petang bertolak pulang
 Dijangka tiba 4.45 petang di Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas
 Dijangka sampai ke Sk Bukit Kiara

RUMUSAN
Semoga program ini akan menjadi titik tolak untuk PPKI Sk.Bukit Kiara untuk
mengenalpasti , mempelajari , mengubahsuai dan melaksanakan amalan –amalan
terbaik daripada sekolah yang dilawati.

LAWATAN PENANDAARASAN KE SABAH SKBK 2019


LAWATAN PENANDAARASAN KE SABAH SKBK 2019

You might also like