You are on page 1of 1

Karangan : Laporan

Pasukan pengakap sekolah anda telah mengadakan perkhemahan di Hutan


Bandar. Tuliskan laporan tentang aktiviti perkhemahan itu.

Sekolah Jenis Kebangsaan ( Cina ) Pandan


Pada 15 Mei 2014 yang lalu, Pasukan Pengakap Sekolah Jenis Kebangsaan
( Cina ) Pandan telah mengadakan suatu perkhemahan di Hutan Bandar. Seramai 50
orang ahli pengakap dan 6 orang guru pengiring telah menyertai perkhemahan ini.

1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.

Tajuk (HURUF BESAR), tarikh, tempat, bilangan peserta dan guru


Dua tujuan aktiviti itu dijalankan.
Aktiviti pada hari pertama
Aktiviti pada hari kedua
Aktiviti pada hari ketiga bersedia untuk pulang
Kesimpulan
Nama setiausaha, tandatangan, tarikh, nama sekolah.

1. Laporan x x x SJK - Pada lalu pasukan mengadakan di / Seramai


ahli pengakap orang guru pengiring menyertai
2. Perkhemahan berlangsung hari malam / Tujuan diadakan
menambahkan pengetahuan sepanjang / Selain itu, - juga bertujuan
menjalin hubungan erat kalangan
3. Pada pertama semua tiba tapak / Kemudian, - dibahagikan
kumpulan / Setiap tugas masing-masing / Antaranya mendirikan
kayu api memasak / Setiap menjalankan bertanggungjawab
4. Pada kedua, - pengiring ahli-ahli merentas hutan / Terdapat jenis
flora fauna hutan / Pada malam, - pesta unggun api / Setiap
kumpulan persembahan menarik nyanyian memetik lakonan
tarian / Aktiviti menghiburkan peserta
5. Pada keesokan hari, - semua bermandi-manda berhampiran / Air
jernih sejuk / Pengakap-pengakap seronok sekali / Pada petang, para membersihkan lalu bertolak pulang
6. Aktiviti berjalan lancar / Diharapkan seperti ini diadakan kelak
7. Laporan disediakan oleh, (tarikh), (NAMA), Setiausaha Pasukan
Pengakap, S.J.K (C) Pandan.

Perkhemahan ini telah berlangsung selama dua hari satu malam. Tujuan
aktiviti ini diadakan adalah untuk menambahkan ilmu pengetahuan ahli sepanjang
perkhemahan. Selain itu, aktiviti ini juga bertujuan untuk menjalin hubungan yang
erat di antara ahli pengakap.
Pada hari pertama, semua ahli pengakap tiba di tapak perkhemahan.
Kemudian, mereka dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Setiap kumpulan
mempunyai tugas masing-masing. Antaranya termasuklah mendirikan khemah,
mencari kayu api, memasak dan sebagainya. Setiap ahli menjalankan tugas dengan
bertanggungjawab.
Pada hari kedua, guru pengiring membawa ahli-ahli pengakap merentas
hutan. Terdapat pelbagai jenis flora dan fauna di dalam hutan itu. Pada waktu
malam, pesta unggun api telah diadakan. Setiap ahli kumpulan telah mengadakan
persembahan yang menarik seperti nyanyian, memetik gitar, lakonan, tarian dan
sebagainya. Aktiviti ini sangat menghiburkan para peserta.
Pada keesokan hari, semua ahli pengakap bermandi-manda di air terjun
yang berhampiran. Air di sana sungguh jernih dan sejuk. Pengakap-pengakap
bermain dengan seronok sekali. Pada waktu petang, para peserta membersihkan
tapak perkhemahan lalu bertolak untuk pulang.
Aktiviti perkhemahan ini telah berjalan dengan lancar. Diharapkan aktiviti
seperti ini dapat diadakan lagi pada masa kelak.
Laporan disediakan oleh,
_____BRIAN

( BRIAN FONG )
Setiausaha Pasukan Pengakap,
S.J.K ( C ) Pandan.

Laporan Perkhemahan Pasukan Pengakap

18 MEI 2014.

You might also like