You are on page 1of 3

Malam kebudayaan diadakan bersempena dengan satu-satu aktiviti perkhemahan,iaitu di dalam acara

temasya unggun api.Amalan kebudayaan merupakan malam yang amat ditunggukan oleh setiap
pengakap.Ia diadakan di waktu malam ketika sekumpulan pengakap sedang duduk dalam satu bulatan
atau bentu k tapak kuda dan di tengahnya terdapat unggun api yang sedang menyala.Malam
kebudayaan mempunyai tujuan yang tertentu dan amat memberi faedah kepada perkembangan jiwa
ahli-ahli pengakap.

Di antara tujuannya ialah:

1. Dapat mencungkil bakat pengakap dari segi lakonan,nyayian dan lawak jenaka.

2. Melatih pengakap supaya tidak malu dan segan tampil ke hadapan untuk menunjukkan kebolehan
dan bakat mereka.

3. Bersuka ria sesame ahli setelah seharian berkerja,mengembara dan kegiatan-kegiatan lain.
4. Menerangi kawasan di waktu malam,dan bagi menjauhkan dan menakutkan binatang buas di waktu
malam semasa berkhemah di hutan atau bukit.

Sayugia juga dinyatakan setengah masyarakat menyatakan bahawa malam kebudayaan atau malam
pengakap bercanggah dengan agama Islam.Mereka menyatakan ahli pengakap menyembah api sanbil
bersukaria.Salah faham dan tanggapan ini terjadi kerana mereka tidak faham falsafah malam
pengakap diadakan denggan unggun api.Pada masa tahun-tahun sebelum 1970-an,kebanyakan kem
pengakap dan kawasan perkhemahan tidak mempunyai bekalan elektrik.Mereka menggunakan pelita
ayam untuk menerangkan kawasan perkhemahan.Apabila mereka mengadakan malam pengakap di
kawasan kem dan kawasan perkhemahan seperti ini mereka menyalakan unggup api untuk
menerangkan kawasan bersukaria.
Sekarang hamper senua kem pengakap dan kawasan perkhemanhan mendapat bekalan
elektrik.Pengakap sudah tidak menggunakan unggun api bagi menerangi kawasan malam
kebudayaan.Sebaliknya nereka telah menggunakan nyalaan lampu elektrik bagi menggantikan unggun
api.

PERSIAPAN AWAL
Beberapa perkara yang perlu diteliti sebelum malam kebudayaan diadakan termasuk mendapatkan
persediaan seperti kayu api(termasuk minyak tanah) atau lampu elektrk,makanan dan minuman,para
jemputan (ibu bapa,pegawai atau orang kenamaan,ahli persatuan beruniform lain dan
sebagainya),tempat duduk,kawasan dan persediaan lain.

TEMPAT
Menentukan tempat untuk diadakan malam kebudayaan juga adalah penting dan tempat ini
hendaklah berhampiran atau di dalam prsekitaran kawasan perkhemahan.

Dalam menentukan tempat faktor-faktor berikut boleh dipertimbangkan:

1. Di kawasan luar yang cukup lapang dan tidak mendatangkan kerosakan atau merbahaya kepada
tanah,harta benda dan alam semula jadi.

2. Jauh dari tempat-tempat orang ramai,seperti masjid,hospital,balai raya dan sebagainya.


3. Jika tempat atau kawasan itu basah,letakkan zink kemudian bubuh sedikit tanah atau di
atasnya.Kemudian baru nyalakan unggun api(jika dibuat di hutan).

4. Jika ada dewan atau pentas bolehlah digunakan atau jika tiada,boleh gunakan elektrik di kawasan
tanah lapang.

ATURCARA
Bagi menjaminkan malam kebudayaan berjalan dengan lancer,tidak berlarutan dan tidak
menjemukan,juruacara atau ketua kumpulan atas nasihat pemimpin perlu memikirkan tentang
aturcara yang akan diadakan.Juruacara yang mengelolakan malam kebudayaan mesti mempunyai
kebolehan yang beraneka,misalnya lakonan,nyanyian dan mempunyai banyak idea terutama apabila
pengakap sudah mulai jemu atau malam mulai larut.

Masa bagi satu-satu acara hendaklah tidak terlalu panjang atau pendek(juruacara hendaklah
menetapkan had masa).Setiap kumpulan mestilah melantik ketua persembahan masing-masing).
Pertunjukan dan persembahan daripada patrol dan kumpulan biasanya meranglumi:

1. Lakonan-Mudah difahami dan mengandungi pengajaran ,terutama kepada pengakap tetapi


tidakmenyentuh atau menyinggung perasaan mana-mana pihak seperti agama politik dan perkara-
perkara sensitif.

2. Nyanyian-Solo dan juga beramai-ramai tetapi seni katanya mestilah mempunyai aspek-aspek moral
dan akhlak.

3. Lawak jenaka-Lucu tetapi tidak menggunakan perkataan atau perbuatan lucah,kurang sopan dan
sensitif.
Selepas sesuatu persembahan,biasanya sorakan pengakap atau Yell diberikan dan diikuti oleh
pengakap lain. Yell ini mestilah memberi perangsang,dan bukan Yell yang menjatuhkan maruah patrol
atau kumpulan yang mempersembahkan pertunjukan.

You might also like