You are on page 1of 2

Perpaduan Menjamin Kesejahteraan Negara

Selamat sejahtera saya ucapkan kepada Yang Mulia Tuan Pengerusi Majlis, barisan hakim yang arif lagi
bijaksana,guru-guru,dan rakan sekalian.Terlebih dahulu,saya ingin mengucapkan terima kasih kepada
Cikgu-cikgu kerana memberi peluang kepada saya untuk menyertai pertandingan syarahan pada hari
ini.Tajuk syarahan saya pada hari ini ialah"Perpaduan Menjamin Kesejahteraan Negara".

Hadirin yang dikasihi,

Perpaduan merupakan teras pembangunan negara.Perpaduan amat penting dalam negara yang
rakyatnya terdiri daripada pelbagai bangsa dan kaum seperti Malaysia.Pepatah Melayu ada mengatakan
"bersatu kita teguh,bercerai kita roboh" yang menjelaskan betapa pentingnya perpaduan. Kemajuan
Negara kita dalam bidang teknologi maklumat,perubatan,pertaniandan sebagainya tidak akan tercapai
tanpa kerjasama daripada semua rakyat kerana "bertepuk sebelah tangan, tidak akan berbunyi".

Perpaduan amat diperlukan dalam apa-apa kerjaya.Sebagai contoh,seorang petani tidak dapat
mengusahakan tanaman yang luas tanpa kerjasama antara semua kaum.Semua petani perlu
bekerjasama untuk mengusahakan tanaman.Tanaman inilah yang merupakan sumber ekonomi dan
makanan Negara serta rakyat jelata.Dalam bidang pembedahan pula,setiap doktor akan bekerjasama
untuk menyelamatkan nyawa seseorang pesakit.Tidak kiralah, sama ada seorang pesakit itu berbangsa
melayu, cina atau pun india. Secara langsungnya,jelas sekali bahawa perpaduan sangat penting untuk
menjayakan sesuatu kerjaya.

Hadirin yang dimuliakan,

Perpaduan juga amat penting dalam bidang sukan.Pemain bola sepak terdiri daripada 11 orang dan
mustahil bagi mereka untuk menang jika seorang pemain tidak bekerjasama.Dalam acara sukan lain
pun,kerjasama diperlukan antara jurulatih dengan pelatih. Contohnya,Dato' Lee Chong Wei,pemain
badminton terkenal berjaya memenangi dalam pelbagai pertandingan kerana kerjasama dengan
pelatihnya, Datuk Misbun Sidek. Secara tidak langsung,kejayaan negara kita dalam bidang sukan akan
mengharumkan lagi nama Negara serta menonjolkan negara kita di serata dunia.

Selain itu, perpaduan kaum juga perlu kita amalkan untuk mengelakkan perselisihan faham antara
kaum.Amalan ini amat penting untuk mengelakkan berlakunya rusuhan kaumseperti yang berlaku pada
13 Mei 1969.Perselisihan fahamantara kaum Cina dan Melayu telah mengundang
berlakunyapergaduhan.Sebenarnya,rusuhan kaum seperti ini dapat dielak sekiranya semua kaum dapat
memahami satu sama lain dan bertolak ansur.Perpaduan kaum dapat mewujudkan Negara yang aman
dan sejahtera tanpa pergaduhan atau peperangan.

Akhir kata,perpaduan kaum penting untuk menjamin kesejahteraan negara.Oleh yang demikian,semua
rakyat perlu mengamalkan perpaduan negara dan mengelakkan diri daripada mengamalkan sikap "enau
dalam belukar,melepaskan pucuk masing-masing".Sikap ini akan memudaratkan negara dan
mewujudkan jurang antara kaum.Kerajaan sedang berusaha melancarkan pelbagai kempen. Majikan
juga digalakkan agar memasukkan pekerja daripada pelbagai kaum untuk mewujudkan perpaduan
kaum.Sebelum mengundur diri,saya menegaskan lagi bahawa perpaduan negara adalah teras
pembangunan negara.Sekian,terima kasih

You might also like