You are on page 1of 1

PERPADUAN MENJAMIN KESEJAHTERAAN NEGARA

Selamat sejahtera saya ucapkan kepada Yang Mulia Tuan Pengerusi Majlis,Yang Berusaha Puan
HajahHalimah,pengetua sekolah,barisan hakim yang arif lagibijaksana,guru-guru,dan rakan
sekalian.Terlebih dahulu,sayaingin mengucapkan terima kasih kepada Cikgu Siti keranamemberi peluang
kepada saya untuk menyertai pertandingansyarahan pada hari ini.Tajuk syarahan saya pada hari ini
ialah"Perpaduan Menjamin Kesejahteraan Negara".

Hadirin yang dikasihi,

Perpaduan merupakan teras pembangunan negara.Perpaduanamat penting dalam negara yang


rakyatnya terdiri daripadapelbagai bangsa dan kaum seperti Malaysia.Pepatah Melayuada mengatakan
"bersatu kita teguh,bercerai kita roboh" yang menjelaskan betapa pentingnya perpaduan. Kemajuan
negarakita dalam bidang teknologi maklumat,perubatan,pertaniandan sebagainya tidak akan tercapai
tanpa kerjasama daripadasemua rakyat kerana "bertepuk sebelah tangan, tidak akanberbunyi".

Perpaduan amat diperlukan dalam apa-apa kerjaya.Sebagaicontoh,seorang petani tidak dapat


mengusahakan tanamanyang luas tanpa kerjasama antara semua kaum.Semua petaniperlu bekerjasama
untuk mengusahakan tanaman.Tanamaninilah yang merupakan sumber ekonomi dan makanan
negaraserta rakyat jelata.Dalam bidang pembedahan pula,setiapdoktor akan bekerjasama untuk
menyelamatkan nyamaseseorang pesakit.Tidak kiralah, sama ada seorang pesakit ituberbangsa melayu,
cina atau pun india Secaralangsungnya,jelas sekali bahawa perpaduan sangat pentinguntuk menjayakan
sesuatu kerjaya.

Hadirin yang dimuliakan,

Perpaduan juga amat penting dalam bidang sukan.Pemainbola sepak terdiri daripada 11 orang
dan mustahil bagi merekauntuk menang jika seorang pemain tidak bekerjasama.Dalamacara sukan lain
pun,kerjasama diperlukan antara jurulatihdengan pelatih.Contohnya,Dato' Lee Chong
Wei,pemainbadminton terkenal berjaya memenangi dalam pelbagaipertandingan kerana kerjasama
dengan pelatihnya,DatukMisbun Sidek.Secara tidak langsung,kejayaan negara kitadalam bidang sukan
akan mengharumkan lagi nama negaraserta menonjolkan negara kita di serata dunia.

Selain itu, perpaduan kaum juga perlu kita amalkan untukmengelakkan perselisihan faham
antara kaum.Amalan iniamat penting untuk mengelakkan berlakunya rusuhan kaumseperti yang berlaku
pada 13 Mei 1969.Perselisihan fahamantara kaum Cina dan Melayu telah mengundang
berlakunyapergaduhan.Sebenarnya,rusuhan kaum seperti ini dapat dielaksekiranya semua kaum dapat
memahami satu sama lain danbertolak ansur.Perpaduan kaum dapat mewujudkan negarayang aman
dan sejahtera tanpa pergaduhan atau peperangan.

Akhir kata,perpaduan kaum penting untuk menjaminkesejahteraan negara.Oleh yang demikian,


semua rakyat perlu mengamalkan perpaduan negara dan mengelakkan diridaripada mengamalkan sikap
"enau dalambelukar,melepaskan pucuk masing-masing". Sikap ini akanmemudaratkan negara dan
mewujudkan jurang antarakaum.Kerajaan sedang berusaha melancarkan pelbagaikempen. Majikan juga
digalakkan agar memasukkan pekerjadaripada pelbagai kaum untuk mewujudkan
perpaduankaum.Sebelum mengundur diri,saya menegaskan lagi bahawaperpaduan negara adalah teras
pembangunannegara.Sekian,terima kasih.

You might also like