You are on page 1of 2

Catatan Harian: Aktiviti Gotong-royong

Isnin, 19 Ogos 2019.

7.00 pagi            

Murid-murid dan guru-guru berkumpul di dewan. Guru Besar menyampaikan


ucapan.

7.30 pagi          

Murid-murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Kumpulan A


membersihkan longkang dan mengelap tingkap, Kumpulan B menyapu sampah dan
mengecat dinding, Kumpulan C melukis mural dan menghias kelas.

8.00 pagi              

Setiap kumpulan menyediakan peralatan yang hendak digunakan semasa


menjalankan aktiviti gotong-royong. Selepas itu, kami terus menjalankan tugas-tugas
yang ditetapkan.

9.30 pagi                        

Kami  berehat  sekejap kerana terlalu   penat. Pihak sekolah  juga


menyediakan makanan untuk kami semua. Kami minum minuman yang sejuk untuk
menghilangkan rasa dahaga kerana cuaca sungguh panas.

10.00 pagi              

Murid-murid meneruskan aktiviti  gotong-royong. Cikgu Goh mengambil


gambar   dengan kamera digital yang canggih untuk dijadikan sebagai kenangan
dan dimasukkan ke dalam laporan aktiviti.

11.30 pagi            

Aktiviti gotong-royong selesai dijalankan. Murid-murid menyimpan peralatan


ke dalam stor. Murid-murid berkumpul di dewan. Guru Besar mengucapkan terima
kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan aktiviti gotong-royong ini.

12.00 tengah hari

Aktiviti gotong-royong pun tamat. Murid-murid pun balik ke rumah masing-


masing. Kami berasa gembira  kerana sekolah kami kelihatan bersih dan cantik.

You might also like