You are on page 1of 3

Rabu Karangan (4) 12 Februari 2020

Aktiviti Gotong - royong

Rangka Karangan:

Pendahuluan:
Berkumpul di hadapan dewan – ketua kampung
memberikan penerangan ringkas

Isi-isi penting:
1. Mengagihkan tugas – beberapa kumpulan
2. Rehat – menikmati jamuan ringkas – kawasan
balai raya bertambah bersih
3. Kerja gotong-royong diteruskan – semangat
kerjasama semakin bertambah
4. Ketua kampung – mengucapkan terima kasih

Penutup:
Aktiviti gotong-royong selesai – semua pulang ke
rumah masing-masing
Arahan : Tulis catatan tentang aktiviti gotong-
royong membersihkan balai raya yang telah
diadakan di tempat kamu.

Tarikh : 3 Februari 2020


Masa : 7.30 pagi
Kami berkumpul di hadapan dewan. Penduduk
kampung datang sambil membawa pelbagai
peralatan. Sebelum aktiviti gotong-royong
bermula, ketua kampung memberikan penerangan
ringkas.

Masa : 10.00 pagi


Ketua kampung mengagihkan tugas kepada
beberapa kumpulan. Terdapat beberapa kumpulan
iaitu kumpulan menyabit rumput, menanam pokok
bunga dan menyapu sampah. Kaum wanita pula
bertugas menyediakan makanan dan minuman.

Masa : 12.00 tengah hari


Kita berehat sambil menikmati jamuan ringkas
yang disediakan. Kawasan balai raya kelihatan
bertambah bersih.
Masa : 12.30 tengah hari
Aktiviti gotong-royong diteruskan. Semua
penduduk kampung kelihatan semangat untuk
menceriakan kawasan balai raya.

Masa : 1.30 tengah hari


Kini, kawasan balai raya menjadi ceria dan
bersih.Ketua kampung mengucapkan terima kasih
kepada penduduk yang menjayakan aktiviti ini.

Masa : 2.00 petang


Aktiviti gotong – royong telah selesai. Semua
penduduk kampung pulang ke rumah masing-
masing.

You might also like