You are on page 1of 1

SEJARAH/ LATAR BELAKANG MAKANAN TOSAI

Tose atau tosai (daripada bahasa Tamil dosai, dikenali di beberapa kawasan di India
sebagai dosa) ialah sejenis makanan seakan lempeng dari India yang dibuat dengan menggunakan
adunan yang ditapai beberapa lama.
Tose merupakan hidangan tradisi kaum India dan di sesetengah negeri di India, tose
merupakan makanan ruji penduduk tempatan. Lazimnya, tose dihidangkan untuk sarapan bersama
dengan aneka jenis kuah (sebagai perasa sampingan); sebagai contoh kuah dal, kari ayam atau kari
ikan, serta cutni iaitu sejenis kuah pekat yang diperbuat daripada campuran kelapa yang dikisar
serta perencah rempah dan cili.
Tose adalah sejenis serabai yang mempunyai rasa masam dan ranggup. Ia diperbuat
daripada beras dan kacang dal hitam (urad dhal) dan boleh juga ditambahkan dengan rempah-ratus
untuk menambahkan rasa. Tose ialah makanan yang juga dikenali dan boleh didapati di negara-
negara lain seperti Malaysia, Sri Lanka, Singapura, dan Myanmar.

Rujukan
https://ms.wikipedia.org/wiki/Tose

You might also like