You are on page 1of 35

KAJIAN TERHADAP STRATEGI

KEMASUKAN, CABARAN-CABARAN
PERNIAGAAN, LINI PRODUK DAN KITARAN
HAYAT BAGI BAGI PRODUK KENTUCKY
FRIED CHICKEN (KFC) MALAYSIA
KAJIAN TERHADAP STRATEGI KEMASUKAN KE MALAYSIA,
CABARAN-CABARAN PERNIAGAAN, LINI PRODUK DAN KITARAN
HAYAT PRODUK BAGI SYARIKAT KENTUCKY FRIED CHICKEN (KFC)
MALAYSIA.

ABSTRAK

Kajian ini adalah mengenai strategi kemasukan ke Malaysia, cabaran-cabaran


perniagaan, lini produk dan kitaran hayat produk bagi Syarikat Kentucky Fried
Chicken (KFC) Malaysia. Pengkaji menjalankan kajian ini berdasarkan empat objektif
utama iaitu menjelaskan strategi kemasukan organisasi ke peringkat antarabangsa
bagi Syarikat KFC negara Malaysia, menjelaskan cabaran perniagaan yang dihadapi
oleh Syarikat KFC di Malaysia, menjelaskan lini produk keluaran Syarikat KFC dan
menjelaskan kitaran hayat bagi salah satu produk Syarikat KFC. Dalam kajian ini
pengkaji hanya menggunakan data sekunder untuk mendapatkan maklumat kajian ini
seperti laman sesawang, buku ilmiah, akhbar dalam talian, artikel dalam talian dan
media sosial. Kesimpulannya, Syarikat KFC menggunakan strategi francais untuk
memasuki Malaysia. Terdapat cabaran yang perlu dihadapi oleh Syarikat KFC di
Malaysia seperti struktur organisasi, kawalan pengurusan, politik dan perundangan,
ekonomi dan sosiobudaya. Antara lini produk Syarikat KFC Malaysia ialah bagi
kelebaran produk iaitu ayam goreng, minuman, kentang, nasi, burger dan ais krim
serta kedalaman produk sepertiburger zinger double down, colonel burger, zinger
cheezy, colonel stacker, zinger stacker, zinger cheezilla, ayam goreng original dan
spicy dan sebagainya. Seterusnya, kitar hayat produk. Bagi produk yang dikeluarkan
oleh Syarikat KFC Malaysia seperti Ayam Kicap Meletup menghadapi kesemua
peringkat iaitu peringkat pengenalan, peringkat pertumbuhan, peringkat kematangan
dan peringkat kemerosotan. Berdasarkan kajian ini, pengkaji mencadangkan agar
Syarikat KFC mengenal adat resam, kepercayaan dan agama masyarakat Malaysia.
Selain itu, pengkaji juga mencadangkan agar Syarikat KFC Malaysia meningkatkan
aktiviti promosi kepada masyarakat tempatan.

I
SENARAI KANDUNGAN

Perkara Halaman

Abstrak i

Senarai Kandungan ii

Pengenalan 1-2

Objektif Kajian 3

Latar Belakang Kajian 4-8

Kaedah Kajian 9-12

Dapatan Kajian 13-22

Penutup Dan Cadangan 23-25

Rujukan 26-28

Lampiran 29-32

II
1.0 PENGENALAN

Pengkaji telah memilih Syarikat KFC untuk dikaji. Dalam kajian ini pengkaji
akan mengenal pasti strategi kemasukan organisasi ke peringkat antarabangsa bagi
Syarikat KFC ke Malaysia. Pengkaji juga akan mengkaji cabaran-cabaran perniagaan
yang dihadapi oleh Syarikat KFC dalam memasuki negara Malaysia. Pengkaji juga
menjelaskan lini produk dan kitar hayat produk bagi Syarikat KFC di Malaysia.
Antara strategi kemasukan organisasi ke peringkat antarabangsa ialah import,
eksport, kontrak pengeluaran, perlesenan, francais, usaha sama, subsidiari dan operasi
serah kunci. Kepentingan perniagaan antarabangsa kepada perniagaan dapat
meluaskan pasaran ke peringkat global di samping dapat meningkatkan keuntungan
kepada organisasi. Keuntungan yang tinggi akan meningkatkan imej sesebuah
perniagaan. Bukan itu sahaja, keuntungan yang diperoleh daripada syarikat dapat
memperluaskan lagi syarikat unk lebih maju bersaing dengan perniagaan lain.
Terdapat cabaran-cabaran yang dihadapi oleh perniagaan seperti struktur
organisasi, kawalan pengurusan, politik dan perundangan, ekonomi dan sosiobudaya.
Cabaran-cabaran yang dihadapi oleh perniagaan antarabangsa akan memberi kesan
yang positif dan negatif kepada perniagaan. Cabaran-cabaran ini perlu ditangani oleh
setiap perniagaan bagi mengelakkan kemerosotan dalam sesebuah organisasi
perniagaan. Cabaran yang dihadapi oleh sesebuah syarikat yang tidak ditangani
dengan cepat akan mengakibatkan kesan negatif kepada syarikat.
Selain itu, lini produk merangkumi kedalaman dan kelebaran produk. Lini
produk merupakan sebarisan produk yang lebih kurang sama jenis atau yang berkaitan
anatara satu sama lain yang dijual oleh sesenuah perniagaan. Kedalaman produk ialah
bilangan item produk yang terdapat dalam sesuatu lini atau barisan produk yang
ditawarkan kepada pengguna. Bilangan item yang lebih dalam dapat memberi pilihan
yang lebih luas lepada pengguna. Kelebaran produk merujuk kepada kepelbagaian
jenis produk atau bilangan barisan produk yang berlainan yang ditawarkan oleh
pengeluar kepada pengguna. Bilangan barisan yang lebih banyak atau lebar dapat
menarik lebih ramai pelanggan.
Seterusnya kitar hayat produk merupakan peringkat-peringkat yang perlu
dilalui oleh produk baharu bermula dari peringkat pengenalan, peringkat
pertumbuhan, peringkat kematangan dan peringkat kemerosotan dari segi jualan dan

1
keuntungan. Organisasi perniagaan perlu peka terhadap kitar hayat produk bagi
menyokong sesuatu produk untuk terus kekal berada di dalam pasaran. Hal ini akan
membantu organisasi untuk mengetahui strategi-strategi yang perlu dilaksanakan
dalam organisasi bagi meningkatkan jualan dan seterusnya keuntungan yang
diperolehi perniagaan.

2
2.0 OBJEKTIF KAJIAN

Kajian ini dijalankan bagi untuk mencapai empat objektif utama bagi syarikat
KFC Holdings (Berhad) Malaysia iaitu

2.1 Menjelaskan strategi kemasukan organisasi ke perniagaan antarabangsa


bagi syarikat KFC ke Malaysia.
2.2 Menjelaskan cabaran perniagaan yang dihadapi oleh syarikat KFC
Malaysia dari aspek:
(a) Struktur organisasi
(b) Kawalan pengurusan
(c) Politik dan perundangan
(d) Ekonomi
(e) Sosiobudaya
2.3 Menjelaskan lini produk yang dikeluarkan oleh syarikat KFC Malaysia
dari aspek;
(a) Kedalaman produk dan
(b) Kelebaran produk
2.4 Menjelaskan kitaran hayat bagi salah satu produk syarikat KFC Malaysia.

3
3.0 LATAR BELAKANG KAJIAN

Syarikat yang saya pilih bagi kajian ini ialah KFC Holdings (Malaysia)
Berhad. Kentucky Fried Chicken KFC merupakan salah satu rangkaian makanan
segera yang paling terkenal di dunia ini. Syarikat perusahaan KFC ini bermula pada
tahun 1930 an. Syarikat ini merupakan syarikat yang berasal daripada Amerika
Syarikat dan kemudian ditubuhkan di Malaysia. Pengasas bagi KFC iaitu Colonel
Harland Sanders. Sehubungan itu, KFC (Malaysia) telah ditubuhkan buat pertama kali
pada tahun 1973 bertempat di Jalan Tunku Abdul Rahman, Kuala Lumpur. Justeru
itu, sehingga tahun 2013 terdapat 579 cawangan KFC dibuka di seluruh Malaysia.
KFC Malaysia diuruskan oleh QSR Brands Berhad, iaitu sebuah syarikat milik Jcorps.
Sebut sahaja Johor Corporation (Jcorp) bukan sedikit yang mengenali entiti ituKFC
merupakan antara perniagaan kendalian Jcorp yang berjaya. Malah, kejayaanya kini
melangkau ke luar negara. Selanjutnya, Restoran KFC Malaysia ini menyediakan
pelbagai jenis makanan seperti ayam goreng, nugget, burger serta mencatat prestasi
yang membanggakan dalam industri restoran makanan segera di Malaysia.
Terdapat pelbagai strategi kemasukan organisasi ke perniagaan antarabangsa
iaitu import, eksport, pelesenan, kontrak pengeluaran, francais, usahasama, subsidiari
dan operasi serah kunci. Bagi konsep import, menurut Sabri Hj. Hussin (2010), import
dapat didefinisikan sebagai sebarang aktiviti yang melibatkan pembelian barangan
dan perkhidmatan dari luar negara dan dibawa masuk untuk kegunaan dalam negara
oleh individu atau organisasi. Selain itu, menurut Andi Susilo (2008) import dapat
didefinisikan sebagai kegiatan memasukkan barang dari suatu negara ke dalam
wilayah negara lain. Kelebihan import adalah dapat memperoleh barang yang tidak
dikeluarkan dalam negara.
Selain itu, Menurut Sabri Hj. Hussin (2010), eksport pula adalah sebarang
aktiviti yang melibatkan penjualan barangan dan perkhidmatan ke luar negara kepada
pembeli individu atau organisasi di negara asing. Kelebihan eksport adalah nilai mata
wang tempatan akan meningkat apabila banyak warga tempatan menerima mata wang
asing. Menurut Donny Abdul Latief Poespowidjojo, kaedah eksport merupakan satu
strategi untuk memperluaskan pasaran produk tempatan ke pasaran asing serta tidak
bergantung kepada pasaran tempatan sahaja.

4
Seterusnya, Menurut Donny Abdul Latief Poespowidjojo, pelesenan
merupakan kaedah yang merujuk kepada pemberian kebenaran kepada firma asing
untuk mengeluarkan produk yang menggunakan hak cipta, reka bentuk, paten dan
teknologi. Sehubungan itu, kepentingan pelesenan iaitu pemberi lesen akan
mendapatkan ganjaran dalam bentuk yuran dan royalti hasil jualan produk atau
perkhidmatan yang dikeluarkan oleh penerima lesen. Menurut Sabri Haji Hussin
(2010) strategi pelesenan ialah pemberian hak dan kebenaran kepada sesebuah
syarikat di negara asing untuk mengeluar atau memasar atau kedua-dua sekali sesuatu
jenama produknya (pemberi lesen) di pasaran tempatan. Hak-hak yang diberikan
termasuklah paten, formula, proses, rekabentuk, pola, hak cipta, tanda perdagangan,
nama jenama, tanda niaga, lesen, kontrak, francais, kaedah, program, prosedur,
sistem, tatacara dan teknik.
Di samping itu, konsep strategi francais menurut Donny Abdul Latief
Poespowidjojo adalah mempunyai persamaan dengan pelesenan kecuali kaedah ini
merupakan pembelian satu pakej perniagaan yang lengkap, termasuk sistem format
perniagaan, nama, jenama, logo, tanda dagangan, sistem dan prosedur. Francaisi atau
syarikat yang mendapat hak francais yang mendapat hak francais perlu membayar
yuran francais, yuran pengurusan, royalti beserta peratusan tertentu daripada kesemua
jumla penjualan. Menurut Sabri Haji Hussin (2010), strategi francais merujuk kepada
pemberian satu pakej di mana sesebuah syarikat dibenarkan memiliki tanda niaga
perniagaan, perkhidmatan dan produk, prinsip-prinsip pengoperasian atau pengurusan
syarikat peraturan pengurusan dan khidmat nasihat dalam segala aspek yang berkaitan
dengan perjalanan syarikat. Kebaikan francais ialah dapat meningkatkan pengetahuan
perniagaan.
Selanjutnya, konsep strategi kontrak pengeluaran menurut Sabri Haji Hussin
(2010) ialah pemberian kontrak kepada pekilang-pekilang luar negara mengeluarkan
sesuatu produk sesebuah syarikat. Barangan pakaian yang berjenama seperti kasut
Dunhill selalunya diberi kontrak pengeluaran kepada pekilang-pekilang yang dapat
memenuhi syarat-syarat tertentu. Menurut Hj. Zahari, kontrak pengeluaran adalah
suatu tindakan memberi kebenaran kepada individu atau syarikat lain untuk
mengeluarkan sesuatu jenis produki siap, komponen alat atau produk separuh siap
mengikut spesifikasi yang ditetapkan. Kebaikan kontrak pengeluaran dapat meluaskan
pasaran dan mendapat pasaran baharu. Hal ini dapat menggalakkan pengeluaran

5
secara besar-besaran untuk menurunkan kos per unit sehingga harga produk menjadi
semakin murah.
Konsep strategi usahasama menurut Sabri Haji Hussin (2010), merupakan
gabungan beberapa syarikat antarabangsa bertujuan menjalankan perniagaan yang
bermotifkan keuntungan serta mencapai misi tertentu. Usahasama membolehkan
syarikat asing mendapat pengalaman di negara lain dengan menggunakan kepakaran
dan sumber-sumber syarikat tempatan. Menurut Nik Rahima Nik Yakob pula maksud
strategi kemasukan usaha sama didefinisikan sebagai syarikat tempatan yang bersatu
dengan syarikat asing untuk menghasilkan atau memasarkan keluaran atau
perkhidmatan. Kepentingan usahasama iaitu dapat mengelakkan daripada
menanggung risiko kerugian yang besar dalam perniagaan.
Bagi konsep strategi kemasukan operasi serah kunci pula menurut Mokhtar
Pet ialah sebuah syarikat yang dibentuk, membina dan menyiapkan sesuatu
kemudahan di negara asing disamping melatih pekerja negara itu untuk mengambil
alih operasi yang dibina. Menurut Bistra Vassileva dan Miroslav Nikolov (2016),
operasi serah kunci ialah sejenis perhubungan kolaboratif di mana satu firma
mengendalikan semua operasi dan perincian untuk pelanggan negara tuan rumah,
kebanyakan melalui membina kemudahan yang lengkap dan bersedia untuk operasi.
Kelebihannya ia adalah kurang berisiko berbanding dengan strategi pelaburan yang
merupakan satu cara kemasukan yang biasa digunakan untuk semua jenis pasaran
yang berkontrak.
Akhir sekali, konsep strategi kemasukan perniagaan melalui subsidiari pula
Menurut Elena Horska et al. (2014), subsidiari merujuk kepada syarikat di mana
syarikat induknya memegang majoriti saham atau sumber lain yang dikawal manakala
menurut Encik Karthik (2013) definisi subsidiari merupakan anak syarikat tempatan
yang dikawal sepenuhnya atau sebahagiannya, oleh syarikat asing (syarikat induk)
melalui pemegangan ekuiti melebihi daripada 50% dalam syarikat subsidiary tersebut.
Terdapat kepentingan strategi subsidiari dalam perniagaan ialah dapat mengurangkan
cabaran dan risiko seperti risiko sosiobudaya.
Terdapat juga beberapa cabaran yang dihadapi dalam perniagaan seperti
cabaran struktur organisasi, kawalan pengurusan, politik dan perundangan, ekonomi
dan sosiobudaya. Bagi konsep struktur organisasi menurut Lewis at el (2011) struktur
organisasi adalah proses menentukan tugas yang perlu dilaksanakan, siapa
pelaksananya dan bagaimanakah tugas-tugas tersebut akan diurus dan dikoordinasikan

6
iaitu satu bentuk susunan secara berlapis dan setiap lapisan mempunyai hierarki
tertentu. Kesannya, menggalakkan pengkhususan kemahiran. Pekerja akan
menumpukan perhatian kepada kerja yang mereka lakukan kerana adanya
pengkhususan terhadap tugas.
Menurut Mokhtar Pet (2015) kawalan pengurusan sukar dilakukan kerana
kedudukan yang jauh antara cawangan dengan syarikat induk. Kawalan pengurusan
pula adalah sebagai pemantauan prestasi terhadap rancangan dan kemudian membuat
pelarasan sama ada dalam rancangan atau operasi seperti yang dikehendaki.
Kesannya, syarikat perlu mengambil kira aspek kos, ketepatan masa dan persekitaran
perniagaannya sebelum mengambil keputusan untuk melaksanakan kawalan
pengurusan secara berpusat atau secara berasingan.
Selanjutnya, cabaran politik dan perundangan Menurut Sumartono (2018),
politik ditandai dengan kesedaran budaya politik yang sangat tinggi. Sistem politik
mengandungi tiga aspek, iaitu struktur (badan perundangan, eksekutif dan birokrasi),
pemerintah (monarki/demokrasi, pembuat undang-undang dan pentadbir) dan dasar
awam. Cabaran perundangan pula menurut Kamal Halali Hassan (1990), peraturan
atau kaedah yang dibuat oleh sesuatu badan perundangan yang dikenakan ke atas
rakyat dan dikuatkuasakan melalui badan penguatkuasaan. Kesannya, sesebuah
syarikat perlu meneliti sistem politik, kuasa pembuatan keputusan dan kestabilan
politik di sesebuah negara terlebih dahulu kerana ingin menentukan sikap kerajaan
dalam menggubal dasar dan polisi.
Seterusnya, cabaran ekonomi menurut Haji Zahari Mohamad (2022),
ekonomi merujuk kepada aspek kuasa beli pengguna, kitaran ekonomi dunia,
penawaran wang dan sistem ekonomi yang diamalkan oleh sesebuah negara. Secara
langsung, syarikat multinasional perlu mengambil kira tentang aspek ekonomi dalam
negara untuk memperbaiki kemajuan perniagaan. Kesannya, sistem ekonomi negara
yang berbeza antara sebuah negara akan mempengaruhi aktiviti perniagaan
antarabangsa.
Di samping itu, cabaran yang terakhir dalam perniagaan ialah sosiobudaya.
Menurut Sabri Hj. Hussin (2010) sosiobudaya ialah kombinasi lebih daripada dua
budaya yang berlainan. Sikap persepsi yang dikongsi bersama oleh setiap individu
dalam masyarakat sesebuah negara yang dapat mempengaruhi gelagat pembelian
penduduk negara tersebut. Secara tidak langsung, pengurus sebuah syarikat

7
multinasional perlu pengetahuan yang mencukupi mengenai cara hidup, sikap, bahasa,
agama, budaya dan adat resam sesbuah negara.
Menurut Mah Boon Kiet (2007), menerangkan bahawa lini produk merujuk
kepada dua jenis iaitu kelebaran lini produk dan kedalaman lini produk. Kelebaran
lini produk bermaksud kepada bilangan lini produk yang dipasarkan kepada pengguna
dalam sesuatu pasaran. Kedalaman lini produk merujuk kepada bilangan item produk
yang dihasilkan dan bilangan versi yang ditawarkan oleh setiap produk tersebut.

Bagi konsep kitaran hayat pula menurut Mohammad Asri M.Rejab (2009),
kitaran hayat produk seperti tumbuh-tumbuhan dan manusia, produk juga mempunyai
kitaran hayat yang terhad. Jangka masa sesuatu produk akan berada dalam pasaran
bergantung kepada penerimaan dan permintaan pengguna terhadap produk tersebut.
Kitaran hayat produk boleh dibahagikan kepada empat peringkat yang merangkumi
pengenalan, pertumbuhan, kematangan dan kemerosotan sesuatu produk sehingga
produk tersebut dikeluarkan daripada pasaran.

8
4.0 KAEDAH KAJIAN

Kaedah kajian dijalankan bertujuan menghubungkaitkan objektif kajian


dengan hasil kajian. Bahagian ini menerangkan kaedah kajian yang telah
digunakan oleh pengkaji dalam melaksanakan kajian ini dengan sempurna.
Menurut Hassan (1996) kaedah kajian ialah proses untuk mengkaji sesuatu
maklumat yang dikehendaki sama ada dari dalam ataupun luar persekitaran.
Menurut Noraini Mohamed Hassan, kaedah kajian bermaksud cara bagaimana
kajian tersebut dilaksanakan. Kaedah kajian biasanya terbahagi kepada empat
jenis iaitu kajian perpustakaan, kajian lapangan, kajian tinjauan dan temu
duga.

4.1 DATA PRIMER


Menurut Umi Narimawati (2008) Kaedah primer merujuk kepada
sumber data yang diperoleh secara langsung daripada sumber asli atau
pihak pertama. Kaedah primer secara khusus dikumpulkan oleh
pengkaji untuk menjawab pertanyaan riset dan penelitian. Menurut
Sabitha Marican, data primer ialah data asal yang dikumpul secara
khususnya untuk menjawab persoalan kajian. Ia data yang
dikumpulkan sendiri oleh penyelidik untuk menguji hipotesis dalam
kajiannya. Dalam kajian ini, pengkaji tidak menggunakan kaedah
primer untuk mencari maklukmat dalam menyelesaikan kajian ini.

4.2 DATA SEKUNDER


Menurut Umi Narimawati (2008) mentakrifkan kaedah sekunder
sebagai sumber data yang diperoleh melalui media pengantaraan
seperti buku atau internet. Kaedah sekunder merupakan sumber data
yang diperoleh peneliti secara tidak langsung melalui media perantara.
Kaedah sekunder pada umumnya berupa bukti, catatan atau kajian
lepas yang telah tersusun dalam arkib, sama ada yang diterbitkan atau
yang tidak diterbitkan. Menurut Sabitha Marican, data sekunder ialah
menggunakan data yang telah dikumpulkan oleh pengkaji lain. Antara
data sekunder yang digunakan dalam kajian ini adalah laman

9
sesawang, buku rujukan, akhbar dalam talian, artikel dalam talian dan
media sosial.

4.2.1 Laman Sesawang


Menurut El-Ansary, Frost (2003) laman sesawang atau lebih
dikenali sebagai internet merupakan jaringan komunikasi yang
bersifat luas dan memudahkan proses pencarian maklumat
manakala menurut Zolkepli (2001) laman sesawang
merupakan integrasi grafik, teks dan bunyi ke dalam satu
halaman paparan. Zolkepli (2001) juga bepandangan bahawa
semua bahan berkenaan dapat diakses dengan hanya menglik
di hujung jari. Pengkaji menggunakan laman sesawang untuk
mencari tentang isu-isu semasa KFC di Malaysia, sejarah
pembukaan KFC Malaysia serta cabarannya.

4.2.2 Buku ilmiah


Menurut Eko Susilo M, buku ilmiah merupakan suatu tulisan
ataupun karangan yang didapatkan sesuai dengan sifat ilmu
dan dari berbagai hasil penelitian, dan peninjauan terhadap
bidang ilmu tertentu, yang disusun dengan menggunakan cara
tertentu dengan meneliti secara teratur penulisan yang baik
serta dapat dipertanggungjawabkan keilmiahannya. Pengkaji
buku ilmiah yang bertajuk seperti Keusahawanan yang ditulis
oleh Abu Bakar Hamed, Panduan Penulisan yang ditulis oleh
Noraini Mohamed Hassan, Asas Pemasaran ditulis oleh Nik
Rahimah Nik Yakob. Buku-buku ilmiah ini digunakan untuk
mencari pelbagai maklumat tentang yang berkaitan tajuk.

4.2.3 Akhbar dalam talian


Menurut Jamudin Idris (1996) akhbar didefinisikan sebagai
media cetak yang utama di Malaysia. Akhbar juga turut
dijadikan sebagai sumber sekunder bagi kajian ini. Akhbar
dalam talian ini digunakan untuk membuktikan bahawa KFC

10
Malaysia merupakan francais serta telah membuka lebih banyak
cawangan di Malaysia. Akhbar ini dimuat naik pada tarikh 13
Mei 2016. Selain itu, akhbar dalam talian juga untuk mencari
cabaran ekonomi yang mempengaruhi perniagaan KFC. Akhbar
tersebut dimuat naik pada 31 Ogos 2021 oleh laman sesawang
rasmi astro awani. Akhbar \tentang Ayam Kicap Meletup juga
dijadikan sebagai rujukan apabila dimuat naik pada akhbar
dalam harian metro pada 3 Februari 2016.

4.2.4 Artikel dalam talian


Artikel menurut Andi Baso Mappatoto (1994) adalah karya
yang lengkap dan karangan tertulis yang panjangnya tidak
tentu. Artikel dapat dipahami sebagai suatu rangkaian atau
karangan yang dibuat berdasarkan fakta dan pendapat
untuk disebarkan di media, baik itu media cetak, media dalam
talian bahkan juga sekarang banyak artikel yang dimuat naik
di media sosial. Penulisan artikel sendiri sebenarnya
mengandungi tujuan untuk menyampaikan suatu gagasan yang
memuat data dan fakta. Pengkaji menggunakan artikel dalam
talian yang bertajuk Sejarah ringkas KFC dan kedatangannya ke
Malaysia, KFC Malaysia alami masalah bekalan, Harga KFC
Malaysia diselaras masuk SST 6% dan KFC Perkenal Semula
Ayam Kicap Meletup. Tajuk artikel tersebut untuk mencari latar
belakang perniagaan KFC di Malaysia, cabaran ekonomi KFC
dan undang-undang yang dijalankan oleh kerajaan ketika
berlakunya pandemik Covid-19 serta maklumat tentang salah
satu produk bagi kitaran hayat produk KFC Malaysia.

4.2.5 Media Sosial


Menurut Nasrullah (2015) media sosial adalah medium di
internet yang membuatkan pengguna lebih mudah untuk
bweinteraksi, bekerjasama dan berkomunikasi dengan
pengguna lain membentuk ikatan sosial secara alam maya.

11
Pengkaji menggunakan media sosial seperti Facebook rasmi
KFC Malaysia dan Twitter pada 24 Januari 2016, 26 Februari
2016 untuk mencari pengiklanan produk Ayam Kicap
Meletup yang dilakukan melalui media sosial serta maklum
balas tentang produk tersebut daripada pihak pelanggan.

12
5.0 DAPATAN KAJIAN
Kajian ini membincangkan tentang strategi kemasukan organisasi ke peringkat
antarabangsa bagi syarikat Kentucy Fried Chicken (KFC) ke negara Malaysia,
cabaran perniagaan yang dihadapi oleh syarikat Kentucy Fried Chicken
(KFC) di Malaysia dari aspek struktur organisasi, kawasan pengurusan, politik dan
perundangan ekonomi dan sosiobudaya serta menjelaskan tentang lini produk
keluaran syarikat dari aspek kedalaman dan kelebaran produk serta kitaran
hayat bagi suatu produk syarikat KFC.

5.1 Strategi Kemasukan Organisasi ke Perniagaan Antarabangsa


Strategi kemasukan organisasi ke perniagaan antarabangsa menurut
Mokhtar Pet (2016) sesebuah perniagaan yang boleh menembusi
pasaran antarabangsa dengan pelbagai kaedah. Sehubungan dengan
itu, negara Malaysia merupakan salah satu negara yang dimasuki oleh
Syarikat KFC untuk memperbesarkan dan meluaskan lagi skop
perniagaannya dan mengaut keuntungan melalui penjualan produknya
di dalam negara Malaysia.
Strategi kemasukan yang digunakan oleh Syarikat KFC buat
kali pertama memasuki negara Malaysia ialah strategi kemasukan
melalui francais. Francais menurut Syahrir Rahim ialah satu pakej
perniagaan yang lengkap, termasuk sistem format perniagaan, nama,
jenama, logo, tanda dan nama perniagaan, sistem dan prosedur. Dalam
konteks ini, Ketua Jenama KFC di Malaysia, Stephen Chew berkata,
setakat ini terdapat kira-kira 740 cawangan restoran di seluruh negara
menghidangkan juadah KFC kepada rakyat Malaysia setiap hari.
Beliau berkata, sepanjang lima tahun KFC Malaysia sudah mencapai
pelbagai kejayaan, lebih-lebih lagi dua tahun yang cukup mencabar
kebelakangan ini disebabkan oleh pandemik yang tidak dijangka.

13
5.2 Cabaran perniagaan yang dihadapi oleh Syarikat KFC di
Malaysia
Menurut Winnie Wong, cabaran adalah faktor yang menguji
kemampuan seseorang individu atau sesebuah organisasi. Pelbagai
cabaran dan rintangan yang perlu ditempuhi oleh sesebuah perniagaan
antarabangsa. Cabaran perniagaan juga merujuk kepada halangan yang
dihadapi oleh sesebuah syarikat semasa menjalankan perniagaan.
Terdapat lima cabaran yang perlu dihadapi oleh Syarikat KFC
Malaysia iaitu struktur organisasi, kawalan pengurusan, politik dan
perundangan, ekonomi dan sosiobudaya.

5.2.1 Struktur Organisasi


Menurut Sabri Hj Hussin (2015), struktur organisasi merupakan
pembentukan struktur fungsian berdasarkan fungsi atau tugas yang
dilakukan oleh bahagian tersebut seperti pemasaran, pengeluaran,
kewangan, personel, penyelidikan dan pembangunan dan logistik.
Struktur organisasi yang diguna pakai oleh Syarikat KFC ialah
struktur organisasi mengikut jabatan. Menurut Mokhtar Pet (2016)
struktur organisasi mengikut jabatan merupakan jabatan
dibahagikan dibahagikan mengikut fungsi-fungsi penting yang
wujud dalam cawangan di dalam sesebuah organisasi. merupakan
lakaran untuk struktur organisasi mengikut jabatan bagi Syarikat KFC
ialah:

TAN SRI DATO’ MOHD ALI BIN


HASHIM

PENGERUSI

AHMAD BIN MOHAMAD

TIMBALAN PENGERUSI

Jamaludin bin Tan Sri Dato’ Dr Kua Hwee Sim Hassim bin Dato’ Ismee
Md Ali Yahya bin Awang Baba bin Ismail
Pengarah Pengarah
Pengarah Utusan Pengarah Pengarah

14
Cabaran yang perlu dihadapi oleh Syarikat KFC untuk
menggunakan struktur organisasi mengikut jabatan ialah syarikat ini
perlu mempunyai banyak pengurus yang khusus di setiap jabatan
disebabkan oleh kelebaran dan kedalaman produk yang dikeluarkan
terlalu banyak serta kekurangan pengurus dalam sesuatu
pengkhususan kerja akan merumitkan lagi sesuatu kerja yang akan
dilaksanakan.

5.2.2 Kawalan Pengurusan


Menurut Sabri Haji Hussin (2010), cabaran kawalan pengurusan
terdapat dua kaedah kawalan iaitu pendekatan pemusatan
(centralization) serta pendekatan pemencaran (decentralization).
Pendekatan pemusatan (centralization) melibatkan segala aktiviti anak
syarikat dikawal oleh ibu pejabat. Pendekatan pemencaran
(decentralization) pula berlaku apabila anak syarikat lebih bebas
bertindak dan membuat keputusan berhubung pasaran.
Kawalan pengurusan yang digunakan oleh syarikat KFC ialah
kawalan pengurusan secara berpusat. Hal ini disebabkan oleh syarikat
induk KFC yang akan mengeluarkan sesuatu produk baharu maka
cawangan syarikat KFC di setiap negara khususnya di negara Malaysia
akan mengeluarkan produk tersebut. Kawalan pengurusan secara
berpusat menjadi cabaran kepada syarikat disebabkan pembuatan
keputusan oleh cawangan di luar negara mungkin bertentangan dengan
visi dan misi syarikat induk dan menyukarkan proses kawalan ke atas
perjalanan urusan cawangan di luar negara oleh syarikat induk.
Misalnya, terdapat cawangan KFC di Malaysia yang tidak mengikuti
standard peraturan syarikat induk KFC di Amerika Syarikat.
Sebagai contoh, peraturan KFC syarikat induk mengatakan
bahawa memberikan layanan yang baik terhadap pelanggan serta
memberikan menu pesanan yang betul, namun terdapat segelintir
pekerja yang gagal mematuhi arahan tersebut. Misalnya, pekerja KFC
tersebut bertindak suka hati untuk menukar wedges atau coleslow
dengan kentang putar. Ianya terjadi apabila pelanggan menggunakan
panel layan diri dan membayar menggunakan debit kad, malangnya

15
apabila membawa pulang ke rumah hidangan yang dipilih tidak sama
dengan yang dibungkus. Hal disebabkan syarikat induk KFC yang
jauh, maka seluruh cawangan KFC di Malaysia mengamalkan kawalan
pengurusan tidak berpusat iaitu cawangan sendiri yang memutuskan
keputusan dan hal ini meyebabkan terdapat beberapa cawangan yang
membuat peraturan yang tidak bersesuaian dengan peraturan standard
syarikat induk KFC di Amerika Syarikat. Masalah ini berlaku
disebabkan jarak syarikat induk KFC di Amerika Syarikat yang sejauh
15.075Km dari Malaysia menyebabkan syarikat kesulitan untuk
mengawal cawangan KFC di Malaysia dan akhirnya terpaksa
bergantung kepada pengurusan tempatan untuk mengawal syarikat.

5.2.3 Politik dan Perundangan


Menurut Sumartono (2018), politik ditandai dengan kesedaran budaya
politik yang sangat tinggi. Sistem politik mengandungi tiga aspek,
iaitu struktur (badan perundangan, eksekutif dan birokrasi), pemerintah
(monarki/demokrasi, pembuat undang-undang dan pentadbir) dan
dasar awam. Konsep perundangan pula menurut Kamal Halali Hassan
(1990), peraturan atau kaedah yang dibuat oleh sesuatu badan
perundangan yang dikenakan ke atas rakyat dan dikuatkuasakan
melalui badan penguatkuasaan.
Dalam aspek cabaran ini, politik dan perundangan memberi
pengaruh besar kepada Syarikat KFC diselaras termasuk cukai
perkhidmatan yang dikenakan melalui (SST). Restoran KFC telah
memaklumkan dan melakukan sedikit penyelarasan pada harga
jualannya dengan memasukkan cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST)
sebanyak 6 peratus yang berkuatkuasa mulai Disember 2018. Keadaan
ini merupakan cabaran apabila harga makanan segera KFC telah
meningkat menyebabkan segelintir pelanggan mengulas tentang
kenaikan harga menu KFC.
Bagi perundangan pula, pada waktu pandemik Covid-19 tahun
2020, kerajaan Malaysia telah mengeluarkan satu undang-undang
baru iaitu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di mana semua individu
tidak boleh keluar daripada rumah kecuali membeli barang

16
keperluan. Disebabkan undang-undang ini, KFC Malaysia tidak dapat
lagi menjana keuntungan seperti biasa kerana tiada pelanggan yang
dapat keluar rumah pada ketika itu.

5.2.4 Ekonomi
Menurut Haji Zahari Mohamad (2022), ekonomi merujuk kepada
aspek kuasa beli pengguna, kitaran ekonomi dunia, penawaran wang
dan sistem ekonomi yang diamalkan oleh sesebuah negara. Secara
langsung, syarikat multinasional perlu mengambil kira tentang aspek
ekonomi dalam negara untuk memperbaiki kemajuan perniagaan. Jika
ekonomi negara Malaysia meleset maka pendapatan setiap pengguna
akan jatuh. Keadaan ini akan menyebabkan perbelanjaan atau kuasa
beli pengguna akan menurun. Khususnya terhadap pembelian makanan
segera seperti produk makanan yang dikeluarkan oleh Syarikat KFC.
Dengan itu, aktiviti perniagaan Syarikat KFC akan jatuh.
Sebaliknya, jika ekonomi negara Malaysia stabil aktiviti perniagaan
Syarikat KFC akan turut berkembang kerana pendapatan pengguna
tidak terjejas. Kesan kenaikan harga ayam tersebut menyebabkan
KFC akan terjejas teruk kerana memerlukan lebih dua juta ayam segar
sebulan. Bekalan untuk ayam KFC sahaja adalah 10 peratus daripada
bekalan ayam mentah tempatan. Pelanggan juga tidak mampu
menampung untuk membeli ayam KFC lagi disebabkan harga ayam
KFC meningkat.

5.2.5 Sosiobudaya
Menurut Sabri Hj. Hussin (2010) sosiobudaya ialah kombinasi lebih
daripada dua budaya yang berlainan. Sikap persepsi yang dikongsi
bersama oleh setiap individu dalam masyarakat sesebuah negara yang
dapat mempengaruhi gelagat pembelian penduduk negara tersebut.
Menurut Katerina Boniface, sosiobudaya adalah amalan yang berupa
gaya hidup dan peradaban bagi sesuatu masyarakat, lahir dari pegangan
kecenderungan diri masyarakat berkenaan dalam berbagai hidup untuk
memberi kepuasan dan meransang pembangunan masyarakat itu.

17
Sosiobudaya merupakan cabaran yang dialami oleh syarikat KFC
disebabkan masyarakat di Malaysia majoriti beragama Islam.
Keadaan ini menimbulkan keraguan tentang isu halal berikutan
cara pemprosesan ayam di kilang KFC yang diragui. Syarikat KFC
juga mengalami cabaran sosiobudaya apabila majoriti masyarakat
Malaysia lebih menyukai dan menjadi kebiasaan ayam goreng apabila
disajikan bersama nasi yang telah menjadi ruji makanan kegemaran
mereka. Pada ketika permulaan KFC beroperasi, mereka hanya
menyediakan set ayam goreng original dan spicy sahaja. Keadaan ini
menyebabkan masyarakat tidak terbiasa apabila hanya memakan ayam
goreng sahaja.

5.3 Lini Produk


Menurut Philip Kotler, lini produk dapat didefinisikan sebagai sekelompok
produk yang terkait erat kerana berfungsi dengan cara yang sama dan dijual
kepada kelompok pelanggan yang sama, dipasarkan melalui jenis gerai yang
sama dan berada dalam harga yang sama. Menurut Mah Boon Kiet (2007),
menerangkan bahawa lini produk merujuk kepada dua jenis iaitu kelebaran lini
produk dan kedalaman lini produk. Kelebaran lini produk bermaksud kepada
bilangan lini produk yang dipasarkan kepada pengguna dalam sesuatu pasaran.
Kedalaman lini produk merujuk kepada bilangan item produk yang dihasilkan
dan bilangan versi yang ditawarkan oleh setiap produk tersebut.

AYAM MINUMAN KENTANG NASI BURGER AIS KRIM


GORENG

Jadual 1 : Kelebaran produk Syarikat KFC Malaysia

5.3.2 Kelebaran produk

Menurut Mokhtar Pet (2018), kelebaran lini produk bermaksud


bilangan lini produk yang dipasarkan kepada pengguna dalam suatu
pasaran. Maksud kelebaran produk pula menurut Ronadaza Zainorin
(2016) ialah bilangan lini produk yang dipasarkan kepada pengguna dalam

18
sesuatu pasaran. Kelebaran bagi produk yang ditawarkan oleh syarikat KFC
iaitu ayam goreng, minuman, kentang, nasi, burger dan ais krim.

BURGER AYAM KENTANG AIS KRIM NASI MINUMAN

Zinger Double Original Kentang Jelly ice cream Nasi Lemak Coca-cola
Down Goreng KFC

Colonel Burger Spicy Whipped Sundae ice Zinger Rice Milo


potato cream Wrap

Zinger Cheezy Cheezy Ultimate ice Pepsi


widges cream

Colonel Stacker Sprite

Zinger Stacker Ice lemon tea

Zinger Cheezilla Strawberry

Jadual 2 : Kedalaman produk Syarikat KFC Malaysia

19
5.3.1 Kedalaman produk

Menurut Hj. Zahari Mahamad (2021), kedalaman produk ditakrifkan


sebagai bilangan item produk yang terdapat dalam sesuatu lini atau
barisan produk yang ditawarkan kepada pengguna. Bilangan item yang
lebih dalam dapat memberi pilihan yang lebih luas kepada pengguna.
Menurut Mokhtar Pet (2018), menyatakan bahawa kedalaman lini
produk ialah bilangan item produk yang dihasilkan dan bilangan versi
yang ditawarkan oleh setiap produk tersebut.
Sehubungan itu, kedalaman bagi produk makanan KFC adalah
ayam goreng berperisa pedas dan ayam goreng berperisa asli atau
original. Bukan itu sahaja, bagi kedalaman burger pula terdapat Burger
Zinger Double Down, Colonel Burger, Coloner Stacker, Zinger
Cheezy, Zinger Stacker dan Zinger Cheezilla. Kedalaman bagi produk
minuman pula coca-cola, milo, oren, pepsi, sprite, ice lemon tea dan
strawberi. Tambahan pula, kedalaman bagi kentang ialah kentang
goreng, whipped potato dikenali sebagai kentang putar dan cheesy
wedges. Kedalaman ais krim yang ditawarkan oleh syarikat KFC iaitu
kedalaman bagi ais krim pula ialah jelly ais krim, sundae ais krim
dan ultimate ais krim.

20
5.4 Kitar Hayat Produk

Menurut Abu Bakar Hamed (2005), kitaran hayat produk merupakan produk
yang dikeluarkan oleh usahawan biasanya akan melalui satu pusingan hayat atau
kitaran hayat produk. Hal ini disebabkan oleh perubahan cita rasa pengguna,
persaingan barangan pengganti, perubahan sosial dan sebagainya. Syarikat KFC juga
mempunyai produk yang mengalami kitar hayat produk iaitu Ayam Kicap Meletup.
Pada peringkat pengenalan iaitu peringkat yang pertama sekali, syarikat KFC
Malaysia telah memperkenalkan satu produk baharu iaitu ‘Ayam Kicap Meletup’
sempena menyambut Ramadhan dan Hari Raya. Menu ini diberikan sentuhan
tempatan dengan gabungan rempah ‘meletup’ serta disaluti dengan aroma kicap yang
unik disamping dapat mendekati kepada selera kegemaran rakyat Malaysia. Sajian
KFC ‘Ayam Kicap Meletup’ itu menggabungkan ayam goreng popular KFC yang
dimasak bersama kicap import ‘Shoyu’, rumpai laut, emping cili, bijan serta rempah
terpilih. Hidangan baharu ini tidak membebankan pelanggan, boleh didapati dengan
harga RM 10.95 di mana – mana cawangan KFC. Pelanggan mampu memiliki set
kombo yang disertakan dengan dua ketul ayam dengan hidangan sampingan nasi dan
kuah ‘Original Recipe’ serta minuman.
Seterusnya, pada peringkat pertumbuhan atau pengembangan pula, bermula
apabila produk ‘Ayam Kicap Meletup’ telah menarik perhatian pengguna dan jualan
mula meningkat. Pada bulan Jun 2015, produk ini mula dikenali oleh orang ramai
serta pelanggan mula menunjukkan minat untuk membeli produk ini. Syarikat KFC
mula melancarkan promosi dan pengiklanan secara besar-besaran seperti di media
sosial, televisyen dan laman sesawang. Para pelanggan juga turut memuat naik serta
mempromosikan di media sosial seperti Twitter dengan memberi makum balas
bahawa produk ‘Ayam Kicap Meletup’ ini lazat.
Selanjutnya, bagi peringkat kematangan pula jualan produk ini telah
meningkat tetapi dengan kadar yang rendah. Lama kelamaan produk yang terlalu
banyak dalam pasaran menjadikan pelanggan melihat produk ini terlihat biasa sahaja.
Pada peringkat ini, KFC Malaysia telah mencari cara untuk memanjangkan hayat
produk yang memberikan keuntungan. Misalnya, KFC telah menawarkan set kutleri
KFC Candy Crush edisi terhad yang menjadi rebutan apabila membeli bucket Ayam
Kicap Meletup Premium. Set kutleri tahan karat berkualiti tinggi dengan pemegang
porselin dalam empat reka bentuk berwarna berbeza. Bucket Ayam Kicap Meletup

21
Premium masing-masing berharga RM51.00 dan RM74.25 Set Candy Crush Cutlery
juga boleh dibeli secara berasingan pada harga RM9.95 setiap set. KFC turut
menjanjikan kelainan kepada pelanggan terutamanya produk ini dijadikan sebagai
juadah ketika berbuka puasa. Dengan slogan ‘Sangat Meletup, Mesti Kongsi’,
pastinya dapat menarik minat orang ramai untuk mencuba.
Akhir sekali, produk ‘Ayam Kicap Meletup’ ini telah mengalami kemerosotan
atau penurunan. Pada tahap ini, jualan dan keuntungan menunjukkan penurunan yang
jelas. Syarikat KFC Malaysia telah tidak mengeluarkan lagi ini secara sepenuhnya.
Keadaan ini disebabkan oleh produk ini merupakan edisi terhad ketika sempena bulan
Ramadhan dan perayaan Hari raya. Namun, atas permintaan ramai produk ini
dikeluarkan lagi semula pada tahun 2016. Selepas itu, produk ini tidak dikeluarkan
lagi sehingga kini. Hal ini berkemungkinan disebabkan terdapat lebih banyak produk
lain yang dikeluarkan serta ditawarkan kepada pelanggan sehingga ‘Ayam Kicap
Meletup’ tidak menjadi pilihan di hati pelanggan. Syarikat KFC juga telah
mengeluarkan produk makanan yang baharu yang bersesuaian dengan cita rasa
masyarakat Malaysia untuk meningkatkan semula keuntungan akibat salah satu
produk yang mengalami kemerosotan.

22
6.0 Penutup dan Cadangan
Kesimpulannya, Syarikat KFC mempunyai usaha tersendiri untuk menembusi
syarikat pasaran antarabangsa. Syarikat KFC telah menembusi syarikat pasaran
antarabangsa melalui strategi kemasukan francais. Strategi kemasukan secara
francais telah digunakan oleh syarikat KFC untuk memasuki negara Malaysia.
Sehubungan dengan itu, negara Malaysia merupakan salah satu daripada
beberapa buah negara yang menjadi sasaran rangkaian makanan segera di Asia
terutamanya Syarikat KFC. Hal ini disebabkan oleh syarikat KFC yang
menawarkan banyak pilihan hidangan yang menepati cita rasa pengguna. Antara
produk yang menepati cita rasa pengguna adalah Nasi Lemak KFC dan Zinger
Wrap Rice. Syarikat KFC telah menepati dan meneliti kegemaran dan kesukaan
makanan yang menjadi kebiasaan dalam sesuatu masyarakat seperti di Malaysia.
Keadaan ini menyebabkan KFC telah menjadi tumpuan orang ramai sehingga
lelaki Eropah yang telah menjelajahi dunia untuk mencuba semua francais KFC
telah mengakui KFC Malaysia paling sedap.
Namun begitu, terdapat pelbagai cabaran yang telah dihadapi oleh Syarikat
KFC untuk menembusi negara Malaysia dan cabaran dalam memajukan produk
makanan yang dihasilkan oleh syarikat tersebut. Antara salah satu cabaran yang
dihadapi oleh Syarikat KFC ialah cabaran ekonomi. Cabaran ekonomi
mempengaruhi Syarikat KFC melalui kuasa beli dan corak perbelanjaan
pengguna. Dalam hal ini, jika ekonomi negara meleset maka pendapatan setiap
pengguna akan jatuh. Keadaan ini akan menyebabkan perbelanjaan setiap
pengguna akan merosot khususnya terhadap pembelian makanan segera seperti
produk makanan yang dikeluarkan oleh Syarikat KFC. Dengan itu, aktiviti
perniagaan Syarikat KFC akan jatuh. Sebaliknya, jika ekonomi negara stabil
aktiviti perniagaan Syarikat KFC akan turut berkembang kerana pendapatan
pengguna tidak terjejas.
Lini produk yang digunakan oleh Syarikat KFC ialah kelebaran dan
kedalaman produk. Syarikat KFC telah banyak mengeluarkan pelbagai jenis
produk makanan segera untuk menarik perhatian pengguna sedia ada dan
pengguna sasaran. Syarikat ini akan mengeluarkan produk yang dapat memenuhi
keperluan penduduk Malaysia untuk menjadi sajian makanan setiap hari. Bukan
itu sahaja, produk yang dikeluarkan syarikat ini juga memudahkan masyarakat

23
yang sibuk bekerja untuk membuat sajian kerana produk yang ditawarkan adalah
produk makanan yang cepat saji.
Selain itu, kitar hayat produk bagi Syarikat KFC. Kitar hayat produk
Syarikat KFC mempengaruhi penjualan produk makanan yang ditawarkan oleh
syarikat tersebut. Syarikat KFC telah melalui empat peringkat sepanjang
menjalankan perniagaan ini di peringkat antarabangsa. Segala peringkat dalam
kitaran hayat produk telah dilalui oleh Syarikat KFC untuk perkembangan
jualannya. Walaubagaimanapun, Syarikat KFC telah melalui peringkat
kemerosotan dalam pengeluaran produk makanannya. Nama produk yang
mengalami kemerosotan tersebut adalah ‘Ayam Kicap Meletup’. Hal ini
disebabkan syarikat KFC Malaysia tidak mengeluarkan lagi edisi produk ini
kerana memasarkan produk yang baharu pula sempena perayaan pada bulan
Ramadhan dan Hari Raya. Tambahan lagi, produk tersebut juga tidak mendapat
sambutan ramai sehingga mengalami kemerosotan dan tidak dikeluarkan lagi
sehingga kini.
Antara cadangan yang perlu dilakukan oleh Syarikat KFC untuk
menghasilkan lebih banyak keuntungan pada produk makanan keluaran yang
dihasilkan ialah memperbanyakkan pekerja pada setiap peringkat pengurusan
organisasi. Hal ini dikatakan demikian kerana pekerja yang lebih ramai dalam
setiap peringkat pengurusan organisasi akan memudahkan lagi sistem pengeluaran
produk makanan segera yang dihasilkan oleh syarikat tersebut. Bukan itu sahaja,
cadangan ini akan memeberi kelancaran kepada pengeluaran Syarikat KFC sekali
gus dapat mengembangkan skop penjualan produk makanannya. Sebagai contoh,
pengurus besar Syarikat KFC perlu meneliti dan melantik setiap pekerja dalam
satu-satu peringkat pengurusan seperti melantik satu pekerja dalam bidang
pengurusan sumber manusia dan melantik banyak pekerja untuk membantu
pengurus dalam pengurusan sumber manusia. Ini akan memudahkan aktiviti yang
dijalankan berjalan dengan baik.
Selain itu, Syarikat KFC perlu mempromosikan setiap produk yang
dikeluarkan. Hal ini dikatakan demikian kerana setiap produk yang dikeluarkan
oleh Syarikat KFC perlu mendapat sambutan daripada setiap masyarakat untuk
mengembangkan skop perniagannya dan mengaut keuntungan yang lebih
lumayan. Sebagai contoh, setiap produk makanan segera yang dikeluarkan perlu
dipromosikan tidak kira melalui laman sosial seperti Facebook, Instagram, Twitter

24
dan boleh juga melalui iklan di televisyen. Ini adalah untuk menarik minat
masyarakat terhadap produk makanan segera yang dihasilkan oleh Syarikat KFC
dan meningkatkan jualan produk sedia ada.
Di samping itu, mengenal budaya dan adat resam masyarakat di sesebuah
negara. Cadangan ini bertujuan agar perniagaan Syarikat KFC akan sentiasa
beroperasi di Malaysia disebabkan penduduk yang tertarik dengan produk ini.
Sesebuah negara akan beroperasi dengan lancar sekiranya produk yang
dikeluarkan tidak melanggar mana-mana peraturan agama penduduk di negara
tersebut. Sebagai contoh, Malaysia terkenal dengan negara Islam. Dengan ini,
Syarikat KFC perlu menggunakan bahan mentah yang halal agar masyarakat di
negara ini dapat menerima dan membeli produk yang dikeluarkan oleh syarikat
ini. Dalam masa yang sama, pihak pengurusan perlu mengenal pasti cita rasa yang
dimiliki oleh setiap masyarakat supaya dapat mengeluarkan produk makanan
segera yang mengikut standard cita rasa masyarakat.
Cadangan yang seterusnya ialah Syarikat KFC perlu mengadakan promosi
jualan besar pada produk makanan segera yang dikeluarkan. Hal ini bertujuan
untuk menarik lebih banyak masyarakat untuk merasai produk makanan yang
dihasilkan oleh Syarikat KFC. Dalam masa yang sama, masyarakat akan lebih
banyak membeli produk makanan yang dikeluarkan oleh Syarikat KFC khusunya
ayam goreng yang dikeluarkan oleh syarikat tersebut kerana mempunyai rasa yang
sedap dan ditambah lagi dengan harga yang berpatutan.
Akhir sekali, memastikan produk yang dikeluarkan diiktiraf oleh Jabatan
Kesihatan Malaysia dan JAKIM. Dalam hal ini, sesuatu produk tidak akan
dipertikaikan oleh mana-mana pihak apabila mendapatkan kelulusan daripada
Jabatan Kesihatan Malaysia dan JAKIM. Tambahan pula, pensijilan halal ini
dapat meningkatkan keyakinan pengguna terhadap produk yang dikeluarkan oleh
Syarikat KFC. Pensijilan halal yang diiktiraf ini dapat membantu syarikat untuk
berkembang lebih luas di Malaysia apabila pengiktirafan halal terhadap produk
dapat menarik minat masyarakat yang pelbagai kaum di negara ini.

25
7.0 RUJUKAN

Abu Bakar Hamed, 2005. Keusahawanan Pengurusan Perniagaan Kecil.


Sintok: Universiti Utara Malaysia

Andi Susilo (2008), Pengertian Import. Tinjauan Pustaka dari


http://repository.stimart-amni.ac.id/1313/1/BAB%20ll%20BARU%20Print.pdf

Astro awani. Kerana Covid-19, KFC henti sementara guna slogan ‘hingga
menjilat jari’ dicapai pada 31 Ogos 2020 dari
https://www.astroawani.com/gaya-hidup/kerana-covid-19-kfc-henti-
sementara-guna-slogan-hingga-menjilat-jari-257513?amp=1

Chong Wu Ling, 2016. Kaedah Penyelidikan dan Panduan Penulisan. Kuala


Lumpur: Universiti Malaya

Donny Abdul Latief Poespowidjojo, 2017. Asas Keusahawanan: Ke Arah


Pengukuhan Minda dan Kemahiran. Kedah: Universiti Utara Malaysia.

Galaksi Media. Sajian Lazat pada bila-bila masa dengan KFC Zinger Rice
Wrap. Dicapai pada 5 Mac 2015 dari https://kfcgalaksi1.rssing.com/chan-
43452059/all_p1.html

Ghazali Jaffar, 1992. Asas Pemasaran: Kuala Lumpur: Fajar Bakti Sdn.Bhd.

Lokman Ismail. Sejarah KFC di Malaysia bermula tahun 1973. Dicapai pada
29 Disember 2020 dari http://vwaliman.blogspot.com/2020/12/vrz.html?m=1

Laman web rasmi kfc. Menu KFC Malaysia. Dicapai dari


https://kfc.com.my/menu.html

26
Malaysiakini. KFC: Harga diselaras termasuk SST6%. Dicapai pada 26
Disember 2018 https://m.malaysiakini.com/news/457785

Malaysiakini. Ayam Kicap Meletup kembali semula. Dicapai pada 14 Januari


2016 dari https://m.malaysiakini.com/news/326853

MalaysiaGazatte. Bisnes KFC Terjejas jika Isu Harga Ayam Gagal


Diselesaikan. Dicapai pada 5 Februari 2022 dari
https://malaysiagazette.com/2022/02/05/bisnes-kfc-antara-terjejas-jika-isu-
harga-ayam-gagal-diselesaikan/

MalaysiaGazatte. KFC Kekurangan Bekalan Ayam. Dicapai pada 14 Februari


2022 dari https://malaysiagazette.com/2022/02/14/kfc-kekurangan-bekalan-
ayam/

Mokhtar Pet, 2018. Pengajian Perniagaan: Perniagaan. Shah Alam: Oxford


Fajar Sdn.Bhd.

Mokhtar Pet, 2019. Pengajian Perniagaan: Keusahawanan, Shah Alam: Oxford


Fajar Sdn.Bhd

Nora Mahpar “KFC sasar buka 30 cawangan baharu” dlm Harian Metro, 31
Mei 2016 dari https://www.hmetro.com.my/amp/bisnes/2022/05/840277/kfc-
rancang-buka- 52-lagi-restoran-baharu

Nur Fariza Saidin. KFC Lancar Ayam Kicap Meletup di Bulan


Ramadhan/Aidilfitri. Dicapai pada 23 Jun 2015 dari
https://www.farizasaidin.com/2015/06/kfc-lancar-ayam-kicap-meletup-di-
bulan.html?m=1

Sabri Hj. Hussin, 2005. Pengurus Perniagaan (Jilid 1). Kuala


Lumpur:Pendidikan Malaysia 1999.

27
Sinar Harian. KFC Didakwa Tidak Halal. Dicapai pada Januari 2017 dari
https://sebenarnya.my/kfc-didakwa-tidak-halal/

Sevima. Pengertian Karya Ilmiah Menurut Para Ahli dan Jenis-jenis


Karyanya. Dicapai pada 13 Mei 2019 dari https://sevima.com/pengertian-
karya-ilmiah-menurut-para-ahli-dan-jenis-jenis-karya-ilmiah/

Zahari Mohamad, 2021. Modul Terapi Minda Pengajian Perniagaan STPM


Semester 1. Kuala Lumpur: Guru Akademik Pengajian Perniagaan.

28
8.0 LAMPIRAN

Gambar 1 : Burger KFC

29
Gambar 2 : Ayam Goreng KFC

30
Gambar 3 : Minuman KFC

Gambar 4 : Jenis kentang KFC

31
Gambar 5 : Ais krim KFC

Gambar 6 : Nasi KFC

32

You might also like