You are on page 1of 5

KOLEJ UNIVERSITI ISLAM MELAKA

FAKULTI INOVASI PERNIAGAAN DAN


TEKNOLOGI

IJAZAH SARJANA MUDA PENTADBIRAN


PERNIAGAAN (PEMASARAN)

(BKP 2073)

PENGURUSAN PRODUK

TAJUK TUGASAN:

RUMUSAN: (BAB 11) ANALISIS CAMPURAN PEMASARAN SYARIKAT PIZZA HUT


RESTAURANTSDN BHD (MALAYSIA)

DISEDIAKAN OLEH :
FATIN SYAFIQAH BINTI ZAHAR AZLAN
(B1910041)
HANI HAZIRAH BINTI BAHARUDIN
(B1910050)

DISEDIAKAN UNTUK :
MADAM MARYAM BINTI MOHD ESA

TARIKH HANTAR :
10 APRIL 2020
RUMUSAN: ANALISIS CAMPURAN PEMASARAN SYARIKAT PIZZA HUT
RESTAURANTSDN BHD (MALAYSIA)

Strategi pemasaran berkeupayaan untuk membantu sesebuah perniagaan dalam

menentukan kesesuaian sesuatu produk atau perkhidmatan disasarkan kepada sasaran pemasaran
yang tepat. Pelaksanaan strategi pemasaran yang berkesan dan berjaya bergantung kepada

operasi, syarikat mengaplikasi pengetahuan tentang pemasaran dan strategi campuran pemasaran

dalam mengambil tindakan yang padu dan dapat menyokong strategi yang bakal dilaksanakan.

Jika kita lihat dalam pembangunan produk baru, analisis perniagaan akan dilakukan setelah

mendapat reaksi positif daripada pengguna. Analisis perniagaan ini adalah sangat berkaitan

dengan strategi pemasaran dan mengetahui keperluan perniagaan dalam mengatasi sesuatu

masalah. Berdasarkan rumusan di dalam jurnal ini, terdapat beberapa perkara yang dilakukan

semasa peringkat analisis perniagaan bagi produk Syarikat Pizza Hut Sdn. Bhd.

LATAR BELAKANG PRODUK

Syarikat Pizza Hut adalah sebuah syarikat multinasional yang terkenal dari

Amerika Syarikat. Syarikat Pizza Hut Restaurant Sdn Bhd ditubuhkan pada tahun 1958 oleh

pasangan adik beradik Dan Carney dan Frank Carney yang telah meminjam wang sebanyak $600

dari ibu mereka untuk memulakan perniagaan bersama rakan kongsi John Bender. Dengan

menyewa sebuah bangunan kecil dan membeli peralatan terpakai untuk membuat pizza, adik

beradik Carney dan Bender membuka retoran Pizza Hut yang pertama. Pada masa itu restoran itu

hanya mempunyai 25 tempat duduk. Disebabkan bangunan itu kelihatan seperi pondok, maka

lahirlah ‘Pizza Hut’. Hak memilik "Franchising" bermula pada tahun 1959 apabila Dick

Hannsur, pengurus Pizza Hut ketiga menandatangani Perjanjian Hak Milik yang pertama.

Rangkaian restoran Pizza Hut terus meningkat. Dalam masa 15 tahun (1958-1972), 3000 buah

restoran telah di buka. Selain itu, syarikat perkhidmatan makanan segera tersebut juga

menawarkan pelbagai produk pada harga yang berpatutan dan bijak melakukan promosi.

PRODUK DAN PERKHIDMATAN


Syarikat Pizza Hut Restaurant Sdn Bhd (Malaysia) merupakan sebuah syarikat restoran

makanan segera menawarkan keluaran berasaskan produk dan perkhidmatan. Seiring dengan

nama syarikat, produk utama keluaran syarikat merupakan pizza. Syarikat ini turut mengeluarkan

produk sampingan seperti spaghetti dan pencuci mulut. Syarikat Pizza Hut Restaurant Sdn Bhd

(Malaysia) turut menawarkan perkhidmatan kepada pelanggan seperti perkhidmatan

penghantaran dan ‘drive-thru.

Syarikat Pizza Hut Restaurant Sdn Bhd (Malaysia) menghasilkan produk gerak hati.

Syarikat Pizza Hut Restaurant Sdn Bhd (Malaysia) telah menawarkan pelbagai tawaran hebat

kepada pelanggan, seperti potongan harga, kupon dan hadiah percuma. Disamping itu, syarikat

ini turut menawarkan perkhidmatan kelas pertama yang memberi kemudahan kepada pelanggan.

Hal ini menjadi salah satu daya tarikan di pasaran.

Syarikat ini menjual pizza sebagai produk utama dan pelbagai produk makanan

sampingan. Berdasarkan kajian, syarikat ini menawarkan pelbagai jenis pilihan yang berbeza

bagi setiap produk yang dikeluarkannya terdapat 18 jenis pizza, 19 jenis pembuka selera, 10 jenis

pasta, 5 jenis pencuci mulut dan 19 jenis yang minuman. Syarikat ini juga sentiasa aktif

menambah produk baru dan berbeza yang sebahagiannya hanya ditawarkan mengikut musim.

Terdapat variasi pizza dan pencuci mulut yang dihasilkan oleh Syarikat Pizza Hut

Restaurant Sdn Bhd (Malaysia). Pertama, segala hidangan atau produk datang dalam tiga saiz,

kecil, sederhana, dan besar yang menyebabkan harga berbeza mengikut saiz. Kedua, terdapat

variasi bagi setiap jenis pizza yang ditawarkan, syarikat menawarkan pelbagai pilihan doh pizza.

Selain itu, sebahagian daripada minuman dan pencuci mulut yang ditawarkan juga terdapat

dalam dua keadaan panas dan sejuk.

SALURAN AGIHAN PRODUK


 Reka bentuk saluran agihan - Syarikat Pizza Hut Restaurant Sdn Bhd (Malaysia)

menggunakan kaedah saluran pengedaran secara saluran pemasaran langsung atau terus

kepada pengguna.

 Ahli saluran agihan – Syarikat Pizza Hut menggunakan kaedah francais. Cawangan atau

francais milik Syarikat Pizza Hut Restaurant Sdn Bhd (Malaysia) dibahagikan mengikut

negeri-negeri terpilih.

 Sistem logistik pemasaran- Syarikat Pizza Hut Restaurant Sdn Bhd (Malaysia) telah

menggunakan pengangkutan darat sebagai salah satu alternatif untuk membuat

penghantaran kepada pelanggan. Syarikat Pizza Hut Restaurant Sdn Bhd (Malaysia) telah

menyediakan sistem penghantaran daripada restoran terus kepada pelanggan

menggunakan motosikal.

CAMPURAN PEMASARAN PROMOSI

 Pengiklanan - Syarikat Pizza Hut Restaurant Sdn Bhd (Malaysia) telah melaksanakan

iklan untuk memujuk, sebagai satu cara untuk memujuk pengguna untuk membeli

sekarang. Iklan yang dikeluarkan mempunyai jalan cerita yang menarik dan dikaitkan

dengan produk keluaran syarikat. Iklan yang dikeluarkan juga turut menggunakan kaedah

visual agar produk

 Promosi jualan - mendapati Syarikat Pizza Hut Restaurant Sdn Bhd (Malaysia)

menggunakan kupon, tawaran berkembar dan premium sebagai alat promosi jualan

pengguna.

 Publisiti - Syarikat Pizza Hut Restaurant Sdn Bhd (Malaysia) menjalankan publisiti

menerusi siaran berita. Bagi keluaran setiap produk baru, syarikat telah menggunakan

siaran berita sebagai salah satu alternatif bagi tujuan promosi.


Kesimpulannya, Syarikat Pizza Hut Restoran ini menghuraikan beberapa strategi yang

dilakukan dalam memperkenalkan produk dan ia termsuk di dalam analisis perniagaan. Ini

bertujuan untuk menyelesaikan masalah dan memberi jawapan kepada persoalan pelanggan.

Oleh itu, analisis perniagaan ini sangat penting bagi sesebuah syarikat dalam penubuhan sesuatu

produk baru untuk memperkembangkan lagi produk itu ke pasaran yang lebih luas dan

mengekalkan produk di pasaran.

You might also like