You are on page 1of 2

4.

0 KAEDAH KAJIAN

Antara perkara penting yang hendak dibincang dalam bahagian ini adalah cara pengkaji
mendapat maklumat dan data kajian. Terdapat dua jenis data yang boleh digunakan untuk
menjalankan kajian iaitu data primer dan data sekunder.

4.1 DATA PRIMER

Menurut Primary sources of data; 2014, data primer merujuk kepada data yang dikumpul
daripada maklumat yang diberi oleh individu yang ditemu ramah, menjawab soal selidik,
atau diperhatikan. Kumpulan fokus juga merupakan sumber data primer lain yang lebih
mendalam.

4.2 DATA SEKUNDER

Menurut Secondary sources of data; 2014, data sekunder amat diperlukan dalam
kebanyakkan penyelidikan perniagaan. Data sekunder merujuk kepada maklumat yang
dikumpulkan oleh seseorang selain daripada kajian semasa yang dijalankan oleh penyelidik.
Kaedah pemerolehan data sekunder yang digunakan dalam kajian ini adalah semakan
bahan daripada sumber internet, capaian data melalui kajian di perpustakaan, pengumpulan
laporan agensi syarikat swasta yang dikaji dan jurnal.

4.2.1 RUJUKAN KEPUSTAKAAN

Instrumen rujukan utama pengkaji diperolehi daripada bahan ilmiah seperti buku-buku
rujukan yang berkaitan dengan pendefinisan tema dan tajuk. Pengkaji telah mencari 3 jenis
buku rujukan dari perpustakaan seperti buku prinsip akaun yang bertajuk Accounting
principles (2012) karya Weygandt, Kieso dan Kimmel. Buku ini terdapat banyak definisi
tentang penyata pendapatan, penyata aliran tunai, kunci kira-kira dan nisbah kewangan
secara jelas yang untuk penjelasan nisbah kewangan yang diguna dalam mengkaji analisis
kewangan syarikat DRB-HICOM Berhad. Selain itu, buku Principles of Managerial
Finance yang ditulis oleh Lawrence J. Zutter (2015) juga digunakan untuk mengumpul
maklumat tentang definisi dan konsep penting dalam penyata kewangan. Pengkaji juga
menggunakan buku Research Method for business yang ditulis oleh Uma Sekeran dan
Roger Bougie (2014) untuk mendapat penerangan terhadap definisi data primer dan data
sekunder.

4.2.2 SUMBER INTERNET

Bahan laman web juga digunakan oleh pengkaji untuk semakan bahan mengenai kajian ini.
Pengkaji telah melayari laman web rasmi syarikat DRB-HICOM Berhad melalui pautan
https://www.drb-hicom.com/ untuk mendapat lebih banyak maklumat melanjut dan jelas
yang berkaitan dengan syarikat DRB-HICOM Berhad. Pengkaji telah menjumpai
maklumat tambahan seperti latar belakang, sejarah penubuhan dan perkembangan, sektor
pasaran, sektor industri, jenis produk dan perkhidmatan yang dikeluarkan oleh syarikat
DRB-HICOM Berhad. Selain itu, pengkaji juga mendaapt laporan tahunan syarikat DRB-
HICOM Berhad bagi 3 tahun bermula tahun 2015, 2016 dan 2017 dengan melayari laman
web rasmi Bursa Saham Malaysia melalui pautan http://www.bursamalaysia.com/market/.
Seterusnya, pengkaji juga merujuk kepada jurnal INDUSTRY FINANCIAL RATIONS-
APPLICATION OF FACTOR ANALYSIS IN MALAYSIA INDUSTRIAL SECTOR oleh Nor
Aizura Zulkifi. Jurnal ini juga menerang dengan jelas tentang lima belas nisbah-nisbah
kewangan.

You might also like