You are on page 1of 1

4.

0 KAEDAH KAJIAN

Kaedah kajian merujuk kepada cara yang dilihat paling sesuai untuk digunakan dalam
menjalankan sesuatu penyelidikan dan menentukan tatacara yang efektif bagi mengkaji
permasalahan kajian. Kaedah kajian amat penting untuk memperoleh sebarang informasi
berkaitan maklumat atau data-data kewangan yang berkaitan dengan syarikat AirAsia Berhad.
Dalam kajian ini, pengkaji telah menggunakan data sekunder sepenuhnya yang diperoleh
daripada pelbagai sumber.

4.1 Sumber Internet

Pengkaji memperoleh maklumat berkaitan data-data kewangan melalui media elektronik


berkaitan dengan laporan tahunan AirAsia Berhad bagi tahun 2010, tahun 2011 dan tahun 2012
iaitu (Annual Report AirAsia 2010), (Annual Report AirAsia 2011), dan (Annual Report
AirAsia 2012).

4.2 Kepustakaan

Pengkaji mendapatkan maklumat berkaitan dengan konsep ataupun asas-asas analisis


kewangan dengan menggunakan buku rujukan utama iaitu analisis nisbah kewangan dalam
buku teks “Oxford Fajar Pengajian Perniagaan” yang ditulis oleh Mokhtar Pet. Selain itu,
pengkaji juga merujuk kepada buku “Pengurusan Kewangan” yang ditulis oleh Saiful Bahri
Sufar, Muhamad Muda dan Othman Yong.

You might also like