You are on page 1of 3

990730-02-5046

1.0 PENGENALAN

Pemanasan global dan pencemaran alam sekitar telah menjadi semakin serius dan
telah membawa banyak kesan negatif kepada alam sekitar dan kualiti hidup manusia.
Pemanasan global merupakan satu fenomena pemerangkapan gas yang dikenali sebagai
gas rumah hijau yang mana kumpulan gas ini menghalang dan memerangkap haba bumi
daripada terbebas keluar ke angkasa. Contoh gas rumah hijau yang biasa didengar ialah
karbon dioksida, karbon monoksida, dan klorofluorokarbon (CFC). Sebenarnya, aktiviti
seharian yang dijalankan oleh manusia seperti memandu kenderaan bermotor yang
menggunakan petrol, penggunaan hawa dingin dan merokok serta pembakaran sampah
akan membebaskan gas rumah hijau ini yang boleh menjejaskan alam sekitar.

Seterusnya, pencemaran alam sekitar pula dapat dibahagi kepada pelbagai bentuk
pencemaran antaranya ialah pencemaran udara, pencemaran air, pencemaran laut,
pencemaran bunyi, pencemaran tanah, pencemaran sungai dan kolam.

Masalah alam sekitar yang semakin serius ini terjadi akibat masyarakat yang kurang
peka terhadap isu alam sekitar dengan tidak mengamalkan amalan kepenggunaan hijau
dalam kehidupan harian. Mengikut laporan yang dibuat oleh Jabatan Alam Sekitar,
melalui akhbar Utusan Pengguna, jumlah keluaran bahan-bahan pencemaran udara bagi
Malaysia dianggarkan sebanyak 933,000 tan setahun. Daripada jumlah ini, kenderaan
ialan punca utama pencemaran ini (58.1%), diikuti oleh stesen janakuasa (23.9%),
pembakaran bahan api industri (9.4%), pemprosesan industry (3.9%) dan pembakaran
terbuka (4.9%).

Selain pencemaran udara, perairan pantai di negara kita juga tercemar dengan minyak
yang disebabkan oleh tumpahan minyak di perairan Malaysia (Rancangan Malaysia
Kelapan 2001). Pada masa yang sama, air sungai juga tercemar oleh pembuangan sisa
domestik dan industri (Laporan Kualiti Alam Sekeliling 1998). Antara tahun 1995 hingga
1999, bilangan air sungai yang bersih telah berkurang daripada 48 kepada 32 batang,
bilangan air sungai yang sedikit tercemar meningkat daripada 53 kepada 75 batang dan
bilangan air sungai yang sangat tercemar menurun daripada 14 kepada 13 batang
(Rancangan Malaysia Kelapan 2001). Ini telah menunjukkan bilangan air sungai bersih di
negara kita semakin berkurangan dan masalah pencemaran air menjadi semakin serius.
990730-02-5046

Justeru, masalah pencemaran air ini harus diberi perhatian yang sepenuhnya kerana
sungai merupakan sumber utama bagi pembekalan air untuk isi rumah (Aini dan Roslina
2002).

Menurut Roarty (1997), "pengguna hijau" boleh ditakrifkan sebagai mereka yang
mengambil berat tentang alam sekitar dan berusaha untuk membeli atau menggunakan
produk yang tidak merosakkan alam sekitar. Sikap pengguna didapati mempengaruhi
mereka untuk mengamalkan tingkah laku yang mementingkan keselamatan dan
kesejahteraan alam sekitar. Sikap pengguna yang positif terhadap alam sekitar
menyebabkan mereka lebih cenderung untuk tidak membeli produk daripada syarikat
yang mencemarkan alam sekitar.

Kajian-kajian lepas juga menunjukkan terdapat perkaitan antara angkubah demografi


pengguna dengan amalan kepenggunaan hijau mereka. Straughan dan Roberts (1999)
mendapati ciri-ciri responden iaitu umur, jantina dan pencapaian pendidikan mempunyai
perkaitan yang signifikan dengan tingkah laku pengguna yang mesra alam. Kajian yang
dijalankan oleh Laroche et al. (2001) pula mendapati 57% responden wanita rela
membayar lebih untuk produk hijau tetapi hanya 40% lelaki sanggup berbuat demikian

Menurut Kamus Dewan Edisi ke-4 amalan bermaksud sesuatu yg dilakukan,


dilaksanakan atau dikerjakan (dilaksana-kan, dikerjakan, dsb) sbg suatu kebiasaan.
Amalan ini merupakan perbuatan baik, kebajikan. Perkataan kepenggunaan pula
bermaksud segala hal mengenai pengguna barang-barang dan lain-lain. Perkataan hijau
ialah warna seperti warna daun atau rumput, kurang pengalaman, kehijauan keadaan
hijau.

Amalan kepenggunaan hijau ialah aktiviti yang dilakukan dan dilaksanakan oleh
manusia atau penggunaan sesuatu barang yang dapat mengurangkan masalah alam sekitar
dan dalam masa yang sama juga dapat mengurangkan penggunaan tenaga dan air. Antara
amalan hijau yang boleh dilakukan individu seperti menggunakan atau mengitar semula
barang terpakai, mengutamakan produk atau perkhidmatan mesra alam, banyak
menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam, dan menggunakan air secara
berhemah.
990730-02-5046

Pengkaji mendapati bahawa masyarakat Malaysia kurang mengamalkan amalan


kepenggunaan hijau dalam kehidupan harian dan kepentingannya semakin tidak
dihiraukan oleh masyarakat Malaysia.

Sebenarnya, gerakan hijau di Malaysia sedang berkembang tetapi perkembangannya


dalam negara kita masih berada pada kadar yang lambat (Mohd Rafi et at. 2003).
Sehingga kini sedikit kajian sahaja yang telah dijalankan untuk mengkaji amalan
kepenggunaan hijau dan kepentingannya terhadap alam sekitar. Oleh itu, pengkaji ingin
melalui kajian ini untuk mengetahui apakah amalan kepenggunaan hijau yang diamalkan
dalam kalangan guru dan staf di SMK Mutiara Rini, Skudai, Johor dan apakah
kepentingan amalan kepenggunaan hijau terhadap alam sekitar. Kajian ini juga
diharapkan dapat menggalakan guru dan staf di SMK Mutiara Rini lebih mengamalkan
amalan kepenggunaan hijau dalam kehidupan harian mereka.

You might also like