You are on page 1of 2

3.

0 LATAR BELAKANG KAJIAN

 Logo Syarikat KFC Antarabangsa

Pengetahuan strategi campuran pemasaran memainkan peranan yang penting


dalam menentukan kejayaan ataupun kegagalan sesebuah perniagaan.  Justeru itu,
yang menjadi teras kepada strategi pemasaran adalah pemilihan strategi campuran
pemasaran yang bersesuaian dan menepati sasaran pasaran melalui pelaksanaan yang
cekap.  Keupayaan untuk memahami strategi campuran pemasaran iaitu, produk,
harga, promosi dan saluran pengagihan adalah asas kejayaan kepada usahawan untuk
berjaya di dalam perniagaan.

Tujuan pengkaji membuat kajian ini ialah bagi mengenalpasti proses


campuran pemasaran produk berdasarkan kedalaman, kelebaran, klasifikasi dan
atribut produk yang diamalkan oleh Syarikat KFC Malaysia. Seterusnya,
mengenalpasti kaedah campuran promosi yang digunakan dan juga mengenalpasti
strategi penetapan harga umum dan harga produk baharu bagi produk KFC Malaysia.

Kentucky Fried Chicken (KFC ) merupakan salah satu rangkaian makanan


segera yang paling terkenal di dunia ini.  Syarikat perusahaan KFC  bermula pada
tahun 1930- an yang diperkenalkan dan diasaskan oleh Colonel  Sanders di Amerika
Syarikat selatan sebagai operasi francais kecil.  Colonel Sanders telah menjadi
personaliti terkenal melalui penubuhan dan pembukaan beribu-ribu restoran-restoran
KFC di seluruh dunia. Kualiti, perkhidmatan dan kebersihan ( QSC ) mewakili faktor-
faktor kejayaan yang paling penting bagi kejayaan global syarikat KFC. Pengkaji
memilih KFC Malaysia sebagai objek kajian untuk  menjalankan kajian ini.

KFC Malaysia diuruskan oleh QSR Brands Berhad, iaitu sebuah syarikat milik
Jcorps.  Sebut sahaja Johor Corporation (JCorp), bukan sedikit yang tidak mengenali
entiti itu, lebih-lebih lagi penerajunya Tan Sri Muhammad Ali Hashim yang dikatakan
mirip Colonel Sanders, pengasas restoran KFC. KFC merupakan antara perniagaan
kendalian JCorp yang berjaya. Malah, kejayaannya kini melangkau ke luar negara.
Restoran KFC Malaysia yang pertama dibuka di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala
Lumpur pada tahun 1973 dan sehingga tahun 2013 terdapat 579  cawangan KFC di
seluruh Malaysia. Restoran KFC menyediakan pelbagai jenis makanan segera seperti
ayam goreng, nugget, burger dan mencatat prestasi yang membanggakan dalam
industri restoran makanan segera di Malaysia.  Cawangan KFC meliputi tiga jenis
iaitu restoran pandu lalu, restoran di pusat membeli belah dan restoran sahaja.

Walaupun produk KFC ditujukan kepada masyarakat umum, ia berjaya


membahagikan pasaran mengikut segmen tertentu. Produk KFC ditujukan kepada
kanak-kanak, remaja dan  keluarga. Contohnya, menu “chicky meal” disediakan
istimewa untuk kanak-kanak. Iklan KFC di media massa sering memaparkan restoran
KFC sebagai restoran makanan segera untuk keluarga, dengan konsep ceria dan
menyeronokkan.  Semua restoran KFC terletak di pinggir bandar dan juga pusat
bandar.  Sebahagian besar pelanggan KFC terdiri daripada kelas menengah dan atasan
yang mementingkan kebersihan, keselesaan dan kualiti produk.

Sebagai peneraju industri makanan segera di Malaysia, restoren KFC Malaysia


sememangnya menghadapi persaingan sengit daripada firma lain seperti Marry
Brown, Kenny Rogers dan sebagainya. Memandangkan majoriti penduduk negara ini
beragama Islam, setiap aspek proses pembuatan makanan restoren KFC mengikut
kawalan ketat dan menerima sijil halal yang hanya diiktiraf Jabatan Kemajuan Islam
Malaysia (Jakim) dan dengan tegas mematuhi MS1500: 2009.

You might also like