You are on page 1of 2

6.

0 Rumusan Dan Kesimpulan Kajian


Berdasarkan dapatan kajian, penduduk Jalann Thamby Kechil mempunyai
pandangan yang berbeza terhadap faktor dan kesan gangguan bekalan air di Jalan
Thamby Kechil.
Daripada dapatan kajian bahagian B, jenis gangguan bekalan air yang kerap
berlaku di Jalan Thamby Kechil ialah masalah penurunan paras air dengan seramai 14
orang responden bersamaan 46.67% yang memilih sangat kerap dan 9 orang
responden bersamaan 30.00% yang memilih kerap. Diikuti dengan masalah catuan air
dengan 10 orang responden bersamaan 43.33% yang menjawab sangat kerap dan 10
orang responden bersamaan 33.33% yang menjawab kerap. Seterusnya ialah masalah
bekalan air yang tidak bersih dengan hanya seorang responden bersamaan 3.33% yang
memilih sangat kerap dan 12 orang responden bersamaan 40.00% yang memilih
kerap. Akhir sekali, jenis gangguan air yang sangat jarang berlaku di Jalan Thamby
Kechil ialah bekalan air yang mengandungi klorin berlebihan dengan tiada responden
yang memilih sangat kerap dan kerap.
            Menurut analisis kajian pengkaji, faktor yang paling utama dalam
menyebabkan berlakunya gangguan bekalan air di Jalan Thamby Kechil ialah faktor
kekurangan sumber air mentah dengan merekod sebanyak 26 orang responden yang
bersetuju  bersamaan 86.67 responden dan diikuti dengan faktor kegunaan air pada
masa yang sama dengan seramai 23 responden iaitu 76.67% responden yang bersetuju
dengan pernyataan ini. Seterusnya ialah faktor kerja-kerja penyelenggaraan dengan
sebanyak 22 orang responden bersamaan 73.33% yang bersetuju. Seterusnya ialah
seramai 13 orang bersamaan 43.33% bersetuju bagi faktor paip air terbocor, 12 orang
bersamaan 40.00% bersetuju bagi faktor cuaca panas berpanjangan dan 11 orang
bersamaan 36.67% bersetuju bagi faktor gangguan bekalan elektrik di logi rawatan
air. 8 pula orang responden bersamaan 26.67% yang bersetuju dengan faktor
kekurangan kapasiti logi rawatan air dan faktor yang paling kurang disetujui oleh
responden ialah faktor kekurangan kapasiti sistem agihan dengan hanya 7 orang yang
bersetuju bersamaan 23.33%.
            Daripada analisis kajian pengaji terhadap rutin seharian terhadap penggunaan
air penduduk di Jalan Thamby Kechil, pengkaji mendapati bahawa kebanyakkan
penduduk menggunakan air pada waktu 5.00 petang hingga 7.00 malam dan diikuti
dengan waktu 12.00 tengah hari hingga 5.00 malam. Seterusnya ialah waktu 7.00 pagi
hingga 12.00 tengah hari diikuti dengan waktu 7.00 petang hingga 12.00 tengah
malam. Waktu 12.00 tengah malam hingga 7.00 pagi pula masa yang sedikit
penduduk menggunakan air untuk menjalankan rutin seharian
            Seterusnya, kebanyakkan penduduk di Jalan Thamby Kechil memerlukan
lebih daripada 700 litre air sehari dengan seramai 15 orang bersamaan 50.00%.
Seterusnya ialah 10 responden bersamaan 33.33% yang menggunakan 500 – 700 litre
air sehari dan diikuti 300 – 500 litre sehari dengan seramai 4 orang responden
bersamaan 13.33% memilih pernyataan ini. Seorang pula responden bersamaan 3.33%
menggunakan bilangan yang menggunakan 100 – 300 litre air sehari.  Tiada seorang
responden yang menggunakan kurang daripada 100 litre air sehari.
            Pengkaji mendapati bahawa kesan yang paling serius disebabkan gangguan
bekalan air ini ialah rutin seharian tergendala dengan seramai 29 orang responden
bersamaan 96.67% yang bersetuju diikuti dengan pembaziran masa dan penangguhan
kerja dengan jumlah responden yang bersetuju dengan pernyataan ini yang sama
dengan seramai 20 orang responden bersamaan 66.67%. 14 orang responden
bersamaan 46.67% yang bersetuju dengan kekurangan sumber minuman dan diikuti
dengan12 orang responden bersamaan 40.00% yang bersetuju dengan gangguan
emosi.  Seterusnya ialah 10 orang responden bersamaan 33.33% yang bersetuju
dengan penyakit mudah merebak.
            Secara kesimpulan, bekalan air yang cukup memang penting untuk manusia.
Faktor yang paling utama dalam menyebabkan masalah gangguan bekalan air di Jalan
Thamby Kechil ialah kekurangan sumber air mentah dan kesan yang paling serius
disebabkan oleh masalah gangguan bekalan air ialah rutin seharian tergendala. Oleh
itu, penduduk di Jalan Thamby Kechil berharap pihak berkuasa boleh mengatasi
masalah gangguan bekalan air ini dengan secepat mungkin.

You might also like