You are on page 1of 1

5.

0 DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN


5.1 Demografi Responden
5.1.1 Umur
Untuk mengkaji persepsi penduduk terhadap gangguan bekalan air yang
berlaku di Jalan Thamby Kechil, seramai 30 orang penduduk telah dipilih. Huraian
analisis latar belakang melibatkan umur, jantina , kaum , taraf pendidikan dan
kekerapan penggunaan air dalam sehari telah dipersembahkan dalam bentuk jadual
dan rajah.
Umur Bilangan (orang) Peratusan (%)
Kurang daripada 21 tahun 10 33.33
21-30 tahun 6 20.00
31-40 tahun 2 6.67
41-50 tahun 6 20.00
51-60 tahun 2 6.67
Melebihi 60 tahun 4 13.33

Jadual 1 : Umur Responden


Sumber : Kajian Lapangan 2019

Daripada Jadual 1 dan Rajah 1 di atas, terdapat 6 lingkungan umur dalam


kalangan 30 orang responden. Lingkungan umur yang berbeza ini dipilih sebagai
responden adalah untuk mendapat pandangan yang berbeza dalam kajian ini.
Responden yang berumur kurang daripada 21 tahun merupakan majoriti dalam kajian
ini dengan seramai 10 orang iaitu 33.33% daripada jumlah 30 responden. Seterusnya
ialah umur 21-30 tahun dan umur 41-50 tahun yang merupakan dua golongan yang
mempunyai bilangan responden yang sama dengan seramai 6 orang bersamaan
20.00%  manakala umur 31-40 tahun dan 51-60 tahun pula terdapat bilangan
responden yang sama dan paling kurang iaitu 2 orang bersamaan 6.67% masing-
masing. Responden yang melebihi 60 tahun pula mempunyai 4 orang dengan
sebanyak 13.33% daripada jumlah responden. Bilangan responden yang paling rendah
ialah golongan umur 31-40 tahun dan 51-60 tahun. Hal ini kerana penduduk yang
tinggal di Jalan Thamby Kechil mamang banyak terdiri daripada generasi muda yang
sedang membaca. Oleh itu, golongan kurang daripada 21 tahun merupakan golongan
yang mempunyai peratus tinggi peratus dalam kajian ini. Hal ini juga disebabkan
perkhidmatan pendidikan seperti tuisyen dan perpustakaan awam merupakan sektor
yang utama sepanjang Jalan Thamby Kechil. Bukan itu sahaja, perniagaan makanan
juga merupakan sektor yang penting sepanjang Jalan Thamby Kechil. Restoran-
restoran yang berniaga sepanjang jalan memang menjual makanan yang sedap. Oleh
itu, ramai warga emas juga berminat untuk tinggal di Jalan Thamby Kechil.

You might also like