You are on page 1of 5

BAB 4 DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN

Dalam dapatan kajian yang dijalankan, bahagian ini membincangkan analisa data
dan memaparkan hasil penemuan kajian tentang pengetahuan masyarakat tentang budaya
hedonisme yang telah dilakukan daripada soal selidik yang telah diisi oleh responden.
Kumpulan kami menggunakan (google form) sebagai sumber dapatan kajian yang
dijalankan. Data yang telah dimasukkan telah diproses bagi mendapat statistik seperti nilai
peratusan dan minimum purata.

Demografi Responden

Jantina

Setelah mendapat kajian daripada pandangan masyarakat tentang budaya


hedonisme ini, seramai 40 orang responden yang terdiri daripada latar belakang masyarakat
yang berbeza. Huraian analisis latar belakang respoden berasaskan aspek jantina dan umur
yang dipersembahkan dalam bentuk jadual dan rajah.

JANTINA NILAI PERATUSAN


Lelaki 11 27.5%
Perempuan 29 72.5%

Jadual 4.0

Rajah 4.0
Dapatan hasil kajian memaparkan daripada 40 orang responden, seramai 11 orang
(27.5%) adalah terdiri daripada responden lelaki, manakala selebihnya iaitu seramai 29
orang (72.5%) ialah daripada responden perempuan. Di sini kita dapat melihat, terdapat
jurang perbezaan yang besar antara jantina responden. Maklumat yang lebih jelas dapat
dilihat pada jadual dan rajah di atas. Kajian lapangan ini bertujuan untuk menguji
pengetahuan masyarakat tentang budaya Hedonisme di negara kita.

Umur

Rajah 4.1

Berdasarkan hasil kajian, 40 orang daripada responden yang telah menjawab borang
soal selidik ini, responden yang paling ramai menjawab soal selidik ini ialah umur 21 tahun
iaitu seramai 20 orang (50%). Manakala umur 22 tahun seramai 5 orang (12.5%) , umur 20
tahun seramai 3 orang (7.5%) dan Umur 23 tahun seramai 2 orang (5%). Akhir sekali, umur
lain- lain dipuratakan sebagai (25%). Di sini kita dapat melihat bahawa terdapat jurang
perbezaan antara umur responden. Selain itu, daripada kajian ini kita mendapat bahawa
ramai dalam kalangan mahasiswa yang menjawab uji kaji selidik ini. Responden yang
daripada umur yang berbeza mempunyai pandangan dan pendapat yang berbeza.
ANALISA KAJIAN TERHADAP PENGETAHUAN MASYARAKAT TENTANG BUDAYA
HEDONISME DI NEGARA KITA.

Pada bahagian ini, responden telah disediakan dengan lima jenis soalan. Dua soalan
di bahagian demografi responden iaitu jantina dan umur. Seterusnya, tiga soalan yang
diajukan pada bahagian 2 bertujuan untuk mendapat kajian lapangan yang diberikan oleh
pensyarah. Berikut merupakan soalan-soalan yang telah diajukan kepada para responden.

Daripada borang soal selidik tersebut, soalan pertama kepada responden adalah
adakah mereka tahu, apa itu hedonisme? Berdasarkan daripada soal selidik tersebut
didapati bahawa 45% daripada 40 orang responden telah menjawab “Ya” menandakan
sebahagian daripada responden tahu apa itu hedonisme. Selebihnya responden menjawab
“tidak” kerana tidak tahu apa itu hedonisme. Hasil kajian ini mendapat bahawa ramai lagi
masyarakat kita yang kurang peka akan budaya hedonisme ini. Hedonisme merupakan satu
fahaman falsafah bahawa keseronokan merupakan matlamat utama dalam hidup. Budaya
ini sebenarnya telah dipraktikkan dalm kehidupan seharian masyarakat. Perkara tentang
hedonisme ini haruslah diwar-warkan dalam silibus pembelajaran di sekolah, agar para
pelajar dapat didedahkan dengan budaya hedonisme ini.

Rajah 4.2
Soalan seterusnya ialah “Adakah anda rasa konsep hedonisme ini sangat relevan
untuk digunakan pada zaman sekarang?”. 23 orang responden (57.5%) telah menjawab
bahawa konsep hedonisme ini sangat tidak relevan untuk diguna pakai pada zaman kini.
Seperti yang kita tahu, budaya hedonisme ini lebih banyak memberikan kesan negatif
kepada individu, masyarakat dan negara. Para responden juga telah memberikan pendapat
mereka bahawa kesan-kesan jika konsep hedonisme ini beralku negara kita. Dari segi
negara, budaya hedonisme ini kan menyebabkan kemakmuran dan kesejahteraan negara
semakin tergugat. Selain itu, statistik jenayah sosial dalam kalangan remaja dan belia akan
meningkat sekiranya budaya hedonisme ini semakin menular dalam negara kita. Ini juga kan
memberi kesan kepada generasi muda pada masa kini yang kian lupa akan matlamat hidup
yang sebenar. Akhir sekali, kesan negatif budaya hedonisme kepada setiap individu ialah
menyebabkan diri ini terpupuk dengan sikap malas dan menyebabkan isu pengangguran
semakin meningkat. Seramai 17 orang responden (42.5%) menjawab ya munkin kerana
mereka kurang didedahkan dengan maksud buya hedonisme ini.

Rajah 4.3
Akhir sekali, pada zaman kini remaja mudah terjebak dengan budaya hedonisme ini.
Di dalam kajian tersebut, 38 orang telah bersetuju dengan soalan pada rajah 4.4 dibawah.
Bahawasanya antara faktor budaya hedonisme ini semakin berleluasa dalam kalangan
remaja ialah kerana pengaruh rakan sebaya.Remaja kini kian mencari satu keseronokan
yang menimbulkan perasaan yang gembira untuk mereka lakukan. Oleh itu, kita dapat
melihat masa kini, majoriti remaja meluangkan masa mereka untuk berseronok. Dengan itu
terjadilah budaya hedonisme yang berleluasa dalam kalangan remaja.

Rajah 4.4

Konklusinya, dapatan kajian ini telah menunjukkan pengetahuan tentang budaya


hedonisme di Malaysia yang dipersepsikan oleh pelbagai latar masyarakat di Malaysia.
Berdasarkan kajian ini juga, kumpulan kami dapat mengenalpasti pengetahuan masyarakat
tentang budaya hedonisme. Para responden juga bersetuju bahawa budaya hedonisme ini
juga memberikan impak yang negatif juga kepada individu, masyarakat dan negara. Oleh
itu, keputusan ni tidak patut digeneralisasikan secara keseluruhan. Walau bagaimanapun,
data ini boleh digunakan untuk tujuan perbincangan antara pelajar-pelajar untuk mengetahui
lebih lanjut tentang persepsi masyarakat kita tentang budaya hedonisme ini.

You might also like