You are on page 1of 4

1.

0 KONSEP HEDONISM
1.1 DEFINISI
Menurut pandangan Sumule dan Taganing (2008), beliau menyatakan bahawa
tedapat dua jenis perspektif utama dalam dunia psychologi manusia iaitu perspektif
hedonism dan juga eudaimonism. Mereka menerangkan bahawa ideologi hedonism
berfokus pada perasaan kebahagiaan jangka masa yang pendek iaitu pada masa sekarang
dan memiliki keseimbangan antara pengaruh negatif dan positifi dalam kehidupan.
Manakala, berdasarkan pandangan R.D Hicks (1962), hedonism merupakan sebuah
kefahaman yang mmburu kelazatan dan keseronokan semata-mata.

1.2 PERKEMBANGAN HEDONISM DALAM MASYARAKAT


Pada abad ke-18 dan 19 masihi, pengaruh hedonism telah mencapai kemuncak
kegemilangannya. Bentham (1789) menerangkan bahawa terdapat beberapa jenis hedonism
seperti Prudential Hedonism, Hedonistic Utilitarianism dan juga Motivational Hedonism.
Beliau berpegang pada kefahaman kebahagiaan, dan keseronokan akan membantu untuk
meningkatkan motivasi manusia ke arah moral hidup yang lebih positif. Beliau juga
percaya bahawa kesan hedonism dapat diukur menggunakan Hedonic Calculus iaitu bacaan
untuk mengira jumlah keseronokan dan kesakitan seseorang yang disebabkan oleh punca
yang berbeza (Sweet, 2008). Seterusnya, ideologi tersebut diperkembangkan lagi oleh John
Stuart Mill iaitu salah seorang murid kepada Bentham. Berdasarkan kefahaman Mill (1861,
pp. 8-11), beliau menjelaskan bahawa perbezaan hedonism beliau dengan gurunya adalah
klasifikasi qualiti keseronokan sama ada tinggi atau rendah. Perkara ini akan membezakan
keseronokan yang membawa kebaikan dan bermakna bagi seseorang individu.

Jika dilihat dari sudut yang berbeza, Malaysia juga tidak terlepas daripada pengaruh budaya
ini. Perkara ini menjadi lebih membimbangkan apabila terdapat pelbagai jenis hiburan
melampau yang muncul seperti cendawan tumbuh selepas hujan. Sebagai contoh, budaya
konsert yang semakin digilai oleh semua peringkat umur, pengaruh dadah dan tattoo dalam
kalangan penduduk Islam di negara ini sudah menjadi norma yang diterima masyarakat.
Selain itu, fenomena hiburan yang melampau seperti K-Pop dan anime juga semakin
meruncingkan. Masyarakat Malaysia terutamanya golongan remaja sering menjadi pengikut
fanatik golongan ini. Hal ini akan membawa kepada lembah kemaksiatan serta kebinasaan
sesebuah masyarakat.
1
2.0 LANGKAH PENCEGAHAN HEDONISM
Terdapat pelbagai solusi dalam mencegah budaya hedonism di Malaysia. Langkah
pencegahan ini melibatkan pelbagai pihak iaitu dari golongan ibu bapa, masyarakat mahupun
institusi serta negara.
2.1 PERANAN IBU BAPA/ PENJAGA
Insitusi kekeluargaan seperti ibu bapa membawa tanggungjawab yang besar dalam
mengurus kesejahteraan anak-anak. Para ibu bapa perlu peka dan cakna mengenai cara
yang terbaik dalam mendidik generasi muda dengan menonjolkan imej dan akhlak modal
insan yang murni. Mereka perlu berhati-hati dalam memilih setiap aktiviti yang disajikan
kepada anak-anak seperti aktiviti yang berilmu dan bermanfaat untuk perkembangan JERIS
(jasmani, emosi, rohani, intelektual,sosial) mereka. Menurut Livingstone dan rakan-rakan
(2015) dalam bukunya yang berjudul How Parents of Young Children Manage Digital
Devices at Home, beliau menjelaskan bahawa ibu bapa serta penjaga lebih senang
mengawal dan memantau anak yang kecil daripada anak yang meningkat remaja. Sebagai
contoh, ibu bapa boleh menghadkan kekerapan anak-anak ke kafe siber atau penggunaan
internet dalam aktiviti harian mereka. Penggunaan yang melampau akan merosakkan
pemikiran muda serta mewujudkan perasaan ketagihan yang dinamakan webaholik iaitu
pemiliran yang taksub dan gila akan internet dan web.

2.2 PERANAN MASYARAKAT DAN MEDIA MASSA


Media massa merupakan sebuah instrumen terpenting yang sering digunakan untuk
menyampaikan maklumat, membentuk sikap dan norma masyarakat mengenai sesuatu
informasi yang baharu. Ia juga berperanan dalam membentuk pola pemikiran dan
kelaziman sesebuah masyarakat sejagat. Kemudahan seperti internet serta telefon pintar
menjadikan ia salah satu agen penyebaran yang sangat berkesan kepada pihak umum.
Sebagai contoh, masyarakat serta media massa perlulah bersama-sama mewujudkan
kesedaran mengenai isu hedonism dan keburukannya. Menurut Laswell (1948), media harus
mengawal, membentuk, dan membantu masyarakat memahami dunia di sekeliling mereka
dan bertindak sebagai penggerak sosialisasi. Tahap kesedaran yang rendah disebabkan
kurangnya pendedahan maklumat dalam media massa di kalangan masyarakat tentang
keburukan serta pengaruh hedonism yang semakin menjelekkan itu. Sebagai contoh,
medium seperti blog, website, Facebook serta Instagram perlulah bertindak lebih agresif
dalam mewujudkan kempen dalam kalangan murid sekolah mahupun pelajar universiti.
2
Selain itu, pihak Polis DiRaja Malaysia (PDRM) perlulah mengadakan pemeriksaan ke
kelab-kelab malam bagi memastikan remaja bawah umur tidak terlibat dan berada di
kawasan tersebut. Tindakan-tindakan seperti ini dapat sedikit sebanyak membantu
masyarakat dalam membenteras ideologi hedonism di Malaysia.

2.3 PERANAN NEGARA


Masyarakat hari ini cukup terkesan dengan masalah hedonism secara fizikal, mental
dan emosi. Kesan hedonism telah membawa kepada kadar jenayah yang semakin
meningkat ini. Edward Eldefonso (1983) menerangkan bahawa langkah dan inisiatif perlu
diambil sebelum sesuatu jenayah itu berjaya berlaku dilaksanakan bagi tujuan menghalang
perbuatan tersebut. Ketegasan undang-undang merupakan salah satu solusi dalam
membenteras masalah ini. Memperketatkan peraturan dalam kalangan masyarakat dapat
mengawal menularan budaya hedonism. Contohnya, undang-undang terhadap penunggang
motorsikal yang bawah umur dan tidak mempunyai lesen yang terlibat dengan perlumbaan
haram perlu diperketatkan. Implikasi daripada tindakan mereka itu akan membawa kesan
kepada penjara, penggantungan lesen, penjara, denda serta penglibatan dalam masyarakat
seperti khidmat masyarakat.

Jika dilihat dari sudut yang berbeza, tiada jalan singkat bagi menangani masalah hedonism
kalangan masyarakat di semua peringkat umur melainkan pembabitan semua pihak seperti
ibu bapa, keluarga, komuniti, sekolah, pihak berkuasa, agensi kerajaan, badan bukan
kerajaan dan pihak kerajaan. Pendekatan yang pelbagai seperti psikologi dan pelaksanaan
undang-undang sangat membantu dalam menangani pemasalahan ini di samping
pelaksanaan berterusan program dan aktiviti kesedaran terutamanya kepada golongan
remaja dan belia.

3.0 KESIMPULAN
Kesimpulannya, budaya hedonism bukanlah perkara baharu di Malaysia. Namun begitu,
ramai pihak yang baru sahaja cakna dan sedar akan keburukan hedonism kepada manusia.
Walaupun terdapat pelbagai pihak yang bersetuju dan menyokong golongan hedonis ini, namun, ia
terbukti membawa lebih banyak kebinasaan daripada kebaikan kepada masyarakat.
(883 perkataan)

3
RUJUKAN

Bentham, J. (1789). An Introduction to the Principles of Morals and Legislation. Reprinted 1948,
Oxford, UK: Blackwell. Reprinted 2005, Adamant Media Corporation.

Laswell, H. (1948). The structure and function of communication in society. In L. Bryson (Ed.), The
communication of ideas. New York: Harper.

Livingstone, S., Mascheroni, G., Dreier, M., Chaudron, S. and Lagae, K. (2015) How Parents of
Young Children Manage Digital Devices at Home: The role of income, education and
parental style. London: EU Kids Online, LSE.

Mill, J. S. (1861). Utilitarianism. Indianapolis: Bobbs-Merrill, 1957.

Hicks, R.D. (1962). Stoic and Epicurean. New York: Russell and Russell.

Sumule, R.P & Taganing, N.M. (2008). Psychological Wellbeing Pada Guru yang Bekerja di
Yayasan PESAT Nabire. Depok: Fakultas Psikologi Universitas Gunadarma.

Sweet, W. (2008). Jeremy Bentham, Internet Encyclopedia of Philosophy. Diambil pada 31 Mei
2020 daripada http://www.iep.utm.edu/bentham/#H4

You might also like