You are on page 1of 3

SITI HAJAR BINTI RADUAN (CF190058)

SEKSYEN 32

S1 Apakah yang dimaksudkan modenisme dan pasca modenisme?

Maksud modenisme ialah pemikiran dan gerakan yang berjuang untuk menggantikan segala
pemikiran tradisionalisme agar sesuai dengan keadaan semasa dianggap 'moden'. Modenisme
merupakan penentangan terhadap agama kerana ia lahir daripada pegangan kepada
sekularisme (zaman Renaissance) kerana agama dianggap kolot dan sesetengah ajarannya
tidak sesuai dengan konsep pemodenan yang ingin dibawa. Manakala maksud pasca
modenisme pula ialah merupakan satu istilah yang merujuk kepada perkembangan dalam
ilmu teori kritikal, falsafah, seni bina, seni, kesusasteraan dan budaya yang berkembang
daripada, tetapi tidak menggantikan modenisme. Social Constructivist yang bermaksud ilmu
tidak semestinya mencerminkan hakikat alam secara objektif dan ilmu adalah konstruk yang
dikaitkan dengan kepentingan dan pandangan masyarakat.

S2 Terangkan kesan fahaman relativisme kepada kepercayaan keagamaan

Fahaman relativisme menafikan hakikat dan kebenaran mutlak (absolute reality & truth)
yang bertentangan dengan agama yang bersifat mutlak kebenarannya, menafikan kebenaran
mutlak adalah self defeating yang menafikan kebenarannya sendiri serta menimbulkan
keraguan. Ini kerana fahaman relativisme mempunyai ciri-ciri yang boleh menimbulkan
keraguan seperti menafikan universalisme iaitu tidak wujud satu persetujuan sejagat
berkenaan kebenaran, kebaikan dan lain-lain. Selain itu, menafikan absolutisme iaitu tidak
wujud nilai-nilai yang bersifat tepat dan tidak berubah seperti nilai kebenaran, kebaikan,
keburukan dan lain-lain. Akhir sekali, menafikan objektivisme iaitu nilai kognitif, etika dan
estetika tidak bebas dari pengaruh minda (mind independent). Nilai-nilai ini tidak mampu
bebas tanpa bergantung pada pemikiran manusia (yang saling berbeza). Dari sudut mana-
mana agama, mereka tidak menerima fahaman relativisme ini kerana ia mungkin akan
menimbulkan keraguan di dalam kepercayaan mereka seperti yang diajarkan oleh sesuatu
agama itu.

Soalan 3 dan 4 adalah berdasarkan kepada pernyataan berkaitan dengan nilai moral
kehidupan yang diberikan di bawah.

“Dewasa ini dunia telah dilakari olah pelbagai trend dan paradigma kehidupan bentuk
baru. Pascamodenism telah memberi impak yang bukan sedikit dalam kehidupan
moral dalam masyarakat. Nilai-nilai yang di bawa oleh ideologi Pascamodenism
menerusi pelbagai medium telah memberi dampak moral sosial yang amat
menakutkan. Hal ini tidak terkecuali meresapi ke dalam jiwa dan jatidiri masyarakat
Malaysia samada di bandar atau di luar bandar. Statistik kebejatan sosial
membuktikan hal ini. Sebut apa jua bentuk perlakuan tidak bermoral seperti
pembunuhan, sumbang mahram, pelacuran, gangsterisme, alkoholisme, perjudian,
vandalism dan sebagainya. Setiap satu daripadanya amat ramai melibatkan
masyarakat Malaysia”.

S3 Bandingkan wajah kehidupan moral masyarakat Malaysia sebelum dan selepas


Pascamodenism

Sebelum Pascamodenism, kehidupan moral masyarakat di tahap sederhana iaitu perkara tidak
bermoral tetap berlaku namun masih boleh di bendung kerana masyarakat ketika itu tidak
terdedah kepada perkara-perkara yang tidak senonoh tersebut serta masih berpegang kepada
ajaran agama masing-masing. Namun selepas Pascamodenism, perkara-perkara tersebut
semakin berleluasa kurangnya didikan agama serta moral sejak dari kecil kerana ibu bapa
sekarang bersikap open minded dan menganggap perkara-perkara tersebut hanya lah hal yang
remeh. Ini dapat dilihat kerana sebelum Pascamodenism, masyarakat dititikberatkan untuk
beradab serta bersopan santun dan setelah datangnya fahaman relativism yang membawa
nilai menafikan objektivisme iaitu nilai kognitif, etika dan estetika tidak bebas dari pengaruh
minda (mind independent) membuatkan masyarakat mengambil didikan moral tersebut
sekarang pembelajaran dan bukan untuk dipraktiskan.

S4 Apakah pendapat anda tentang bagaimana usaha-usaha yang perlu dilakukan untuk
mencantikkan wajah moral masyarakat Malaysia pada masa kini?

Pada pendapat saya, terdapat berapa langkah atau usaha yang boleh kita lakukan untuk
mencantikkan wajah moral masyarakat Malaysia pada masa kini. Antaranya ialah langkah
perdana yang boleh diambil untuk memupuk nilai murni adalah melalui bantuan pihak
kerajaan. Kerajaan perlu mengadakan kempen-kempen kesedaran kepada masyarakat sama
ada di desa ataupun di bandar-bandar besar yang sedang mengalami proses pembangunan
ekonomi. Jika inisiatif untuk memupuk nilai-nilai murni dalam diri masyarakat tidak
dilakukan oleh pihak kerajaan maka masyarakat pada hari ini akan terus hanyut dalam dunia
modenisasi ini.Oleh itu,pihak kerajaan haruslah mengadakan kempen ini secara berterusan
supaya masyarakat akan terus dibasahi dengan nilai-nilai murni yang akan mengeratkan
hubungan antara masyarakat di negara ini. Langkah seterusnya yang dapat kita lakukan untuk
mengatasi keruntuhan nilai moral dalam kalangan masyarakat adalah dengan menyedarkan
ibu bapa tentang pentingnya memupuk nilai-nilai moral dalam diri anak-anak semasa mereka
masih tidak mengenal apa itu erti kehidupan.Ibu bapa boleh memupuk anak-anak mereka
dengan sentiasa mengajar mereka tentang pentingnya semangat kejiranan dan perpaduan.
Oleh hal demikian,ibu bapa mestilah sentiasa membawa mereka untuk mengikuti program
yang dianjurkan oleh pihak tertentu yang menjurus kepada usaha untuk memupuk nilai-nilai
murni. Selain itu,peranan pihak sekolah dalam membanteras masalah keruntuhan moral ini
amat dituntut kerana di sekolah merupakan tempat pembelajaran kedua selepas di rumah.
Dalam mengatasi masalah ini,pihak sekolah boleh mengadakan pelbagai aktiviti yang
berfaedah di sekolah mahupun di luar kawasan sekolah seperti bergotong-royong untuk
membersihkan sekolah dan mencantikkan sekolah. Aktiviti-aktiviti seperti ini dapat memberi
kesedaran kepada pelajar tentang peri pentingnya semangat bekerjasama dan saling
membantu dalam kalangan masyarakat. Kementerian Pelajaran boleh mewujudkan mata
pelajaran baru yang mengajar pelajar tentang nilai-nilai moral. Seterusnya, usaha yang boleh
dilakukan untuk membanteras masalah ini ialah melalui media massa. Pada zaman yang
menuju puncak ini,semua informasi-informasi yang berlaku di dunia ini mudah didapati
kerana kemudahan seperti internet,televisyen dan banyak lagi memberi kita peluang untuk
menerokai hal-hal yang berlaku pada masa sekarang. Oleh hal demikian,sudah tentulah usaha
untuk memupuk nilai murni ini boleh dilakukan melalui media massa. Oleh itu,pihak syarikat
televisyen haruslah sentiasa memaparkan nilai-nilai murni dan kepentingan nilai-nilai murni
melalui iklan-iklan di televisyen. Jika pihak media massa tidak bekerjasama dalam mengatasi
masalah ini maka amat sukar untuk mewara-warakan masalah yang sedang dihadapi ini
kepada masyarakat di luar sana. Akhir sekali, Ahli Jawatankuasa kampung juga harus
memainkan peranan dalam mengadakan program kemasyarakatan di kampung masing-
masing seperti gotong-royong membersihkan kampung, menolong keluarga miskin dan
sebagainya. Program seperti ini dapat mengajar penduduk kampung tentang kepentingan
semangat bekerjasama atau nilai moral yang terpuji bagi mewujudkan sebuah masyarakat
kampung yang harmonis. Program seperti ini juga memberi peluang kepada penduduk untuk
meluangkan masa bersama kerana masyarakat pada zaman ini yang hanya mengejar
kepentingan duniawi sahaja dan sikap seperti ‘katak dibawah tempurung’ yang tidak bergaul
dengan orang lain. Oleh itu,program seperti ini banyak memberi manfaat kepada masyarakat
dan seharusnya dilakukan di setiap kampung di negara ini

You might also like