You are on page 1of 28

A.

Bincangkan secara kritis perubahan nilai masyarakat Malaysia selepas


meredeka. Kaitkan perbincangan anda dengan teori pembelajaran yang
sesuai.

Menurut Kamus Dewan, perubahan yang berasal daripada perkataan 'ubah'


membawa maksud lain, berbeza daripada sebelumnya. Perubahan membawa
maksud peningkatan, perkembangan atau peralihan dari suatu tahap ke tahap yang
lain. Maka perubahan zaman boleh dikatakan sebagai zaman yang berbeza dan
mempunyai kelainan daripada zaman yang sebelumnya.

Perubahan seperti kata remaja yang sering disuarakan, bukan sesuatu yang
boleh ditolak dan dielakkan. Manusia akan terus berusaha mencari makna diri dan
makna

kehidupan,

terus

meningkatkan

mutu

ilmu

dan

mutu

teknologi,

mempelbagaikan pilihan dalam kehidupan, terpengaruh dengan perkembangan


sekitar dan merangka pelan kerja ke arah yang lebih meningkat. Daripada sini
datangnya perubahan.

Perubahan menjadikan kehidupan kita berbeza daripada sebelumnya.


Daripada hanya menggunakan basikal, kemudian ke motosikal dan akhirnya kereta.
Daripada hanya menggunakan dakwat untuk menulis, kemudian mesin taip dan kini
menggunakan komputer untuk mencatat sesuatu. Malah terkini telefon pun hanya
sebesar jam tangan. Perubahan boleh membawa dua pengertian; perubahan ke arah
kebaikan dan perubahan ke arah keburukan. Daripada pandangan Islam, sesuatu
perubahan sama ada dalam pemikiran, tingkah laku, budaya, sosial dan lain-lain
berdiri atas nilai yang digunakan dan matlamat daripada perubahan itu.

Di Asia Tenggara, bangsa Melayu mendiami kepulauan Indonesia, Malaysia,


Brunei, Selatan Thailand, Filipina, Kemboja dan Singapura. Sejarah di sekitar Asia
menunjukkan beberapa buah tamadun yang dibentuk dan dikuasai oleh orang
Melayu seperti Srivijaya, Majapahit, Funan, Champa dan Perlak dan Melaka telah
berjaya melahirkan masyarakat yang unggul dalam ekonomi, perdagangan,
1

pertahanan dan pembangunan politik. Selain mewarisi tamadun-tamadun ini, mereka


juga mewarisi salah satu tamadun agung dunia iaitu tamadun Islam yang telah
membuktikan keupayaannya mengangkat martabat ummah. Kedua-dua tamadun ini
adalah warisan yang sangat berharga untuk orang Melayu. Walaupun tamadun
Melayu sangat singkat masa gemilangnya, namun memberi keyakinan bahawa
Melayu boleh menjadi hebat jika betul-betul ingin memilikinya.

Perkembangan dan peredaran zaman meletakkan nilai dan budaya orang


Melayu turut berubah. Perjuangan membebaskan negara daripada penjajahan
adalah kemuncak kepada kekuatan akal dan fizikal Melayu bagi membina kekuatan
bangsa. Peperangan berdarah oleh panglima-panglima tersohor seperti Mat Kilau,
Datuk Maharaja Lela, Rentap dan ramai lagi disambung dengan peperangan mental
dan diplomasi oleh Almarhum Tuanku Abdul Rahman dan pemikir-pemikir Melayu
yang lainnya. Pencapaian kemuncak ialah mendapatkan kemerdekaan tanpa
menumpahkan darah pada 31 Ogos 1997.

Bangsa yang baru merdeka memiliki nilai-nilai perjuangan yang sejati.


Agresif, bersemangat, tinggi daya juang dan patriotik adalah antara ribuan nilai positif
yang wujud pada setiap individu yang menghayati dan merasai nikmat merdeka.
Negara yang bebas merdeka adalah bebas menentukan hala tuju negara pada masa
hadapan.

Masyarakat yang lahir selepas merdeka tidak dapat menceritakan nikmat dan
bahagianya

apabila

mendapat

kemerdekaan.

Justeru,

mereka

tidak

dapat

menceritakan perasaan yang sebenar menjadi rakyat di sebuah negara yang


merdeka. Apa yang boleh digambarkan ialah perasaan berada di sebuah negara
yang telah bebas daripada penjajahan.

Zaman beredar terlalu cepat. Kadangkala kita alpa tentang persekitaran


sekeliling yang telah mengalami banyak perubahan ke arah kemajuan seiring
dengan kemajuan di negara-negara maju terutamanya selepas negara kita
mendapat kemerdekaan. Bagi negara membangun seperti Malaysia perubahan-

perubahan yang besar ini telah memberi banyak impak positif dari segi ekonomi,
pembangunan, perindustrian, pelaburan, perbankan, pertanian dan sebagainya.
Namun jika kita lihat terdapat juga impak negatif terhadap perubahan nilai dan tahap
sosial masyarakat negara terutama remaja di mana mereka inilah yang akan
memacu pembangunan negara pada masa akan datang.

Inilah yang dialami oleh remaja yang lahir 30 atau 40 tahun selepas Malaysia
mencapai kemerdekaan. Mereka terputus hubungan dengan nikmat berjuang masa
silam dan apa yang ada adalah realiti sekarang, melihat pembangunan negara,
menjayakannya dan bersedia membina sebuah tamadun yang cemerlang pada
suatu hari nanti. Dalam proses ke arah itu, terdapat beberapa halangan yang
dihadapi oleh para remaja kita pada hari ini. Anak-anak muda Melayu yang
berlumba-lumba menceburi bidang hiburan, terhibur dengan adegan drama cinta dan
hantu, berpeleseran dan terlibat dengan kerosakan akhlak adalah tanda-tanda
kemerosotan kekuatan sesuatu bangsa.

Pelbagai program yang dirancang ini telah memecahkan nilai-nilai sedia ada
yang mendominasi masyarakat Melayu. Anak-anak muda Cina pada hari ini telah
terdedah dengan pelbagai fesyen pakaian dan penampilan diri hinggakan untuk
mencari anak Cina yang pakai cheongsam pun susah. Masyarakat Melayu masih
tebal dengan adat dan tradisi. Pakaian tradisi seperti baju kurung dan baju Melayu
masih dipakai setiap hari lebih-lebih lagi pada hari-hari keraian. Oleh itu, apakah
masalah sebenar orang Melayu pada hari yang dikatakan lemah dalam pelajaran,
akhlak yang semakin merosot dan menghadapi kebebalan dalam pembangunan
sosial?

Masalah sebenar Melayu ialah nilai. Masyarakat ini sedang berhadapan


dengan krisis nilai yang telah bermutasi. Peubahan ini adalah kesan daripada
pemecahan nilai-nilai tradisi lama akibat asakan bertalu-talu nilai-nilai luar melalui
media, politik, ideologi, sosial dan pemodenan corak pendidikan. Nilai-nilai baru ini
menggantikan nilai lama melalui proses rasionalisasi, logik dan dapat diterima akal
berasaskan zaman moden.

Pembangunan kawasan luar bandar yang pesat adalah sebagai satu strategi
bagi melahirkan masyarakat yang maju dan membasmi kemiskinan. Tatkala
pembangunan ini terus berlangsung, golongan yang miskin, tercicir dalam pelajaran
dan hidup daif akan terus terpinggir kerana lemahnya nilai-nilai bersaing dan ingin
maju dalam diri.

Di kawasan bandar, pengekalan nilai-nilai tradisi sentiasa dipertahankan dan


diperkukuhkan melalui gotong-royong, berkhatan dan kenduri kahwin. Dalam masa
yang sama, pendidikan yang diterima memberi nafas baru terhadap pembentukan
nilai-nilai positif bagi disesuaikan dengan kehidupan di bandar. Anak-anak muda di
bandar mudah terpengaruh dengan aktiviti tidak sihat turut disebabkan perubahan
persekitaran seperti reka bentuk rumah, kawasan istirahat dan perubahan
sosialisasi. Mat Rempit adalah fenomena remaja bandar khususnya yang naluri
mudanya ditujukan pada kelompok sosial yang gilakan persaingan sebagai
menggantikan kuda lumba. Agaknya kalau Mat Rempit ini diberikan kuda seorang
seekor, bolehlah mereka berlumba dengan selamat. Tetapi kuda tidak lagi relevan
untuk berlumba kerana penjagaannya sukar berbanding motosikal EX-5, Kapcai atau
skuter.

Masalah sosial seperti Mat Rempit ini tidak akan menjadi masalah kepada
masyarakat dan agensi penguatkuasa jika mereka yang terlibat adalah cerdik dan
terdidik. Di sinilah peranan pendidikan dilihat mampu membuat perubahan besar
terhadap kepincangan sosial dalam masyarakat ini. Kurikulum di sekolah amat baik
untuk merubah nilai lama dan digantikan dengan nilai baru. Pemikir dan agensi
kerajaan sewajarnya memberi peruntukan dan masa yang banyak untuk memikir
bagi menjadikan anak-anak generasi muda Melayu lebih pintar dan mampu bersaing
di peringkat antarabangsa

Malaysia adalah sebuah Negara yang membangun, perubahan-perubahan


yang besar telah memberi banyak impak positif umpamanya dari segi ekonomi,
pembangunan, perindustrian, pelaburan dan sebagainya. Bagaimana pula kita
melihat tahap sosial masyarakat di Negara ini terutama sekali remaja?, di mana
golongan inilah yang akan memacu pembangunan negara di masa akan datang.

Kebelakangan ini terlalu banyak diperkatakan isu-isu yang berkaitan dengan


masalah gejala sosial yang melibatkan remaja. Pelbagai andaian, hujah, cadangan
dan program dilaksanakan untuk menangani fenomena ini. Perlakuan sosial yang
negatif dalam bentuk perilaku gejala tidak sihat seharusnya merupakan satu petunjuk
ke atas kelemahan masyarakat untuk membudayakan pembangunan secara positif
yang berteraskan prinsip dan nilai-nilai murni kemanusiaan serta agama. Keruntuhan
akhlak dan moral merangkumi pelbagai perlakuan negatif anggota masyarakat yang
tidak membawa sokongan dan keuntungan kepada kekuatan sistem dan struktur
ekonomi yang diamalkan dalam sesuatu masyarakat ataupun Negara. Secara
perundangan tidak terdapat definisi yang khusus bagi mengkategorikan remaja.

Akta Pekerjaan Kanak-Kanak dan Orang Muda 1996 mentakrifkan seorang


kanak-kanak adalah mereka yang berada dalam lingkungan umur 10 hingga 14
tahun. Dalam Akta Pengangkatan 1952, kanak-kanak didefinisikan mereka yang
berumur 21 tahun ke bawah. Walaupun setiap akta ini tidak menjelaskan peringkat
umur tertentu, secara umumnya dalam membicarakan masalah golongan remaja
yang perlu ditumpukan adalah yang berumur di bawah 21 tahun dan sebahagian
besar daripadanya masih dalam alam persekolahan.

Keruntuhan akhlak dan moral remaja pada masa ini adalah isu-isu yang
berkaitan dengan isu samseng jalanan, isu buli dan juga isu-isu lain umpamanya
seks bebas. Isu-isu ini sudah menjadi isu yang hangat diperkatakan di media-media
masa dan media elektronik. Isu berkaitan remaja harus diberi penekanan yang tinggi
kerana jatuh bangunnya sesebuah Negara itu adalah bergantung kepada bagaimana
badan-badan kerajaan dan juga bukan kerajaan memainkan peranan untuk
mengatasi masalah keruntuhan akhlak dan moral di kalangan remaja. Di Malaysia,
remaja merangkumi lebih daripada separuh keseluruhan penduduk.

Oleh kerana bilangannya yang ramai, maka masalah yang berkaitan dengan
kelompok ini juga banyak. Statistik pembabitan remaja paling tinggi adalah dalam
kes jenayah harta benda seperti mencuri, samun, rompak, dan paling ketara sekali
hubungan seks bebas. Terbaru, media massa telah memaparkan fenomena
kelahiran anak luar nikah yang kian menjadi-jadi di Negara ini. Daripada data kajian

dan statistik yang dibentangkan oleh para penganalisis, terbukti isu keruntuhan
akhlak di kalangan remaja adalah pada tahap yang tinggi. Keruntuhan akhlak ini
dapat dilihat dari pelbagai sudut. Antara punca yang dikenal pasti adalah seperti
berikut;

Perasaan Ingin Tahu dan Ingin Mencuba


Pengaruh Rakan Sebaya
Pengaruh Media Massa
Sikap Keluarga

Remaja pada peringkat usia 18 tahun ke bawah, mempunyai perasaan ingin


tahu yang tinggi. Justeru itu, apa-apa sahaja perkara baru yang terjadi di sekeliling
mereka akan mengundang perasaan ingin tahu dikalangan remaja. Secara tidak
langsung membuatkan mereka terdorong untuk mencuba dan melakukan perkaraperkara yang yang tidak sepatutnya berlaku.

Keruntuhan akhlak dikalangan remaja mutakhir ini akan memberikan kesan


dan impak yang begitu besar dalam masyarakat. Remaja merupakan aset utama
Negara pada masa akan datang serta memainkan peranan yang sangat penting
dalam pembangunan negara. Kesan jangka panjang dan jangka pendek pasti akan
berlaku seandainya remaja pada hari ini tidak tahu bagaimana untuk membentuk dan
memuliakan akhlak mereka. Akhlak merupakan peribadi dan cermin diri bagi
seseorang individu. Kiranya individu itu mempunyai akhlak yang buruk, maka secara
langsung peribadi individu itu juga akan menjadi buruk. Sebagai anggota
masyarakat, tiada siapa yang terkecuali untuk membendung fenomena ini yang kian
menular dikalangan remaja kita. Kita perlu kembali kepada masyarakat kerana itu
adalah tanggungjawab kita semua.

Tidak dapat dinafikan, bahawa Malaysia mengalami proses pembangunan


yang amat pesat dalam berbagai-bagai bidang, baik dari segi ekonomi dan teknologi
yang sudah pasti menimpakan kesan-kesan yang besar terhadap masyarakat yang
6

merangkumi bidang yang amat luas pula, seperti dalam bidang perbandaran,
penghijrahan, perubahan sikap dan nilai-niai hidup anggota-anggota masyarakat.
Tapi memang tidak boleh dielakkan bahawa segala perubahan masyarakat itu
berlaku kerana terpengaruh oleh berbagai-bagai perubahan dan pembangunan
kebendaan yang berlaku dalam negara itu. Senario perubahan ini amat pesat
berlaku dalam

ruang-lingkup kemajuan perbandaran atau perkotaan. Selepas

merdeka, bilangan penduduk bandar atau kota telah meningkat dengan pesat dari
masa ke semasa.

Jika kita lihat perangkaan menunjukkan bahawa daripada tahun 1970 hingga
tahun 1987 penduduk bandar telah meningkat sebanyak 32.0 peratus, dan terus
meningkat lagi kepada 60.8 pepratus pada tahun 2003. Peningkatan penduduk
bandar ini berlaku kerana penghijrahan penduduk luar bandar ke bandar sepanjang
masa tersebut. Penghijrahan itu berlaku kerana sebab-sebab ekonomi, iaitu untuk
mencari peluang pekerjaan yang tidak wujud di luar bandar. Kebanyakan pekerjaan
itu banyak terdapat dalam bidang perkilangan dan perindustrian yang kian meningkat
dari masa ke masa di mana bandar-bandar adalah menjadi nadinya kerana terdapat
berbagai-bagai kemudahan yang disediakan di sana.

Oleh itu, Kebanyakan penghijrahan ke bandar itu berlaku di kalangan anakanak muda luar bandar yang berada dalam lingkungan usia 15 hingga 34 tahun. Di
tinjau dari satu segi penghijrahan itu memang berguna dari segi ekonomi dan sosial
rakyat dan negara Malaysia. Namun begitu, kegunaan itu tidak dapat memberi
sumbangan yang wajar kepada kesejahteraan hidup kerohanian manusia yang
merupakan unsur yang tidak selalunya mendapat perhatian yang saksama.

Sementara itu, perkembangan-perkembangan media elektronik dan media


cetak yang begitu pantas telah mencetuskan berbagai-bagai efek terhadap pemikiran
manusia, terutama kepada golongan kanak-kanak dan anak-anak muda remaja.
Pengarauh-pengaruh yang ditimpakannya itu sering bertembung dengan nilai-nilai
tradisional dan juga nilai-nilai agama yang suci, kerana elemn-elemen yang dibawa
dan dikembangkannya bukan sahaja murni dan mulia, malah sebaliknya lebih
banyak mengecewakan hati nurani manusia.

Akibatnya sebagaimana yang kita lihat berbagai-bagai gejala buruk telah


menimpa batu gemala anak-anak bangsa kita, baik secara langsung ataupun tidak
langsung. Perkara yang tidak diingini ini berlaku kerana rapuhnya kerohanian
kita dalam menempuh berbagai-bagai gelumbang cabaran yang dilonjakkan oleh
berbagai-bagai kemajuan yang begitu pesat berkembang dalam semua bidang
kehidupan pada masa kini. Gejala-gejala buruk yang begitu ketara telah berlaku
dalam gerak nadi masyarakat kita antaranya ialah penyalahgunaan dadah,
penagihan alkohol, aneka jenis jenayah, seperti rasuah, rompak, samun, ragut, rogol,
buang bayi, wabak perzinaan atau seks bebas, masalah disiplin dan ponteng
sekolah yang kian meningkat, dan berbagai-bagai perkara makar lagi yang kian
pesat berkembang dalam masyarakat kita, termasuklah gangguan psikologi yang
kian meninggi dari masa ke masa.

Dari segi kerohaniannya segala perubahan-perubahan dan kemajuan itu


telah mengusik dan menggoda jiwa para insan, terutama unsur-unsur negatifnya
yang akan memimpin mereka ke arah kehancuran, sedangkan mereka tidak
mempunyai benteng keruhanian yang utuh untuk mengahadapi cabaran hidup yang
akan melanda, terutama dari segi kebendaan yang akan mendorong manusia ke
arah kemusnahan sebagaimana telah lama berlaku secara berleluasa dalam
masyarakat barat. Semua perubahan yang berlaku, mahu tidak mahu, telah
meningalkan kesan-kesan terhadap jiwa manusia, baik dengan kadar yang sedikit
ataupun dengan kadar yang banyak, termasuk dari segi kesihatan yang biasanya
mempegaruhi hayat manusia yang terlibat.

Bahkan dengan kecelaruan jiwa manusia akibat tekanan hidup menimpa


setiap peringkat usia masyarakat dan juga setiap peringkat taraf hidup mereka. Ia
menimpakan kesan ke atas kanak-kanak sekolah, anak-anak muda remaja, orangorang dewasa dan juga orang-orang tua, lelaki dan wanita. Perkara ini berlaku
kerana beberapa faktor, seperti berpunca daripada tekanan kerja, tekanan
pendidikan, tekanan ekonomi, tekanan di rumah tangga dan sebagainya. Tindak
balas mangsa itu pula berbeza antara seorang personal dengan seorang personal
yang lain dalam masyarakat.

Oleh kerana dipengaruhi oleh berbagai-bagai faktor lagi, telah menyebabkan


salah satu institusi yang penting dalam masyarakat, iaitu institusi kekeluargaan
menjadi ranap, punah dan runtuh ditelan perubahan dan masa yang berlalu.
Keruntuhan institusi kekeluargaan ini telah berjaya meninggalkan kesan-kesan yang
buruk ke atas masyarakat, seperti meningkatnya gejala ponteng sekolah,
pengamalan seks bebas atau perzinaan, melepak, merompak, membunuh, samun
bersenjata dan tidak bersenjata, merogol, pelacuran, vandalisme dan sebagainya.
Semuanya itu memerlukan perhatian yang serius supaya ianya tidak menjadi barah
yang lebih parah dan memusnahkan bangsa dan negara.

Segala kemajuan dan perubahan-perubahan yang berlaku ini melibatkan seluruh


masyrakat termasuk umat Islam sama ada mereka sedari atau tidak sedari, sama
ada mereka mahu atau tidak mahu. Arus pembangunan yang bergerak laju itu akan
meliputi, malah telah pun menenggelamkan sebahagian daripada mereka yang alpa
tidak waspada, serta tidak mempunyai kelengkapan-kelengkapan diri yang perlu
untuk menjadi benteng yang kuat untuk menghadapi dunia yang kian mencabar ini.

Keadaan ini telah meninggalkan krisis nilai terhadap masyarakat, khususnya


masyarakat Islam. di mana ia telah menjelma dalam berbagai-bagai gejala buruk di
kalangan rakyat Malaysia sejak kebelakangan ini. Krisis ini telah berjaya
menghapuskan nilai-nilai murni dalam masyarakat. Keadaan ini menjadi bertambah
buruk dengan adanya faktor-faktor seperti berikut:
i.

Pengaruh budaya luar, khususnya budaya kuning yang buruk dapat


merosakkan budaya murni yang telah sedia ada dalam masyarakat, yang

ii.

boleh menyebabkan keruntuhan masyarakat itu sendiri.


Merosotnya pemupukan niai-nilai murni dalam masyarakat, khususnya dalam

iii.

sistem kekeluargaan yang menjadi asas kepada pembentukan masyarakat.


Merosotnya pemupukan nilai-nilai moral atau agama dalam masyarakat,
tegasnya keluarga yang menjadi tunjang masyarakat.

Fungsi kekeluargaan yang sangat penting itu telah terhakis dengan teruknya,
malah tidak berperanan lagi, telah menjadi makhluk yang hampir lumpuh. Justeru itu
generasi-generasi muda dalam keluarga, tidak lagi tumbuh dan berkembang dengan
sewajarnya. Jika ketua-ketua keluarga tidak tegak dalam keimanan, maka anak-anak
9

buah mereka, generasi-generasi yang akan mewarisi mereka, sukar untuk menjadi
anak Muslim yang tulen, malah mungkin menjadi lebih buruk lagi, sebagai anak-anak
yang tidak berpendidikan agama. Kata orang, bagaimana acuan begitulah kuehnya,
malah kadang-kadang kueh lebih buruk daripada acuan-acuannya.

Bukan lagi menjadi perkara pelik pada hari ini, jika kita mendengar ada anakanak yang tidak menghormati ibu bapa mereka, malah terdapat kes-kes di mana
anak-anak memukul dan membaham ibu bapa mereka, menghalau ibu bapa
mereka, meninggalkan ibu bapa mereka, malah ada yang sanggup menguggut dan
membunuh ibu bapa mereka kerana enggan memenuhi kehendak mereka untuk
berjoli dan membeli dadah yang terkutuk itu.

Mengikut kajian, anak-anak muda Melayu, yang pastinya beragama Islam,


adalah merupakan sebahagian besar daripada rakyat Malaysia yang terlibat dalam
gejala-gejala sosial yang buruk di negara kita. Sebahagian besar daripada penagihpenagih dadah yang menghuni di pusat-pusat serenti di seluruh negara, adalah
Melayu, iaitu sebanyak 80 peratus. Hampir seluruh mereka yang terlibat dengan
kerja-kerja bohsia dan bohjan adalah terdiri dripada anak-anak Melayu; seluruh Mat
Rempit yang berlagak gila di jalan-jalan raya adalah anak-anak Melayu, sebahagian
besar daripada orang-oang yang fasik menentang agama mereka sendiri adalah
anak-anak Melayu, dan sebahagian orang-orang Melayu sejak kebelakangan ini
yang hidup seperti suami isteri tanpa nikah hingga melahirkan anak-anak haram.
Dan sebahagian besar daripada mereka yang melempar anak-anak mereka adalah
Melayu
Oleh kerana merostonya fungsi kekeluargaan itu, maka fungsi kejiranan juga
menjadi merundum. Sedangkan fungsi kejiranan itu sepatutnya terus hidup segar
dan berkembang walau pun di bumi mana manusia berpijak. Kerana itu walau pun
rumah kediaman mereka, sebelah menyebelah, rumah pangsa sekali pun, ada
kemungkinan besar, mereka tidak kenal mengenali antara satu sama lain.

Justeru itu dengan runtuhnya semangat kejiranan ini tidak ada siapa yang
bersedia menegur anak-anak jiran mereka yang membuat kemungkaran di hadapan
mata mereka sekali pun. Kerana dengan berbuat demikian mereka terpaksa
10

bersedia menerima risiko dimarahi dan dimaki oleh anak-anak jiran itu ataupun
dicela oleh ayah anak-anak itu yang menganggap perkara itu sebagai fitnah semata,
dan usaha untuk menjaga tepi kain orang lain. Kalau sekadar dimarah dan dicela
sahaja, tidaklah merisaukan sangat, tapi bagaimana kalau diikuti dengan tindakan
agresif, kekerasaan fizikal. Dengan itu lebih selamat untuk tidak menajaga tepi kain
oang lain dan besikap ada mata lihat, ada telinga dengar, daripada membuka
mulut.
Selain itu, dengan ledakan informasi dalam teknologi komunikasi [ICT] yang
semakin menjadi-jadi, mendedahkan mereka kepada pelbagai unsur negatif yang
tidak sihat dan ke arah kerja-kerja yang tidak berfaedah. Perkara ini berlaku kerana
beberapa faktor:
i.

Kebiasaannya anak-anak muda remaja gemar mencuba sesuatu yang


dianggap dewasa dan kebiasaannya kecenderungan itu menyebabkan
mereka menyempang daripada landasan moral yang sebenarnya.

ii.

Kebanyakan golongan remaja hari ini tidak mempunyai kepimpinan atau


panduan yang betul untuk membantu mereka menempuhi zaman remaja
mereka yang penuh dengan pelbagai cabaran.

iii.

Penganjuran hiburan yang terlampau tanpa mengira halal dan haram, dan
progremnya tidak berlandaskan ajaran Islam dan akhlak yang mulia, malah
bercanggah dengan nilai-nilai agama. Program seperti ini tetap diteruskan
juga walaupun mendapat tentangan daripada alim ulamak, demi kepentingan
poket

penganjurnya.

Justeru

dalam

progrem-progrem

seperti

ini,

percampuran bebas antara lelaki dan prempuan, pendedahan aurat,


pengelibatan arak dan penyalahgunaan dadah, berkelakuan tidak bermoral
dan sebagainya.

Akibat terpengaruh dengan gejala-gejala dan budaya-budaya yang tidak sihat


dan buruk itu, segala sifat mulia dalam masyarakat telah berangsur-angsur terhakis,
seperti sikap menghormati orang-orang tua, ibu bapa, kasih sayang terhadap
keluarga dan jiran tetangga, berbudi bahasa, bersopan santun, menghormati
peraturan dan undang-undang dan sebagainya dari sifat-sifat yang mulia dan positif
telah

pupus,

dan

ini

mencetuskan

kebimbangan

kepada

anggota-anggota

masyarakat yang berfikir. Malah masyarakat kita telah berubah menjadi masyarakat
materialistik yang berlebihan, atau bersemangat keakuan yang melampau-lampau

11

yang menyebabkan terpinggirnya amalan murni yang selama ini menjadi tunjang
masyrakat kita.

Berdasrkan kepada masalah tersebut dapat saya kaitkan dengan teori


pembelajaran Behavioris. Menurut teori behavioristik, belajar adalah perubahan
tingkah laku sebagai akibat dari adanya interaksi antara stimulus dan respon.
Seseorang dianggap telah belajar sesuatu apabila ia mampu menunjukkan
perubahan tingkah laku. Dengan kata lain, belajar merupakan bentuk perubahan
yang dialami oleh murid-murid dalam hal kemampuannya untuk bertingkah laku
dengan cara yang baru sebagai hasil interaksi antara stimulus dan respon.
Bahkan

Teori

Behaviorisme

menumpukan

perhatian

kepada

faktor

persekitaran sebagai faktor yang mempengaruhi tingkah laku. Ahli-ahli behavioris


melihat perhubungan antara persekitaran dengan tingkah laku dan kemudiannya
menggunakan konsep peneguhan dan dendaan untuk menjelaskan mengapa
sesetengah tingkah laku itu wujud atau tidak wujud. Mereka berpendapat
kecenderungan-kecenderungan tingkah laku termasuk trait-trait, bakat, nilai-nilai,
kepercayaankepercayaan, aspirasi dan lain-lain adalah dipelajari.

Antara andaian ahli behaviorisme ialah tingkah laku boleh diukur,


diperhatikan dan dianalisa dengan melihat gerak balas individu. Gerak balas
bergantung kepada peneguhan dan dendaan. Matlamat behavioris ialah melihat
kaitan rangsangan dengan gerak balas dan melihat bagaimana gerak balas ini boleh
dikawal melalui ganjaran dan dendaan. Ahli-ahli behaviorisme menggunakan konsep
pelaziman klasik dan pelaziman operan apabila menjelaskan proses pembelajaran
(Jalongo dan Isenberg 2000).

Justeru itu, penghakisan nilai murni dalam umat Islam Melayu itu telah
menjadi krisis besar yang telah menimbulkan kesan yang buruk dan amat
membimbangkan. Penghakisan niali-nilai murni masyarakat ini telah menghilangkan
peluang-peluang dalam masyarakat kita untuk mencapai kedudukan yang baik
dalam bidang pendidikan, ekonomi dan sosio. Harapan telah menjadi musnah
dengan timbulnya dan berleluasanya berbagai-bagai gejala dan isu buruk yang
membinasakan masyarakat itu sendiri.
12

Sekiranya asas perubahan ialah mengekalkan manusia di dalam keadaan


fitrah, meninggikan kualiti akhlak dan amal, menjadikan manusia lebih berilmu, ia
dikatakan perubahan yang baik. Namun jika perubahan hanyalah sebagai tuntutan
nafsu-nafsi dan kebendaan semata-mata serta menyebabkan manusia lebih rakus
dan tamak, maka perubahan tersebut lebih menjurus ke arah keburukan.
Remaja harus memahami bahawa ada perkara yang tidak akan berubah.
Misalnya peredaran bulan dan bintang, penciptaan manusia yang berlainan jantina,
bangsa dan agama serta pasang surut air laut. Itu dikatakan sebagai fitrah alam.
Tetapi manusia menggunakan akal dan kekuatan berfikir untuk sebaik-baiknya
mengeksploitasikan kejadian alam, sama ada ke arah kebaikan mahupun keburukan.

Remaja kini berada dalam zaman yang cepat berubah. Remaja yang sedang
menempuh zaman ingin tahu dan belajar, ingin meniru serta ingin berubah akan
terkesan dengan perubahan sekitarnya. Remaja misalnya mudah terpengaruh
dengan gaya dan kepelbagaian cara hidup, mencari identiti diri, dan bergolak dengan
emosi dan impiannya. Perubahan zaman menuju era informasi memiliki peranan
besar dalam membentuk sikap dan perilaku remaja. Teknologi dan informasi yang
tidak terkendali fungsinya turut mempengaruhi pola perilaku remaja. Ertinya, perilaku
menyimpang tidak hanya semata-mata bersumber daripada remaja itu sendiri.
Tetapi, adanya perubahan zaman secara mendadak mampu memacu remaja
bersikap dan berperilaku di luar batas.

Justeru, remaja harus hati-hati dalam menerima perubahan. Amat penting


mencari pedoman dan panduan pada peringkat umur remaja. Perubahan bagi
remaja adalah suatu fitrah. Sekiranya perubahan yang diinginkan oleh remaja ialah
peningkatan ilmu dan kualiti pemikiran, bersikap terbuka untuk mematangkan
pergaulan dan menambah pengalaman yang berguna, perubahan yang bakal
berlaku pada remaja adalah perubahan yang berfaedah yang akan menjadikan
remaja memiliki kualiti tersendiri apabila remaja memasuki alam dewasa nanti.

13

Oleh itu remaja harus berusaha mempertingkatkan kemahiran diri, sesuai


dengan perubahan zaman. Islam sendiri adalah agama yang dinamik serta mengajak
umatnya supaya sentiasa berubah untuk kebaikan diri dan umat. Islam adalah
agama yang merentas zaman. Amalan-amalan yang buruk pada zaman jahiliah
dihapuskan selepas kedatangan Islam. Kehidupan wanita dan kanak-kanak menjadi
lebih terbela dengan ajaran Islam. Kualiti hidup juga dipertingkatkan dengan
pemahaman iman dan amal. Justeru, sebagai remaja Islam kita harus memahami
bahawa perubahan ke arah kebaikan adalah sesuatu yang sangat dituntut oleh
agama.

Dalam mengendalikan perubahan zaman yang semakin mencabar ini, remaja


harus mempunyai beberapa kualiti dan ciri. Pertamanya, remaja mesti mempunyai
ilmu dan sentiasa berusaha menambah ilmu. Remaja harus berupaya untuk
membandingkan ilmu yang benar dan ilmu yang salah. Tidak semua perubahan
daripada Barat harus diterima, dan tidak semuanya harus ditolak. Keupayaan remaja
untuk membandingkan yang baik dan buruk mengikut acuan agama dan norma
masyarakat sangat penting agar tidak hanyut dengan badai perubahan.

Keduanya, kefahaman terhadap ilmu agama sangat penting kerana ia


memacu kepada nilai sesuatu perubahan yang ingin dilakukan. Pemahaman
terhadap agama bukan sahaja merangkumi sesuatu yang bersifat ritual, tetapi juga
mempengaruhi ruang lingkup pemikiran dan kehidupan. Remaja harus melihat di
samping pentingnya

kekuatan iman dan akhlak dan dikemaskan dengan

penguasaan ilmu berasaskan nilai murni dan matlamat yang bermanfaat.

Keimanan menjadikan remaja berjiwa merdeka, iaitu keyakinan dan


pergantungan yang bulat dan tinggi kepada Allah yang menyebabkan remaja
memiliki daya juang serta daya saing yang hebat. Apabila memiliki kedua-dua ciri
tersebut, remaja harus mempunyai iltizam untuk membangunkan keupayaan diri dan
umat mengikut acuan kita sendiri. Sudah tiba masanya umat Islam menampilkan
dunia sesuatu yang baru dan menarik pengguna ilmu dan teknologi, supaya bukan
sahaja ilmu tersebut dapat dimanfaatkan, tetapi juga mampu menguasai minda dan
budaya.

14

Remaja hari ini akan mewarisi masyarakat dan generasi yang sedia ada pada
masa kini. Remaja juga menjadi penentu kepada kegemilangan bangsa dan
tamadun. Menjadi pewaris sesuatu masyarakat tentulah memerlukan jati diri bangsa
yang kuat, utuh dan berkualiti khususnya modal insan. Bangsa yang hebat adalah
bangsa yang memiliki dan sentiasa meningkatkan kualiti modal insan mereka dari
semasa ke semasa.

Oleh itu, semua pihak haruslah sentiasa bekerjasama bagi mengatasi


masalah ini terus berleluasa. Semuanya ini dapat diatasi dengan kembali kepada
peribadi sendiri, kembali kepada agama Islam yang selama ini menjadi tunjang
bangsa kita, Islam dalam ruang lingkup yang lebih luas mencakupi semua bidang
kehidupan untuk menjamin kebahagian hidup umat manusia di dunia dan di akhirat.
Kita mesti meletakkan Islam dalam semua bidang kehidupan, baik pendidikan,
ekonomi dan politik dan sebagainya, kalau kita ingin maju dan berkembang sebagai
umat Islam dalam skop yang lebih luas bukan hanya terbatas kepada kaum dan
bangsa.

B. Pilih satu isu moral yang berlaku di dalam masyarakat dan nyatakan
sebab-sebab anda memilih isu itu. Anda juga dikehendaki untuk
merumuskan punca, kesan dn cara menangani isu yang dipilih dengan

15

menggunakan pengurusan grafik. Bahan sokongan seperti surat khabar,


artikel dan sebagainya hendaklah dilampirkan.

Masyarakat Melayu mengalami perubahan struktur dan organisasi setelah Tanah


Melayu dijajah seluruhnya oleh Inggeris. Penjajahan Inggeris memperkenalkan
bukan sahaja dasar-dasar baru dalam bidang politik, pentadbiran, ekonomi,
pendidikan dan lain-lain, tetapi juga nilai-nilai baru yang terselindung di sebalik
dasar-dasar tersebut. Orang Melayu, sama ada secara sedar atau tidak, turut
mendokong nilai-nilai tersebut setelah menerima (secara paksaan atau terpaksa)
dasar-dasar penjajahan dalam bidang-bidang yang disebutkan di atas.

Pertembungan elemen-elemen baru yang diperkenalkan oleh penjajah


dengan amalan-amalan tradisi orang Melayu, banyak mewujudkan konflik dan
kontradiksi. Konflik dan kontradiksi ini, terutamanya atas paras nilai, berlarutan
hingga ke hari ini walaupun Negara kita telah bebas dari cengkeman penjajah. Ini
kerana, pengaruh Barat dan nilai-nilai dari Barat terus melanda, malah menjadi kian
dominan. Program-program pembangunan dan perindustriaan yang dilancarkan oleh
negara-negara membangun termasuk Malaysia hari ini, masih mengambil model
Barat. Begitu juga dengan perkembangan teknologi maklumat menjadikan dunia kini
semakin kecil. Segala perkembangan yang berlaku terutamanya, di negara-negara
maju di Barat, akan tersebar dengan begitu cepat di seluruh dunia. Pengaruh barat
ini dapat dilihat yang mana semakin menular dalam kalangan masyarakat kita hari ini
terutamanya golongan muda-mudi yang mudah terpengaruh dengan aliran muzik
dan budaya Barat seperti Black Metal, Punk dan Skinhead. Aliran-aliran ini jelas
sama sekali bertentangan dengan ajaran agama Islam.

Sejak kebelakangan ini pelbagai cerita tentang isu yang sering berlaku dan
berkaitan tentang dengan masalah akhlak dan isu moral remaja terutama di sekolah
telah ditimbulakan seperti pelajar ponteng sekolah, melawan guru,merokok, buli dan
sebagainya. Sikap para pelajar sekarang ada yang menjangkau fikitan kita. Dengan
itu, Masalah disiplin pelajar sekolah bukanlah masalah baru dalam dunia globalisasi
dan moden hari ini. Isu moral di kalangan pelajar yang selalu dibicarakan perlu dicari
jalan penyelesaian segera. Masalah ini tidak boleh dibiarkan berlarutan kerana ia

16

melibatkan banyak faktor yang boleh mendatangkan kerosakan terutamanya kepada


diri remaja, agama dan negara.

Secara umumnya keruntuhan akhlak dan moral merangkumi pelbagai


perlakuan negatif anggota masyarakat yang tidak membawa sokongan dan
keuntungan kepada kekuatan sistem dan struktur ekonomi yang diamalkan dalam
sesuatu masyarakat ataupun negara. Secara perundangan tidak terdapat definisi
yang khusus bagi mengkategorikan remaja. Akta Pekerjaan Kanak-Kanak dan Orang
Muda 1996 mentakrifkan seorang kanak-kanak adalah mereka yang berada dalam
lingkungan umur 10 hingga 14 tahun. Dalam Akta Pengangkatan 1952, kanak-kanak
didefinisikan mereka yang berumur 21 tahun ke bawah. Walaupun setiap akta ini
tidak menjelaskan peringkat umur tertentu, secara umumnya dalam membicarakan
masalah remaja, golongan remaja yang perlu ditumpukan adalah yang berumur di
bawah 21 tahun dan sebahagian besar daripada mereka masih dalam alam
persekolahan.

Di antara isu yang dikupas di bawah keruntuhan moral remaja pada masa ini
adalah isu-isu yang berkaitan dengan isu seks bebas. Isu ini sudah menjadi isu yang
hangat diperkatakan di media-media masa dan media elektronik. Isu berkaitan
remaja ini juga perlu diberi penekanan kerana bangun dan jatuhnya sesebuah
negara adalah bergantung kepada bagaimana badan-badan kerajaan dan juga
bukan kerajaan memainkan peranan mereka dalam cara mengatasi masalah
keruntuhan akhlak dan moral di kalangan remaja.

Saya memilih isu seks bebas ini disebabkan saya beranggapan bahawa isu
seperti ini haruslah diambil berat dan dibenteras dari terus berleluasa. Bahkan kes
seperti ini dapat memusnahkan masa depan remaja kita dan boleh mendatangkan
pelbagai penyakit, serta kes ini juga dapat menambahkan lagi kes jenayah seperti
kes rogol, kes pembuangan bayi disebabkan dengan isu seks bebas tersebut.

Oleh itu, tanggungjawab membanteras masalah seks bebas pelajar sekolah


bukan sahaja tanggungjawab kerajaan malah ia harus dipikul oleh semua pihak. Ini

17

kerana pelajar merupakan aset negara paling berharga yang akan menentukan
masa depan masyarakat dan negara. Kegagalan membendung masalah ini sudah
pasti memberi gambaran yang kurang baik terhadap masa depan negara. Oleh itu,
saya berpendapat dan berharap bahawa dengan tugasan ini dapat memudahkan
untuk semua pihak untuk menangani masalah seks bebas dikalang murid-murid kita
pada masa kini dengan berterusan berleluasa tanpa ditangani.

Remaja dan seks bebas adalah dua perkara yang boleh dikatakan tidak boleh
terlepas dari digandingkan bersama. Perkara seperti ini sudah menjadi trend dan jika
ada remaja yang tidak tahu dan pernah melakukan seks dikatakan kolot dan jumud.
Kajian yang dilakukan oleh Universiti Pensylvania menunjukkan terdapat lebih
kurang 400,000 remaja dibawah umur di Amerika yang berkerja sebagai pelacur, dan
menurut The Washington Post yang bertarikh 11 Februari 2000 melaporkan 80%
daripada bahan-bahan lucah yang melibatkan kanak-kanak atau dikenali dengan
istilah Child Pornography adalah datangnya dari asia iaitu Negara Jepun. Dan barubaru ini juga kita dikejutkan dengan kajian seorang penyelidik yang mengatakan
bahawa boleh dikatakan 1 remaja wanita dalam 10 wanita melakukan seks secara
bebas.
Ada juga remaja yang mengaitkan cinta dengan seks, dan jika ada cinta yang tidak
menyediakan seks maka ia bukan dinamakan cinta. MasyaAllah begitu bahaya dan
dangkal pemikiran sebegini, dan menakutkan bagi masyarakat Malaysia khususnya.
Remaja kini beranggapan bahawa seks ini adalah satu perkara yang penting dan
tidak perlu diperbesarkan. Memang nyatalah apa yang dikatakan oleh Nabi
Muhammad dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dalam sahihnya
Akan muncul daripada umatku yang menghalalkan Zina, sutera bagi lelaki, minuman
arak dan lagu-lagu yang melalaikan. Zina adalah perlakuan seks diantara berlainan
jantina tanpa apa-apa ikatan yang menghalalkannya, dan memang kini sudah
berlambak dan menjadi barah dikalangan remaja kita.

Apa yang menyedihkan ialah tiada sesiapa yang peduli mengenai isu ini
dengan serius. Sedangkan zina ini amatlah dilarang dalam Islam, malahan untuk
mendekatinya pun Islam melarang sepertimana Allah berfirman Janganlah kamu
mendekati kepada zina, sesungguhnya Zina itu adalah satu perbuatan yang keji.
Dan satu jalan yang buruk (Al-Israk:32) Memanglah kita katakan bahawa gelora
18

seks ini adalah satu fitrah tapi kita perlu sedar bahawa gelora seks ini perlu
disalurkan berdasarkan petunjuk yang telah digariskan Islam itu sendiri bukan
berdasarkan hawa nafsu kita. Antara jalan yang paling tepat untuk menyalurkan
keinginan nafsu ini ialah dengan pernikahan. Sabda Nabi Muhammad Wahai
Pemuda, siapa di antara kalian sanggup untuk bernikah maka nikahlah.
Sesungguhnya dengan pernikahan, penglihatan akan lebih terpelihara dan kemaluan
akan lebih terjaga. (hadis Ibnu Masud yang diriwayatkan oleh Bukhari, muslim AtTirmidzi, dan an-Nasai. Penyataan dalam hadis tersebut bermakna berkemampuan
untuk membiayai pernikahan dan memberi nafkah (al-muntaqa min kitab at-tarhib wa
targib, al-Qardhawi: 2/549 no 1095). Dan Nabi juga bersabda tentang adanya bentuk
ibadah dalam perlakuan seks yang halal diantara suami dan isteri iaitu Dalam
perhubungan badan terdapat nilai sedekah. Sahabat bertanya Wahai RasulAllah,
apakah jika salah seorang diantara kami menyalurkan shawatnya akan mendapat
pahala?. Sabda Nabi Bukankah apabila hubungan itu dilakukan dalam bingkai
haram ia berdosa? Maka, jika dilakukan dalam bingkai halal ia akan mendapat
pahala.

Antara komplikasi atau kesan seks bebas menurut perubatan moden


antaranya ialah penyakit jangkitan seksual atau dikenali sebagai STD. STD
bermaksud sexually transmitted disease, dan penyakit ini kerap menjangkiti individu
melalui seks bebas. Lebih kurang dua puluh jenis penyakit daripada kumpulan ini
sudah dikenal pasti antaranya ialah syphilis, gonorrhea, genital herpes, genital wart,
trichomoniasis, bacterial vaginosis, ifeksi cytomegalovirus, infeksi Chlamydia dan
yang paling berbahaya ialah AIDS.

Oleh itu, jika kita lihat isu seks bebas ini berlaku disebabkan dengan pelbagai
faktor atau punca-punca seperti jadual di bawah :

No

Faktor-faktor

Huraian
Pada peringkat usia ini, mereka mempunyai perasaan ingin
tahu yang tinggi. Justeru apa sahaja perkara baru yang
terjadi di sekeliling mereka akan mengundang perasaan ingin
tahu dalam kalangan remaja.
Secara tidak langsung membuatkan mereka terdorong untuk
19

Perasan ingin tahun dan


ingin mencuba

mencuba dan melakukan perkara-perkara yang yang tidak


sepatutnya. Jika perasaan ingin tahu dan ingin mencuba ke
arah kebaikan seperti aktiviti membina teknologi automotif
yang baru dan berfaedah ini perlulah diberi penekanan yang
tinggi. Perasaan begitu sebenarnya adalah baik untuk
remaja, namun yang menimbulkan masalah apabila mereka
tiada guide line dari orang-orang yang sepatutnya,
umpamanya para ibu bapa,keluarga, jiran dan sebagainya.
Jadi perasaan ingin tahu remaja akan mendorong mereka
melakukan apa ingin dilakukan tanpa memikirkan baik atau
buruknya perkara perkara tersebut. Pada peringkat usia ini,
mereka mempunyai perasaan ingin tahu yang tinggi. Justeru
apa-apa sahaja perkara baru yang terjadi di sekeliling mereka
akan mengundang perasaan ingin tahu dalam kalangan
remaja.Secara tidak langsung membuatkan mereka
terdorong untuk mencuba dan melakukan perkara-perkara
yang yang tidak sepatutnya.

Kawan-kawan menjadi orang yang rapat dengan mereka.


Kawan yang baik, boleh membimbing mereka kepada
kebaikan, namun jika tersilap memilih kawan, akan
mempengaruhi mereka kepada perkara-perkara yang buruk.

2
Pengaruh Rakan Sebaya

Selain itu sikap remaja turut menyumbang kepada gejala


sosial, kadangkala mereka ini terlalu mudah mempercayai
orang lain. Umpamanya, jika mereka merasakan rakan-rakan
mereka lebih rapat dan lebih memahami, dengan mudah
mereka akan mengikut apa yang dilakukan oleh rakan-rakan.
Mereka lupa bahawa kawan juga kadangkala boleh makan
kawan. Dalam keadaan ini ramai para remaja terjerumus ke
dalam gejala sosial.
Pengaruh di sekolah juga penting dalam pembentukkan
akhlak remaja. Tekanan yang dihadapi pelajar semasa di
sekolah kerana tumpuan terpaksa diberikan dalam akademik
serta guru yang kurang profesional dalam menangani
masalah pelajar yang bermasalah akhirnya menyebabkan
pelajar mengambil jalan mudah untuk keluar daripada
masalah itu dengan terlibat dengan kegiatan-kegiatan yang
kurang sihat. Situasi ini didorong oleh kurang perhatian
daripada ibu bapa di rumah.

20

Media massa juga menjadi penyumbang kepada berlakunya


gejala social dalam kalangan para remaja hari ini. Tidak
semuanya apa yang dipaparkan di media massa itu
memberikan kesan yang buruk.
3
Pengaruh Media Massa

Namun, ada segelintir program-program dan drama-drama


yang memaparkan pergaulan bebas dalam kalangan remaja,
program-program realiti televisyen, serta rancanganrancangan
yang
bersifat
hiburan
semata-mata
mempengaruhi para remaja dengan perkara yang tidak baik.
Umpamanya corak pergaulan remaja yang jauh dari nilai-nilai
ketimuran, cara berpakaian yang kurang sopan dan gaya
hidup yang mengikut cara barat. Terdapat juga unsur-unsur
lucah dan mengghairahkan terdapat dengan mudah
dipasaran sama ada dalam bentuk bercetak, CD, atau lainlain selain dari itu bahan media ini mudah diperolehi.

4
Keruntuhan insitusi
kekeluargan

Institusi keluarga penting untuk membantu mengelakkan para


remaja dari terjebak dengan gejala sosial. Paling penting
perlu dititik beratkan ialah tentang agama. Adanya asas
agama yang teguh, remaja tidak akan sewenang-wenangnya
terjerumus kepada perkara yang tidak baik.
Dalam hal ini peranan ibu bapa sangat penting, terutamanya
sebagai model kepada anak-anak. Kesibukan bukan alasan
sebagai penghalang ibu bapa mengambil berat hal anakanak mereka. Paling penting ibu bapa tahu berperanan dan
mengamalkan masa yang berkualiti dengan anak-anak. Ibu
bapa seharusnya mempunyai masa untuk berkomunikasi dan
mengambil tahu perihal anak-anak mereka.
Berikan masa untuk berbincang dan mencari jalan
penyelesaian terbaik. Ibu bapa juga digalakkan merancang
aktiviti bersama anak-anak dan ahli-ahli keluarga. Para ibu
bapa juga perlu sentiasa memantau keadaan anak-anak,
tidak boleh just take for granted. Mereka tidak boleh
membiarkan anak-anak bersendirian menentukan jalan hidup
mereka. Anak-anak perlu dibimbing. Selain itu,ibu bapa perlu
mengenali rakan anak-anak remaja mereka.
Antara punca-punca lain keruntuhan akhlak yang berkaitan
dengan hubungan kekeluargaan adalah alam rumah tangga
yang tidak teratur,perpisahan ibu bapa, pertengkaran yang
kerap berlaku dalam keluarga, keadaan sosio-ekonomi yang
21

sempit, suasana rumah tangga yang tidak harmonis dan


tenteram serta tidak keupayaan pihak penjaga mengawasi
pendidikan anak-anaknya boleh juga membawa kepada
kancah keruntuhan moral.

Perbincangan mengenai keruntuhan moral remaja adalah berkisar isu pelajar


remaja. Justeru, strategi mengatasi masalah seharusnya ditumpukan pada golongan
remaja ini. Berikut beberapa saranan:

Cara Mengatasi Masalah

Peranan Ibu Bapa

Ibu bapa mestilah memerhatikan setiap gerak-geri atau pergerakan anakanak


mereka. Ibu bapa hendaklah sentiasa mengetahui dan mengenal pasti masalah
yang dihadapi oleh anak mereka serta sanggup meluangkan masa untuk
mengatasai masalah tersebut. Ibu bapa juga seharusnya mengetahui rakanrakan anak mereka dan sentiasa memastikan anak-anak mereka berkawan dan
bergaul dengan mereka yang mempunyai kedudukkan moral yang baik.

Selain itu ibu bapa hendaklah menghabiskan sebahagian daripada masa


seharian bersama anak-anak mereka dengan
memberikan keyakinan,
keberanian, mewujudkan sikap positif terhadap masalah, emosi dan keputusan.
Selain itu tingkatkan penghayatan anak-anak terhadap agama, nilai-nilai murni,
motivasi, melatih anak cara bersopan, prinsip-prinsip akauntabiliti, tepati janji
berketerampilan, menunjukkan keperibadian yang mulia, amanah,sanggup
menerima kelemahan diri serta meneroka potensi anak. Ibu bapa hendaklah
menjadi role model kepada anak.

Pendekatan akademik
Pendekatan ini boleh dilakukan dengan menambahkan aktiviti-aktiviti berteraskan akademik dan
separa akademik seperti kegiatan ko-kurikulum di sekolah. Begitu juga dengan perubahan22
perubahan teknik-teknik pengajaran seperti penggunaan komputer, video, bantuan alat pandang
dengar dan teknik pengajaran luar kelas.

Penguatkuasaan Undang-Undang
Mewujudkan sistem perundangan di sekolah. Peruntukan undang-undang di peringkat sekolah
boleh menimbulkan rasa takut di kalangan pelajar sekolah, di samping mengurangkan beban dan
tanggungjawab pihak sekolah dan pihak ibu bapa dalam pengawasan disiplin.
Penguatkuasaan undang-undang oleh pihak berkuasa seperti polis amatlah berkesan
sekiranya pemantauan dilakukan secara berterusan. Bidang kuasa polis yang sedia ada perlu
digunakan oleh pihak pentadbir sekolah dalam mendisiplinkan pelajar-pelajar. Pihak pentadbir
hendaklah mengambil kesempatan dengan merujuk masalah pelajar ini kepada pihak polis.
Langkah-langkah pencegahan yang bersesuaian hendaklah diadakan seperti kaunseling
di peringkat sekolah. Kaunseling di peringkat sekolah adalah penting dalam membantu remaja
mengatasi masalah mereka. Program ini akan lebih bermakna sekiranya kaunselor-kaunselor
yang berkelayakan dan berpengalaman dilantik dalam memantapkan pelaksanaan da
keberkesanan kaunseling tersebut.

Peranan PIBG
Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) perlulah memainkan peranan yang penting. Pertemuan yang
lebih kerap antara ibu bapa, penjaga dan guru perlu diadakan khasnya bagi pelajar-pelajar yang
bermasalah. Ibu bapa seharusnya menerima teguran daripada guru dengan sikap terbuka dan
positif. PIBG jangan lah jadi umpama KUCING TAK BERGIGI, TIKUS LOMPAT TINGGI-TINGGI

Secara kesimpulannya, Keruntuhan akhlak dan moral dalam kalangan remaja


pada hari ini akan memberikan kesan dan impak yang begitu besar dalam
masyarakat. Remaja merupakan aset utama negara pada masa akan datang,
memainkan peranan yang sangat penting dalam pembangunan negara. Kesan
jangka panjang dan jangka pendek pasti akan berlaku seandainya remaja pada hari
ini tidak tahu bagaimana untuk membentuk dan memuliakan akhlak mereka. Akhlak
merupakan peribadi dan cermin diri bagi seseorang individu. Kiranya individu itu
mempunyai akhlak yang buruk, maka secara automatiknya peribadi individu itu juga
akan menjadi buruk. Remaja yang mempunyai akhlak yang buruk boleh memberi
kesan kepada diri sendiri, keluarga,masyarakat, dan negara.
23

Pelbagai langkah boleh diambil dan dilaksanakan, tetapi apa yang lebih
penting: ibu bapa mestilah memainkan peranan dan tanggungjawab dalam
mengatasi masalah keruntuhan akhlak di kalangan remaja. Dengan kata lain, walau
apapun langkah yang diambil oleh mana-mana pihak, tanpa kerjasama daripada ibu
bapa, nescaya gejala ini sukar diatasi.

C. Anda dikehendaki membuat satu penulisan refleksi. Penulisan refleksi


perlu

merangkumi

pengalaman

atau

kekangan

anda

semasa

menjalankan tugasan dan cara mengatasinya. Penulisan reflektif


hendaklah merujuk kepada model atau teori yang sesuai.

Bersyukur kepada Allah s.wt yang Maha Berkuasa atas setiap sesuatu kerana
dengan

izin-Nya

saya

telah

berjaya

menyiapkan

tugasan

yang

telah

dipertanggunjawabkan kepada saya. Semasa membuat dan menyiapkan tugasan ini


saya dapat melihat dan mengetahui punca-punca tentang isu moral yang berlaku di
Malaysia. Terutamanya yang berkaitan dengan punca dan cara mengatasi isu moral
tersebut seperti isu seks bebas. Bahkan hasil dari tugasan tersebut saya dapat
pelbagai ilmu berkaitan dengan perubahan nilai terhadap remaja kita pada masa kini.
Jika saya lihat sejak berlakunya perubahan zaman selepas merdeka ini banyak
faktor yang menyebabkan remaja kita terjebak dengan perkara yang kurang
berfaedah dan melanggar ajaran agama Islam.

Selain itu banyak kekangan yang saya lalui untuk menyiapkan tugasan ini,
antaranya kelajuan talian internet, masa untuk berbincang dengan rakan dan
tugasan yang bertimpa-timpa dari mata pelajaran lain. Selain itu perisian word yang
tidak sama juga menyukarkan saya untuk membuka fail yang dikirim oleh rakanrakan. Virus dari pen drive luar masih menjadi musuh utama dalam menyiapkan
kerja dengan komputer saya. Namun, walaupun terdapat beberapa sedikit masalah
untuk mendaptkan bahan berkaitan dengan tugasan tersebut, namun dengan berkat
kerjasama rakan-rakan saya dapat menyiapkan tugasan tersebut dengan baik.

24

RUJUKAN

Kertas Kerja. (2007). Menangani gejala jenayah syariah. Johor Bahru: Jabatan
Agama Islam Johor.

Laporan Tahunan. (2007). Agensi Anti Dadah Kebangsaan. Kuala Lumpur. AADK.

Lily Mastura Harun & Ramlan Hamzah. (2007). Asas kaunseling keluarga. Shah
Alam: Pusat Penerbitan Universiti (UPENA).

Mahmood Nazar Mohamed. (1990). Pengantar psikologi. Kuala Lumpur: Dewan


Bahasa Dan Pustaka.

Rosmani Binti Ibrahim. (1998). Masalah Amalan Lepak di Kalangan Remaja Melayu:
Kajian Kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Latihan Ilmiah, Fakulti Sastera
dan Sains
Sosial, Universiti Malaya.

25

LAMPIRAN 1

Faktor keluarga, kehamilan luar nikah dan pengguguran bayi


Zakiyah Jamaluddin
Jabatan Psikologi dan Kerja Sosial
Pusat Pengajian Pembangunan Sosial
Kolej Sastera dan Sains
Universiti Utara Malaysia
zakiyah@uum.edu.my
Abstrak
Hubungan seks bebas merupakan salah satu masalah sosial yang melanda remaja
dewasa ini. Ekoran daripada itu, ramai di antara remaja perempuan yang hamil luar
nikah dan seterusnya terlibat dalam pengguguran haram. Biarpun kaedah yang
digunakan boleh mengundang maut dan menyalahi undang-undang negara, namun
ada di antara mereka sanggup menanggung risiko akibat terdesak.
Kajian ini meneroka permasalahan kehamilan luar nikah dalam kalangan remaja.
Seramai enam orang remaja perempuan telah ditemubual bagi mendapatkan
maklumat yang lebih lanjut. Responden dipilih berdasarkan kaedah purposif
(bertujuan) dan bola salji (snowball). Temubual dilakukan di tempat yang dipilih
sendiri oleh responden kerana bimbang perlakuan mereka akan diketahui keluarga.
Kesemua mereka diberi nama samaran bagi melindungi identiti mereka dan menjaga
etika kerahsiaan. Kesemua mereka juga diberi borang persetujuan untuk ditemubual
(inform consent). Data dianalisis menggunakan tema dan kategori yang didapati
berdasarkan kajian lapangan yang dilakukan.
Pelbagai masalah dalam keluarga seperti perbalahan, pergolakan dalam keluarga,
ibu bapa yang tidak bertanggung jawab, kemiskinan, perpecahan dan perceraian,
memberi kesan terhadap tingkah laku remaja. Kekurangan kasih sayang mahupun
kebebasan yang keterlaluan diperolehi daripada keluarga adalah antara faktor
mengapa remaja terjebak dalam hubungan seks bebas.

26

Pergaulan

bebas

dengan

rakan

sebaya,

teman

lelaki,

ponteng

sekolah,

penyalahgunaan bahan, menjadi mangsa rogol juga antara punca mengapa remaja
terlibat dalam kes kehamilan luar nikah. Ada di antara mereka pula yang bertindak
menggugurkan kandungan kerana bimbang diketahui oleh keluarga, malu dan teman
lelaki enggan bertanggung jawab. Ada di antara responden yang terlibat dalam kes
hubungan seks bebas dengan beberapa orang teman lelaki dan terlibat dalam
pengguguran haram lebih daripada sekali. Ada yang memilih untuk menggugurkan
kandungan secara tradisional dan ada juga yang memilih untuk melakukannya di
klinik swasta. Akibat tindakan mereka itu, ada juga dalam kalangan remaja ini yang
mengalami masalah emosi kerana seringkali teringat kepada bayi yang digugurkan
oleh mereka. Namun ada juga yang memilih untuk meneruskan kandungan mereka
apabila pihak keluarga dapat menerima keadaan mereka dengan terbuka dan
akhirnya berkahwin dengan teman lelaki mereka. Usia yang sangat mentah dan tiada
persediaan dengan kehamilan yang tidak dirancang menyebabkan golongan remaja
ini bertindak cepat dengan harapan mereka dapat menyelesaikan masalah mereka.
Ada juga yang mengalami tekanan psikologi akibat permasalahan keluarga dan
kehamilan yang tidak dirancang.

Dalam konteks permasalahan ini, pelbagai bentuk intervensi boleh dilakukan.


Remaja yang masih merupakan pelajar sekolah ini boleh dirujuk kepada pihak
Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) atau Jabatan Kebajikan Masyarakat. Begitu juga
bagi mereka yang telah tercicir dalam pendidikan. Mereka boleh dibimbing agar
dapat kembali semula meneruskan persekolahan. Selain itu, bagi yang memilih
untuk meneruskan kehamilan sehinggalah kelahiran bayi mereka, maka kita boleh
menyediakan mereka dengan pelbagai bentuk ilmu pengetahuan misalnya apa yang
boleh dilakukan selepas kelahiran anak dan memikul tanggung jawab sebagai
seorang ibu. Selain itu, bertindak menjadi pembimbing dan pembela iaitu membantu
remaja yang terlibat ini mengupayakan sumber-sumber dalam persekitaran yang
sedia ada bagi membuat perancangan dalam menangani permasalahan emosi
mereka.
496 words

27

LAMPIRAN 2

28

You might also like