You are on page 1of 18

INSTITUT PERGURUAN TAWAU, SABAH

Tugasan: ILMU PENDIDIKAN.


1) Terangkan

prinsip-prinsip

asas

pertumbuhan

dan

perkembangan kanak-kanak?
Setiap yang hidup akan mengalami perubahan mengikut proses
pertumbuhan dan perkembangan. Pertumbuhan adalah perubahan
yang bersifat kuantitatif iaitu sifar perubahan yang dapat diukur
sama ada mengikut peringkat dan ketentuan masa. Apabila ia
bersifat kuantitatif, setiap perubahan seseorang ataupun sesuatu
organisma. Perkembangan pula adalah perubahan seseorang yang
bersifat kualitatif iaitu bersifat perubahan yang tidak dapat diukur
secara kualitatif iaitu sifar perubahan yang tidak dapat diukur
secara kuantiti tetapi ternyata perubahan sudah berlaku yang
meluhatkan sifat berlainan daripada peringkat yang terdahulu.

Hasil daripada kajian Haliza Hamzah dan Joy. N. Samuel dalam


buku mereka, Perkembangan Kanak-kanak mendapati bahawa
terdapat lima prinsip asas dalam perkembangan kanak-kanak.
Prinsip pertama dalam proses ini ialah proses perkembangan
berlaku mengikut aturan. Sebagai contoh, seseorang bayi pada
peringkat awal boleh duduk dengan bantuan, kemudian merangkak
diikuti dengan kebolehan berdiri dan seterusnya berjalan. Tambahan
pula, perkembangan itu juga bermula daripada konkrit kepada
abstrak. Ini dapat dilihat khususnya dalam perkembangan kognitif
kanak-kanak.
Prinsip kedua dalam proses ini ialah perubahan dalam
pertumbuhan dan perkembangan beransur daripada keadaan umum
kepada yang lebih spesifik. Sebagai huraian, seorang bayi boleh
menggenggam objek dengan tangan sebelum belajar menggunakan
1

jari tangan adalah contoh kepada prinsip ini. Pertumbuhan pula


berlaku dengan otot-otot besar terlebih dahulu sebelum beransur ke
otot-otot halus.
Dalam prinsip ketiga, penulis menekankan pertumbuhan dan
perkembangan

merupakan

satu

proses

yang

berlaku

secara

berterusan. Menurut penulis, dalam proses perkembangan, seorang


kanak-kanak akan menambahkan kemahiran yang sedia ada.
Kemahiran yang ada padanya pada waktu ini merupakan asas untuk
mencapai kemahiran-kemahiran baru kelak.
Prinsip keempat pula adalah berkaitan dengan corak dan
aturan

perkembangan

yang

hampir

sama

tetapi

kadar

perkembangan manusia berbeza mengikut individu. Sebagai contoh,


sesetengah kanak-kanak dapat berjalan pada umur 10 bulan
manakala ada yang hanya boleh berjalan pada 18 bulan. ini
merupakan satu faktor yang membawa kepada perbezaan di antara
manusia yang dapat kita kaji dan lihat di dalam sesebuah bilik
darjah.
Prinsip

yang

terakhir

pula

menekankan

perkembangan

sebagai hasil interaksi di antara kematangan dan pembelajaran.


Bagi penulis, kematangan merupakan kemunculan potensi atau
tahap yang sedia ada di dalam seseorang individu. Sebagai contoh,
merangkak, duduk, berjalan berlari adalah potensi yang telah sebati
dalam diri setiap individu. Potensi ini adalah hasil daripada faktorfaktor genetik. Pembelajaran pula adalah hasil daripada latihan,
proses peniruan atau identifikasi yang memerlukan usaha.
Justeru,

tersimpullah

bahawa

pembelajaran

membantu

kepada perkembangan potensi setiap individu. Sebagai contoh,


pekembangan otot dan saraf anggota badan yang lengkap dan
sempurna memungkinkan seseorang itu berlari pecut, akan tetapi,
dia hanya boleh berlari pecut jikalau diselitkan melalui latihan dan
peniruan teknik-teknik untuk berlari pecut.
2

2)

Huraikan

faktor-faktor

yang

mempengaruhi

perkembangan kanak-kanak?
Mengikut kajian ahli psikologi, perkembangan kanak-kanak
dipecahkan kepada 5 aspek iaitu aspek jasmani, kognitif, emosi,
sosial dan rohani. Kelima-lima aspek ini pula adalah berasakn
kepada 2 faktor yang utama iaitu dipengaruhi oleh faktor baka dan
faktor persekitaran. Perkembangan ini biasanya dikaitkan dengan
perkembangan atau perubahan fizikal tubuh badan. Ahli psikologi
juga telah berpendapat bahawa tiada individu di dunia ini yang ada
mempunyai kadar perkembangan yang sama dan menjadikan faktor
baka (nature) dan faktor persekitaran ( nurture) sebagai penyebab
ketidaksamaan

kadar

perkembangan.

Baka ialah gen-gen yang diperturunkan melalui ibu bapa kepada


anak-anaknya.

Persekitaran

pula

merujuk

kepada

semua

pengalaman luar individu tersebut. Kedua-dua faktor ini mempunyai


ciri-ciri yang tertentu. Terdapat persamaan yang serupa bagi setiap
pertumbuhan. Bagaimanapun, proses perkembangan setiap individu
adalah berbeza. Perbezaan ini dapat dilihat melalui aspek fizikal,
kognitif,

emosi,

sosial

dan

jasmani.

Pengaruh genetik atau baka keatas pertumbuhan dan


perkembangan manusia ini sebenarnya dipelopori oleh Johann
Gregor Mendel(1822-1889) di Austri. Menurut Norman L. Munn, dan
Ee Ah Meng (1996) baka merupakan ciri-ciri yang diturunkan melalui
ibu bapa kepada anak-anaknya melalui gen. Manakala R. Hilgard
pula menyatakan bahawa baka ialah ciri-ciri biologi yang diturunkan
melalui ibu
Schienfed

bapa

kepada

mengatakan

anak-anaknya melalui gen. Amran

bahawa

baka

menentukan

persamaan

antara ibu bapa dengan anak-anaknya, di kalangan ahli dalam satu


kumpulan keluarga dari segi sifat-sifat seperti kebolehan , minat dan
kawalan

emosi.
3

Kajian ahli-ahli psikologi Galton(1865), Goddard(1890),


Newman(1937) dab Sheldon(1962) telah membuktikan bahawa
setiap individu mempunyai kecerdasan dan intelek yang berbeza.
Perbezaan

kecerdasan

di

antara

individu

boleh

diperhatikan

daripada prestasi pelajar dalam sesuatu kelas. Kajian ahli-ahli


psikologi sering mengaitkan perbezaan kecerdasam individu dengan
kecerdasan

ibu

bapa

mereka.

Faktor kedua pula yang berkaitan dengan faktor yang


mempengaruhi perkembangan kanak-kanak ialah persekitaran atau
nurture. Faktor ini merujuk kepada bagaimanakan keadaan semasa
proses

perkembangan

setiap

kanak-kanak.

Ini

termasuklah

pengalaman sebelum dan selepas lahir. Keadaan sebelum lahir


merujuk kepada corak pemakanan, gaya hidup dan kesihatan si ibu.
Keadaan

selepas

lahir

pula

adalah

dipengaruhi

oleh

cara

pemakanan, sosio ekonomi, tahap pendidikan, keluarga, rakanrakan,

ibadat,

serta

media

dan

persekitaran

dunia.

Mengikut teori Ekologi Bronfenbrenner (1979,1989),


menjelaskan bahawa perkembangan kanak-kanak merangkumi lima
jenis sistem ekologi iaitu mikrosistem, mesosistem, ekosistem,
makrosistem, dan kronosistem. Menurut Bronfenbrenner, kelimalima sistem ekologi ini adalah mempengaruhi perkembangan kanakkanak.
Mikrosistem merujuk kepada persekitaran terdekat dimana kanakkanak lebih banyak menghabiskan masa dan interaksi secara
langsung di dalam persekitaran itu. Sebagai contoh hubungan
interaksi secara langsung antara kanak-kanak dengan ibu bapa,
guru dan rakan-rakan
3) Membuat perkaitan faktor-faktor yang mempengaruhi
peringkat

perkembangan

kanak-kanak

teori perkembangan yang berkaitan?

dengan

dua

Faktor-faktor yang mempengaruhi peringkat kanak-kanak adalah


bersangkut paut dengan teori perkembangan Ada beberapa teori
yang menjelaskan perkembangan kanak-kanak. Antaranya pertama
Kematangan Biologi Teori ini melihatkan perkembangan fizikal
sebagai perubahan fisiologi dan neurologi yang tidak dapat dikawal.
Faktor yang kedua ialah Kognitif
menyumbang
mereka.

Ia

secara

aktif

menyatakan

menurut teori ini, individu

kepada
seseorang

perkembangan
individu

intelektual

akan

berusaha

menyelesaikan masalah atau percanggahan dalam cara pemikiran


mereka dan mencari cara baru untuk memahami persekitaran
mereka. Teori yang ketiga sosial kerana perkembangan kanak-kanak
dipengaruhi oleh budaya masyarakat persekitaran kanak-kanak
tersebut.
Teori Perkembangan Arnold Gesell. Menurut Arnold Gesell,
perkembangan
Arnold

Gesell

manusia

dipengaruhi

menyatakan

oleh

bahawa

faktor

kematangan.

perkembangan

individu

mengikut jadual waktu yang tetap, urutan dan pola tertentu. Kadar
perkembangan berbeza bagi setiap individu. Beliau berpendapat
bahawa kanak-kanak perlu diberikan peluang berkembang pada
kadar sendiri dan tidak dipaksa melakukan sesuatu hanya kerana
telah mencapai peringkat usia perkembangan tersebut.
Teori Perkembangan Jean Piaget. Menurut Jean Piaget,
perkembangan kognitif dibahagikan kepada empat peringkat, iaitu
sensorimotor (lahir hingga 2 tahun), pra operasi (2-7 tahun), operasi
konkrit (7-11 tahun) dan operasi formal (11 tahun ke atas).
Perkembangan kognitif melibatkan proses-proses seperti skema
asimilasi, akomodasi, penyusunan semula dan keseimbangan..
Teori
Havighurst

Perkembangan
menerangkan

perkembangannya.

Menurut

Robert
konsep
beliau,

Havighurst.
tugas
pada

Robert

dalam
setiap

teori

peringkat

perkembangan, manusia ada tugas yang perlu dicapai. Keupayaan


5

menyempurnakan tugas tersebut dengan jayanya akan membawa


kebahagian

kepada

individu

manakala

kegagalan

dalam

menyempurnakan tugas tersebut akan menyebabkan individu


mengalami masalah dalam tugasan-tugasan berikutnya.
4) Menghuraikan bagaimana cara guru mengaplikasikan
kecerdasan pelbagai dalam pengajaran pembelajaran?
Guru memainkan peranan yang penting ke arah mewujudkan satu
suasana yang menyeronokkan di mana suasana pembelajaran
tersebut dapat memberi satu impak kepada pelajar-pelajarnya
dalam proses pembelajaran. Dalam keadaan tertentu guru bukan
sahaja menganggapkan bahawa pelajarnya sudah tidak mampu
menerima apa yang diajar malah sudah kekeringan idea untuk
menyampaikan ilmu kepada pelajar. Maka suasana bilik darjah
menjadi tegang, tidak dinamik dan proses penerimaan ilmu kepada
pelajar-pelajar bertukar menjadi keadaan yang memaksa. Ini akan
menyukarkan guru dalam usaha membentuk pelajar yang pintar
cerdas dan berpotensi untuk negara. Oleh itu, guru seharusnya
mengambil langkah yang efisien iaitu menerapkan elemen Teori
Kecerdasan Pelbagai dalam proses pengajaran dan pembelajaran di
dalam kelas
Terdapat lima model yang telah dicadangkan oleh Pusat
Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia yang
mengaplikasikan

Teori

Kecerdasan

Pelbagai

dalam

proses

pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Guru boleh memilih


model yang dicadangan mengikut kesesuaian pelajar, kelas, mata
pelajaran ataupun topik yang diajarkan di dalam kelas. Lima model
tersebut ialah model sisipan, model jaringan, model jalinan, model
perkongsian dan model kesepaduan.
1) Sisipan : Melalui model sisipan, guru boleh memilih satu atau
dua kecerdasan dan digunakan dalam pengajaran secara tidak
langsung.
6

2) Jaringan : Model jaringan membolehkan guru menggunakan dan


menerapkan setiap kecerdasan dalam proses pengajaran dan
pembelajaran.
3) Jalinan : Dalam model jalinan, guru boleh menggunakan satu
jenis kecerdasan sahaja dalam beberapa mata pelajaran yang
berlainan.
4) Perkongsian : Di dalam model perkongsian pula, guru boleh
memilih beberapa jenis kecerdasan yang berlainan untuk digunakan
dalam dua mata pelajaran.
5) Kesepaduan : Model kesepaduan ini ialah model di mana guru
boleh menggunakan beberapa jenis kecerdasan secara bersepadu
merentasi mata pelajaran yang berlainan.
Pelajar

yang

cenderung

terhadap

sesuatu

kecerdasan

mempunyai kegemaran tingkahlaku serta gaya pembelajaran yang


tertentu dan tersendiri. Guru boleh mengambil kesempatan tersebut
dengan melakukan beberapa aktiviti khas yang padan dengan
kecerdasan dan gaya pembelajaran pelajar. Yang penting bukanlah
gaya tersebut tetapi hasil daripada pembelajaran yang telah
dilakukan. Setiap minit yang diperuntukkan akan hanya bermakna
sekiranya pelajar itu dapat memahami dan mengingati fakta dan
konsep penting pelajaran berkenaan. Guru perlu mengetahui
bahawa tidak ada kecerdasan yang berfungsi secara bersendirian.
Kecerdasan adalah saling berinteraksi dan berkait antara satu sama
lain. Seseorang pelajar itu tidak semestinya memiliki set kelebihan
tertentu untuk dianggap sebagai cerdas kerana setiap orang
individu telah dilahirkan dengan memiliki kelebihan masing-masing.

5) Menghuraikan definisi motivasi dan huraikan jenisjenis motivasi?

Motivasi merupakan jantung kepada proses belajar. Oleh


kerana

motivasi

begitu penting dalam proses pembelajaran, maka tugas guru yang


pertama dan terpenting adalah membangkitkan atau membangun
motivasi
pelajar terhadap apa yang akan dipelajari oleh pelajar. Motivasi
dapat diertikan sebagai kekuatan (energi) penggerak seseorang
yang dapat menimbulkan tingkat persistensi dan entusiasmenya
dalam melaksanakan suatu kegiatan, baik yang bersumber dari
dalam diri individu itu sendiri (motivasi intrinsik) mahupun dari luar
individu (motivasi ekstrinsik). Seseorang yang mempunyai motivasi
ini bermaknai ia telah memperoleh kekuatan untuk mencapai
kesuksesan

dan

keberhasilan

dalam

kehidupan..

Seberapa kuat motivasi yang dimiliki individu akan banyak


menentukan terhadap kualitas perilaku yang ditampilkannya, baik
dalam konteks belajar, bekerja maupun dalam kehidupan lainnya.
Pelajar

yang

bermotivasi

dalam

pembelajaran

akan menunjukkan minat, semangat dan ketekunan yang tinggi


dalam
pelajaran, tanpa banyak bergantung kepada guru.
Menurut para pakar motivasi terdapat dua jenis motivasi yang
umun iaitu motivasi intrinsik dan motivasi enstrinsik. Apa yang
dimaksudkan dengan motivasi intrinsik iaitu keinginan bertindak
yang

disebabkan

oleh

faktor

pendorong

yang

murni

berasal dari dalam diri individu, Motivasi intrinsik merupakan


motivasi yang berasal dari rangsangan di dalam diri setiap individu.
Ia terdiri daripada dorongan dan minat individu untuk me-lakukan
suatu aktivitas tanpa mengharap ataupun meminta ganjaran.
Sebagaimana yang sudah dibicarakan, Bruner (1966) mengaitkan
motivasi intrinsik ini dengan naluri ingin tahu dan dorongan
8

mencapai kemudahan belajar bagi murid yang baru masuk sekolah.


Walaubagaimanapun, bukan semua motivasi intrinsik diwujudkan
secara nyata, akan tetapi ada juga motivasi intrinsik yang dibentuk
melalui pembelajaran dan pengalaman yang membawa kepuasan.
Contohnya, kebisaaan membaca buku cerita dan bermain alat musik
merupakan gerakan motivasi intrinsik yang dibentuk berdasarkan
pembelajaran dan pengalamannya.
Harter (1981) mengenal pasti lima dimensi kecenderungan
motivasi intrinsik dalam bidang pembelajaran. Dimensi-dimensi ini
adalah insentif bekerja untuk memuaskan minat dan sifat ingin
tahu, percobaan untuk mencapai penguasaan yang bebas, penilaian
yang bebas berkenaan dengan apa yang hendak dilakukan di dalam
kelas dan semangat untuk dapat meraih keberhasilan. Pelajar yang
lebih cenderung ke arah motivasi intrinsik menyukai pekerjaan yang
menantang. Mereka mempunyai insentif yang lebih untuk belajar
memanfaatkan kepuasan diri sendiri daripada mengambil hati guru
untuk mendapatkan nilai yang baik. Mereka lebih suka mencoba
mengatasi masalah dengan sendirinya daripada bergantung pada
bantuan ataupun bimbingan guru. Mereka juga menerapkan suatu
sistem

penguasaan

memperbolehkan

target

mereka

dan

taraf

membuat

pencapaian

penilaian

yang

yang
bebas

berkenaan dengan keberhasilan ataupun kegagalan mereka di


dalam kelas tanpa bergantung pada guru untuk mendapatkan hasil
ataupun penilaian.
Manakalah

motivasi

ekstrinsik

diwujudkan

daripada

rangsangan luaran dengan tujuan menggerakkan individu supaya


melakukan sesuatu aktiviti yang membawa faedah kepadanya.
Motivasi ekstrinsik ini dapat dirangsang dalam bentuk-bentuk
seperti pujian, insentif, hadiah, gred dan membentuk suasana dan
iklim persekitaran yang kondusif bagi mendorongkan pelajar belajar.
Contohnya, pujian yang diberikan oleh guru kepada seseorang
pelajar kerana kerjanya yang baik akan menyebabkan daya usaha
9

pelajar itu meningkat. Peneguhan adalah suatu motivasi ekstrinsik


yang boleh memberi kesan kepada tingkahlaku seseorang pelajar.
Di dalam kelas, guru perlu tahu jenis peneguhan yang hendak
diberikan dan sekerap mana ia perlu diberikan. Ada peneguhan
yang dapat diberikan dengan kerap, contohnya pujian sokongan
ataupun pujukan. Menurut Kazdin(1984), peneguhan lebih berkesan
sekiranya diberikan dengan kerap pada peringkat pembelajaran
baru. Oleh itu, semasa pelajar mula mempelajari sesuatu tugasan
yang baru, mereka sebaik-baiknya diberikan pujian dan sokongan
dengan kerap. Hukuman ataupun deraan adalah suatu bentuk
peneguhan negatif dan ia sebaik-baiknya tidak diberikan. Hukuman
lazimnya digunakan oleh guru bagi menghapuskan kelakuan pelajar
yang tidak baik. Hukuman ini mungkin sebagai kerja tambahan,
kelas tahanan, deraan fizikal dan pelbagai jenis hukuman lagi. Guru
juga menggunakan sindiran, kemarahan dan kritikan bagi mengawal
kelakuan pelajar. Hampir semua jenis hukuman memberikan kesan
buruk kepada pelajar.
6) Menerangkan
meningkatkan

cara-cara
motivasi

terbaik
murid.

guru

boleh

Jelaskanimplikasi

motivasi terhadap p&p guru?


Sebagai seorang guru, kita memiliki pelbagai tanggungjawab
dan tugas yang harus dilaksanakan sesuai dengan tuntutan profesi
guru.Tugas utama dan terpenting yang menjadi tanggung jawab
seorang guru adalah memajukan, merangsang dan membimbing
pelajar dalam proses belajar. Segala usaha kearah itu harus
dirancang

dan

dilaksanakan.

Guru

yang

berkesan

dalam

menjalankan tugasnya adalah guru yang berjaya menjadikan


pelajarnya

bermotivasi

dalam

pelajaran.

Oleh

itu

untuk

keberkesanan dalam pengajaran, guru harus berusaha memahami


makna motivasi belajar itu sendiri dan mengembangkan serta
10

menggerakkan motivasi pemberlajaran pelajar itu ke tahap yang


maksimum. Berikut adalah cara menigkatkan motivasi pelajar ialah :
i.

Tetapkan

Matlamat.

Setiap

pelajar

mestilah

disuruh

menetapkan matlamat untuk setiap mata pelajaran yang


diambil. Ikuti perkembangan pelajar dan pastikan setiap
pelajar mampu merealisasikan matlamat masing-masing.
ii.

Ganjaran. Pelajar yang tidak mempunyai motivasi dalaman


yang

kuat

boleh

dimotivasikan

secara

luaran

dengan

menyediakan pelbagai bentuk ganjaran. Lihat apa kebaikan


dan

kelebihan

mengulangi
ganjaran

pelajar

kebaikan

boleh

dan
ini

suburkannya,

dilain

diberikan

masa.

seperti

mereka

Pelbagai

hadiah,

pasti
bentuk

puji-pujian,

pelepasan dari tugas harian, dan sebagainya. Ganjaran bukan


sahaja diberikan terhadap pencapaian yang diperolehi tetapi
juga terhadap usaha yang diberikan.Berikan insentif agar
pelajar

berusaha

untuk

maklumat bukan sekadar

menguasai

pengetahuan

dan

bersaing antara satu sama lain.

Ganjaran luar yang berkesan ialah yang mampu menjana


motivasi dalaman pelajar.
iii.

Penglibatan Pelajar. Salah satu kunci motivasi diri ialah


penglibatan aktif pelajar dalam pembelajaran. Berdiri di depan
kelas dan memberi syarahan untuk memotivasikan mereka
lambat laun tidak
Rangsang

pelajar

akan meninggalkan sebarang kesan.


untuk

terlibat

dalam

aktiviti

seperti

perbincangan kumpulan, penyelesaian masalah, aktiviti luar,


interaksi antara pelajar dan saling membantu. Pelajar akan
lebih bermotivasi apabila mereka rasa diri mereka penting dan
diperlukan.

11

Oleh itu libatkan setiap pelajar dalam pelbagai kerja guru seperti
mencari

bahan

rujukan,

mencari

biografi

orang

tertentu,

menyusun atur bilik darjah mengangkat buku dan sebagainya.


iv.

Penuhi Keperluan Pelajar. Guru mestilah sedar bahawa setiap


pelajar memerlukan daya hidup, kasih sayang, kuasa memilih,
keseronokan dan kebebasan. Misalnya, memberikan peluang
pelajar memilih satu dari dua tiga tajuk untuk disiapkan, atau
satu dari beberapa aktiviti untuk mereka terlibat, memberikan
mereka kuasa memilih. Adakan juga aktiviti pembelajaran
yang mereka rasa seronok kerana bebas menyumbang
sebarang idea.

v.

Gunakan pelbagai emosi untuk merangsang pembelajaran


dan motivasi. Kekuatan memori ada kaitannya dengan tahap
emosi yang membentuk pengalaman seseorang. Pelajar akan
lebih mudah mengingat dan memahami sesuatu yang disertai
dengan pendekatan emosi. Pelajar akan lebih bersedia untuk
belajar apabila ada unsur-unsur kepelbagaian emosi kerana
mereka

tidak

akan

bosan.

Jangan

malu

untuk

mempelbagaikan watak, gaya dan pendekatan anda demi


menarik minat pelajar terhadap apa yang mahu anda
sampaikan.
vi.

Sebagai guru, hakikat siapa anda tidak penting yang penting


ialah siapa mereka 10 15 tahun yang akan datang. Setiap
pendekatan

emosi

yang

diambil

sama

ada

marah,

menghiburkan, tegas dan sebagainya tidak lain hanya sekadar


lakunan yang tujuannya untuk membentuk dan mendidik.

Berilah

pelajar-pelajar

kesempatan

untuk

mendapatkan

penghargaan.
Jadikan jangka masa belajar awal (permulaan) menjadi lebih mudah
bagi

pelajar

dan

usahakan

agar
12

semua

pelajar

mendapat

kesempatan
untuk

merasa

sukses.

Tingkatkan

motivasi

pelajar

dengan

merangsang
perasaan ingin tahu dengan cara memperkenalkan contoh-contoh
yang
khas

dalam

menerapkan

konsep-konsep

dan

prinsip-prinsip.

Doronglah
pelajar untuk mempergunakan pengetahuan dan kemahiran serta
pengalaman yang telah mereka pelajari dari bahan pelajaran
sebelumnya untuk mempelajari bahan-bahan yang baru. Cubalah
masukan
unsur permainan dalam proses belajar untuk menarik minat dan
memudahkan pemahaman pelajar terhadap bahan yang dipelajari.
Doronglah

pelajar

anda

untuk

melaksanakan

usaha-usaha

penemuan

atau

berbagai percubaan (penyelidikan) untuk menemukan sesuatu yang


belum
pernah ada.

Guru haruslah berusaha untuk sedapat mungkin mengurangi


persaingan
di antara pelajar-pelajar dalam meningkatkan motivasi untuk
mencapai
prestasi akademik. Jauhilah perkara-perkara atau kejadian-kejadian
yang dapat menimbulkan keengganan murid untuk belajar, sama
ada
merupakan

yang
ketidak-selesaan

secara

fizikal

mahupun

yang

menyebabkan
hilangnya harga diri pelajar. Jangan ada keinginan guru untuk
menghukum pelajar dengan maksud agar pelajar akan belajar,
tetapi
13

sebaliknya berilah mereka penghargaan. Terakhir yang patut


diperhatikan oleh guru dalam meningkatkan motivasi pelajar adalah
bahawa guru hendaknya peka terhadap suasana atau iklim sosial
sekolah dan benar-benar memahami bagaimana pengaruh iklim
sosial

itu

terhadap

nilai-nilai

yang

dipegang

oleh

para

pelajar.

Guru hendaklah berhati-hati terhadap apa yang sedang


berlangsung

di

dalam kelasnya dan mencuba merasakan apabila mengajar sesuatu


topik
dengan cara tertentu. Buatlah kumpulan pengalaman mengajar
anda
untuk dijadikan cermin dalam mengadakan perbaikan-perbaikan.
Janganlah takut melakukan berbagai percubaan untuk menemukan
cara
yang terbaik dalam mengajar. Oleh kerana itu anda harus yakin
akan
pentingnya belajar melalui pengalaman. Jika suatu cara yang anda
lakukan berjalan lancar, lakukan lagi; tetapi jika cara itu tidak
atau sedikit sekali memotivasi murid dalam belajar, tinggalkan cara
itu. Mengajar adalah suatu proses yang menuntut perbaikan secara
cermat dan terus menerang

7) Terangkan maksud murid yang bersifat introvert dan


murid bersifat ekstrovert berserta contoh-contohnya?
Ekstrovert membawa maksud orang berminat terhadap hal yang
berlaku di sekitanya (di luar dirinya), dan tidak mengikut emosi
serta suka bergaul dengan orang lain dan mereka berfikran
terbuka. Manakala introvert pula membawa maksud orang yang
lebih

suka

memusatkan

perhatiannya

kepada

perasaanya sendiri berikut adalah Ciri-ciri iaitu :


14

fikiran

dan

Ciri-ciri Introvert

i.

Cirri-ciri Ekstrovert

suka

menyendiri

(berseorangan)

sukakan

aktiviti

contohnya

gemar bercampur gaul

ii.

suka aktiviti luar

menfokus

terhadap dirinya.
ii.

i.

melukis

solo
dan

iii.

mudah bercakap

berpuisi.
iii) Pemalu

iv.

mudah bertindak balas

iv) Sensitif

v.

bersifat agak relaks

v) Cermat

vi.

vi) Reflektif atau sentiasa berfikir


dahulu

sebelum

menjalankan

sesuatu.

tidak mudah tersinggun

vii.

perasaan

viii.

berupaya memimpin

vii) Mempunyai pandangan hidup


yang pesimistik (mudah putus v) tidak mudah berasa bimbang
asa).
viii)

vi) optimis dan sentiasa sukakan


Kurang

bersedia

untuk excitement

menanggung risiko

Jika dikaji dengan sebaik-baiknya, sebenarnya tiada


individu yang terdiri daripada salah satu sifat-sifat di atas tetapi
setiap individu itu mempunyai kedua-dua ciri-ciri personaliti ini.
Setiap individu dikatakan mempunyai kedua-dua ciri-ciri ini
kerana mereka akan menunjukkan tingkah laku berdasarkan
keadaan atau situasi pada satu masa tertentu.
15

Apa yang

membezakan ialah kadang-kadang individu dipengaruhi secara


dominan daripada salah satu sifat di atas. Gabungan di antara
kedua-dua ciri-ciri ini dinamakan ambivert di mana ia merupakan
seoang yang aktif tetapi sensitif, suka berkawan tetapi memilih
bekerja berseorangan, bertutur lancar tetapi berfikir sebelum
bercakap atau memberi pendapat.
Bagi murid yang lebih dominan bersifat ekstrovert,
guru boleh haruslah pandai mengeksplotasikan kebolehan dan
keupayaan murid ini dengan sebaik yang mungkin. Berdasarkan
pemerhatian guru, murid ini terdiri daripada golongan yang aktif
dan cergas sama ada dari segi akademik atau aktiviti luar. Walau
bagaimanapun, golongan inilah juga yang kerap melanggar
peraturan sekolah dan mempunyai masalah disiplin. Oleh yang
demikian, bagi menangani sikap murid seperti ini, guru perlu
bersabar dan tidak mengambil tindakan ke arah memberi
hukuman.

Memandangkan mereka ini agresif dan bersifat

berani, mereka hanya mementingkan

kepuasan terhadap apa

yang mereka lakukan dan tidak takut untuk mengahadapi


pelbagai hukuman.

Oleh itu, pendekatan untuk memberi

hukuman atau denda adalah kurang sesuai.


8) Jelaskan bagaimana guru dapat menigkatkan ciri-ciri
positif kedua-dua personality introvert dan ekstrovert
ini?
Guru berperanan penting dalam membentuk ciri-ciri personaliti
yang positif terhadap murid-muridnya. Berdasarkan beberapa buah
kelas yang diajar oleh guru, sudah tentu terdapat murid yang
mempunyai ciri-ciri introvert. Bagi menangani masalah murid-murid
yang mempunyai sifat introvert seperti pemalu, pendiam dan suka
mengasingkan diri, guru hendaklah memastikan keterlibatan murid
yang optima di dalam kelas. Misalnya, bukan sahaja memastikan
16

murid itu menjalankan kerja sekolah yang diberi malahan murid itu
turut menjalankan tugasan yang tidak formal seperti membersihkan
bilik darjah. Ini akan menggalakkan murid itu dapat bekerjasama
dengan rakan yang lain semasa menjalankan tugas.
Selain itu, guru turut memberi peluang kepada murid itu
untuk mengedarkan kertas soalan atau buku latihan.

Guru juga

melantik golongan murid yang bersifat introvert ini memegang


jawatan penting di dalam kelas seperti ketua kumpulan, ketua kelas
atau pengawas.
proses

Keadaan ini akan mendedahkan mereka kepada

sosialisasi

dengan

orang

lain

dapat

membantu

atau

menggalakkan murid itu berhadapan dengan rakan-rakannya yang


lain.
Selain itu, Pastikan isi pelajaran dan latihan adalah setimpal
dengan kebolehannya. Ini akan meningkatkan keyakinan dirinya.
Elakkan daripada menggelarkan

segala gelaran negatif seperti

bodoh pelajar tidak berguna dan sebagainya kerana boleh


merendahkan motivasi dirinya. Galakkan dia menyertai aktivitiaktiviti kelab sukan, permainan atau unit beruniform di mana dia
berpeluang berinteraksi dengan orang lain.
Guru

juga

haruslah

memperbanyakkan

aktiviti

secara

berkumpulan supaya murid ini akan terdedah dengan tugasan yang


dihasilkan secara bekerjasama, koperatif dan galakkan interaksi
dengan rakan kumpulan lain.

Secara tidak langsung, rakan-rakan

yang lain juga dapat membantunya supaya lebih yakin ketika


bercakap.

Guru juga boleh bertindak sebagai moivator atau

pendorong kepada murid seperti ini.

Guru-guru perlu memberi

keyakinan kepada murid supaya berani mencuba sesuatu dan


mempunyai tahap keyakinan yang tinggi untuk berkomunikasi
dengan orang lain.
bimbingan

Usaha ini boleh dilakukan dengan memberi

kaunseling supaya mereka mudah untuk didekati dan

boleh menerima perubahan secara perlahan-lahan. Selain itu, guru


juga boleh melibatkan murid seperti ini dengan aktiviti luar iaitu
17

sukan atau kokurikulum seperti persatuan, permainan dan kelab di


sekolah.
Secara

keseluruhannya,

walaupun

ciri-ciri

personaliti

ini

dipengaruhi kuat oleh dua faktor iaitu baka dan persekitaran, ia


bukanlah ukuran yang statik terhadap sikap seorang murid. Guru
memainkan

peranan

penting

dalam

mempengaruhi

pembentukan sikap dan ciri-ciri yang positif.

18

ke

arah

You might also like