You are on page 1of 14

Latarbelakang penyelidikan

Rokok didefinisikan sebagai tembakau yang digulung dalam daun nipah atau kertas. Merokok
merupakan aktiviti individu yang menghisap rokok, manakala perokok ialah orang yang kuat
merokok (Hassan, 1996). Tembakau adalah sejenis pokok yang tumbuh menegak, berdaun lebar
dan rata. Ia dari kumpulan tumbuhan tanaman jangka pendek. Dari pokok inilah akan disediakan
daunnya (yang dikeringkan) untuk disedut asapnya apabila dibakar. Kadangkala ia juga
digunakan untuk mengambil patinya bagi mendapatkan nikotina. Perkataan tembakau ini berasal
dari perkataan Latin yang dijadikan nama saintifiknya iaitu nicotiana tabacum, dan juga
kelompok nicotiana rustica. Namun begitu bagi Akta Lembaga Tembakau Negara 1973 dan
Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 1993, menyatakan pokok nicotiana tobacum
sahaja yang dimasukkan di dalam takrif pokok tembakau

(Abdul Aziz, 2003). Rokok itu

sebenarnya tergolong sebagai dadah. Hakikat bahawa rokok merupakan suatu dadah berbahaya
yang menjadi agen utama kepada berbagai penyakit mula terserlah pada awal tahun 1960-an.
Kesedaran ini telah mencetuskan usaha-usaha yang gigih dan pertarungan yang sengit dalam
usaha untuk mencegah manusia daripada mula merokok dan mengubah perilaku manusia yang
sudah merokok agar berhenti merokok (Nor Anita dan Che Mazlan, 1997).
Menurut (Ward, 1986) Kebiasaannya merokok bukanlah satu perkara baru malah telah
lama wujud. Sejarah mengatakan kaum Maya purba dan Dayak Aztec di Amerika Tengah
memang menghisap tembakau. Penjelajah Sepanyol awal melaporkan bahawa kaum Dayak
merokok atau mengunyah daun ini dan tanaman ini telah diperkenalkan ke Eropah. Dalam abad
ke 16, tembakau dalam perbagai jenis di gunakan dalam perubatan, walaupun amalan merokok
tidak digalakkan. Sebelum akhir abad ke 17, amalan merokok tersebar ke seluruh dunia.

Menurut Hussin dalam petikan (Roziah dan Sivamurugan, 2005) menyatakan nikotin
yang terdapat dalam rokok adalah berbentuk anti oksigen dan tingkah laku merokok tidak
dihalang dalam budaya masyarakat kita. Tidak seperti bahan-bahan ketagihan yang lain seperti
ganja atau heroin, masyarakat tidak melihat ketagihan nikotin sebagai suatu yang serius. Apatah
lagi, rokok dijual secara sah dalam pasaran. Kekurangan kesedaran masyarakat tentang bahaya

ketagihan nikotin dan penerimaan masyarakat kepada budaya merokok inilah yang menyebabkan
kesukaran untuk menghalang tingkah laku ini daripada berleluasa.
Usia remaja merupakan fasa yang paling sensitif

kepada permulaan tingkahlaku

merokok. Perubahan demi perubahan dalam diri remaja bersama transisi zaman kanak-kanak ke
alam dewasa membawa kepada pelbagai keinginan untuk mencuba perkara-perkara baru
termasuklah merokok. Penggunaan rokok dalam usia remaja dilihat sebagai tingkah laku untuk
bereksperimen sebelum remaja tersebut kekal menjadi perokok apabila dewasa Johnston dalam
petikan (Roziah dan Sivamurugan , 2005).
Awalibatan remaja dalam tingkah laku merokok mungkin bersandar kepada faktor umur,
etnik, budaya dan persekitaran. Menurut Lando. dalam petikan (Sufean dan rakan, 2004)
menyatakan bahawa umur awalibatan dalam merokok merupakan faktor risiko bersabit dengan
tingkah laku tidak sihat di kalangan remaja. Dalam kajiannya mendapati perangai 7,995 perokok
muda di kalangan tentera Amerika dan mendapati bahawa mereka yang merokok mempunyai
motivasi berhenti merokok yang rendah, malas bersenam, kuat makan, kuat minum bir, tidak
kemas dan bersikap terbuka kepada penggunaan dadah.
Menurut Scheibmer dan OConnell dalam petikan (Roziah dan Sivamurugan, 2005)
menyatakan terdapat

tiga peringkat yang membawa kepada ketagihan nikotin di kalangan

remaja. Peringkat-peringkat tersebut ialah permulaan, penggunaan bermasalah dan pergantungan.


Peringkat permulaan, merujuk kepada faktor-faktor yang mempengaruhi dan mendorong
remaja untuk merokok. Faktor-faktornya termasuklah tahap pendidikan yang rendah, terdapat
perokok di kalangan ahli keluarga sama ada ibu bapa atau adik beradik dan terdapat perokok di
kalangan rakan sebaya. Pada peringkat inilah remaja yang merokok mahu dilihat sebagai seorang
yang berdikari dan bebas untuk melakukan apa yang disukai.
Peringkat penggunaan bermasalah merujuk kepada keadaan remaja yang akan merokok
apabila mereka bersama rakan-rakan atau ketika mereka bosan dan gelisah. Lama kelamaan,
tingkah laku merokok ini terus akan menjadi tabiat yang tidak dapat dibuang.
Peringkat pergantungan bermula apabila remaja yang merokok merasakan tingkah laku
tersebut sebagai satu keseronokan. Namun begitu, akhirnya nikotin bertindak sebagai cara untuk

remaja berhadapan dengan tekanan dan masalah seharian. Remaja yang ketagihan nikotin akan
mencari rokok sebagai satu cara mereka melepaskan rasa runsing dan kebimbangan. Apabila
berada di peringkat ini, remaja sebenarnya sudah mengalami ketagihan nikotin, yang
menyebabkan mereka berasa tidak selesa dan murung sekiranya tidak merokok.
Menurut (Ward, 1986) walaupun tembakau telah disyaki menjadi punca utama masalah
kesihatan, namun hanya selepas dua puluh tahun kemudian, ia terbukti sebagai pembunuh.
Kanser paru-paru dua puluh lima kali lebih kerap menyerang perokok berbanding orang yang
tidak merokok. Lebih muda seseorang itu mula menghisap rokok, maka lebih besar risiko
diserang kanser yang dihadapinya pada masa depan. Kanser paru-paru dipercayai berpunca
daripada bahan kimia daripada tar yang melekat terlalu lama pada tisu paru-paru hingga menjadi
kanser.
Kesan merokok ke atas darah ialah menambah jumlah bahan berlemak di dalamnya. Ini
menyebabkan darah bertambah likat atau pekat sehingga jantung terpaksa bekerja kuat untuk
mengepamnya ke seluruh tubuh dan melalui kapilari yang sempit. Merokok juga cenderung
menyebabkan darah menjadi beku. Akhirnya, bahan berlemak ini akan terkumpul pada dinding
pembuluh darah dan sedikit demi sedikit menjadikannya sempit dan menghalang pengaliran
darah. Sekiranya bekalan darah ke tisu jantung tersekat, jantung akan rosak dan gagal berfungsi
dengan cekap. Aliran darah juga mungkin tersekat sepenuhnya sehingga sebahagian jantung
mati, semasa serangan penyakit jantung. Perokok secara puratanya tiga kali lebih mudah
menerima serangan penyakit jantung berbanding bukan perokok.
Kebimbangan kepada pertambahan jumlah perokok di Malaysia, membawa kepada usaha
kerajaan melancarkan Kempen Tak Nak iaitu kempen kesedaran yang sisasarkan kepada
golongan remaja pada 9 Februari 2004. YAB

Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi dalam

ucapannya di perasmian kempen tersebut menganjurkan agar golongan dewasa dapat memberi
teladan dengan berhenti merokok. Kempen ini bertujuan mencegah keinginan golongan remaja
untuk merokok dan menyangkal tanggapan bahawa tabiat merokok adalah suatu yang diterima
dalam masyarakat, (Roziah dan Sivamurugan, 2005).
Melalui kajian yang akan dijalankan oleh penyelidik dapatlah dilihat faktor faktor tabiat
merokok di kalangan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Ketari, Bentong Pahang. Terdapat

tujuh yang dikenalpasti faktor tabiat merokok dikalangan pelajar iaitu faktor sosial, rangsangan,
aktiviti tangan-mulut, untuk ketenangan, mengurangkan ketegangan, ketagihan dan tabiat
automatik, (Nor Anita dan Che Mazlan, 1997). Hasil kajian ini dapatlah digunakan untuk
merangka program sesuai untuk dasar warga sihat dikalangan pelajar sekolah.
Pernyataan Masalah
Sudah sedia maklum fenomena sosiobudaya yang lumrah berlaku di dalam mana-mana
masyarakat termasuk masyarakat Malaysia, iaitu fenomena pelajar merokok. Penyelidik
membuat kajian ini adalah untuk melihat dan memahami sejauh mana keseriusan fenomena ini
melanda masyarakat dan

apakah sebab penting yang mendorong pelajar untuk merokok.

Masyarakat mempunyai beberapa tanggapan yang mungkin benar atau tidak mengenai
penglibatan pelajar dengan tabiat merokok. Antara tanggapan oleh masyarakat ialah pengaruh
iklan dan rakan sebaya menjadi punca pelajar untuk cuba merokok dan seterusnya menjadi
perokok yang serius, kelumrahan orang dewasa merokok dalam masyarakat mewujudkan kitaran
tabiat merokok generasi demi generasi, pelajar yang merokok lebih berani dan lebih cenderung
untuk mencuba bahan khayal seperti dadah dan bahan yang memabukkan serta pelajar yang
merokok berkemungkinan lebih tinggi datang daripada keluarga kelas bawahan dengan ibu bapa
bekerja sebagai buruh dan pekerja am. Namun pendapat ini ada juga betulnya dengan fenomena
yang berlaku sekarang (Sufean et. al, 2004). Justeru itu penyelidik ingin mencari

faktor

manakah yang menjadi punca utama seseorang itu merokok.


Amalan merokok akan menjejaskan kesihatan manusia. Walaupun mereka sedar tentang
bahayanya merokok, namun mereka tetap juga merokok. Penyelidik ingin mengkaji faktor yang
menyebabkan pelajar Kolej Vokasional Temerloh merokok.
Menurut Nor Anita dan Che Mazlan, (1997) mendapati faktor yang menyebabkkan ramai
remaja yang merokok disebabkan oleh pengaruh sosial. Mereka melihat orang dipersekitaran
mereka merokok terutama rakan yang merokok. Dalam perhubungan seharian mereka sentiasa
bersama dengan rakan yang merokok. Dengan ini secara tidak langsung mereka akan terikut
dengan budaya merokok yang telah ditunjukkan oleh rakan mereka. Selain itu ransangan yang
diterima juga mempengaruhi dalam tabiat merokok. Ini kerana perokok mahu menghilangkan
rasa letih serta untuk meningkatkan kecergasan diri. Seterusnya mereka merokok kerana ingin
mendapatkan kenikmatan dengan melihat kepulan asap rokok yang keluar dari mulut mereka.

Mereka berasa seronok apabila menyalakan api rokok di mulut mereka. Perokok juga mahu
mencari ketenangan dengan cara merokok. Apabila merokok mereka dapat ketenangan dalam
diri. Begitu juga dengan menghilangkan rasa tekanan dalam kehidupan seharian. Mereka akan
merokok untuk menghilangkan tekanan tersebut. Selain itu ketagihan juga salah satu tabiat bagi
perokok. Perokok akan berasa ketagih apabila tidak menghisap rokok. Untuk menghilangkan
rasa ketagih itu, perokok akan menghisap rokok agar hilang ketagihnya untuk seketika.
Manakala apabila sudah biasa dengan menghisap rokok, perokok akan merasakan satu tabiat
dalam diri mereka. Secara automatik mereka meletakkan rokok ke dalam mulut dan menyalakan
api untuk menghisap rokok tersebut. Apabila tabiat ini telah sebati dengan diri perokok mereka
akan terus merokok dan akan menjadi seorang perokok yang tegar.

Objektif kajian
Tumpuan utama kajian ini ialah berkaitan dengan faktor yang menyebabkan pelajar lelaki di
Kolej Vokasional Temerloh merokok. Secara khususnya, objektif-objektif kajian ini adalah
seperti berikut :
i.

Mengenalpasti faktor utama pelajar Kolej Vokasional Temerloh

ii.

Mengenalpasti faktor sosial dalam mempengaruhi pelajar merokok.

iii.

Mengenalpasti faktor ketagihan dalam mempengaruhi pelajar merokok.

iv.

Mengenalpasti faktor kerehatan yang nikmat dalam memberikan kepuasan dan


keseronokan dalam kehidupan.

Persoalan
i.

Apakah faktor utama yang menyebabkan pelajar merokok?

ii.

Adakah faktor sosial mempengaruhui pelajar merokok?

iii.

Adakah tabiat merokok ini menjadi salah satu faktor ketagihan pelajar?

iv.

Bagaimanakah faktor kerehatan yang nikmat dapat memberikan kepuasan dan


keseronokan kepada pelajar?

Pembolehubah bebas

Pelajar Lelaki Kolej Vokasional Temerloh, Pahang.


Pembolehubah bersandar
Faktor penyebab pelajar lelaki Merokok.
Definisi Operasional
Dalam kajian ini, definisi bagi konsep-konsep telah digunakan adalah seperti berikut :
Pelajar

:Pelajar lelaki Kolej Vokasional Temerloh Pahang

Merokok

:Perbuatan menghisap tembakau

yang

dibalut

dan dibakar.
Rokok

:Diperbuat

dari

bahan

asas

tembakau

yang

digulung dalam kertas dan dibungkus.


Pendorong merokok

:Penggalak atau desakan

hasrat hati untuk

merokok.
Penyebab sosial

:Pengaruh

dari

persekitaran

terutama

dari

rakan rakan yang merokok.


Ransangan

:Untuk mengatasi masalah fisiologi badan seperti


letih, kecergasan dan kepuasan.

Aktiviti tangan mulut

:Sebagai cara untuk mendapat kenikmatan dengan


melihat kepulan asap yang keluar dari mulut.

Untuk ketenangan

:Untuk mendapatkan ketenangan dalam diri.

Mengurangkan ketegangan

:Sebagai alternatif terbaik untuk menghilangkan rasa


marah dan perasaan risau terhadap sesuatu.

Ketagihan

:Menjadi ketagih apabila tidak merokok.

Tabiat automatik

:Sudah menjadi tabiat kepada diri perokok untuk


merokok.

Kepentingan Kajian
Melalui kajian ini maklumat mengenai faktor penyebab merokok dikalangan pelajar
adalah diperlukan agar gambaran sebenar dan semasa dapat diselidik. Selain itu penyelidik dapat
membuat perbandingan faktor penyebab merokok dikalangan pelajar.
Adalah diharapkan kajian ini akan dapat memberikan panduan kepada pelajar yang
merokok agar dapat memainkan peranan penting dalam menjauhkan diri daripada tabiat
merokok. Apabila faktor penyebab merokok dikenalpasti, maka pihak-pihak yang terlibat seperti
ibu bapa dan penjaga, Persatuan Ibu Bapa dan Guru dan kerajaan dapat mengambil langkah dan
merancang program pencegahan, melaksanakan dan menilai keberkesanan program yang
dilaksanakan bagi mengatasi masalah merokok dikalangan pelajar.

Limitasi Kajian
Perkara yang ingin dikaji oleh penyelidik dalam kajian ini ialah tentang faktor yang
menyebabkan pelajar merokok. Oleh itu segala keputusan kajian ini hanya bergantung kepada
jawapan yang diberikan oleh responden melalui borang soal selidik tersebut. Diharapkan
responden-responden dapat menjawab dengan jujur dan ikhlas segala soalan yang telah
dikemukakan.

Delimitasi Kajian

Kajian ini hanya terbatas kepada pelajar-pelajar lelaki yang sudah dikenal pasti terlibat
dalam tabiat merokok iaitu pelajar Kolej Vokasional Temerloh. Sebelum memberikan borang
soal selidik, penyelidik sudah mengenalpasti pelajar yang merokok. Penyelidik akan memberikan
borang soal selidik untuk dijawab oleh pelajar yang merokok.

Kerangka konseptual kajian


Faktor-faktor tabiat merokok di kalangan pelajar SMK Ketari, Bentong Pahang
Pelajar Lelaki Yang Merokok
Faktor tabiat merokok pengaruh sosial, ransangan, aktiviti tangan-mulut, untuk ketenangan,
mengurangkan ketegangan, ketagihan dan tabiat automatik

Analisis Data
Dapatan
Perbincangan

Rajah 1 : Kerangka kajian

Prosedur Kajian.

Penyelidikan ini dijalankan melalui penyelidik akan mengenalpasti pelajar


Seterusnya borang soal selidik diedarkan oleh penyelidik

yang merokok.

kepada sample kajian. Subjek

hendaklah menjawab borang soalan selidik yang telah diberikan. Borang soal selidik yang
lengkap dijawab oleh subjek dikumpul dan dianalisis oleh penyelidik. Analisis dibuat
berdasarkan persepsi responden secara keseluruhan terhadap faktor-faktor

tabiat merokok.

Keputusan yang terhasil akan diterangkan dengan jelas dalam bentuk jadual dan rajah.
Persampelan.
Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti faktor tabiat merokok di kalangan pelajar . Penyelidik
akan mengenalpasti pelajar-pelajar yang merokok. Seterusnya penyelidik akan mengedarkan
borang soal selidik kepada sampel untuk dijawab. Mereka hendaklah menjawab secara jujur.
Instrumen Kajian.
Instrumen kajian yang digunakan dalam kajian ini ialah borang soal selidik yang mengandungi
beraneka soalan yang membolehkan pelbagai maklumat dan data diperolehi. Pada
keseluruhannya borang soal selidik mengandungi 21 soalan yang berkaitan dengan faktor-faktor
penyebab pelajar merokok seperti pengaruh sosial, ransangan, aktiviti tangan-mulut, untuk
ketenangan, mengurangkan ketegangan, ketagihan dan tabiat automatik.

Pengumpulan Data.

Borang Soal Selidik ini berbentuk Skala Likert dan mengandungi 21 soalan yang berhubung
dengan faktor tabiat merokok. Soalan yang diberi mempunyai 5 pilihan dan responden di
khendaki memilih mana yang paling tepat.
Skor
1

Tahap
Tidak Pernah

Jarang-jarang

Kadangkala

Kerap kali

Selalu
Jadual 1

Analis Data.
Segala maklumat yang diperolehi dianalisis dengan menggunakan statistical package for social
science (SPSS). Data yang diperolehi dianalisis dan ditafsirkan dalam bentuk mean dan
std.deviation . Analisis dibuat berdasarkan persepsi responden secara keseluruhan terhadap faktor
tabiat merokok ditinjau dari aspek sosial, ransangan, aktiviti tangan-mulut, untuk ketenangan,
mengurangkan ketegangan, ketagihan dan tabiat automatik. Untuk melihat faktor utama merokok
dapat dilihat seperti pengiraan berikut :
Soalan (Skor)
1+8+15
2+9+16
3+10+17
4+11+18
5+12+19
6+13+20
7+14+21

Faktor
Sosial
Ransangan
Aktiviti tangan mulut
Kerehatan yang nikmat
Mengurangkan ketegangan
Ketagihan
Tabiat automatik
Jadual 2

Langkah Pengiraan :
i.

Masukkan nombor yang telah dibulatkan ditempat kosong yang berkenaan.

ii.

Jumlahkan markah pada setiap garisan untuk mendapatkan jumlahnya. Contohnya


jumlah markah pada ruangan 1, 8, 15 memberikan markah bagi merokok atas sebabsebab sosial.

iii.

Jumlah markah bagi setiap sebab merokok boleh berkisar antara 3 hingga 15. Jumlah
markah yang mencapai 11 atau lebih dianggap tinggi, manakala jumlah markah di
bawah 7 dianggap rendah.

Analisis Deskriptif Mean faktor utama pelajar merokok


Descriptive Statistics

Sosial
Rangsangan

N
30
30

Minimum
1.00
1.33

Maximum
4.33
4.33

Mean
2.5667
2.8667

Std. Deviation
.82188
.80516

Aktiviti Tangan-Mulut

30

1.00

4.33

2.5556

1.01458

Kerehatan Yang Nikmat

30

1.33

5.00

3.1000

.93526

30

2.00

5.00

3.7889

.98449

Ketagihan

30

1.00

5.00

3.1222

1.15630

Tabiat Automatik

30

1.00

4.00

2.2111

.96086

Valid N (listwise)

30

Mengurangkan Ketegangan

Jadual 3
Dalam kajian ini penyelidik telah mengenalpasti faktor tabiat merokok dikalangan pelajar lelaki
Kolej Vokasional Temerloh. Bagi menjawab persoalan pertama iaitu apakah faktor utama yang
menyebabkan pelajar merokok. Hasil penyelidikan menunjukkan bahawa faktor mengurangkan
ketegangan ini merupakan faktor utama yang mendorong pelajar lelaki Kolej Vokasional
Temerloh merokok. Ini menunjukkan majoriti pelajar menyatakan selalu iaitu pada skala 5.
Analisis menunjukkan mean 3.78 (std. Deviation .984). Daripada analisis tersebut, responden
memilih mengurangkan ketegangan merupakan faktor utama yang menyebabkan mereka
merokok. Keadaan ini berlaku kerana ramai pelajar mungkin tertekan serta mencari ketenangan.
Mereka menghisap rokok untuk menghilangkan rasa tekanan sementara. Dapatan penyelidikan
ini adalah selaras dengan kajian yang dijalankan oleh Hussain (1994), menyatakan bahawa
remaja merupakan golongan paling banyak menghadapi konflik sama ada berpunca daripada
perkembangan diri, keluarga ataupun masalah persekitaran. Keadaan ini boleh menyebabkan
ganguan emosi yang kadangkala susah untuk diatasi. Gangguan emosi ini boleh mendorong

remaja untuk menggunakan bahan dadah seperti nikotin untuk mententeramkan atau melupakan
masalah yang dihadapi.
Persoalan kedua iaitu faktor sosial mempengaruhi pelajar merokok menunjukkan hanya
menunjukkan mean 2.5 (std.deviation .821) . Ini menunjukkan faktor sosial tidak begitu
mempengaruhi pelajar merokok di Kolej Vokasional Temerloh.

Persoalan ketiga faktor

ketagihan merupakan salah satu faktor utama ketagihan di Kolej Vokasional Temerloh adalah
tepat kerana analisi menunjukkan mean 3.1 (std.deviation 1.1). Dengan ini pelajar sudah mula
ketagih dengan aktiviti merokok dan berkemungkinan akan menjadi perokok tegar pada masa
akan datang. Persoalan seterusnya ialah faktor kerehatan yang nikmat dapat memberikan
kepuasan dan keseronokan kepada pelajar. Analisis menunjukkan mean 3.1 (std.deviation .935).
Ini menunjukkan faktor tersebut merupakan faktor yang ketiga dibawah faktor ketagihan. Ini
menunjukkan pelajar mencari ketenangan dengan cara merokok. Dapatan hasil kajian ini selaras
dengan Hussain (1994), menyatakan ramai perokok akan berasakan penampilan mereka akan
lebih menarik apabila merokok. Ini dikuatkan lagi perokok akan menghisap rokok untuk berehat
dan bersama rakan-rakan. Mereka menjadikan rokok sebagai medium untuk tambah kenalan dan
sebagai mendapat kerehatan.
Kesimpulan
Berdasarkan dapatan kajian ini terdapat beberapa kesimpulan yang dapat dibuat seperti
berikut :
1. Setiap dugaan dan cabaran harus dihadapi dengan tabah dan berfikiran positif.
2. Setiap keputusan yang dilakukan haruslah memikirkan kesannya terhadap diri
sendiri dan orang lain. Tidak semestinya merokok dapat mengurangkan
ketegangan dalam kehidupan seharian.
3. Merokok merupakan jalan mudah untuk menghilangkan rasa tertekan terutama
golongan pelajar.
4. Merujuk konsep gaya hidup sihat mencari ketenangan diri dengan tujuan
menghilangkan rasa ketegangan dalam hidup adalah melalui berbagai cara dan
kaedah mengikut citarasa dan pegangan agama itu sendiri.
5. Rehat merupakan satu aktiviti yang penting dalam kehidupan seseorang. Pelbagai
cara yang dilakukan oleh setiap individu dalam mendapatkan rehat yang

sempurna. Namun bagi perokok mereka mengambil rokok untuk berehat sambil
merehatkan minda.
Cadangan
Berdasarkan dapatan kajian ini maka cadangan-cadangan berikut dikemukakan bagi
manfaat serta panduan didalam aspek pengetahuan dan cara mengelakkan merokok bagi tujuan
penyelidikan akan datang.
1. Kajian-kajian akan datang perlu ditumpukan terhadap sampel dan situasi lain yang lebih
besar dan menyeluruh bagi mendapat hasil yang lengkap, tepat dan lebih signifikan,
misalnya terhadap pelajar peringkat daerah, negeri dan seluruh Malaysia.
2. Masyarakat mestilah memberikan sepenuh sokongan dan membudayakan gaya hidup
sihat dengan anti-rokok dalam kehidupan seharian.
3. Penetapan masa untuk menjawab borang soal selidik bagi mengelakkan terlalu lama masa
diambil. Sekiranya terlalu lama atau singkat mungkin akan menyebabkan responden tidak
menjawab dengan baik.
Penutup
Gejala merokok semakin menular di kalangan masyarakat khususnya golongan pelajar. Langkahlangkah pencegahan awal perlulah diambil bagi mengawal gejala ini dari berterusan kerana
pencegahan lebih baik dari mengubati. Pelajar harus menghindarkan diri dari bergaul terlalu
rapat dengan rakan-rakan yang merokok. Sekiranya mempunyai rakan-rakan yang merokok,
cuba elakkan dari terpengaruh dengan sikap tersebut. Pendirian tegas dan berfikiran positif dapat
membantu pelajar untuk membuat keputusan yang baik.
Semua ibu bapa mestilah memahami bahawa proses pendidikan dan asuhan merupakan
asas untuk mencegah pelajar terlibat dalam merokok. Oleh itu, mereka mestilah bahawa mereka
merupakan model penting yang menentukan sama ada anak mereka menjadi perokok atau
sebaliknya. Ibu bapa juga perlu memberikan maklumat kepada anak-anak tentang kesan-kesan
merokok kepada anak-anak terutama yang memasuki alam remaja.
Persatuan Ibu Bapa dan Guru harus berusaha dan bersatu bagi mengambil tindakan
pencegahan dan mengawal pelajar-pelajar merokok. Mereka harus melaporkan kepada pihak
sekolah sekiranya terdapat pelajar-pelajar yang merokok di sekitar taman-taman dan kampungkampung sebelum atau selepas waktu persekolahan.

Pihak media masa seharusnya memainkan peranan penting dalam membantu


melaksanakan saranan kerajaan agar setiap individu khususnya pelajar sekolah tidak merokok.

You might also like