You are on page 1of 9

DASAR PERLAKSANAAN KEGIATAN KOKURIKULUM

Kegiatan kokurikulum ertinya apa-apa kegiatan yang dirancang daripada proses pengajaran dan
pembelajaran di luar bilik darjah (kurikulum) yang memberikan murid peluang untuk menambah,
mengukuh dan mengamalkan kemahiran dan nilai-nilai yang dipelajari di bilik darjah."

Dalam Warta Kerajaan bertarikh 28 Disember 1967, No. 5652 (Peraturan Kursus Pengajian) Sekolah
1956, kegiatan ini dikenali sebagai "Kegiatan Kumpulan".

Dalam Warta Kerajaan bertarikh 31 Disember 1997, Jld. 41, No. 26, Tambahan No. 94, Perundangan
A.P.U. (A) 531, Akta Pendidikan 1996,Peraturan-peraturan (Kokurikulum Kebangsaan) telah memberi
takrif Kokurikulum iaitu :

Kegiatan kokurikulum di sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan akan mengandungi yang berikut:

1. Penyertaan dalam sukan dan permainan

2. Penyertaan dalam persatuan dan kelab

3. Penyertaan dalam pasukan pakaian seragam

4. Lain-lain kegiatan sebagaimana ditentukan oleh Menteri Pendidikan

DASAR UTAMA (1)

KEGIATAN KOKURIKULUM ADALAH SEBAHAGIAN DARIPADA KURIKULUM KEBANGSAAN - Rujuk Seksyen


18, Akhta Pendidikan 1996 (Akta 550)

“Kurikulum Kebangsaan ialah suatu program pendidikan yang termasuk kurikulum dan kegiatan
kokurikulum yang merangkumi semua pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur kebudayaan dan
kepercayaan untuk membantu perkembangan seseorang murid dengan sepenuhnya dari segi jasmani,
rohani, mental dan emosi serta untuk menanam dan mempertingkatkan nilai moral yang

diingini dan untuk menyampaikan pengetahuan.” (Subperaturan 3(1) Peraturan-Peraturan Pendidikan


(Kurikulum Kebangsaan) 1997 yang diterbitkan sebagai PU(A) 531/97.

Melaksanakan kokurikulum di sekolah adalah WAJIB Kegagalan @ Keengganan melaksanakan kegiatan


kokurikulum adalah suatu kesalahan yang jika disabitkan bersalah boleh dijatuhi hukuman denda atau

penjara atau pun kedua-duanya sekali di bawah penalti am. Seksyen 135 Akta Pendidikan 1996 (Akta
550 ): Penalti Am.

“(1) Seseorang yang melakukan kesalahan di bawah Akta 550 yang baginya tiada penalti diperuntukkan
dengan nyata, boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan

selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.”


“(2) Seseorang yang melakukan suatu kesalahan di bawah Akta 550 ini boleh, dalam hal suatu kesalahan
yang berterusan, apabila disabitkan, dikenakan hukuman denda harian yang tidak melebihi lima ratus
ringgit sebagai tambahan kepada apa-apa penalti lain yang boleh dikenakan kepadanya di bawah Akta
550 ini berkenaan dengan kesalahan itu, bagi setiap hari kesalahan itu terus dilakukan.”
DASAR UTAMA (2)

PENYERTAAN MURID DALAM KEGIATAN KOKURIKULUM ADALAH WAJIB

“Matlamat gerakerja kokurikulum yang dikehendaki ialah penyertaan setiap orang pelajar. Setiap
pelajar hendaklah mengambil bahagian sekurang-kurangnya dalam salah satu gerakerja pakaian
seragam, satu kegiatan persatuan atau kelab dan satu kegiatan sukan atau permainan.”

{Perkara 5.1 Surat Pekeliling ikhtisas Bil 1/1985 KP(BS)8591/Jld. (29)

Sekolah mewujudkan peluang yang seluas-luasnya kepada murid menyertai kegiatan kokurikulum yang
mereka minati.

{Untuk tujuan ini Pengetua/Guru Besar telah diperuntukkan kuasa untuk menubuhkan
Kelab/persatuan di sekolah seperti dalam Peraturan 4 Peraturan-Peraturan Pendidikan (Persatuan
Sekolah) 1998 yang diterbitkan sebagai PU(A)196/98.}

Penyertaan, kehadiran dan pencapaian murid dalam kegiatan kokurikulum hendaklah direkod dan
diberi penilaian. – {Hal ini ditegaskan dalam Perkara 8.2.1 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil

1/1985 dan Perkara 2.1 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 2/1986)}

Ketidakhadiran murid dalam kegiatan kokurikulum yang murid itu telah

mendaftarkan diri untuk menyertainya adalah suatu kesalahan yang

menyebabkan murid tersebut boleh dikenakan tindakan disiplin jika

disabitkan bersalah seperti tindakan ke atas kesalahan ponteng sekolah

atau ponteng kelas.

– {Hal ini hendaklah dimaktubkan dalam Buku Undang-Undang dan

Peraturan Sekolah dan perlu diketahui oleh murid-murid dan ibu

bapa mereka}

DASAR UTAMA (3)

PENYERTAAN SEMUA GURU ADALAH WAJIB

Penyertaan semua guru sebagai penjawat atau pengkhidmat awam

dalam mengurus, menyelia dan mengelola kegiatan kokurikulum di

sekolah adalah wajib.

“Penyertaan semua guru adalah dikehendaki bagi mempastikan


keberkesanan pelaksanaan gerakerja kokurikulum di sekolah” (Perkara

5.2 dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1985.)

Setiap orang guru di sekolah hendaklah, secara bertulis, diberi tugas dan

tanggung jawab yang spesifik, terperinci, dan kuantitatif dalam bidang

kokurikulum di sekolah, seperti yang dilakukan dalam bidang kurikulum.

Keengganan guru melaksanakan tugas dan tanggung jawab yang telah

diperuntukan adalah suatu kesalahan daripada segi keperluan

perkhidmatan atau kepatuhan dan kebertanggungjawaban penjawat

awam atau pun moral dan wibawa keguruan yang boleh dikenakan

tindakan disiplin mengikut “Perintah-perintah Am Pegawai Awam

(Kelakuan dan tatatertib)(Bab D)”.

DASAR UTAMA (4)

PERLAKSANAAN “KEGIATAN KOKURIKULUM”

“Kegiatan kokurikulum” yang dilaksanakan di sekolah hendaklah

merupakan apa-apa kegiatan yang dirancang lanjutan daripada proses

pengajaran dan pembelajaran (P&P) dalam bilik darjah yang memberikan

murid-murid peluang untuk menambah, mengukuh dan mengamalkan

pengetahuan, kemahiran dan nilai-nilai yang dipelajari di dalam bilik

darjah.” {Peraturan 2 dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum

Kebangsaan) 1997}

Setiap kegiatan kokurikulum yang dilaksanakan hendaklah dirancang

dengan maksud mempunyai matlamat, objektif, kaedah pelaksanaan dan

kurikulum kegiatan serta skema penilaian yang pragmatis dan progresif.

Setiap kegiatan kokurikulum yang dilaksanakan hendaklah mengandungi

elemen-elemen pengetahuan, pengalaman dan kemahiran baru serta


nilai-nilai murni yang membantu membangunkan intelek, jasmani, emos dan rohani murid secara
seimbang.

DASAR UTAMA (5) PENYERTAAN “BERAMAI-RAMAI”  Pelaksanaan kegiatan kokurikulum di sekolah


hendaklah berasaskan prinsip penyertaan beramai-ramai tanpa ada unsur-unsur diskriminasi atau
paksaan tetapi menfokus kepada peningkatan perpaduan dan integrasi di kalangan murid-murid. (Surat
Pekeliling Ikhtisas Bil. 17/2000 bertarikh 16 November 2000).  Kegiatan kokurikulum yang dilaksanakan
di sekolah hendaklah bersifat merentas disiplin, bersepadu dan tidak bersifat eksklusif. Penyertaan
adalah terbuka kepada semua pelajar. DASAR-DASAR SOKONGAN DALAM PERLAKSANAAN
KOKURIKULUM DI SEKOLAH  “Sekolah-sekolah khususnya yang kurang kemudahan untuk gerakerja
kokurikulum ini hendaklah menggalakkan pelajar-pelajarnya mengambil bahagian dalam membuat
kerja-kerja amal untuk masyarakat setempat; bergotong royong memperbaiki kawasan sekolah;
gerakerja-gerakerja yang menekankan perpaduan kaum, ketatanegaraan, moral dan sebagainya yang
sesuai bagi pendidikan menyeluruh dan pembentukan keperibadian”. – {Perkara 5.3 Surat Pekeliling
Ikhtisas Bil. 1/1985, KP(BS)8591/Jld.((929)}  Kegiatan kokurikulum di sekolah boleh dilaksanakan
dengan penglibatan dan penyertaan anggota masyarakat setempat. – {Rujuk Subperkara 4.2.1 dan
Subperkara 5.2 dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 4/1985 KP. 8591-11(32) bertajuk “Sekolah Sebagai
Institusi Masyarakat”}  “Kementerian Pendidikan amat menggalakkan murid-murid bergiat dalam
kegiatan Pasukan Pakaian Seragam yang terdapat di sekolah-sekolah. Selaras dengan dasar tersebut,
guru-guru dan murid-murid juga dibenarkan menyertai aktiviti seperti perkhemahan, perbarisan dan
kursus yang dianjurkan dari semasa ke semasa oleh agensi-agensi kerajaan atau oleh pertubuhan bukan
kerajaan yang berdaftar.” (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 24/1998).  “Kementerian Pendidikan
membenarkan pihak sekolah menganjurkan program lawatan pendidikan murid semasa waktu
persekolahan secara terancang. Kementerian juga menggalakkan penglibatan ibu bapa yang berminat
untuk menyertai lawatan-lawatan tersebut.” (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 12/2000).  “Sesuai dengan
matlamat Falsafah Pendidikan Negara, Kementerian Pendidikan ingin menegaskan bahawa murid-murid
di sekolah perlu diberi ruang untuk mengembangkan potensi mereka secara menyeluruh dan bersepadu
agar mereka menjadi insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.” (Surat Pekeliling
Ikhtisas Bil. 18/2000).  “Sekolah hendaklah memberi penghargaan kepada guru-guru dan pelajar-
pelajar atau orang perseorangan (atas penyertaan, penglibatan dan pencapaian masing-masing dalam
bidang kokurikulum di sekolah). Penghargaan tidak hanya terbatas kepada kejayaan / kemenangan
semata-mata, tetapi hendaklah juga diberi kepada pelajar-pelajar yang mempunyai sifat disiplin yang
baik.” (Subperkara 8.2.4 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1985).  Sekolah mewujudkan peluang kepada
murid-murid mengembangkan bakat dan potensi diri masing-masing dalam bidang-bidang kokurikulum
yang mereka minati ke peringkat yang lebih tinggi sehinggalah ke peringkat antarabangsa.  Murid-
murid juga sebaik-baiknya diberi peluang memperagakan bakat dan kecemerlangan masing-masing
kepada masyarakat awam.

DASAR-DASAR KOKURIKULUM SK KUAK HULU


DASAR 1 : DASAR-DASAR KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

1.1 Pihak sekolah akan mematuhi segala dasar-dasar yang telah ditetapkan oleh pihak
Kementerian Pendidikan Malaysia bagi menjalankan kegiatan kokurikulum di sekolah.

DASAR 2 : TENAGA PENGAJAR

2.1 Guru-guru yang mengendalikan kegiatan atau aktiviti kokurikulum

2.2 Semua guru akan melibatkan diri dalam satu jenis kegiatan bagi setiap bidang berikut :

2.2.1 Unit Beruniform

2.2.1.1 Pengakap

2.2.1.2 Bulan Sabit Merah

2.2.1.3 Tunas Kadet Remaja Sekolah

2.2.2 Kelab dan Persatuan

2.2.2.1 Persatuan Bahasa

2.2.2.2 Persatuan Sains Dan Matematik

2.2.2.3 Persatuan Agama Islam

2.2.3 Sukan dan Permainan

2.2.3.1 Kelab Bola Tampar

2.2.3.2 Kelab Ragbi

2.2.3.3 Kelab Sofbol

2.2.4 Rumah Sukan

2.2.4.1 Rumah Biru


2.2.4.2 Rumah Kuning

2.2.4.3 Rumah Merah

2.3 Semua guru yang terlibat dengan setiap kegiatan perlu melaksanakan aktiviti-aktiviti
berikut:

2.3.1 Menggubal perlembagaan

2.3.2 Melantik jawatankuasa

2.3.3 Merancang aktiviti tahunan

2.3.4 Merekod kehadiran pelajar

2.3.5 Melaksanakan aktiviti harian

2.3.6 Membuat penilaian

2.3.7 Menyediakan laporan

DASAR 3 : PENYERTAAN PELAJAR

3.1 Semua pelajar Tahun 4, 5, dan 6 diwajibkan menyertai setiap satu kegiatan bagi ketiga-
tiga bidang berikut :

3.1.1 Unit Beruniform

3.1.2 Kelab dan Persatuan

3.1.3 Sukan dan Permainan

3.2 Semua pelajar tahun 3 diwajibkan menyertai satu kegiatan unit beruniform.

3.3 Semua pelajar diwajibkan menyertai satu rumah sukan yang berikut :

3.3.1 Rumah Biru

3.3.2 Rumah Kuning

3.3.3 Rumah Merah

3.4 Semua pelajar diberikan kebebasan untuk memilih kegiatan yang ingin disertai
berdasarkan pilihan-pilihan yang ditawarkan oleh sekolah.

3.5 Penentuan pemilihan pelajar akan diputuskan oleh GPK Kokurikulum.


3.6 Semua pelajar diwajibkan hadir pada hari-hari kegiatan dijalankan.

DASAR 4 : PENJADUALAN KEGIATAN

4.1 Takwim kegiatan kokurikulum sepanjang tahun persekolahan disediakan.

4.2 Kegiatan Unit beruniform dan Kelab dan Persatuan, Sukan dan Permainan serta latihan
rumah sukan dijalankan pada ketetapan berikut :

4.2.1 Unit beruniform dan Latihan Rumah Sukan

4.2.2 Kelab dan Persatuan serta Kelab Sukan dan Permainan

4.2.3 Kegiatan tersebut dijalankan pada setiap hari Selasa (dua minggu sekali).

4.2.4 Unit beruniform bagi tahun 3 akan dijalankan pada hari Khamis ( dua minggu sekali ).

4.3 Waktu kegiatan adalah seperti berikut :

4.3.1 Unit beruniform / Kelab dan persatuan bermula pada jam 04.00 petang hingga 05.00 petang.

4.3.2 Latihan Rumah Sukan dan Kelab Sukan dan Permainan bermula pada jam 05.00 petang hingga
06.00 petang.

4.3.3 Unit beruniform tahun 3 akan bermula pada jam 12.35 tengah hari hingga 01.35 tengah hari.

4.4 Kegiatan atau aktiviti kokurikulum boleh juga dijalankan pada hari Sabtu dan Ahad,
seperti Pertandingan Larian Merentas Desa pada hari Sabtu dan Perkhemahan Unit Beruniform pada
hari Sabtu dan Ahad.

4.5 Kegiatan akan ditangguhkan atas sebab-sebab berikut :

4.5.1 Cuaca buruk (hujan lebat atau ribut petir)

4.5.2 Ada aktiviti besar yang berlangsung di sekolah

4.5.3 Ujian Bulanan dan Peperiksaan Pertengahan Tahun dan Akhir Tahun.

4.5.4 Atas arahan Guru Besar atau Guru Penolong Kanan Kokurikulum
DASAR 5 : PENYERTAAN KEGIATAN LUAR SEKOLAH

5.1 Penyertaan pasukan sekolah dalam mana-mana kegiatan peringkat Kawasan , Daerah,
atau Negeri tertakluk kepada persiapan dan kesediaan sesebuah pasukan.

5.2 Sekolah tidak memfokuskan kepada kegiatan tertentu untuk dijadikan Program
Sasaran.

5.3 Sekolah sentiasa berusaha mencungkil dan memperkembangkan bakat pelajar ke


tahap tertinggi melalui :

5.3.1 Latihan yang bersistematik

5.3.2 Kelengkapan yang sempurna

5.3.3 Pertandingan dalaman

5.3.4 Penyertaan yang aktif

DASAR 6 : PENILAIAN

6.1 Setiap penglibatan pelajar dalam kegiatan kokurikulum akan dinilai dengan
menggunakan kaedah dalam buku ‘Panduan Penilaian Aktiviti Kokurikulum Sekolah Menengah’. terbitan
Bahagian Sekolah, Kementerian Pelajaran.

6.2 Pihak sekolah juga akan menggunakan kaedah ‘Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan
Kokurikulum’ (PAJSK) yang diterbitkan oleh pihak Lembaga Peperiksaan Malaysia.

DASAR 7 : PENGHARGAAN

7.1 Memberikan pelbagai bentuk penghargaan kepada pelajar yang mengharumkan nama
sekolah melalui pelbagai kegiatan kokurikulum berbentuk :

7.1.1 Barangan atau wang tunai

7.1.2 Sijil Penghargaan

7.2 Mewujudkan Anugerah Tokoh Kokurikulum kepada pelajar yang cemerlang


pencapaian dalam bidang kokurikulum.

You might also like