You are on page 1of 5

Vision

Quality Education Begets Learned Individuals for a Prosperous Nation.


Mission
Upholding a quality education system that develops individuals to their full potential and fulfills the aspirations of the nation.
Visi
Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera.
Misi
Melestarikan Sistem Pendidikan yang Berkualiti untuk Membangunkan Potensi Individu bagi Memenuhi Aspirasi Negara.

KOKURIKULUM
DASAR PERLAKSANAAN KEGIATAN KOKURIKULUM
Kegiatan kokurikulum ertinya apa-apa kegiatan yang dirancang daripada proses pengajaran dan pembelajaran di luar bilik darjah (kurikulum) yang memberikan
murid peluang untuk menambah, mengukuh dan mengamalkan kemahiran dan nilai-nilai yang dipelajari di bilik darjah."
Dalam Warta Kerajaan bertarikh 28 Disember 1967, No. 5652 (Peraturan Kursus Pengajian) Sekolah 1956, kegiatan ini dikenali sebagai "Kegiatan Kumpulan".
Dalam Warta Kerajaan bertarikh 31 Disember 1997, Jld. 41, No. 26, Tambahan No. 94, Perundangan A.P.U. (A) 531, Akta Pendidikan 1996, Peraturan-peraturan
(Kokurikulum Kebangsaan) telah memberi takrif Kokurikulum iaitu :
Kegiatan kokurikulum di sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan akan mengandungi yang berikut:
Penyertaan dalam sukan dan permainan.
Penyertaan dalam persatuan dan kelab.
Penyertaan dalam pasukan pakaian seragam.
Lain-lain kegiatan sebagaimana ditentukan oleh Menteri Pendidikan.
DASAR UTAMA (1) KEGIATAN KOKURIKULUM ADALAH SEBAHAGIAN DARIPADA KURIKULUM KEBANGSAAN
(Rujuk Seksyen 18, Akhta Pendidikan 1996 (Akta 550)
“Kurikulum Kebangsaan ialah suatu program pendidikan yang termasuk kurikulum dan kegiatan kokurikulum yang merangkumi semua pengetahuan, kemahiran,
norma, nilai, unsur kebudayaan dan kepercayaan untuk membantu perkembangan seseorang murid dengan sepenuhnya dari segi jasmani, rohani, mental dan
emosi serta untuk menanam dan mempertingkatkan nilai moral yang diingini dan untuk menyampaikan pengetahuan.”
Subperaturan 3(1) Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997 yang diterbitkan sebagai PU(A) 531/97.
Melaksanakan kokurikulum di sekolah adalah WAJIB.
Kegagalan @ Keengganan melaksanakan kegiatan kokurikulum adalah suatu kesalahan yang jika disabitkan bersalah boleh dijatuhi hukuman denda atau penjara
atau pun kedua-duanya sekali di bawah penalti am.
Seksyen 135 Akta Pendidikan 1996 (Akta 550 ): Penalti Am.
“(1) Seseorang yang melakukan kesalahan di bawah Akta 550 yang baginya tiada penalti diperuntukkan dengan nyata, boleh, apabila disabitkan, didenda tidak
melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.”
“(2) Seseorang yang melakukan suatu kesalahan di bawah Akta 550 ini boleh, dalam hal suatu kesalahan yang berterusan, apabila disabitkan, dikenakan hukuman
denda harian yang tidak melebihi lima ratus ringgit sebagai tambahan kepada apa-apa penalti lain yang boleh dikenakan kepadanya di bawah Akta 550 ini
berkenaan dengan kesalahan itu, bagi setiap hari kesalahan itu terus dilakukan.”
DASAR UTAMA (2) PENYERTAAN MURID DALAM KEGIATAN KOKURIKULUM ADALAH WAJIB
Matlamat gerakerja kokurikulum yang dikehendaki ialah penyertaan setiap orang pelajar. Setiap pelajar hendaklah mengambil bahagian sekurang-kurangnya dalam
salah satu gerakerja pakaian seragam, satu kegiatan persatuan atau kelab dan satu kegiatan sukan atau permainan.” – {Perkara 5.1 Surat Pekeliling ikhtisas Bil
1/1985 KP(BS)8591/Jld. II(29)}.
Sekolah mewujudkan peluang yang seluas-luasnya kepada murid menyertai kegiatan kokurikulum yang mereka minati. – {Untuk tujuan ini Pengetua/Guru Besar
telah diperuntukkan kuasa untuk menubuhkan kelab/persatuan di sekolah seperti dalam Peraturan 4 Peraturan-Peraturan Pendidikan (Persatuan Sekolah) 1998
yang diterbitkan sebagai PU(A)196/98.}.
Penyertaan, kehadiran dan pencapaian murid dalam kegiatan kokurikulum hendaklah direkod dan diberi penilaian. – {Hal ini ditegaskan dalam Perkara 8.2.1 Surat
Pekeliling Ikhtisas Bil 1/1985 dan Perkara 2.1 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 2/1986)}.
Ketidakhadiran murid dalam kegiatan kokurikulum yang murid itu telah mendaftarkan diri untuk menyertainya adalah suatu kesalahan yang menyebabkan murid
tersebut boleh dikenakan tindakan disiplin jika disabitkan bersalah seperti tindakan ke atas kesalahan ponteng sekolah atau ponteng kelas. – {Hal ini hendaklah
dimaktubkan dalam Buku Undang-Undang dan Peraturan Sekolah dan perlu diketahui oleh murid-murid dan ibu bapa mereka}.
DASAR UTAMA (3) PENYERTAAN SEMUA GURU ADALAH WAJIB
Penyertaan semua guru sebagai penjawat atau pengkhidmat awam dalam mengurus, menyelia dan mengelola kegiatan kokurikulum di sekolah adalah wajib.
Penyertaan semua guru adalah dikehendaki bagi mempastikan keberkesanan pelaksanaan gerakerja kokurikulum di sekolah” (Perkara 5.2 dalam Surat Pekeliling
Ikhtisas Bil. 1/1985.).
Setiap orang guru di sekolah hendaklah, secara bertulis, diberi tugas dan tanggung jawab yang spesifik, terperinci, dan kuantitatif dalam bidang kokurikulum di
sekolah, seperti yang dilakukan dalam bidang kurikulum.
Keengganan guru melaksanakan tugas dan tanggung jawab yang telah diperuntukan adalah suatu kesalahan daripada segi keperluan perkhidmatan atau kepatuhan
dan kebertanggungjawaban penjawat awam atau pun moral dan wibawa keguruan yang boleh dikenakan tindakan disiplin mengikut “Perintah-perintah Am
Pegawai Awam (Kelakuan dan tatatertib)(Bab D)”.
DASAR UTAMA (4) PERLAKSANAAN “KEGIATAN KOKURIKULUM”
“Kegiatan kokurikulum” yang dilaksanakan di sekolah hendaklah merupakan apa-apa kegiatan yang dirancang lanjutan daripada proses pengajaran dan
pembelajaran (P&P) dalam bilik darjah yang memberikan murid-murid peluang untuk menambah, mengukuh dan mengamalkan pengetahuan, kemahiran dan nilai-
nilai yang dipelajari di dalam bilik darjah.” {Peraturan 2 dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997}.
Setiap kegiatan kokurikulum yang dilaksanakan hendaklah dirancang dengan maksud mempunyai matlamat, objektif, kaedah pelaksanaan dan kurikulum kegiatan
serta skema penilaian yang pragmatis dan progresif.
Setiap kegiatan kokurikulum yang dilaksanakan hendaklah mengandungi elemen-elemen pengetahuan, pengalaman dan kemahiran baru serta nilai-nilai murni
yang membantu membangunkan intelek, jasmani, emosi dan rohani murid secara seimbang.
DASAR UTAMA (5) PENYERTAAN “BERAMAI-RAMAI”
Pelaksanaan kegiatan kokurikulum di sekolah hendaklah berasaskan prinsip penyertaan beramai-ramai tanpa ada unsur-unsur diskriminasi atau paksaan tetapi
menfokus kepada peningkatan perpaduan dan integrasi di kalangan murid-murid. (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 17/2000 bertarikh 16 November 2000).
Kegiatan kokurikulum yang dilaksanakan di sekolah hendaklah bersifat merentas disiplin, bersepadu dan tidak bersifat eksklusif. Penyertaan adalah terbuka kepada
semua pelajar.
DASAR-DASAR SOKONGAN DALAM PERLAKSANAAN KOKURIKULUM DI SEKOLAH
Sekolah-sekolah khususnya yang kurang kemudahan untuk gerakerja kokurikulum ini hendaklah menggalakkan pelajar-pelajarnya mengambil bahagian dalam
membuat kerja-kerja amal untuk masyarakat setempat; bergotong royong memperbaiki kawasan sekolah; gerakerja-gerakerja yang menekankan perpaduan kaum,
ketatanegaraan, moral dan sebagainya yang sesuai bagi pendidikan menyeluruh dan pembentukan keperibadian. – {Perkara 5.3 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.
1/1985, KP(BS)8591/Jld.(929)}.
Kegiatan kokurikulum di sekolah boleh dilaksanakan dengan penglibatan dan penyertaan anggota masyarakat setempat. – {Rujuk Subperkara 4.2.1 dan Subperkara
5.2 dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 4/1985 KP. 8591-11(32) bertajuk “Sekolah Sebagai Institusi Masyarakat”}.
Kementerian Pendidikan amat menggalakkan murid-murid bergiat dalam kegiatan Pasukan Pakaian Seragam yang terdapat di sekolah-sekolah. Selaras dengan
dasar tersebut, guru-guru dan murid-murid juga dibenarkan menyertai aktiviti seperti perkhemahan, perbarisan dan kursus yang dianjurkan dari semasa ke semasa
oleh agensi-agensi kerajaan atau oleh pertubuhan bukan kerajaan yang berdaftar. - (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 24/1998).
Kementerian Pendidikan membenarkan pihak sekolah menganjurkan program lawatan pendidikan murid semasa waktu persekolahan secara terancang.
Kementerian juga menggalakkan penglibatan ibu bapa yang berminat untuk menyertai lawatan-lawatan tersebut. - (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 12/2000).
Sesuai dengan matlamat Falsafah Pendidikan Negara, Kementerian Pendidikan ingin menegaskan bahawa murid-murid di sekolah perlu diberi ruang untuk
mengembangkan potensi mereka secara menyeluruh dan bersepadu agar mereka menjadi insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. -
(Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 18/2000).
Sekolah hendaklah memberi penghargaan kepada guru-guru dan pelajar-pelajar atau orang perseorangan (atas penyertaan, penglibatan dan pencapaian masing-
masing dalam bidang kokurikulum di sekolah). Penghargaan tidak hanya terbatas kepada kejayaan / kemenangan semata-mata, tetapi hendaklah juga diberi
kepada pelajar-pelajar yang mempunyai sifat disiplin yang baik. - (Subperkara 8.2.4 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1985).
Sekolah mewujudkan peluang kepada murid-murid mengembangkan bakat dan potensi diri masing-masing dalam bidang-bidang kokurikulum yang mereka minati
ke peringkat yang lebih tinggi sehinggalah ke peringkat antarabangsa.
Murid-murid juga sebaik-baiknya diberi peluang memperagakan bakat dan kecemerlangan masing-masing kepada masyarakat awam.
DATUK DR MOHD RADZI BIN MD JIDIN
MENTERI KANAN
DATO DR MAH HANG SOON TIMB MNTERI PENDIDIKAN 1
DATUK MOHAMAD BIN HAJI ALAMIN

IMBASAN SEJARAH
PENYATA RAZAK 1956 DAN ORDINAN PELAJARAN 1957 - ZAMAN PENGUKUHAN
Pembentukan satu sistem pendidikan kebangsaan
Pengakuan matlamat akhir Bahasa Malaysia menjadi bahasa pengantar utama
Permulaan kurikulum yang berorientasikan alam sekeliling Malaysia
Mewujudkan sistem peperiksaan yang sama bagi semua

RANG UNDANG-UNDANG PENDIDIKAN 1965


Sistem pendidikan kebangsaan dicorakkan untuk menghasilkan pendidikan bertaraf dunia dari segi kualiti untuk mencapai aspirasi negara
Falsafah Pendidikan Negara dijadikan landasan kepada dasar pendidikan kebangsaan
ALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan
insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani, berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi
melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan
diri, serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.
FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM
Suatu usaha berterusan untuk menyampaikan ilmu, kemahiran dan penghayatan Islam berdasarkan al-Quran dan as-Sunnah bagi membentuk sikap, kemahiran,
keperibadian dan pandangan hidup sebagai hamba Allah SWT yang mempunyai tanggungjawab untuk membangun diri, masyarakat, alam sekitar dan negara ke
arah mencapai kebaikan di dunia dan kesejahteraan abadi di akhirat

KURIKULUM KEBANGSAAN
.. suatu program pendidikan yang termasuk kurikulum dan kegiatan kokurikulum yang merangkumi semua pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur
kebudayaan dan kepercayaan untuk membantu perkembangan seseorang murid dengan sepenuhnya dari segi jasmani, rohani, mental dan emosi serta untuk
menanam dan mempertingkatkan nilai moral yang diingini dan untuk menyampaikan pengetahuan
Akta Pendidikan 1996

. Apakah itu pendidikan sivik?*

Pendidikan sivik membawa maksud ilmu berkaitan tatarakyat dan bagaimana menggerakkan seseorang warganegara itu supaya bertanggungjawab terhadap
masyarakat dan negara.

*2. Apakah tujuan pendidikan sivik diperkenalkan?*

Pendidikan sivik penting sebagai sebahagian daripada usaha untuk membentuk generasi Malaysia yang mempunyai semangat patriotisme, mengetahui hak dan
tanggungjawab sebagai warganegara serta memiliki akhlak mulia dan keperibadian tinggi dalam pelbagai konteks termasuk diri, keluarga, sekolah, masyarakat dan
negara.

*3. Bilakah pendidikan sivik dilaksanakan?*

Pendidikan sivik telah mulai dilaksanakan pada Jun 2019.

*4. Adakah pendidikan sivik ini melibatkan semua sekolah?*

Pelaksanaan pendidikan sivik ini melibatkan semua prasekolah, sekolah rendah dan sekolah menengah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

*5. Bagaimanakah pendidikan sivik ini dilaksanakan?*


Pelaksanaan pendidikan sivik dilakukan secara bersepadu dengan memberi penekanan kepada aspek literasi dan amali sivik dan pelaksanaannya melibatkan di
dalam dan di luar bilik darjah.

*6. Apakah yang dimaksudkan dengan aspek literasi dan amali sivik?*

Literasi sivik adalah rangkuman kepada aspek pengetahuan kewarganegaraan, sosioemosi kewarganegaraan dan tindakan kewarganegaraan yang dimasukkan
dalam kurikulum dan perlu dikuasai murid.

Semua perkara ini dirangkumkan dalam kurikulum melibatkan mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Pendidikan Islam, Pendidikan Moral dan Sejarah.

Pendidikan sivik akan dilaksanakan selama satu jam pada minggu keempat setiap bulan dalam waktu mata pelajaran berkenaan.

Pendidikan sivik juga diajar kepada anak-anak di prasekolah selamat 30 minit.

Amali sivik pula memberi fokus kepada aspek praktikal amalan sivik melalui pengaplikasian pengetahuan dalam perhimpunan sekolah, aktiviti kokurikulum dan
program sekolah yang lain.

*7. Adakah pelaksanaan pendidikan sivik ini akan membebankan guru dan murid?*

KPM sentiasa memastikan sebarang pelaksanaan terhadap penambahbaikan pendidikan negara tidak melibatkan pertambahan tugas kepada guru atau
memberikan bebanan kepada murid.

Pelaksanaan pendidikan sivik ini tidak melibatkan sebarang pertambahan masa dalam jadual harian sekolah kerana ia diaplikasikan kepada mata pelajaran sedia
ada seperti yang disenaraikan di perenggan 6.

*8. Bagaimana KPM dapat memastikan pelaksanaan pendidikan sivik ini dapat berjalan lancar?*

Bagi memastikan pelaksanaan pendidikan sivik ini berjalan lancar, KPM telah menyediakan Perincian Pemetaan Pendidikan Sivik yang merangkumi Modul Exemplar
untuk kurikulum, Manual Perhimpunan Sekolah dan Amalan Nilai Murni serta Manual Amalan Pendidikan Sivik dalam Kokurikulum.

Guru-guru boleh menggunakan semua bahan-bahan ini sebagai asas untuk melaksanakan pengajaran sivik, namun dalam masa sama KPM sentiasa terbuka untuk
guru-guru menggunakan daya kreativiti masing-masing dalam menyampaikan ilmu.

1. Apakah PBD?
Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) merupakan pentaksiran yang berterusan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran bagi mendapatkan maklumat tentang
perkembangan, kemajuan, kebolehan dan pencapaian murid. PBD berlaku secara formatif dan sumatif; sebagai pembelajaran, untuk pembelajaran dan tentang
pembelajaran.
2. Bila PBD bermula?
PBD dahulunya dikenali sebagai Pentaksiran Sekolah (PS) bermula pada tahun 2011. Pada tahun 2016, PS mula dikenali sebagai PBD.
3. Apakah perbezaan PBD dan PBS?
PBS ialah Pentaksiran Berasaskan Sekolah, suatu pentaksiran yang bersifat holistik iaitu menilai aspek kognitif (intelek), afektif (emosi dan rohani) dan psikomotor
(jasmani). Ini selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Oleh itu terdapat empat komponen dalam PBS iaitu Pentaksiran Pusat (PP), Pentaksiran Aktiviti
Jasmani, Sukan & Kokurikulum (PAJSK), Pentaksiran Psikometrik (PPsi) dan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD).
PBD pula ialah pentaksiran yang berlaku secara berterusan sepanjang PdP, bagi semua mata pelajaran. PBD bukanlah untuk membandingkan tahap penguasaan
antara seorang murid dengan murid yang lain, tetapi ia bertujuan untuk melihat perkembangan kemajuan murid dalam pembelajaran di samping membantu guru
menambah baik pengajaran mereka.
4. Apakah mata pelajaran yang terlibat dengan PBD?
Semua mata pelajaran KSSR dan KSSM.
Pelaksanaan konsep PBD berlaku secara berterusan dari Tahun 1 hingga Tahun 6 di sekolah rendah dan dari Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5 di sekolah menengah.
5. Mengapakah PBD penting?
PBD dapat membantu guru dalam:
Mengesan perkembangan murid secara menyeluruh
Mengenal pasti kekuatan dan kelemahan murid dalam pembelajaran
Mengetahui keberkesanan pengajaran
Merancang dan mengubah suai kaedah pengajaran
Mengambil tindakan susulan yang sesuai dengan serta merta
6. Bagaimanakah PBD dilaksanakan?
PBD dilaksanakan secara berterusan sepanjang proses PdP sepanjang tahun. PBD dilaksanakan melalui pelbagai kaedah pentaksiran seperti:
Pemerhatian
Penulisan
Lisan
Melalui kerja projek, kuiz, pembentangan dan-lain- lain aktiviti pembelajaran, berdasarkan Standard Prestasi dan pertimbangan profesional guru.
7. Apakah pertimbangan profesional?
Pertimbangan profesional merupakan satu bentuk keputusan berkaitan pembelajaran murid yang dibuat oleh guru secara beretika menggunakan pengetahuan,
kemahiran dan pengalaman berdasarkan Standard Prestasi dan data perkembangan penguasaan murid dalam pembelajarannya.
8. Bagaimanakah PBD dilaporkan?
Tahap penguasaan murid dalam PBD dilaporkan menggunakan templat pelaporan dalam fail Excel yang digunakan secara luar talian. Laporan ini digunakan pada
peringkat sekolah, serta dilaporkan kepada murid dan ibu bapa.
9. Bagaimanakah memastikan kualiti pentaksiran bilik darjah yang dilaksanakan?
Pihak pentadbir sekolah melakukan pemantauan, manakala guru-guru dalam panitia semua mata pelajaran melakukan perbincangan dan penyelarasan berkaitan
kaedah dan instrumen pentaksiran yang digunakan. Guru dalam panitia yang sama juga melakukan moderasi (perbincangan) sesama mereka dalam melakukan
pertimbangan profesional terhadap murid.
10. Siapakah jawatankuasa pemantauan kualiti PBD?
Jawatankuasa ini dibentuk oleh pihak sekolah, lazimnya dianggotai oleh:
Pengetua/Guru Besar
Penolong Kanan Pentadbiran
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
Penolong Kanan KoKurikulum
Penolong Kanan Petang
Penolong Kanan Pendidikan Khas
Guru Kanan Mata Pelajaran/Ketua Bidang
Ketua Panitia
Guru Cemerlang
Jurulatih Utama
Mana-mana guru yang dilantik oleh Pengetua/Guru Besar/JK PBS
11. Berapa kerap PBD perlu dilaporkan?
Sekurang-kurangnya 2 kali setahun.
12. Apakah saluran yang disediakan bagi mendapatkan maklumat berkaitan KSSM?
Buku Panduan
Portal http://bpk.moe.gov.my/
JPN
PPD
13. Adakah BPK menyediakan rekod transit?
Tidak. Perekodan boleh dilakukan dalam dokumen seperti rekod mengajar, buku catatan guru, senarai semak, templat pelaporan Excel atau lain- lain tempat
merekod yang sesuai.
14. Adakah BPK menyediakan format pelaporan penguasaan murid dalam PBD?
Untuk tujuan pelaporan, templat pelaporan PBD dalam fail Excel yang disediakan dan dimuat naik ke portal BPK.
15. Adakah templat pelaporan PBD yang baharu ini untuk semua Tahun dan Tingkatan?
Templat pelaporan PBD yang baharu akan disediakan mengikut Tahun/ Tingkatan kurikulum KSSR (Semakan 2017) dan KSSM yang dilaksanakan. Ini bermakna pada
tahun 2018, templat pelaporan yang baharu ialah untuk Tahun 1, Tahun 2, Tingkatan 1 dan Tingkatan 2. Manakala templat pelaporan PBD yang baharu untuk
Tahun 3 KSSR (Semakan 2017) dan Tingkatan 3 KSSM akan dimula digunakan pada tahun 2019.
Templat pelaporan PBD yang baharu untuk Tahun 4 akan digunakan pada tahun 2020, Tahun 5 pada tahun 2021 dan Tahun 6 pada tahun 2022.
16. Mengapakah tiada surat siaran atau pekeliling untuk melaksanakan PBD?
PBD merupakan sebahagian daripada kurikulum. Kurikulum terdiri daripada kandungan, pedagogi dan pentaksiran. Pentaksiran ini dinyatakan dalam Dokumen
Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) setiap mata pelajaran. Pelaksanaan kurikulum dan pentaksiran berlaku secara serentak dan tidak memerlukan surat
pekeliling yang berasingan. Surat pekeliling bagi melaksanakan KSSR (Semakan 2017) ialah SPI Bil. 8/2016 manakala surat pekeliling bagi melaksanakan KSSM ialah
SPI Bil. 9/2016.
17. Apa perbezaan Tahap Penguasaan Umum dengan Tahap Penguasaan Keseluruhan?
Tahap Penguasaan Umum ialah tahap penguasaan yang digunakan oleh semua mata pelajaran bagi menjadi asas kepada pembangunan Standard Prestasi mata
pelajaran tersebut. Tahap Penguasaan Keseluruhan ialah penentuan satu Tahap Penguasaan dalam mata pelajaran tersebut pada penghujung sesi persekolahan
iaitu pada akhir tahun persekolahan.

Mungkin timbul kegusaran tentang mekanisme pentaksiran prestasi anak-anak. Berikut 10 fakta berkenaan pemansuhan PT3 yang perlu anda tahu:
1-Menurut Radzi, Kementerian Pendidikan memfokuskan kepada usaha-usaha untuk memperkasakan Pentaksiran Berasaskan Sekolah atau PBS.
2-Ia merangkumi Pentaksiran Bilik Darjah (PBD), Pentaksiran Aktiviti Jasmani Sukan Kokurikulum (PAJSK) dan Kokurikulum dan Pentaksiran Psikometrik (PPSI).
3-Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) merupakan pentaksiran yang berterusan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran bagi mendapatkan maklumat tentang
perkembangan, kemajuan, kebolehan dan pencapaian murid.
4-PBD akan menilai semua mata pelajaran Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) dan dilaporkan dua kali setahun.
5-Penilaian dilakukan secara berterusan sepanjang tahun bermula dari Tingkatan 1 hingga melalui pelbagai kaedah pentaksiran seperti:
Pemerhatian
Penulisan
Lisan
-Melalui kerja projek, kuiz, pembentangan dan-lain- lain aktiviti pembelajaran, berdasarkan Standard Prestasi dan pertimbangan profesional guru.
6-Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan Dan Kokurikulum Sekolah (PAJSK) pula ialah melibatkan kegiatan pelajar dalam kokurikulum sekolah yang merangkumi
kelab/persatuan, pasukan badan beruniform dan sukan/permainan.
7-Ia bagi menentukan murid sentiasa cergas dan bergiat aktif dalam kegiatan kokurikulum. Penilaian akan dilakukan setiap tahun bermula 1 Januari hingga 31
Disember. Keputusan PAJSK adalah dalam bentuk Purata Nilai Gred Kumulatif atau terkumpul pada akhir tahun.
8-PAJSK merangkumi Ujian Standard Kecergasan Fizikal (Ujian SEGAK) iaitu ujian yang mengukur tahap kecergasan fizikal murid berasaskan kesihatan, kokurikulum
iaitu kelab/persatuan, pasukan badan beruniform dan sukan/permainan serta ekstra kurikulum iaitu kegiatan sukarela yang bermanfaat pada atau di luar waktu
persekolahan.
9-Komponen terakhir PBS ialah Pentaksiran Psikometrik (PPSI). Ia tidak berasaskan kurikulum dan pengajaran pembelajaran tetapi bertindak mengukur kebolehan
semula jadi (innate ability) dan kebolehan yang diperoleh (acquired ability) pelajar daripada pengalaman dan persekitaran.
10-Bagi PPSI, pelajar perlu menjalani Ujian Aptitud dan Ujian Personaliti.

agaimana Murid Akan Dinilai

Dengan pengumuman pemansuhan UPSR pada 28 April 2021, secara asasnya Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) akan dijalankan kepada murid oleh semua
sekolah di seluruh negara.

Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) mengandungi beberapa elemen Pentaksiran seperti:

Pentaksiran Bilik Darjah (PBD)

Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan & Kokurikulum (PAJSK)


Pentaksiran Psikometrik (PPsi)

3. Dengan pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) ini, murid-murid akan dinilai secara berterusan sepanjang tahun. PBD yang dilaksanakan bukanlah berbentuk
peperiksaan. Guru-guru akan menjalankan PBD melalui penilaian berbentuk kuiz, lisan, pemerhatian, pelaksanaan projek dan pelbagai lagi kaedah pentaksiran
mengikut kreativiti guru dan kemampuan murid.

4. Penilaian murid akan diberikan mengikut Tahap Penguasaan (TP) berdasarkan pentaksiran yang dilaksanakan. Tahap Penguasaan terdiri daripada:

TP 1 hingga TP 6

Tahap Penguasaan akan diberikan mengikut kategori penguasaan murid seperti murid yang dapat menguasai kandungan pembelajaran sepenuhnya akan diberikan
TP 6, bagi golongan murid sederhana TP 5 & TP 4. Manakala murid yang kurang atau tidak menguasai kandungan pembelajaran akan diberikan TP 3, TP 2 dan TP 1.

You might also like