You are on page 1of 2

STATISTIK MEROKOK DI KALANGAN PELAJAR SEKOLAH

DI MALAYSIA

Berdasarkan statistik perokok dalam kalangan pelajar Malaysia yang telah


dikluarkan pada tahun 2017 yang lalu, kita boleh melihat bahawa kadar perokok di
Malaysia ini telah merokok sejak mereka di bangku sekolah lagi. Dengan ini jelas
bahawa, ibu bapa kurang memberikan perhatian kepada anak-anak mereka.

Daripada salah satu petikan akhbar dalam talian oleh Sina Harian pada 15 Januari
yang lalu ada menyatakan bahawa seramai 68, 321 pelajar sekolah menengah dikesan
merokok melalui saringan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melalui program
Kesihatan Oral Tanpa Asap Rokok (KOTAK) tahun lalu.

Seterusnya, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, bahawa


peratusan pelajar sekolah menengah merokok berkenaan adalah bersamaan 3.7
peratus daripada 1.9 juta pelajar sekolah yang disaring dalam program KOTAK 2018.

Sementara itu menurutnya, KKM juga mengesan sebanyak 1,095 bilangan


perokok dalam kalangan murid sekolah rendah bersamaan 0.04 peratus daripada
sebanyak 2.5 juta murid sekolah rendah yang disaring dalam program KOTAK 2018.

Melalui program KOTAK ini juga, bilangan pelajar sekolah menengah yang
menjalani rawatan adalah seramai 58, 050 atau bersamaan 84.9 peratus. Manakala,
bagi murid sekolah rendah yang merokok, seramai 948 murid bersamaan 86.6 peratus
telah menjalani rawatan.

Daripada statistik yang telah dikeluarkan ini dapat menunjukkan kita peningkatan
kadar perokok di kalangan pelajar sekolah. Ini adalah satu pekara mesti di ambil
tindakan yang serius agar dapat melahirkan generasi remaja yang lebih sihat tubuh
badan serta tinggi sahsiah.

Selain itu juga, kadar perokok di kalangan pelajar perempuan juga menujukkan
kebimbangan. Perokok di kalangan perempuan bukan sahaja dapat merosakkan imej
seorang perempuan itu malah akan merosakkan imej ibu bapanya juga. Premis yang
menjual rokok juga perlu mengambil berat berkenaan pembeli rokok di kalangan
perempuan ini agar ianya tidak berlarutan.

Di samping itu, berdasarkan statistik pada 2017 yang lalu, boleh disimpulkan
bahawa pelajar perokok dar tingkatan 4 adalah yang paling ramai dengan 15.3%
berbanding daripada pelajar tingakatan yang lainnya.

You might also like